* Situasi yang dikongsi pada entri di bawah merupakan SIGNIFICANT kisah penulis dalam mencari jawapan kepada persoalan bagaimana menjana pendapatan tambahan melalui niche blogging sekitar 4-5 tahun dahulu.

PENGENALAN

Nak dapat sagu, pecahkanlah ruyung
Kalau tidak tahu, kenalah bertanya
Jadilah leader, not a follower
Nak berjaya, kenalah bermula!

*************************************

1 HARI….

Aku lihat
Aku nampak
Aku baca
Aku cemburu

Aku lihat lagi
Aku nampak lagi
Aku baca lagi
Aku pun nak jadi seperti mereka

Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Pagi Isnin yang poyo

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Video - Tarikh diterbitkan: April 19, 2010 online

aku maldives

Sewaktu di “Maldives”

Hari Isnin semuanya sakit, semuanya panik dan semuanya perit. Mood takde, kadang-kadang feeling down… dan semua memerlukan space private tersendiri.

Macam-macam yang muncul, malah hari yang paling banyak alasan dibina oleh manusia selalunya hari Isnin. Betul tak?

Sebab itulah ada yang katakan hari Isnin adalah hari yang paling poyo. Tapi tak kisahlah poyo ke, pocong ke… mari kita gantikan hari Isnin ini dengan senaman poco-poco.

Serious!
Kalau nak rasa berpeluh dan segar, bangunlah awal sedikit hari Isnin minggu hadapan… mainkan video ini dan ikuti langkah yang diajar. Ada banyak langkah tarian poco-poco baru yang dicipta. Dan kebanyakan langkah tarian ini bukan tarian tradisional… tapi lebih kepada stamina moden.

Tak percaya?
Cubalah!
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Lelaki memakai baju berwarna PINK? Pinky… pinky… hahaha (salah ke?)

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: April 17, 2010 online

pinklah

Masa di sekolah rendah dulu pun, selalu gak budak lelaki kena ejek sebab ada warna pink pada kartun Gaban di beg sekolah. Sikit punya hal… tapi tetap kena perli dengan budak perempuan (masih ingat lagi budak perempuan yang mengejek tuh… haha).

Itu belum lagi disebabkan warna pink yang ada pada warna penutup tupper ware bekal air (mana ada mineral bottle waktu tu, betul tak?)

Biasalah, masa zaman susah dulu… apa yang mak ayah belikan, itulah yang kita kena pakai. So bekal air tu kadang-kadang kena kongsi dengan kakak, sebab tu ada masa bila bawa ke sekolah… di perli-perli dengan budak perempuan. Nakal juga budak-budak perempuan zaman dulu-dulu!
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Susahnya nak buat orang paham!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Penulis undangan - Tarikh diterbitkan: April 17, 2010 online

Tahniah kepada Cik Puan Noor Azlin kerana terpilih sebagai Guest Writer di blog rohaizad dot com untuk hari Sabtu (17hb April 2010)!

********************************************

Assalamualaikum….
Pertama kali dalam hidup aku menulis post dalam Bahasa Ibunda yang tercinta. Kalau tak kerana Encik Rohaizad letakkan syarat terakhir yang berbunyi begini:

“Oh ya… artikel dalam bahasa Melayu ya… dan jangan lupa sertakan sekali gambar anda untuk diletakkan di akhir artikel ”

Maka tidak perlulah aku bersusah payah membangunkan kembali tatabahasa Bahasa Melayu aku yang dah banyak ketinggalan. Satu hal lagi, aku menggunakan kata diri “aku” sebab dah lama menulis dalam bahasa Inggeris menggunakan kata ganti nama diri “I”.

Aku dah cuba untuk menulis menggunakan perkataan “saya” tapi rasa macam ada tembok besar yang menghalang aku dari meluahkan apa yang aku rasa.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Bukan semua yang dipaparkan di akhbar itu betul dan benar.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita, Blogging - Tarikh diterbitkan: April 16, 2010 online

Sebelum ini, kita sudahpun membaca banyak kisah mengenai rakan blogger dan rakan IM Malaysia lain terpapar di akhbar seperti Alang, Irfan Khairi dan LiewCf. Dan beberapa hari lepas, kisah salah seorang dari rakan blogger kita iaitu RedMummy telah terpapar di dada akhbar Metro.

Terus terang, aku memang jarang sangat melawat blog beliau tetapi dari segi “blogging commitment”… aku respek. :)


Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Juara Komen – tiada pertandingan pun mereka tetap berentap!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging - Tarikh diterbitkan: April 15, 2010 online

Masih ingat lagi dengan entri mengenai Blogger Is A Fighter?

Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh diterjemah dan dikaitkan dengan ciri-ciri seorang fighter. Mereka ingin menang dan terus berjuang. Samalah dengan kisah blogger yang melalukan aktiviti blog commenting.

So hari ini aku ingin tunjuk sedikit lagi kebenaran tentang fakta dan sifat fighter yang ada dalam diri seorang blogger. Cuba lihat statistik komen di bawah ini:
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Meminjam kata-kata dari saudara Razif Yusof

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Motivasi, Orang - Tarikh diterbitkan: April 14, 2010 online

* Alkisahnya semalam sewaktu membuat aktiviti forum walking (bukan blog walking) di Wangcyber, terpandanglah satu thread mengenai cara minda berfikir di mana saudara Razif Yusof (semua orang kenal) ada menulis sesuatu di dalamnya. Menarik dan berminat untuk menjadikannya sebagai satu bacaan, maka inilah isi kandungan tulisan dari beliau:

*****************************************

Kejayaan adalah 80% Tabiat & 20% Ilmu.
Ilmu yg saya kongsi sama sahaja (bagi yg mengikuti) tapi yang membezakan kejayaan mereka ialah sikap & tabiat.

Hampir semua email / message / pertanyaan tentang fomula / teknik / kaedah bagaimana saya atau yg lain mencapai apa yg kami capai hari ini, semuanya mahu short cut tapi mindanya masih tidak berubah… masih berfikir seperti org miskin… mcm mana?

Minda Miskin?

turning

Saya dan mereka yg lebih dahulu mengahabiskan masa membaca puluhan / ratusan buku tentang sesuatu subjek yang ingin kami dalami. Menghabiskan ribuan malah puluhan dan ratusan ribu ringgit utk belajar sesuatu subjek supaya lebih efektif, pernah ditipu, perniagaan yg tidak menjadi dan sebagainya, kami bertemu belasan dan puluhan mentor untuk mendapatkan panduan.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Antara

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Bahasa - Tarikh diterbitkan: April 12, 2010 online

fikir

Antara dekat dan jauh, dia ada di sana.
Antara jelas dan tidak, dia masih lagi wujud.
Antara kabur dan pasti, dia tetap utuh.
Antara kekal atau tidak, dia pernah ada.

Antara kiri dan kanan, dia selalu berpaling.
Antara hujung dan pangkal, dia kembali bertaut.
Antara laut dan tasik, dia hampir berkocak.
Antara timur dan barat, dia selalu tersenyum.

Antara syurga dan neraka, dia di penghujung.
Antara jiwa dan raga, dia tinggi di kepala.
Antara kasih dan sayang, dia merelakan.
Antara rohani dan jasad, dia di awangan.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Catatan baru →← Catatan sebelumnya