Bukan semua yang dipaparkan di akhbar itu betul dan benar.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita, Blogging - Tarikh diterbitkan: April 16, 2010 online

Sebelum ini, kita sudahpun membaca banyak kisah mengenai rakan blogger dan rakan IM Malaysia lain terpapar di akhbar seperti Alang, Irfan Khairi dan LiewCf. Dan beberapa hari lepas, kisah salah seorang dari rakan blogger kita iaitu RedMummy telah terpapar di dada akhbar Metro.

Terus terang, aku memang jarang sangat melawat blog beliau tetapi dari segi “blogging commitment”… aku respek. :)



Sebab apa?
Sebab blogging commitment adalah satu dari cabaran yang terhebat untuk menjadi seorang blogger kental. Kalau hendak berjaya dalam dunia blogging tetapi tidak mahu menunjukkan sebarang commitment… maknanya blogging bukanlah satu aktiviti yang sesuai dengan individu tersebut.

Tapi setelah membaca sedikit cerita di WangCyber mengenai RedMummy, ada satu perkara yang aku berminat untuk ketengahkan iaitu fakta-fakta salah mengenai diri beliau.

Kesimpulannya, beliau terpaksa membetulkan semua fakta salah yang ditulis di akhbar Kosmo itu sendiri. Satu perkara yang bijak dan professional untuk dilakukan dari RedMummy. Tahniah!

Tapi masalahnya sekarang, bagaimana cerita yang diterbitkan di akhbar mengenai profail seseorang itu boleh salah?
Apakah yang berlaku?
Adakah terbitan telah dilakukan tanpa pengetahuan dan makluman dari orang itu sendiri?

Hurrmm…. aku agak pelik sebab berdasarkan pengalaman aku yang lepas, wartawan ataupun penulis sesebuah kolum akhbar itu akan memastikan semua info yang ditulis adalah benar. Terdapat team work di situ di mana akan wujud kerjasama di antara penulis kolum itu dan juga mereka yang akan ditulis kisahnya.

Mungkin akhbar yang menulis kisah RedMummy itu telah melakukan kesilapan tetapi bila dilihat semula, bukan sahaja satu fakta yang salah… banyak tuh!

Apa pun, terdapat pengajaran di sini iaitu:

1. Sesiapa pun boleh buat silap, termasuklah pihak akhbar.
2. Membetulkan kesilapan dengan cara yang cool (seperti yang RedMummy lakukan) adalah lebih baik dari melenting tidak tentu pasal.

p/s: Cuma satu yang aku masih lagi tertanya-tanya sampailah hari ini iaitu mengenai kes artikel Facebook aku yang di plagiat oleh seorang hamba Allah di akhbar Utusan suatu ketika dulu… huhuhu


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 110 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. hirman said:

    biasa r kisah sensasi lagi mudah menarik perhatian orang.
    dan fakta silap lagi menambahkan minat pembacanya…

    rohaizad Reply:

    Pulak dah…..?
    Hahahah

    mijie Reply:

    kadang2 metro ni suka tokok tambah, maklumlah nak lariskan akhbar

    rohaizad Reply:

    Hurrmm…

    BIZZNURSE Reply:

    Its why it was called tabloid ;)

    rohaizad Reply:

    Makan dalam komennya… nice :)

    Taufik Dato Mansor Reply:

    jgn kutuk metro tanpa bukti…. mana bukti ade tokok tambah….. wartawan pun manusia juga… ade kesilapan (jika ada la)…. :D

    mijie Reply:

    yer la kesilapan mungkin, so saya minta maaf..memang metro takder tokok tambah…

    sama gak lah kejadian bunuh diri dekat sebelah kampung saya dulu, kejadian yg kami saksikan lain dari berita…memang best masa tu berita yg metro keluarkan…

    mungkin bro boleh jelaskan? ataupun kami yang saksikan tu silap, metro betul kot

    Taufik Dato Mansor Reply:

    apapun metro terbaik…. wartawan yg silap…. please note that! :)

    mijie Reply:

    tu lah, lain kali kalau nak sound, biar berlapik…jgn main serkap jarang je, bercakap biar ada bukti dan membuat satu tuduhan biar ada kebenarannya…

    itu adalah ETIKA

    rohaizad Reply:

    Cool… cool…. rileks… :)

    Taufik Dato Mansor Reply:

    stail / cara saya meluahkan pendapat memang cam ni… huhu… maaf kan saya jika tersinggung… :)

    rohaizad Reply:

    Tujuan kita memberikan pendapat adalah untuk membuatkan orang memandang kita dengan cara yang berhemah.

    Kalau begini, maknanya kamu kena ubah cara meluahkan pendapat. Barulah orang akan kenali kita dengan rasa hormat.

    Pendapat kita adalah peribadi kita. So kalau pendapat itu diberikan secara professional, maka orang akan tahu cara kita memberi reaksi dengan professional juga.

    Taufik Dato Mansor Reply:

    o.k… :) hehe… saya masih remaja.. harap ijat dpt bimbing saya jd lebih baik… :) maklumlah manusia ade kelemahannya…

    bila ijat nak buat artikel pasal alexa?

    kabu Reply:

    salah sikit tu makumler…. tapi kalau salah banyak tu musykil sket…:D

    Nabieel SR Reply:

    Yes..itulah keyword yang sebetulnya :)

    cyza Reply:

    Itu adalah perkara yang tak beretika langsung…hanya nak mengejar keuntungan tapi maruah orang camna?

  2. mijie said:

    igtkan entri kali ni isu pasal pilihanraya, rupa2nya berkenaan dengan fakta yang selalu akhbar beri salah

    kadang2 aku pun tak faham kenapa mereka ni selalu buat silap mcm tu, maklumat dah ada? ke mereka ni buat kerja sambil lewa, main siap je then publish?

    rohaizad Reply:

    Itulah yang pelik sebenarnya :)

    kabu Reply:

    wartawan tu catit fakta yg betul …. bila buat draft, editor bagi tambah / kurang perencah… bila keluar cetak dah lari dari derita asal…. nak buek camno….. :D

    mijie Reply:

    tak ada etika langsung

    rohaizad Reply:

    Marah nampak brader?
    haha

  3. alone said:

    ohoho. kalau nak bagi sedap cerita pun agak2 la. uhuhu. btw cara red mummy tulis memang sedap dibaca =p

    * redha ja dengan artikel tu, bro. Dia Maha Adil. huhu.

    rohaizad Reply:

    Dah lama dah aku redha…. cuma tertanya-tanya jer… hoho

    mijie Reply:

    kesimpulannya diorang malas nak buat kerja ataupun tak reti nak edit balik artikel owner ataupun memang banyak sangat prosedur yang perlu di buat untuk menukar hak penulisan itu

    KESIMPULLANNYA mereka malas, hahahaha

    rohaizad Reply:

    Siot jer… haha

    mijie Reply:

    memang pun, hahaha menyusahkan

  4. nanahana said:

    i hv read about this matter from a blogger gak.
    wartawan ni dah tulis benar pon, ada jugak putaq belit. ape nak kata. ini lah dunia akhbar. :)

    rohaizad Reply:

    Boleh tahan juga dunia akhbar ni ya :)

    kabu Reply:

    dunia akhbar ni kan dunia Superman (journalist), Spiderman ( photographer )….tentu lah hebat |lol|

  5. smartzul said:

    Respeklah RedMummy. Very professional!

    cyza Reply:

    Aku pun baru first time tau pasal blog ni. Bini aku dah lama tau tapi tak kasih tau lah pulak…

    Anyway, nampak menghiburkan je…huhu

  6. JMR said:

    kdg2 wartawan ni men tulis je apa yang diorg terpikir. tu yg leh jadi silap fakta tu..

    rohaizad Reply:

    Mungkin juga… tapi lagi peliklah kalau macam tu kan?

    kabu Reply:

    pelik tu yg best… bole bagi laku

  7. sangilapi said:

    bila selak akhbar,lebih tertarik baca kartun je :)

    Nadri Reply:

    kartun skrg pun ikut isu semasa..

    kabu Reply:

    kartun dah dewasa

  8. miziology said:

    nak sedapkan pembaca membaca dan mahu sesuatu isu itu hangat maka sedikit ramuan tokok tambah akn dilakukan hehe

    rohaizad Reply:

    Resipi?
    Haha

    kabu Reply:

    chef wan yg masak ke?

  9. hafizmd said:

    Betulla bro..thanks sbb buat entri ni..

    rohaizad Reply:

    No problem bro… :)

  10. zam said:

    heheh..husband RedMummy nih stau opis dgn aku tuh beb….hehehe

    reezluv Reply:

    kem salam kat wife die..haha

    zam Reply:

    kihkih… takdapek la den..kalau hubby dia bole le kot..hehehe

    kabu Reply:

    berat punyer kes

  11. lankapo said:

    haha saspen lah ko bro,

    aku ingat ko jeles dengan kak red tadi nasib baik baca sampai habis hehe

    income abg ijad lah macam mana plak, lebih tak dari 10K sebulan hehe

    rohaizad Reply:

    Oiittt… buat apa aku nak jeles weh… dunia blogging dia ngan dunia NICHE blogging aku lain giler.

    Kalau nak jeles pun, buat apa kan?
    Rezeki masing-masing Allah yang turunkan. :)

    kabu Reply:

    berbeze bez tu yg meriah….:D

  12. Nadri said:

    itu salah satu biz marketing strategi utk melariskan akhbar mereka..pembaca mmg sukakan berita2 yg sensasi contohnya kes rogol…

    rohaizad Reply:

    Haha… makan dalam komennya tuh… nice.

  13. Fazreen said:

    ak ni kalau boring ada gak baca blog dia..tp pening nk baca byk2. ye la dia punya singkatan fuhh mmg short abes..apa2 pn 2 yg btkn dia unik..bermula dgn minat dan seterusnya berkembang menjadi sumber rezeki..

    rohaizad Reply:

    Ambil yang positif :)

    Taufik Dato Mansor Reply:

    lawa pe blog redmummy tu… kaler merah… kalu die apply innity lagi masyuk dari apply nuffnang…. :D

  14. dr.aku.la said:

    kesian si RM nak menjawab balik semua yang diorang tulis kat kosmo tu.
    ape-ape pon RM memang cool!

    rohaizad Reply:

    Yup, kalau kita sendiri kena pun… mungkin bengang juga kan?

    kabu Reply:

    cool bebeh…

  15. zaireey said:

    Teringin nak jadi macam redmmumy.Terlepas pulak kisah salah maklumat tu.Itulah realiti akhbar Malaysia kita sekarang.Main tulis aja.

    rohaizad Reply:

    Sepertinya macam hasil tulisan last minute sahaja. Kan?

    kabu Reply:

    macam ye juge

  16. boss said:

    ramai lagi yang lebih mewah sebenarnya.. tapi duk underground jek.. low profile..

    rohaizad Reply:

    Betul… memang ramai… tidak dinafikan lagi.

    kabu Reply:

    lebih baik duk diam2 nanti bising2 LHDN cari plak

    fendi Reply:

    heheh..musik..orang berkarya dan bereksperimen,,itu da jd jalan hidup diorang..yang baik kita ambil yang buruk cepat2 tegah! underground @ mainsteram pun da sme..ad orang pandang..

  17. samdaddycool said:

    Tapi yang penting, keluar akhbar… trafik lagi mencanak-canak!

    rohaizad Reply:

    Hahaha… nice one… betul juga tu kan!

    kabu Reply:

    btul tu….aku pon dapat tompang skaki..:D

    zaireey Reply:

    Betul aku yg tak pernah tgk blog RM sebelum ni dah 2 kali login.

  18. Nabieel SR said:

    Akhbar cerita lebih-lebih tentang perkara yang sebenar. Apa kata kita pula citer pasal dia orang lebih-lebih sikit. Apa dia orang rasa agaknya ya? :D

    PS : Mereka tu “gilakan” trafik jer. Tak gitu En. Rohaizad :D

    rohaizad Reply:

    Kalau kita tulis kang, kita plak yang kena… haha

    fendi Reply:

    ea,,aku setuju,,kadang2 akhbar ni orang ckp laen die p tulis laen..itu yang bahaya kalau jadi kontroversi melibatkan maruah dan watak kepimpinan..menjawab la nanti..

  19. mat teropong said:

    baru umum tahu..blogger juga satu kerjaya..kan bro??

    reezluv Reply:

    Malaysia lambat..lambat tahu…:D

    fendi Reply:

    xatu cam ner nak ckp sbb saya tak bape expert nak cari makan melalui blogger..ada jugak bace..tp tak bape pahm..tuan punye blogger ni bleh ajar kot..heheh

  20. cyza said:

    Aku tak kisah pasal isu yang diperkatakan… Aku lebih tertarik sebab tau ada blog baru yang hebat.
    Thanks for sharing this story.

    rohaizad Reply:

    No problem… :)

    kabu Reply:

    hebat…hebat…

    fendi Reply:

    sodep nak dibacenye

  21. Ini mungkin hanya story picisan tangkap muat utk reporter tersebut …
    Sebab kadang2 reporter ni bukannya tau sangat apa yang dia tulis esp dunia ICT…
    kecuali kalo berita2 kemalangan, tragedi, politik, jenayah/mahkamah dan komuniti barulah diorang detail betul2. Sebab berita spt ini perlu betul dan tepat faktanya dan main job diorang.
    Tapi kalo bab2 ICT ni, baik baca kat internet je la…story ICT kt paper jangan percaya sgt sebab reporter itu hanya menjalankan tugas kewartawannan je. Malah berita ICT di paper pun ada yg diambil dr internet.

    reezluv Reply:

    ya betul..paper Malaysia agak lambat dan ketinggalan aku tengok..pasal blogging ni,aku dah pernah baca satu artikel di Readers Digest Asia pada tahun 2005 tak silap aku..

    tajuknya mengenai blogging dan peningkatan bilangan blogger dan juga blog reader di Asia…pada masa tu la aku kenal blogger yang pernah dapat income dengan berblogging…erm..paper Malaysia baru nak laporkan..lambat 5 tahun tu..huhu

    kabu Reply:

    c.c. kecik itu pasal lambat sket…. :D

    fendi Reply:

    hehehe..bacalah harakah dan utusan,,

  22. zuzila said:

    di tokok tambah macam tengah cuba resepi ye

    rohaizad Reply:

    Perli nampak… haha

    kabu Reply:

    test power kot…ahahaks :D

  23. MrRollies said:

    Blog redmummy mmg best..
    tapi tak patut akhbar salah banyak camtu..
    ish..

    rohaizad Reply:

    Yup, kalau banyak bukan lagi silap, tapi salah.

    kabu Reply:

    salah dan silap harap dimaafkan….piii dahhh :D

  24. cyza said:

    Bila agaknya rohaizad boleh jadi glamour cam redmummy ni?

    rohaizad Reply:

    Isshhhh…. tak perlu kot. Macam gini pun dah cukup happy dahhh…. cukup bahagia. :)

    kabu Reply:

    glamor kang macam artis plak …. :D

  25. cyza said:

    Ingat balik entri ko beberapa hari lepas…rezeki jgn di tolak mush jgn di cari…

    Kalau dah glamour, rezeki boleh jadi mencurah-curah….ye tak?

    Then, after that, dah tak makan lah kat restoran pinang lagi…

    rohaizad Reply:

    Oiittt… bab Nasi Ayam Penyek, itu still maintain… haha

    cyza Reply:

    OK lah…mungkin maintain, tapi maybe ko dah makan nasi ayam penyet di Pulai Spring, Thistle, Hilton, Awana Porto Malai…kira hotel2 5 star je lah… 1 portion kita RM45.00…. bukannya RM4.50… huhu

    rohaizad Reply:

    Isshhh… rasanya tak sama… tak sama.

    kabu Reply:

    tak sama tapi serupa…..

  26. Nozi said:

    Salam…

    Wah…baru je pi jenguk blog Redmummy. Mmg merah habis la…hehe…

    kabu Reply:

    merah menyala tuh….

  27. abdhakim said:

    bro ijad akan meminang tiz zaqyah dalam masa terdekat….

    owh tidak apa yg sy tulis ini tidak semestinya benar…

    rohaizad Reply:

    Hahahah… nice one Hakim!

  28. danialirfan said:

    emm best dai org no dpt duit bnyk melalui blog

    rohaizad Reply:

    Senang tu apabila dah tiba waktunya. Komitmen itu penting. :)

  29. danialirfan said:

    kalau boleh saya pun nak cam tu gak ada cara ker rohaizad

    rohaizad Reply:

    Kalau dah cukup syarat seperti yang di nyatakan pada laman web http://www.seminarblogging.com, Irfan dah boleh ikuti seminar ini. Thanks :)

  30. danialirfan said:

    saya masih baru lagig ni masih bnyk perlu bljar lagi ni

  31. Tokwear said:

    Macam2 yang kita dgr sekarang, pihak akhbar sepatutnye lebih teliti kerana kalau ada salah fakta akan menyebabkan benda tu akan ‘archieve’ lama dalam simpanan arkid (kalau ada la)

  32. apaapaaje said:

    Dari pengalaman aku membaca laporan akhbar-akhbar ni iaitu KOSMO dan saudara-saudara tuanya iaitu Utusan Malaysia, Berita Harian, NST sejak 15 tahun yang lepas terutamanya ruangan politik, banyak kesilapan yang ‘disengajakan’ dengan tujuan untuk mengelirukan pemikiran pembaca termasuklah aku…nasib baiklah sekarang ada blog-blog yang memberikan fakta yang lebih tepat dan terkini. Aku tak tahu lah macam mana etika kewartawanan dorg padahal mereka tu otai…sepatutnya lebih profesional..

  33. mazuki said:

    itu 1 kisah tapi aku boleh berikan 2 lagi kisah wartawan surat khabar memang suka mensensasikan cerita dan fakta :

    1) Masa keluar keputusan SPM dulu
    -wartwan datang ke sekolah aku time tuh kemudian dia nampak membe aku bawak kerusi roda..then dia tanya apsal bawak kerusi roda…

    membe aku jawab…”sebelum ni kaki saya patah,saya pegi amek spm naik la kerusi roda sekolah ni…skarang dah ok dah kaki”

    skali wartawan tu kata kamu duduk la atas kerusi roda ni nak amek gambar….

    alih2 keluar surat khabar duduk atas kerusi roda pahtu siap tambah2 cerita lagi kononnya mak dia slalu bacakan yasin la apa la kan….

    kes 2 : anak sedara aku melecur kaki kena api men petrol

    -macam-macam wartwan goreng dalam metro…padahal aku anak sedara aku xcakap pape pon…xleh bla

  34. fendi said:

    biasalah..name pun wartawan..kalau tak buat cam 2 cam ne nak cri makn..tapi kene la ati-ati,,nanti xpasal2 kne saman..