Seminar yang baru sahaja berlangsung pada hari Ahad lepas merupakan Seminar Smart Blogging yang pertama untuk tahun 2010. Seminar ini berlangsung selama 1 hari di mana semua pesertanya terdiri dari mereka yang hebat-hebat belaka.

Tapi sebelum cerita mengenai kehebatan mereka di kongsikan, ada baiknya jika di nyatakan statistik ringkasnya terlebih dahulu:

Majoriti peserta walaupun berasal dari pelbagai negeri seperti Selangor, Terengganu dan negeri Pahang, tapi ramai yang bertolak dari KL kerana mereka sudah menetap di KL.

Sungguhpun begitu, ada juga peserta yang bertolak dari Kedah, Penang, Kota Bahru Kelantan dan juga dari Korea!

Gambar-gambar sepanjang seminar:

Saudara Akmal kita yang bertopi hitam itu terpaksa menempuhi perjalanan lebih dari 14 jam di atas bas. Bas pertama yang bertolak dari Kota Bharu rosak di pertengahan jalan.

Bas yang kedua pun rosak di Terengganu. Kemudian terpaksa menumpang bas yang hendak menghala ke KL. Last sekali, terus tukar lagi satu bas untuk ke JB. 4 bas dalam masa satu hari…. giler laaahhh!

Sampai sahaja di Terminal Larkin, badannya dah lepak giler. Tapi semangatnya kuat dan niat untuk memahami dunia blogging dah sedia ada dalam diri.

Kisah pemilik blog BeautifulNara iaitu blogger (Nazuwan) kita lagi sadis. Ini bukan gurauan ya tapi sehari sebelum seminar berlangsung, dia masih lagi berada di Korea!

Sampai di Malaysia pada sebelah malamnya, dia terus mengambil tiket bas. Dalam keadaan penat yang belum lagi hilang, perjalanan diteruskan ke JB dan sampai di hotel pada pukul 4.30 pagi… masa hanya berbaki 3 jam untuknya tidur… perghhh…!

Kalau tidak percaya, cuba lihat betul-betul keadaannya yang agak letih (berdiri paling kiri). Cuma yang pasti, sepanjang seminar… dia maintain bertenaga, cooool. Kental beb!

Mijie (berbaju biru) pula sanggup memandu last minit dari Labis sebelum Subuh manakala saudara Ariffin (berdiri 2 dari kanan sebelah Mijie) sanggup terbang nun jauh dari Sarawak!

Menariknya seminar ini, ada 3 orang peserta yang membawa isteri dan anak masing-masing. Terima kasih kepada para isteri yang sentiasa memberikan support pada si suami.

Cuba lihat senyuman yang terpapar di wajah saudara Zuraidi kita (berdiri belakang Mijie). Demi seminar, isteri dan 2 orang anaknya cukup sporting untuk berada di hotel sepanjang hari.

Jangan marah haaa… memang peserta lelaki seminar ini hensem dan ganteng-ganteng belaka, tapi semua dah berpunya ya :)

Blogging itu cool… pakai kasut ker, selipar ke.. terompah ker… boleh, even pakai kain pelikat pun okay… takdak hal…. haha!

Penganjur kita saudara WanMus sedang memberikan kata-kata aluan kepada para peserta.

Seperti biasa, blogger Nuaeman atau lebih dikenali dengan Ustaz Nuaeman akan membacakan doa pembuka majlis supaya seminar yang berlangsung mendapat keberkatan dari`NYA.

Tulisan penceramahnya cantikkan? Macam setan… :D

Kita bersarapan dulu…. lagipun pagi tu cuaca cukup sejuk hendak hujan… rezeki, alhamdulillah.


“Kalau anda sanggup datang ke sini pada hari ini, maka saya yakin anda juga boleh datang sekali lagi ke sini untuk menceritakan kejayaan anda pada peserta baru di next Seminar Smart Blogging nanti… amacam, ada berani?!!”


“Saya tidak kisah…jika anda Hakim, Lawyer, Majistret, anak Inspektor ataupun Doktor… tapi di dewan seminar ini… kita adalah BLOGGER !!!”


“Saya harap anda semua dapat melihat konsep niche blogging ini dengan lebih mendalam… itu lebih penting dari segalanya”


“Advertiser telah menyediakan duit yang banyak. The money is there, hanya tinggal kita datang untuk mengambilnya…! Iya… the MONEY is THERE !!”

Seminar berlangsung seperti yang telah dirancangkan. Kelihatan Cik Puan Linn dan Umi kita sedang khusyuk. Alhamdulillah, tiada gangguan dari segi internet connection. Begitu juga dengan aircond… selesa :D

Haaaa…. tiba masa makan tengah hari…. Nasi Ayam Penyekkkk…!!!

“Dari pagi tadi aku tunggu sesi suai kenal dengan Ayam Penyek nih!”

“Sedapp…! Sebenarnya tujuan saya datang ke seminar ini bukan untuk belajar selok belok blogging, tapi untuk pekena nasi Ayam Penyek…!” ujar Fareed di dalam hatinya.

“Aku tak kira, aku nak tambah lagi 3 kali… sedap giler…!” kata Hasbul Aqill.

Seminar, seminar juga…. blogging, blogging juga… tapi sembahyang jangan dilupa…

“Best betullah seminar ni… asyik makan jer…”


Gambar di atas adalah ketika sesi minum petang… seminar, makan… seminar, makan…. bestkan? haha


Inilah dia photographer rasmi seminar (seorang ayah, seorang blogger, seorang photographer dan juga seorang tutor) iaitu saudara Shaffik…!!!

Di bawah ini pula adalah sesi Sharing Is Caring… kongsi pengalaman di antara peserta baru dan peserta lama… seronok!

boy

Haaa… tu dia, aktiviti penurunan tandatangan kepada peserta seminar. Satu kerjasama antara Seminar Smart Blogging dan UTM Skudai yang tidak akan pernah dilupakan :)

aku

Inilah dressing si penceramah… suka hati dia… pakai jacket, seluar loreng, t shirt biasa. No blazer, no neck tie and no office shoe. Nak buat macam manakan… blogging itu coooool….!

Akhirnya, seminar pun selesai di anjurkan…. tergambar perasaan melalui wajah masing-masing. Alhamdulillah…

Inilah peserta yang paling tinggi sekali dalam seminar kali ini. Abang bomba nih… haha

Terima kasih kepada semua peserta seminar kali ini. Kalian semua memang sempoi. Bagi peserta lama (Alan, Emy Shahril dan Eli) yang turut datang dari jauh semata-semata untuk berjumpa kami sekaligus memberikan support kepada mereka yang baru, satu penghargaan yang tidak terhingga dari kami.

Ada 137 keping gambar yang telah di shoot oleh photographer kita. So untuk peserta seminar, dapatkan gambar masing-masing (gambar ketika penyampaian sijil, ketika sesi suai kenal dan banyak lagi) di sini:
http://www.facebook.com/album.php?aid=21215&id=1834527586&page=7

* Pengumuman!

Bagi mereka yang tidak dapat hadir ke seminar hari Ahad lepas, ini ada satu berita baik!

Ada 2 orang lagi peserta baru yang sedang mencari ahli kumpulan mereka bagi melengkapkan kuota Personal Coaching dalam 2-3 minggu lagi. Jika berminat, sila hubungi dengan kadar segera kerana bagi setiap sesi coaching, had maksimum adalah 4 orang sahaja. Terima kasih :)


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 109 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. mijie said:

    apa hal ambil tempat untuk 1st komen dulu, hahahha

    nanti sambung baca..

    rohaizad Reply:

    Hahaha… siot jer… boleh main post poned plak tuh

    mijie Reply:

    guna taktik gerila la…mcm org lain buat…dari pagi tunggu entri terbaru..

    memang berbaloi-baloi

    p/s: belum habis baca lagi ni, panjang sgt

    rohaizad Reply:

    Tak yah baca laaa… haha

    mijie Reply:

    hahaha, ko tgk aku nyer komen kat bawah tu, dah boleh ko amik sebagai satu entri penulis jemputan untuk blog ko ni…

    197 words

    reezluv Reply:

    aku kelakar gile tengok yang kata datang sini pasal nak makan ayam penyet jek..hehehe..lawak2…

    Ijad, aku datang ujung bulan Mei Insyaallah kalau takde aral melintang..heehe..

    siap pemilik BeautifulNara pun datang wo..dasat2..

    sangilapi Reply:

    jad,dalam ramai-ramai peserta tu,siapa yang jawab dengan tepat soalan keramat seminar “anda datang ke seminar kerana apa ?”

    rohaizad Reply:

    Seperti yang telah sedia maklum, takde sorang pun…haha

    Taufik Dato Mansor Reply:

    bila nk anjurkan seminar tu kat politeknik pula?

    mhnizam Reply:

    best tu dapat jadi pengomen first..kena guna teknik ni jugak…tunggu dari pagi ke malam untuk tgk entri terbaru

  2. nursarah said:

    wah, siap bleh anjur seminar ek. syabas!

    rohaizad Reply:

    Memang seminar ini telah mula di anjurkan sejak 2 tahun lepas Sarah. Cuma pada ketika awal seminar, ia lebih dikenali sebagai coaching sahaja. :)

    p/s: thanks kerna sudi berkunjung ke blog ini… :)

    Taufik Dato Mansor Reply:

    bila nk anjurkan seminar tu kat politeknik?

    rohaizad Reply:

    Bukan pasal bila, tapi ada ke orang yang nak follow seminar advance ini kalau dibuat di sana?

    Kalau ada permintaan, no problam. Tapi kalau tiada asas blogging, boleh ke mereka datang seminar ini nanti.

    zam Reply:

    ayat macam mengayat jer… hehehe .. “kerna” ..len macam jerk….hehehe

  3. Kalau mcm nie Laporan Ringkas…laporan panjang mcm mana plak tu.. :-D

    (banyak pulak gambar aku tgh makan, ehe.. :-P )

    rohaizad Reply:

    “Laporan ringkas” tu sebagai senjata “soft marketing” sahaja… sebab dah agak dan memang confirm pun orang akan habiskan pembacaan sehinggalah selesai… haha

    mijie Reply:

    hahahaha….memang baik lah….tunggu bandwith naik tetiba la selepas ini

  4. mijie said:

    hasil dari seminar memang mantap,

    baru pg tadi dah dpt satu job dari advertiser… usd 2.5 menggunakan blog english yg sedia ada tapi telah di touch up dan masukkan apa yg patut hasil dari seminar…owh….modified blog skit..je advertiser bagi job

    dan sebenarnya sebelum datang ke seminar banyak dugaan yg dilalui

    pertama sekali hari khamis malam balik kelantan, emergency mak sedara meninggal..sampai pagi jumaat

    then hari jumaat petang balik kl, sbb hari sabtu wife ada exam DPLI, habis je exam hantar wife dan anak balik labis, sampai kul 8 mlm, pagi sblm subuh bangun then gerak ke UTM skudai, takut lambat…pecut smpai 160km/h…terima kasih myvi silver ku,

    sampai kul 8 di UTM, org yg terawal…

    itulah dugaan untuk datang seminar tapi berbaloi..baloi baloi…

    p/s: ijad muka ko je hensem tapi tulisan, malas nak komen…hancurrrr

    p/s 2 : disebabkan shaffik ambik gambar dari bawah…so tak lah nampak sgt ijad tu rendah dari aku, hahaahah

    p/s 3: tujuan datang seminar adalah point no 8 gambar kat whiteboard tu

    ps/4: ayat yang akan di kenang ” Kita selalu LIHAT tapi kita tidak LIHAT ‘BETUL-BETUL’…siot je ijad suruh sebut ramai2 sampai 3 kali…mcm budak sekolah tadika…

    ok dah habis aku nyer komen…

    rohaizad Reply:

    “ayat yang akan di kenang ” Kita selalu LIHAT tapi kita tidak LIHAT ‘BETUL-BETUL’…siot je ijad suruh sebut ramai2 sampai 3 kali…mcm budak sekolah tadika…”

    Ada ku kesah!!!?

    Haha

    mijie Reply:

    hahahahaha…..aku kisah…sbb kena jadi budak sekolah tadika yang bercita2 nak jadi blogger yg berjaya..

    p/s: sekarang kita tukar nama dan berada di luar MALAYSIA, hahaha

    madlut Reply:

    selama nie kita LIHAT, tapi tak LIHAT BETUL-BETUl…so, ijad dah tolong saya LIHAT BETUL-BETUL..

    ijad dah tolong semua peserta smart blogging LIHAT BETUL-BETUL…

    dimasa depan, kalau saya antara insan bertuah bagi testimoni (insyaallah), saya nak cakap…

    kita tahu buat, tapi kita tak BUAT BETUL-BETUL… :)

    rohaizad Reply:

    I like that!!!

    p/s: bila dah dapat USD$$$, bolehlah share pengalaman plak dengan peserta baru yea :)

    reezluv Reply:

    pergh..baru balik je terus dapat job..nanti mesti ada sorang yang nak jadi full time..hehe..

    paling manis kalau blog tu ada PR..memang manis…:P

    mijie Reply:

    hohoho blog yg dpt job dah ada pr1

    reezluv Reply:

    nape $2.5 je? paling kurang leh dpt $15 kot..

    mijie Reply:

    sbb job tu 5usd je bang, dptlah sparuh

    reezluv Reply:

    ek?separuh aja?split ke outsource ka?

    mijie Reply:

    pakai sponsoredreview

    reezluv Reply:

    patut la.hehe

    mijie Reply:

    heehehh

    imran Reply:

    Baru 1 hari habis seminar dah dapat USD2.5 Kalau sebulan mau dapat USD2k :D

  5. wanmus said:

    haha..memang pun tulisan penceramah macam ape ntah..teruk giler..hahaha

    rohaizad Reply:

    Kurang asam punya statement.. cehh

    mijie Reply:

    aku setuju………..memang cantik sgt tulisan dia…tapi takper tulisan tu tidak bernilai tu

    rohaizad Reply:

    Cehhh.. perli akulah tuh.

    mijie Reply:

    alamak typo error tu, nak cakap “tapi takper TULISAN tu BERNILAI”…

    heheheh

    rohaizad Reply:

    Hahaha…. ada ku kesah!!!?

    mijie Reply:

    aduh penat lah….bye2

  6. Nabieel SR said:

    Kisah saudara Nazuwan tu boleh dijadikan tauladan kepada manusia yang katakan nak bayaran seminar mahal ler, beli ebook mahal ler. Jika tiada duit cuba cari jalan untuk pinjam. Pinjam pun bertujuan untuk meningkatkan ilmu di dalam diri.

    PS : Kata-kata Syed Mokhtar Al Bukhary – Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

    rohaizad Reply:

    Tuh dia…!

    Thanks Nabieel (tadi call takde org angkat). Coaching 15hb Mei mungkin jadi!

    Nabieel SR Reply:

    Ooo..sory ngah bz body td.. :D

    Ok..no problem :)

    mijie Reply:

    memang boleh dijadikan teladan sgt, sepanjang perjalanan balik kl dok berborak…income blog beutifulnara melebih 5k tu…

    tp masih lagi datang seminar ni…

    p/s: sorry abangnara pecah rahsia skit

    rohaizad Reply:

    RM5K?
    Alhamdulillah… :)

    mijie Reply:

    lebih sebenarnya…..tak gitu abangnara kita???

  7. Fazreen said:

    mmy stylo lah Ijad…mcm bdk remaja lg..

    mijie Reply:

    ijad dah tua la….

    rohaizad Reply:

    Memang pun.. aku baru 19 tahun apa (pakai ayat Labanon)… haha

  8. abangnara said:

    hahah.
    memang ringkas laporan ijad nie.
    ringkas padat dan menarik.
    memang saya rasa sangat berbaloi-baloi datang seminar blogging.
    sebabnya saya dapat rasakan kejujuran dari saudara rohaizad.
    dia tak janjikan puluhan ribu, cukuplah untuk lepas bayar duit kereta.
    itu yang saya suka dengan cara rohaizad. humble.
    insya-allah akan cuba buat niche blogging selepas nie. jalan dah ada. cuma nak start ke tak jer nanti.

    reezluv Reply:

    dah terer wat blog..mesti pasni lagi meletup..fuh..silap2 ada blog value jual sampai juta2 USD..heehe

  9. fareed said:

    pergh..taw2 je bro ijad ni..
    bende yang plg best seminar tu ayam penyet sbnrnye hehe sambal die mmg layann!! he3x

    rohaizad Reply:

    Haha… korang ni datang seminar rupanya ada udang di sebalik batu yea… haha

    drInspirasi Reply:

    tulah..owh ayam penyetku~ haha

  10. Nadri said:

    kagum lihat kesungguhan para peserta yg datang ke SSB walaupun drp jauh..yg duduk dekat JB pun tak nak ambik peluang nie..adehhh…

    rohaizad Reply:

    Kalau nak join coaching 15hb mei ni pun boleh… di BBU. Kekosongan tinggal 2 tempat sahaja lagi.

  11. Shahrul said:

    waduh2, bila dpt peluang pekena nasi ayam penyek nih.

  12. Aqif said:

    Semakin ramai keluarga Smart Blogging lepas ini. Moga-moga akan lebih ramai yang ‘pecah telur’.

    Btw, Internet Connection tidak bermasalah? Betul ke tak perlu jerit “WANMUS!!!”. Haha! :P

  13. Walaupun menghadapi pelbagai rintangan semasa datang ke JB semata2 utk menghadiri kursus Seminar Blogging ini. Aku tetap maintain cool…sebab apa?? kerana blogging itu COOL…heheh

    X rugi beb datang seminar ni, memang berbaloi-baloi. Layanan yg diberi mmg 7 bintang, Talk yg diberi 7 bintang, makanan pulak 10 bintang…heheheh….dapat juga merasa nasi ayam penyek yg memang sedap hingga nangis beb makan…

    Guide & jalan sudah saudara ijad berikan, sekarang ni saudara mijie dah mendahului peserta2 seminar lain dgn mendapat berdolar2 dah (Huh, jeles betul aku dgn mamat ni :P ), jadi kena lah mula bertindak skrg…yg penting kena kental kerana blogging ni hanya yg kental sahaja boleh buat…

    Akan aku ceritakan nanti pengalaman sepanjang seminar blogging nanti termasuk naik 4 bijik bas sampai kakiku jem krn duduk lama sgt dalam bas di blog aktechpage.com nanti(tgh dlm draft skrg)…phewwww….

    Malu plak rasanya dgn saudara ijad krn dah ceritakan 2 kali dlm blognya ini pengalaman naik bas ku…Apepun untuk Seminar Blogging ini bukan setakat 4 bas, 14 bas pun aku sanggup naiki (errr…x ganah sgtkan statement aku ni)…

    fareed Reply:

    xpe bro..tu la pengalaman plg berharga tu..
    confirm xkn lupa sampai tua nnty hehe

    aktechpage.com Reply:

    Kenangan terindan bak lagu Samsons :P

  14. imran said:

    Fuh… tak sempat broadband ni nak loading gambar seminar. BB lembap :(

    Bertambah semangat untuk menghadiri SSB :d

  15. Zulazis said:

    Wah! banyak masyuk nie…. congratulations and well done to all….

  16. klcitizen said:

    pemilik restoran ayam penyek ni dapat promosi percuma ke dalam blog ijad ni…?
    nampak gambar best je ayam penyek ni

    rohaizad Reply:

    Yup, dia dapat promosi percuma :)

  17. klcitizen said:

    tunggu smart blogging kat kl ya

    rohaizad Reply:

    KL?

    Minta maaf. SSB akan tetap di JB :)

  18. miziology said:

    Tahniah kpd peserta SB hehe lepas ni dh xtoleh blakang dh..terus pecut haha

  19. sangilapi said:

    mijie,lu gebanglah…kata nak duduk barisan depan dalam bilik seminar ! :)

    nape aku tengok avatar akmal menyerupai wajah zuraidi?(ke aku yang rabun ?)

    rohaizad Reply:

    Sama tapi tak serupa :)

  20. Nozi said:

    Salam,

    Tahniah kerana habis juga seminar ni dgn jayanya…telan air liur lak sy nengok korang pekena nasi ayam penyek…

    Tulisan macam s…n? ih2….hehe…boleh la tahan tu…sib baik tk mcm tulisan doktor..lg la susah nk faham…ada kena pakai translator kang..

    rohaizad Reply:

    Haaa.. kan?
    Kira tulisan penceramah seminar ini lagi hensem dari doktor… haha

  21. zuzila said:

    salam

    wah abang nara pun ada join sekali. tahniah dah habis seminar semoga semua ceria meria semua

    rohaizad Reply:

    Ada.. nantikan Abang Nara meletup dengan niche blognya :)

  22. alone said:

    wuu.. gitu rupanya nasi ayam penyek..

    blogging is cool =)

    rohaizad Reply:

    Gitulah gamaknya.. tapi kalau kmakan kat restoran dia, lagi menarik!

  23. shah said:

    bile lg agaknye seminar ni akan diadakan
    tuan rohaizad?

    rohaizad Reply:

    Shah, rasanya promosi mengenai seminar ini dah diberitahu sebulan lamanya :)

  24. shah said:

    alamak..ketinggalan sude..
    tkpe mudah2an masa akan dtg
    sempat la ye

    rohaizad Reply:

    Shah,

    Kalau nak join coaching 15hb mei ni pun boleh… di BBU. Kekosongan tinggal 2 tempat sahaja lagi.

  25. lepas ni tukar boy plak la baca doa…asyik nuaeman jer..boy dh nak wat masjid tuh..bg dia can praktis bebanyak sket..

    rohaizad Reply:

    Yam, jangan kata baca doa.. baru jeling jer hari tu dah terus duduk nun jauh di belakang sana… dekat dengan pintu keluar… haha

    Mari Buat Blog Reply:

    lepas ni ko ikat dia siap2 kat projektor tuh..jgn bg dia lari…muahahhahhaha

    sangilapi Reply:

    man boy ni….baik ko bersihkan imej yang dah tercalar ni,boy :)

  26. matteropong said:

    wah..meriah betul seminar ni..bagus dapat kumpulkan semua blogger tempatan…

    rohaizad Reply:

    Belum lagi kot, ini baru sket.

    Nanti satu gathering besar-besaran keluar smart blogging (100 orang lebih) akan dibuat di KL… masa itulah baru terasa hangatnya!

  27. drInspirasi said:

    Apa-apa seminar ni memang A.. Ijad memang layan semua peserta macam raja. Siap datang ambik..memang terharu..tidak kira di mana anda berada, tanpa mengira waktu, dia tetap menjemput… macam iklan Digi pulak ;-)

    rohaizad Reply:

    I’ll be there… hooooo… and I’ll be there…. … just say my name, and I’ll be there….

    ~~~~ version nyanyian Mariah Carey… haha

  28. Qaira said:

    wah!! bunyi mcm syok jek..ye lah…kalo p seminat biasanya kene pakai agak formal sket…yg ni bleh santai mandai…seminar ttg sesuatu yg kita minat plak tu.. insyaAllah kalo ade rezeki dan masa nnt ingat nak join gak lah..

    rohaizad Reply:

    Boleh, apa salahnya :)

  29. Azhar said:

    Salam Bro,

    Ok confirm, saya joint personal coaching yang akan di adakan pada 15/5 ni. Nanti saya contact u for further detail yer.

    rohaizad Reply:

    Orait, no problem.

  30. Razif said:

    Salam..

    Banner anak soleh kat atas tue link mati…

    Maybe sistem affiliate tak detect kut..

    Re-check bro…

    ~Out of topic..~

    InsyaAllah one day leh gak gi seminar,
    sambil pekena ayam penyet ngan bro ijad.. :)

    rohaizad Reply:

    Thanks bro… akan disampaikan pada pemilik ebook ini nanti :)

  31. bluedianthus said:

    15Mei..alamak, tak dapat pegi juga.. Lepas ni kena bagitau 4 bulan lebih awal..hehe

    rohaizad Reply:

    Hehehe :)

  32. Sairil Syam said:

    melepas lagi…14 Mei nak gi candat sotong pulak tu.
    InsyaAllah, ada peluang lagi dimasa lain.

    rohaizad Reply:

    Boleh.. INsya ALlah

  33. best betul bila tengok diorang semua dapat pergi seminar…tapi ayat ‘Kita selalu LIHAT tapi kita tidak LIHAT ‘BETUL-BETUL’ memang aku suka. tak sangka pulak ayat yang aku pegang selama aku berblogging ada dalam seminar ni…

    rohaizad Reply:

    Ye ker?
    Ayat yang sama?

    Wahhh… ada chemistry laa… haha

  34. DaHLia said:

    wajib selepas baca mesti komen.. :)

    bravo for bro n the geng sbb membantu lebih ramai blogger.

    p/s: rindu lak dengan UTM tengok gambar ni :)

    rohaizad Reply:

    Ex-UTM juga rupanya :)

  35. [...] kali kisah aku naik bas ini di blognya yang famous tu, Rohaizad Dot Com. Tajuk post entry tu ialah Laporan Ringkas Seminar Smart Blogging 25 April 2010 di UTM Skudai dan Rehat Yang Panjang…Tetiba mencanak pulak trafik blog aktechpage.com aku ni sebab dapat [...]

  36. kakeru said:

    Hmm..nampak sgt best & happening la SSB nih. Bestnya klu dapat join nih, bley jmpa family SSB dari dulu hingga ini agaknya, woahh.. :)

    rohaizad Reply:

    Yup, Insya Allah.. kalau ada rezeki :)

  37. Asha said:

    Bila lagi nak buat seminar blogger ni kat UTM Skudai. Camna bole xtau nie..

    rohaizad Reply:

    Kalau sesiapa yang subscribe email newsletter blog ini, pasti dia akan tahu kerana setiap update di blog ini akan dihantar terus ke dalam kitak email masing-masing.

    Berminat?
    Sila masukkan email di dalam kotak yang telah disediakan di sebelah kanan blog ini. Thanks :)

    Dila.13 Reply:

    betul tu bro ijad. lagi baik subscribe terus. tp malangnya, saya kena start menabung balik.. lepas ni tak nak pindah2 umah dah. baik guna $ pergi seminar.. baru ambik 1/4 belanja berpindah. apa2 pun, usaha freelance writing perlu digandakan!!

    sangilapi Reply:

    nanti adalah rezeki tu…insyaallah :)

  38. [...] dari blog-blognya. Ramai juga yang telah mengikuti jejak langkah beliau setelah mengikuti seminar smart blogging yang dianjurkan. Aku pun sebenarnya mula minat blogging setelah membaca entry menarik di blog [...]