Meminjam kata-kata dari saudara Razif Yusof

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Motivasi, Orang - Tarikh diterbitkan: April 14, 2010 online

* Alkisahnya semalam sewaktu membuat aktiviti forum walking (bukan blog walking) di Wangcyber, terpandanglah satu thread mengenai cara minda berfikir di mana saudara Razif Yusof (semua orang kenal) ada menulis sesuatu di dalamnya. Menarik dan berminat untuk menjadikannya sebagai satu bacaan, maka inilah isi kandungan tulisan dari beliau:

*****************************************

Kejayaan adalah 80% Tabiat & 20% Ilmu.
Ilmu yg saya kongsi sama sahaja (bagi yg mengikuti) tapi yang membezakan kejayaan mereka ialah sikap & tabiat.

Hampir semua email / message / pertanyaan tentang fomula / teknik / kaedah bagaimana saya atau yg lain mencapai apa yg kami capai hari ini, semuanya mahu short cut tapi mindanya masih tidak berubah… masih berfikir seperti org miskin… mcm mana?

Minda Miskin?

turning

Saya dan mereka yg lebih dahulu mengahabiskan masa membaca puluhan / ratusan buku tentang sesuatu subjek yang ingin kami dalami. Menghabiskan ribuan malah puluhan dan ratusan ribu ringgit utk belajar sesuatu subjek supaya lebih efektif, pernah ditipu, perniagaan yg tidak menjadi dan sebagainya, kami bertemu belasan dan puluhan mentor untuk mendapatkan panduan.

Itu tidak termasuk ribuan jam di internet .. mendengar audio CD… melihat video dan pelbagai lagi cara untuk mendalami sesuatu Ilmu… itu sikap.. tabiat… budaya yg tidak boleh di ubah hanya individu tersebut sahaja yg boleh mengubahnya.

Tapi bila saya kata, nak tahu datang la rumah… datang la kelas… jadilah ahli urus insan.

Dlm 10 yang bertanya… mungkin hanya 2 yg akan berubah sikap dan mengambil tindakan bertemu saya. Selebihnya masih di takuk lama memberikan 1001 alasan… takda masa lah… mahal la… tak faham laa dll lagi.

Apapun alasan anda… saya masih tetap disini… harta saya berkembang setiap hari… hutang saya berkurangan atau bertambah setiap hari bergantung pada jenis hutang.

Dengan kata lain saya tidak akan menunggu anda… sama seperti yg lain.
Jika mahu andalah yang perlu membuat keputusan, bukan saya.

10 tahun dahulu saya telahpun membuat keputusan saya “Kemiskinan Bukan Satu Pilihan” bagi saya. Itu ialah “My Turning Moment”.

Anda perlu mencari “Turning Moment Anda Sendiri”.
Keputusan ada ditangan anda bukan di tangan saya.

Fikir-fikirkanlah!

Sedikit renungan dari Razif Yusof:

Pernah dengar lagu “Fikirkan Boleh!”..?
Liriknya sekali imbas nampak biasa..
Tetapi jika diteliti “Kau adalah apa yang Kau fikirkan…”
membawa maksud yang mendalam… Percayalah!

*****************************************

* Untuk semua peserta seminar yang akan menghadiri Seminar Smart Blogging di UTM Skudai pada 25hb April ini, syabas di ucapkan kerana telah meletakkan batu tanda “Turning Moment” anda. Anda adalah apa yang anda lakukan!


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 91 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. nuaeman said:

    Di dalam al-quran juga ada menyebut:

    “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib
    sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri
    mengubah nasibnya” Maksud Surah Ar-Ra’d ayat 11

    Kita apa yang kita fikirkan.

    Jadi fikir-fikirkan..

    rohaizad Reply:

    Yup, asyik bertangguh dan suka menjadi seorang yang “tunggu dan lihat” juga tidak akan membawa diri kita ke mana-mana :)

    mijie Reply:

    dulu saya pun pernah ada sikap sedemikian dan sekarang saya tak nak lagi guna perkataan “tunggu dan lihat” tukar jadi “sampai masa dan buat”..

    rohaizad Reply:

    tahniah kerana sudah bermula :)

    Nadri Reply:

    Dan orang yang banyak memberikan alasan adalah orang yang tak inginkan kejayaan & mengubah kehidupannya sendiri..

    Masalahnya, orang kita masih dibelenggu oleh minda “tidak berani mencuba” & terlalu selesa di “Comfort Zone”..

    rohaizad Reply:

    Betul… betul… ada juga yang rasa dirinya itu dah cukup bagus. Tapi rakan lain dah makin jauh ke hadapan.

    cyza Reply:

    Sungguh tepat Nuaeman meletakkan terjemahan ayat Quran di sini. Sememangnya semua depends pada attitude…aku setuju sgt…Adakah aku mempunyai attitude yang betoi?

    rohaizad Reply:

    Jadinya, ubahlah dengan pantas… kalau lambat sangat… nanti lagi banyak ujian.

    kabu Reply:

    kalau banyak ujian yg sama jadi lai plak nanti… :)

    samdaddycool Reply:

    … pada aku, sikap tunggu dan lihat kadang2 terjadi sebab banyak sangat benda nak buat pada satu masa.. blogging nak buat, affiliate nak buat, ebay nak kejar, nuffnang (klik2) pun sebat dan sebaganya..

    cara terbaik – fokus, cara alternatif – jadual ikut ‘priority’

    kabu Reply:

    hah betul kena fokus dan kawal nafsu….. :)

  2. shaharil said:

    wah, Inspirasi dan motiasi yang bagus untuk pagi-pagi ni.

    cyza Reply:

    Aku baru dapat baca entri ni waktu Magrib…terlalu padat kerja tadi di opis…huang huang huang…

    rohaizad Reply:

    Orang busylah katakan… huhu

  3. zam said:

    Good inspiration to start in the morning.. Thanks En Ijad

    rohaizad Reply:

    No problem… sharing jer :)

    kabu Reply:

    highly motivated nih…

  4. sangilapi said:

    aku lebih suka serap ilmu yang disalurkan kemudian mempratikkannya dengan acuan/gaya sendiri,baru selesa dan tak tertekan :)

    pada bakal peserta ssb selamat maju jaya :)

    rashid Reply:

    betol…walaupun kita belajar tinggi, ilmu paling berguna adalah soft skill dan cara kita olah ilmu dengan cara kita..

    rohaizad Reply:

    “Own style”

    kabu Reply:

    barulah ada manfaat ilmu… :)

  5. Shukor said:

    Salam Tuan Ijad. Thanks for sharing…

    Memang betul kata Tuan Razif. Sedikit sebanyak memberi impak dan “alarm” kepada diri saya untuk bertindak.

    rohaizad Reply:

    Terus bertindak… jangan tangguh-tangguh ye

    kabu Reply:

    buat jgn tak buat…

  6. mijie said:

    dan itulah yang saya lakukan sekarang, ingin membuat
    “turning moment” supaya saya dapat melangkah selangkah lagi kehadapan dan menutup lubang yang bocor

    apa yang saya rasakan ialah keinginan tanpa perlu berprasangka buruk

    rohaizad Reply:

    Yo are what you’re doing :)

    mijie Reply:

    yer betul…

  7. zam said:

    Sometimes tunggu dan lihat tu ader jugak pentingnya… tengok circumstances… contoh skim cepat kaya.. tunggu dan lihat… tunggu tnegok ramai dah terlingkup..lihat jer le…hehehe

    lizz Reply:

    kehkehkeh. komen mengena baiiik punye ;) yang penting mulakan langkah pertama dan percaya pada diri. hehehe

    kabu Reply:

    ye betul you must believe…. cuba dengar lagu whitney houston & mariah carey = When you believe

    Nadri Reply:

    kesian..ramai org kita yg dah terjebak dalam perangkap Skim Cepat Kaya nie..mcm takde penghujungnya..

    rohaizad Reply:

    Hurrmm… selagi namanya duit, selagi itulah ada yang mengejarnya :)

    kabu Reply:

    cair bila nampak duit besar tuh… :D

    kabu Reply:

    baik pada penganjur sajer macam nih…..

  8. rashid said:

    Saya berpegang, langkah pertama menentukan langkah-langakah yang lain..Alhamdulillah saya da mulakan langkah..

    rohaizad Reply:

    Tahniah ya :)

  9. wanmus said:

    semua orang melihat peluang..tapi tak semua lihat betul2 kehebatan peluang tu dan terus amik peluang tu..

    mijie Reply:

    betul tu, melihat peluang dengan cara yang berhemah, bukannya main ambil je peluang tanpa selidik terlebih dahulu

    rohaizad Reply:

    Orang kata, “survey” dulu…. hihi

    kabu Reply:

    hah ni yang macam kata yg popular; ada org lihat peluang dan terus bertindak;ada yg lihat tapi tak bertindak;ada lig satu plak tak tau apa yg dilihat…. anda berada dimana?

  10. Fazreen said:

    menimba ilmu saja belum cukup..kalau kita sendiri xgerakkan minda tgn badan kita untuk melaksanakan apa yg kta tau, kita xkn kemana-mana. Terus terang, ebook seminar bukan la keperluan untuk berjaya..apa yg penting terus terjun and just do it!

    rohaizad Reply:

    Bagi orang yang inginkan guide, itu adalah penting. Selalunya beza mereka yang ada guide dengan yang main terjun adalah masa yang diperuntukkan. Jika ada guide, masa akan dapat dijimatkan dengan tidak terjun ke semua tempat tanpa arah tuju.

    p/s: Terjun pun terjun juga, jangan sampai masuk lombong…

    kabu Reply:

    macam iklan nike…..

  11. Nadri said:

    setiap peluang mesti ada risiko yg menanti..pandai2lah kita mengambil peluang tersebut mengikut budi bicara kita..kegagalan akan mematangkan diri kita..

    “Burung Merak Burung Terkukur,
    Belum Berperang Sudah Tersungkur”

    rohaizad Reply:

    Burung Terkukur Burung Merpati,
    Sudah Tersungkur, terus mati…

    alahai…

  12. faisalhanim said:

    maksud lain bg ‘tabiat’ rasanya adalah Displin.

    Nak buat apa pun kene ada displin. Displin masa, displin kerja, displin belajar…mcm2 lg. Tambah2 kalu dah keje sendiri. Kene ada displin diri.

    Begitu juga dgn blogger. Kene ada displin kalu nk berjaya.

    Sbb tu aku belum berjaya lg, sdg bergelut dgn ‘displin’ diri! hehe.

    rohaizad Reply:

    Dapatkan tips dari full time blogger yang diundang khas sebentar lagi pada pukul 10 pagi – 2 petang di siaran radio http://www.fuhyoofm.com :)

    kabu Reply:

    hahaha sekurang2 nye yau kat mana kedudukan diri, kemudian barulah boleh perbaiki kelemahan dan mantapkan kekuatan….betul tak?.. :D

  13. adamfaiz said:

    Buat surat save kat word,
    Action speaks louder than word.

    kakaka.. bole ke pantun gini? :)

    rohaizad Reply:

    Boleh… takde hal punya… haha

    kabu Reply:

    kalau cakap laju lidah boleh terkehel,
    kalau nak buat kira-kira elok guna excel.

    jawab..jawab jgn tak jawab… :D

  14. miziology said:

    kalau nak tunggu org suap je tp sendiri xde tindakkan utk mencuba suap sendiri nmpknya xknyang la..

    rohaizad Reply:

    Tapi kalau isteri yang suap, best wooo… haha

  15. dr.aku.la said:

    pokok pangkal semuanya bergantung pada diri sendiri.
    sampai bila nak di”spoon-feed”?

    rohaizad Reply:

    Haha… bagus punya komen !

  16. boss said:

    Kejayaan adalah 80% Tabiat & 20% Ilmu. ada kebenarannya.. ilmu tanpa amal tiada berguna..

    bluedianthus Reply:

    Sangat bersetuju…:)

    rohaizad Reply:

    Same here :)

    mijie Reply:

    betul tu ada ilmu tapi tak nak amalkan pastu hilang dan berkarat la ilmu tu

    rohaizad Reply:

    Damn right.
    Semuanya bergantung pada diri sendiri :)

  17. Aqif said:

    Artikel ini patut direnung-renungkan. Dan selamat beramal.

    Ramai yang beranggapan bahawa “perlu cukup ilmu” dulu baru bertindak. Hakikatnya perkara ini membawa kepada satu lagi virus IO (Information Overload) yang akan menghentikan segala tindakan.

    Sebab itu kita disarankan agar ‘beramal dengan ilmu yang ada’ terlebih dahulu. Umpama naik tangga, kita tidak boleh terus naik keatas. Apa yang perlu kita lakukan ialah mendaki satu persatu anak tangga.

    Semoga lebih ramai yang mencapai kejayaan. Insya-Allah. :)

    rohaizad Reply:

    Slow and steady :)

  18. Sememangnya…Tabiat mmg memainkan peranan yg penting dalam perubahan seseorang kpd kejayaan ataupun kegagalan..
    Cth buku popular yg menceritakan pasal tabiat pejaya ialah The 7 Habits of Highly Effective People oleh Stephen R. Covey

    rohaizad Reply:

    Haaa.. nanti jangan lupa untuk buat review buku tu di blog… bolehlah member lain membacanya :)

    aktechpage.com Reply:

    Insya Allah ;)

  19. Nabieel SR said:

    Artikel yang memberi impak yang bagus sekali.

    Saya pun sedang membuat kajian, kenapa manusia bila melihat harga RM100-RM200 dikatakan mahal. Tapi benda entah apa-apa RM1k sanggup pi labur, bila tiba masa mengadu kat saya entah apa-apa. Nak kata tak pandai berfikir dia orang yang hentam kita kata mahal ler, itu ler, ini ler.

    Bila dapat soalan yang entah apa-apa antara tak jawab atau jawab point-point jer. Biarlah dia orang faham sendiri. Kita duk citer panjang berjela pun bukan nak ikut.

    Apa pun kejayaan kita hari ini, adalah tindakan 3 tahun lepas.

    cyza Reply:

    Yea…betui tu…benda2 tu depends kat attitude lah…ye tak…?

    Orang yang attitude dia ok, akan fikir dan belanja dan invest ke arah benda yang ada hasil….

    CAm aku tadi…invest ke arah kasih sayang…sebab aku belikan perfume utk isteri aku demi aniversary kami yang ke-9 5 hari lagi…tak sabar nak kasi surprize.

    rohaizad Reply:

    Wahhh… congratulations!

    rohaizad Reply:

    Ayat ini best:

    “Apa pun kejayaan kita hari ini, adalah tindakan 3 tahun lepas.”

    kabu Reply:

    we reap what we sow….

  20. entri yang bagus untuk dikongsi. Memang benar apa yang dikatakan oleh razif yusuf.kita patut jadikan pengajaran dan teladan.

    bagi aku yang masih baru dalam blogging sesuatu yang menarik bila cuba macam-macam. kena belajar seo, backlink…macam-macam laa.

    rohaizad Reply:

    Yup, take ur own time… yang penting, kita dah bermula :)

    kabu Reply:

    bteul….momentum sendiri lebih mantap….. :D

  21. donny said:

    “I believe you never fail until you stop trying. A mistake isn’t a mistake. It’s a progression and a chance for you to make things right” demikianlah kata-kata dr Diana Danielle di Hmetro dan entry blog hari ini..really inspire me :)

    rohaizad Reply:

    Best… best… thanks ! :)

    kabu Reply:

    Potensi besar awek nih….

    donny Reply:

    potensi besar untuk jadi ‘Isteri’ Izad :) hehe

    rohaizad Reply:

    Oiiitt… bagai langit dan bumi tuh…

  22. cyza said:

    Let’s put this another way…

    Let’s be a “trend setter”, not a “follower”…

    Itu pun satu benda yang boleh membantu kita mengimprovekan attitude…

    rohaizad Reply:

    Boleh… jom!

    kabu Reply:

    jadi follower pun tak per asal tau ambik peluang… contoh Thomas Edison cipta lampu tapi yg kaut untung Philips. Graham Bell cipta telepon tapi yg kaut untung Nokia, SonyEricsson dsb….

  23. cyza said:

    OK…jom…tapi kena ada trend tersendiri…tak leh sama dgn orang lain…betui tak?

    kabu Reply:

    btul….biar trend yg memajukan ler…

  24. fiezaradzi said:

    oo.. de seminar smart blogging ek april ni.. huhu.. moga bjalan lancar..

  25. mhnizam said:

    lepas ni kena fikirkan boleh dan jangan bertangguh dengan projek yang difikirkan…baru boleh maju jaya..

  26. omecool20 said:

    kata2 yang menusuk kalbu oleh bro Jamal. Peringatan bagi semua …

    rohaizad Reply:

    Bro Jamal?
    Hahaha…. Razif Yusof la bro…

  27. kabu said:

    lain di mulut lain di hati….. :D

  28. omecool20 said:

    Alamak .. wrong number :) .. maaf2 ye tuan Izad ;-)

    rohaizad Reply:

    No problem :)

  29. Azizuan said:

    terasa nak berubah gak la even just sikit ja..
    tapi serius penyakit malas memang bahaya..