Lelaki memakai baju berwarna PINK? Pinky… pinky… hahaha (salah ke?)

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: April 17, 2010 online

pinklah

Masa di sekolah rendah dulu pun, selalu gak budak lelaki kena ejek sebab ada warna pink pada kartun Gaban di beg sekolah. Sikit punya hal… tapi tetap kena perli dengan budak perempuan (masih ingat lagi budak perempuan yang mengejek tuh… haha).

Itu belum lagi disebabkan warna pink yang ada pada warna penutup tupper ware bekal air (mana ada mineral bottle waktu tu, betul tak?)

Biasalah, masa zaman susah dulu… apa yang mak ayah belikan, itulah yang kita kena pakai. So bekal air tu kadang-kadang kena kongsi dengan kakak, sebab tu ada masa bila bawa ke sekolah… di perli-perli dengan budak perempuan. Nakal juga budak-budak perempuan zaman dulu-dulu!

rohaizad pink

Tapi yang peliknya kenapa ramai budak perempuan atau kaum wanita suka gelakkan lelaki yang memakai baju warna pink? Kebanyakannya tetap berkata warna pink hanya sesuai untuk kaum wanita sahaja.

Betul ke?
Atau adakah ini diskriminasi (ececece…) yang dilakukan oleh kaum wanita terhadap kaum lelaki?

jejaka harapan malaya

Takkanlah orang lelaki ni kena nak pakai baju hitam jer memanjang?
Kalau dah semua pakai baju hitam, nanti dikatakan boria pulak…. oh!

rohaizad pink 2

So orang lelaki, ada yang setuju atau membangkang kenyataan ini? Kalau tiada, baguslah…. tapi bagaimana pula dengan kaum wanita? Ada pendapat lain?

p/s: Tidak salahkan kalau lelaki memakai baju warna pink? Rasanya okay jer… bila pakai takde masalah pun. Nampak coooooooooool lagi adalah…!

p/s: Katanya Achik Spin meninggal dunia? Al fatihah…


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 109 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. zik said:

    ok je kot bro… ngeh2.. tapi kalau time majlis tuh..terpaksa pakai yang selain pink..ngeh2.. segan beb…

    rohaizad Reply:

    Apa kata kita cuba pakai pink ke majlis majlis formal?
    Ada berani? Haha

    samdaddycool Reply:

    Why not..?? kalo baju batik lukis, ok apa warna pink. Aku ada sehelai baju batik pink lengan pendek.. nampak jambu gak kalo pakai… ngehehehehhee

  2. reezluv said:

    apa nak malukan..aku rilek je pakai baju pink..ada ar 2,3 helai aku ada baju pink..takde masalah pun..tapi jangan pinky bagai la..

    jangan le kasut pink, seluar pink, wallet pun pink..hahaha..tu sudah lebih..:P

    rohaizad Reply:

    Kalau setakat baju, kira okay lagilah kan? :)

    mijie Reply:

    ntah aku pakai selamba je, takder pun org nak kutuk, hahah

    kalau mengumpat kat blkg tak tahu la kan…lantak la..

    Taufik Dato Mansor Reply:

    aku dulu suka warna pink..siap pakai baju pinky lagi… tapi kawan aku pulak cop aku PLU / gay pulak…. hehe :)

  3. Fadli said:

    berani..berani..hahaha…org umah aku pun suka aku pakai baju pink..tapi aku tahu..dia nak gelakkan aku jer..huhuhu

    rohaizad Reply:

    Hahaha…. jangan sampai terpedaya… :)

  4. Fazreen said:

    ak ada je tee pink..cool ooo….minda harus terbuka…

    rohaizad Reply:

    Ada lagi geng pink… bagus!

  5. dr.aku.la said:

    pink is the new black.
    got what i mean?

    rohaizad Reply:

    I like that!
    Very inspiring :)

    dr.aku.la Reply:

    aku nak tambah sikit.

    pink is the new black,
    once you go black,
    you can never turn back.

    hahaha…

    rohaizad Reply:

    No problem… boleh… :)

  6. reezluv said:

    achik?
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_39.htm

    dr.aku.la Reply:

    innalillah…

    rohaizad Reply:

    Wa inna ilaihi roji`oun…

    rohaizad Reply:

    Al-fatihah…

  7. shaharil said:

    Pink ni adalah warna yang neutral. Kalau lelaki pakai tak salah, cumanya dah sinonim dengan wanita.

    Kalau lelaki pakai sedondon warna pink tu dah kira macam perempuan lah pulak.

    rohaizad Reply:

    Hurrmm… betul juga tuh …

  8. sangilapi said:

    sebenar itu hak masing-masing…..cuma kena tebalkan telinga kalau ada yang memang suka perli-perli :)

    jad,seminar 25 april nanti pilihlah warna pink sebagai warna pakaian….ada berani? :)

    rohaizad Reply:

    Ahaaa… itu belum berani lagi.. kang staff UTM Skudai tengok semacam je pulak… haha

  9. mantra said:

    Ketika aku sedang membaca post ni, aku sedang memakai baju pink…aha…amacam? tau-tau je…

    rohaizad Reply:

    Yes…. ada member wehhh!
    Hidup pink!

  10. mhnizam said:

    tak de sebab tu lelaki tak bleh pakai pink..saya pun ada baju melayu colour pink..cool je pakai…

    rohaizad Reply:

    Yes… hidup pink!

    mhnizam Reply:

    haha betul tu hidup pink…igt kalau jumpa member2 lama…kalau tak igt nama mesti diorg cakap ko yg slalu g surau pakai baju pink tu kan hehe…at least kerana pink ada juga orang igt kita kan hehe

  11. suda said:

    cute ape lelaki pakai pink… ala2 lelaki yg dlm hatinya ada taman gitu…

    rohaizad Reply:

    Dalam hati ada taman?
    Uiksss… belum lagi…

    p/s: jangan kata taman…. pokok atau tunasnya pun belum ada :(

  12. zam said:

    Aku pernah terbaca Rasululllah suka warna pink..kat mana yek..lupa plak.. tp kalau betul then tak baik kita perlekehkan org pakai warna pink….sunnah dah tu..

    rohaizad Reply:

    Ye ke?
    Wahhhh… ini sudah bagus :) !

    kakeru Reply:

    Tak pernah lagi terbaca hadith macam ni. Tapi saya pernah baca hadith yg Rasulullah bila nampak sahabatnya (lelaki) memakai baju kaler merah terang, baginda meminta sahabatnya agar tidak memakainya lagi.

    Lantas Rasulullah mengusulkan baju tersebut utk diberikan kpd saudara perempuan sahabat tersebut (namun tak dilakukan oleh sahabat).Tak ingat lak sebab apa Rasulullah meminta sahabatnya berbuat sedemikian, sebab warna tu sgt menarik perhatian org ke ape ntah…lupa sudah..hmm..hmm..

    zam Reply:

    tak sure hadis ke tidak.. tapi pernah terbaca la… kalau merah terang tu tak tau la ..ini warna pink… beza tu

    kakeru Reply:

    oo..camtu eh. Tp tu setakat apa yg saya pernah baca pasal warna merah, zam. Klu pink tak pernah lg jumpa setakat ni

  13. Iskandar said:

    rasenye pink kool gak.. tapi tgk pada gaya.. bia kaler jek pink.. jgn lenggok2 pon jadi “pink” dah la.. haha.. saya suke gak kaler2 cerah..

    p.s: alam dijadikan indah utk kebaikan manusia. tapi ada manusia nmpk dunia buruk dan jijik.. means segala2 nya dtg dari minda. kalo positif maka positiflah.. begitu sebaliknya.. (^^,)

    rohaizad Reply:

    Yea.. betul.. positif… positif… :)

  14. cookdong said:

    hp saya pink
    cadar saya pink
    cawan saya pink
    kitab tajwid saya pink..
    sume kawan punye pesal..haha

    janji theme blog ni jangan pink! ^^

    rohaizad Reply:

    Theme blog ini memang takkan pink.. dun wori… :)

    nuaeman Reply:

    Kawan ke bakal isteri ustaz..? hehe..:)

    cookdong Reply:

    hehe..saya xda calon.lamat lagi..hoho

  15. zuhairy said:

    entahla, aku rasa ‘geli’ nak pakai baju pink, hehe

    rohaizad Reply:

    Geli?
    Jangan bro… kata orang zaman sekarang, pink itu caring ~~~… hoho

  16. boss said:

    ala.. pakai full pink la.. baru jambu jad.. auwww…

    rohaizad Reply:

    Full pink…. tak sanggup aku.. oh!

  17. Aqif said:

    Abang… Abang nampak jambu la… Nak kenal boleh?
    Awwwww~~

    Hahaha!

    :D

    rohaizad Reply:

    Auuuww.. tak rela makk…

  18. Shahrul said:

    X nak warna pink, nak warna hijau mcm warna dinding rumah ijad tu dan warna blog aku.. hehe

    rohaizad Reply:

    Warna dinding pulak yang di minati yea… haha

  19. mijie said:

    aku ada baju kaler pink, masa kat universiti dulu selamba je aku pakai t-shirt kaler pink, hahahaha

    sbb warna pink sinonim dgn pompuan itu je, tp kalau nak pecahkan tradisi…pakai je…

    dulu member ada gak gelak2 kat aku, tapi bila dah lama diorang pun tak larat nak gelak, aku lak yg gelak, hhaahahah

    pink itu BERGAYA

    rohaizad Reply:

    Pink itu BERGAYA… haha I like that!

  20. cyza said:

    Bro, itu ke gambar sebelum dan selepas yang ko cakap tadi?

    rohaizad Reply:

    Semua gambar tu gambar selepas.

    cyza Reply:

    Laaaa…ingatkan sebelum dan selepas, sebab cara ko cakap tadi…macam nak tunjuk improvementnya….anyway…tak kisah…dalam hati ada taman

    rohaizad Reply:

    Yang sebelum ada ni haa… nanti aku akan kasi… haha

  21. adamfaiz said:

    Pink tu salah satu warna..takde salahnya kalau lelaki pakai.. (tapi aku tak pakai la..hahahaha..)

    rohaizad Reply:

    Cehhh… ingatkan dia pun pakai… haha

  22. klcitizen said:

    saya rasa pink is the in thing right now ngan budak2 remaja

    kat sekolah saya tu ada 2, 3 orang budak lelaki yang motornya warna pink, ada yang lain tu beg sekolah warna pink… bebudak lelaki semua tu..nak nampak uniqe lah tu , lain dari yangg lain kan.

    pada saya its ok.

    cuma jangan pakai track bottom pink sudah lah la ya…

    rohaizad Reply:

    Sebenarnya warna pink cantik juga untuk mata memandang… tapi setakat yang sepatutnya sahaja … hihi

  23. ME said:

    pakai je warna apa2 pon asal ada keberanian dan keyakinan utk pakai..janji sopan n selesa

    rohaizad Reply:

    Haaa… statement ini best… memang best…. “sopan dan selesa”. Thanks :)

  24. shah said:

    hermmm.. xkisah lah lelaki memakai pink, tetapi di hati tetap ada ” TAMAN ” betul x..? :-D

    rohaizad Reply:

    Betul.. betul… betul… hehe

  25. shah said:

    Kadangkala lelaki yang memakai dan meminanti warna pink itu lebih Indah “TAMAN” yang ada dihatinya daripada perempuan :-D Boleh kalah prmpuan jadinya dengan hanya taman sahaja.:-D

    rohaizad Reply:

    Fuhh…. madah yang “makan dalam” nih…

    p/s: banyak betul orang guna perkataan dalam hati ada taman kebelakangan ini ya :) hehe

    mijie Reply:

    dalam hati ada taman menjadi modal kami untuk mengutuk kawan2 yg bujang dulu time rekrut,

    hahaha

  26. smartzul said:

    Kain selimut saya warna pink.

    rohaizad Reply:

    Haaa… kantoi… kantoi… kah kah

  27. PINK itu menarik. sebab perempuan gelak bila laki pakai baju pink atau seumpama denganya macam LEMBUT laki tu…

    rohaizad Reply:

    Lelaki tak lembut, tapi lelaki itu steady and cool… huhu

  28. Nadri said:

    warna pink warna universal..semua kaum boleh pakai..tp aku tak pernah pakai baju warna pink kecuali stokin belang warna pink ketika di sek menengah dulu..master bedroom dkt rumah pn warna pink jugaks..

    p/s: kakak nama Juwita kans bro??

    rohaizad Reply:

    Stokin belang warna pink?
    Hahaha…

    p/s: Yup, Juwita namanya :)

  29. Nabieel SR said:

    Pink adalah warna kelembutan,sbb tu lelaki pakai orang gelak..nak pakai baju pink tak jadi masalah.

    Yang lawak ada tentera kita pakai underwear warna pink..hahaha..jiwa kaco betul..(gambar terjumpa di fb)

    rohaizad Reply:

    Betul ke?
    Itu dah lain macam je bunyinya… haha

  30. imran said:

    Budak zaman sekarang pun dah pandai tak nak kaler pink. Anak saya bila nampak pink je, dia akan cakap tu along (perempuan) punya :D

    rohaizad Reply:

    Wahh… pandai betul budak zaman sekarang ni yea :)

  31. MrRollies said:

    ROHAIZAD JAMBUUUUUUU!!!! Hahahah xD
    tapi pink tu kaler yang soft..

    rohaizad Reply:

    Jambu apa?
    Jambu batu?
    Jambu air?

    Hahaha…

  32. nanahana said:

    haha….i takkisah… sbb pink bg i is universal color dah… hehe…. i love pinkkk….

    p/s: purple & brown pon i sukee… :D

    rohaizad Reply:

    Pink is rock!

    nanahana Reply:

    yeyeaaah!! my pink t-shirt.. tudungs..haha.. gile pinkkk! errr tp sesuwei ke ngan umo2 ginih haha…

  33. mijie said:

    baru perasaan, cooler pad laptop aku kaler pink, hahahaha

    rohaizad Reply:

    Ye ke?
    Okaylah tuh.. petanda.

    mijie Reply:

    hahaha petanda apa tu ijad weh

  34. hjh sapiah said:

    pakai warna apa pun ok, tetapi warna hitam nampak macho kot,,, Nadal pemain tenis pakai warna pink masa main pun kena boo boo dgn peminat dia., Wanita pun sebenarnya tidak digalakan pakai warna merah,, lebih lebih lagi merah menyala atau terang.

    rohaizad Reply:

    Kalau pink campur hitam, ok tak ?

  35. miziology said:

    baju pink ok what.. aku siap pakai baju kemeja pink g keje..rilex jer haha skang ni pink, lelaki pun boleh pakai..

    rohaizad Reply:

    Hidup pink wehhh!

  36. Kalau menjual Tupperware ataupun Correlle, boleh pakai nektai pink…..

    rohaizad Reply:

    Mesti menarik, tertarik da bomb!
    Kan?

  37. Bro, byk je baju aku kaler pink. xde hal beb. Metrosexual kan, ape je kaler leh pakai. yang penting kene pandai gayakan huhu

    ash Reply:

    Betol tu en boyfie!

  38. ash said:

    Saye suke jer tgk boyfie saye memakai pink. Siap suroh lagi hehehe. No crime la man wif pink. Alahai, dat color is not for gurl je pun. Ape salahnyer…Saye xkesah pun. Asal jgn la smpai ade munge2 pulak kan. Pink pun agakla2. Plain okla. Corak2 abstrak ke. Ape-ape pun kene pndai la nak gayekan.
    Hidup pink! Hehehe…

    rohaizad Reply:

    Alaaa…. abang sayang tu kalau dia pakai baju bomba pun cik adik kata lawa kan? hehe

    khairolghani Reply:

    sokong..haha

  39. BIZZNURSE said:

    I sincere opinion here…
    If you guys want to wear pink, (Doesn’t matter about your preferences)… Got to look at your own mirror. Does it suite my style? I mean, it doesn’t matter you are dark skinned or fair, what matters is your image. Some man look nice in pink, but some, er, feel awkward himself and it does reflect in their image…pakai jer aper2 warner, janji selesa…

    rohaizad Reply:

    Comfort comes first!

  40. rashid said:

    Bagi saya la bang, tak salah langsung, cuma kaler pink majoritinya wanita yang suka. Sebabkan mentaliti orang kita jadikan perkara ni janggal. Macam pakai jam tangan kanan, selalu dikaitkan dengan perempuan, tapi itu lebih baik dari pakai belah kiri…cayalah bang…pinky siul..hehe

    rohaizad Reply:

    Mari kita berpinky ramai-ramai.. baru macho sket.. :D

  41. khairolghani said:

    ok je kaler pink..sejuk mata..aku kawen pun baju warna pink..cantik apa..laki pun boleh pakai..

    rohaizad Reply:

    Ingat nanti masa kahwin pun aku nak pakai baju pink laaa…

    p/s: cakap jer nak kahwin, calpon pun takde lagi… haha

  42. Bb Hussain said:

    rasanya perempuan sekarang dah open minded..tak kisah pun lelaki pakai baju pink..nampak sweet gak kekadang..;)

    rohaizad Reply:

    Boleh beli baju pink lagilah selepas ni nampaknya :)

  43. shamrin mj said:

    dulu aku tak minat pink ni, tp pink ini favourite kaler tunang aku, so apa benda pun dia beli, suma pink. mula2 rasa semcm jk kaler ni, tp sebenarya kaler ni cantik dan klu lelaki yang pakai tak salah langsung.

    rohaizad Reply:

    Haaa.. yes, makin ramai yang menyokong … best ! haha

  44. chokilala said:

    lelaki pakai baju warna pink nampak sweet. macam ala-ala jenis lelaki yang dalam hati ada taman la gitu. dan siapa yang pakai pink ni, bagi saya lelaki yang berani

    cuma jangan semuanya pink la, kereta pink, wallet pink, yang dalam pun pink. tu nak makan penampar namanya. haha

    rohaizad Reply:

    Wahhh… Cik Choki kita terima lelaki pakai baju pink laaa…

    p/s: boleh terima ke mamat dalam gambar yang pakai baju pink kat atas tu yea?

  45. Nurul said:

    Saya suke lelaki y berani pakai kaler pink!! Sebenarnye lelaki y BERANI je y nak pakai kale pink ni. Kale pink rasenye bukan khas utk perempuan.. org je kot y rase cmtu.. sbb sy xla fanatik kale pink.. mase kecik2 dlu lagi nyampah ngan kale pink. hahahaha tp kebanyakkan kawan2 perempuan sy mmg suke tgk lelaki pakai kale pink. Ada aura tersendiri. Apa auranye.. xtaulah.. y penting mmg menarik :)

  46. emran said:

    pink? tak salah la nak pakai…
    tak menjejaskan imej lelaki pun kalau pakai warna pink….

    kawan pun ada jugak warna pink….bila pakai orang rumah selalu cakap warnanya cantik….

    tambah teruja bila pakai… heheh…