Ingin beriklan? Sila klik di sini


Buat duit dengan Blogitive – is back!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: May 2, 2010 online

blogitive

Okay, seperti mana yang telah kita semua telah tahu… jika kita mempunyai niche blog dan niche blog itu mempunyai PR, kita berpeluang untuk menjana pendapatan dari blog-blog yang kita ada itu.

Blog yang kita miliki merupakan satu “senjata” di mana kita sendiri yang tahu kelemahan dan juga kekuatannya. Selain dari direct advertising, program make money from blogging juga semakin bertambah dari hari ke hari.

Aku sendiri mengaku kadang-kadang terlupa juga untuk siapkan dateline serta job yang sepatutnya aku grab for ‘submission’.

Terkini, ada program make money from blogging yang aku tidak pernah dengar sebelum ini muncul dalam kotak email (nampak sangat program itu masih lagi baru). Tapi perlu di ingat, walaupun seringkali program-program baru seperti itu di cop sebagai ‘baru’ … kenyataannya ramai blogger yang sudahpun membuat ratusan, malah ribuan dollar daripadanya.

blogitive-com

Hurmm… bercerita mengenai paid blogging, hari ini aku nak kongsi sedikit mengenai program make money from blogging. Akhir-akhir ini dapat diperhatikan banyak dari ‘program-program lama’ make money from blogging muncul kembali. Program yang dimaksudkan ‘lama’ ini ialah program make money from blogging yang boleh dikatakan ‘tertua’ dalam sejarahnya.

Jika ditanya mengapa, aku sendiri tidak dapat pastikan mengapa tetapi yang pasti, mereka sudahpun mula membuat ‘come back‘. Kalau difikirkan secara logik, ada satu sahaja jawapan logik yang boleh menyokong semua ini iaitu —> wujudnya PERMINTAAN atau DEMAND!

Yup, kalau tiada angin… masakan pokok boleh bergoyang. Kalau tiada sebab, tiadalah musababnya. Dan dalam hal ini, kembalinya mereka semua adalah kerana faktor demand yang semuanya beorientasikan DUIT. Orang tidak akan berniaga kalau tidak mendapat untung…. kan?

Sekali imbas kita dapat lihat yang potensi blogging ini sebenarnya semakin meningkat. Orang di luar sana semakin berdesut menjana wang… cuma kita sahaja yang kadang-kadang ‘mengandaikan’ dunia make money from blogging itu sudah sampai ke penghujungnya.

Selagi adanya Google, sekali wujudnya perkataan backlinks, selagi berlakunya proses SEO dan selagi lakunya terma blog traffik… maka selagi itulah wujudnya permintaan terhadap dunia blog.

Yang tidak nampak akan industri ini ialah kita… iya… kita.
Orang di luar sana bukan main sedap lagi tersenyum melihat penjanaan wang yang diperolehi dari blog-blog yang mereka ada. Sebab itulah di dalam Seminar Smart Blogging, syarat pertama sekali untuk berada di dalam industri ini ialah kita perlu “keluar dari Malaysia”.

Di antara program-program lama yang pernah panas suatu ketika dulu, kemudian sejuk disebabkan persaingan dan cuba untuk membuat ‘come back’ ialah Blogitive.

Dulu, inilah antara program make money from blogging yang aku sayang. Mana tidaknya, Blogitive`lah pembuka mata aku dan juga motivasi aku untuk mendapatkan USD. Malah tidak keterlaluan jika aku katakan Blogitive merupakan latihan untuk aku ‘bertatih’ dalam dunia make money from blogging.

Mengapa?
Sebab untuk USD5.00, aku kena perah idea sampai ke tahap extreme. Banyak perkara yang aku tidak tahu, aku dapat belajar dari rezeki USD5.00 ini. Kepala ini kadang kala macam nak meletup disebabkan USD5.00.

Tapi blogger ni dia ada satu sifat yang dinamakan coool…
Sebenarnya aku tidak kejarkan USD5.00 itu. Aku membuat pengiraan atas dasar seperti “orang berniaga”. Maknanya aku selalu berkira-kira seperti ini:

“Kalau aku boleh siapkan 10 job bernilai USD5.00, dah berapa aku dapat? Itu kalau 10, kalau 20, kalau 30…?”

Lebih kurang macam itulah. Bukanlah aku ini tamak tapi pada waktu itu, program sebegini masih belum banyak dalam dunia make money from blogging (tidaklah banyak seperti sekarang).

Apakah itu Blogitive?

  • Blogitive adalah satu program paid to post di mana kita akan di bayar setelah membuat blogpost mengenai assignment yang diberikan.
  • Blog English adalah wajib kerana kebanyakan pengiklan adalah dari US serta Canada.
  • USD5.00 adalah bayaran yang standard.
  • Pagerank adalah BONUS untuk mendapat job yang lebih berkualiti. Paling tidak, harga untuk satu-satu assignment berbeza. Lebih tinggi pagerank, lebih tinggi bayarannya.
  • Urusan menerima job yang ada dalam dashboard tidak dipaksa. Maknanya peluang untuk memilih job yang sama niche dengan blog kita memang ADA
  • Setiap job boleh DIRESERVE (ini yang best!) -sila lihat screenshot di bawah untuk pemahaman lanjut-
  • Jika ada 40 job, kesemua 40 assignment itu boleh direserve dengan syarat kita mempunyai 40 blog juga.
  • Jika assignment yang dapat digrab itu banyak, setiap assignment itu mestilah diselangi dengan article sendiri. Kemudian baru boleh sambung kembali dengan assignment yang lain.
  • Bayaran akan dilakukan secara mingguan -Paypal- (ini lagilah best!)

Ini adalah email “mengejut” yang baru diterima beberapa hari lepas dari Blogitive:

blogitive-email

Dan setelah login ke dalam akaun Blogitive, inilah job description yang ada untuk direbut:

blogitive-job

Mungkin ada yang merasakan RM650.00 bagi 40 artikel untuk di tulis terlalu sedikit nilainya. Tapi dulu sewaktu aku bertatih dalam dunia make money from blogging, di sinilah tempatnya aku menajamkan kemahiran grammar English aku yang teruk. Belajar blogging, sambil-sambil…. buat duit. Terima kasih Blogitive… :) Aku sayang kamu!

Ini pula antara job yang telah di approved untuk payment ke dalam akaun Paypal, kaching…. !!!

job-blogitive

Dan ini adalah antara payment yang pernah diperolehi sewaktu menjana pendapatan dengan Blogitive sekitar tahun 2007 dahulu (*sigh… sekarang dah 2010, lama sehhh…)

blogitive-payment
blogitive-payment-2

Oh ya, blog yang ada dalam Blogitive semuanya dah PR0 sekarang, tapi still ada job untuk blog PR0. Dan lagi, kalau di tanya Blogitive selalu memberikan job untuk niche blog apa… cubalah tengok screenshot job yang telah diberikan di atas tu.

Yang pasti, permintaan untuk niche FINANCE, TRAVEL dan TECHNOLOGY memang sentiasa ada… dun wori. (Dah boleh jadi satu ebook dah entri ini… hohoho)

Ada orang tanya, kenapa dia terlepas banyak info dari blog ini. Sampai seminar blogging yang di anjurkan baru-baru ini pun berada di luar pengetahuannya.

Sebenarnya mudah sahaja, kalau dia subscribe blog ini pasti dia takkan terlepas apa-apa info…. betul? Isikan sahaja email di dalam kolum yang telah disediakan di bahagian kanan sidebar blog ini dan tadaaa… semua info terkini dari blog ini akan sampai ke kotak email masing-masing dengan AUTOMATIK. Confirm…

p/s:Apa-apa pun, hidup ini perlu diteruskan….


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 45 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Nabieel SR said:

    Dunia blogging semakin menarik :)

    rohaizad Reply:

    Yup, dan akan terus menarik :)

    reezluv Reply:

    memang menarik..hehe..satu lagi program yang aku harus join..

    Ijad:29hb Mei nanti aku turun JB.aku kol nanti apa2 hal, leh jumpe..hehe..

    p/s:baru dapat satu job dari blog baru seminggu setup..hehee..USD20 jek..:P

    samdaddycool Reply:

    wahhhh.. kencang tu, seminggu setup dah sambar job $20 hengget..

    reezluv Reply:

    haha.tu la..heran plak..PR0 lak tu..hehe..sebab niche nya memang die nak sangat..:P

    samdaddycool Reply:

    Tahniah inspektor Reezluv!

    kena intai neh.. :P

    reezluv Reply:

    hehe..intai, jangan tak intai dong..:P

    msaifuln Reply:

    Memang best program2 macam ni, sejak busy dengan ebay dah kurang join. Dulu selalu dapat job daripada blogvertise.

    rohaizad Reply:

    Kalau dah fokus pada Ebay, better stay at Ebay. Lagi masyuk apa… :)

  2. imran said:

    Banyak juga punca buat duit dari review ni

    rohaizad Reply:

    Sebenarnya ini bukan review tapi blogpost biasa. Review tidak digalakkan di dalam Blogitive.

    imran Reply:

    Oh, maknanya kita diberi tugasan untuk membuat blogspot khas dari Blogitive?

    rohaizad Reply:

    Yup, itu yang sebetulnya :)

  3. hasbulaqill said:

    makin banyak berita gembira dalam dunia blogging. banyak program paid to post yang muncul dan maju. cuma diri sendiri saya kena maju dan “keluar dari Malaysia” ;)

    rohaizad Reply:

    Yup… there’s a lot of money making program out there… :)

    Cool and steady. When the time is come, your PR and your blog will determine everthing. Trust me!

  4. mijie said:

    ayuh keluar malaysia, ijad dah bagi hint tentang niche blog tu, apa lagi grab la

    rohaizad Reply:

    Pergi buat pasport antarabangsa dulu ya :)

    mijie Reply:

    hohoho dah ada, lagi 3 tahun nak expired

  5. samdaddycool said:

    Aku sayang Blogitive juga (baru jatuh chenta)..

    p/s – aku juga sayang Rohaizad dot com (bukan tuan blog ekk.. nanti orang cop aku serong… hik.. hik..)

    rohaizad Reply:

    Blog ini memang banyak orang sayang, tapi tidak pada tuannya… haha

    samdaddycool Reply:

    Ada orang-orang yang SA tu.. mesti ramai.. :) tapi maklumlah, perigi.. takkan nak cari timba.

    rohaizad Reply:

    Orang SA?
    SA tu apa wehh?

    samdaddycool Reply:

    Secret Admire … (peminat rahsia)

  6. madlut said:

    aku dah keluar dari malaysia..aku g thailand.sebelah kedah;)..hehe(gurau jek..)
    ini adalah antara entri yg membakar selepas seminar…igtkn dah xde..hehe

    rohaizad Reply:

    Ada…. banyak lagi… cuma nak beritahu dalam masa satu hari dalam seminar, adehhh.. information overloaded plak… so better cool and steady dulu.

  7. Fazreen said:

    dalam byk2 program make money blogging(yang famous) ni cuma reviewme je lagi aku tak dapat tembus lagi..any idea ijad mcm mana nak bg dorang approve.

    rohaizad Reply:

    Selalunya grammar English di blog itu yang menjadi penentu. Pernah gak kena reject pasal English yang bukan berada di tahap yang mereka perlukan.

    samdaddycool Reply:

    review me ni pun belum kenal aku lagi.. aku je yang terhegeh-hegeh..

  8. shaharil said:

    wah, dah bertambah menarik dunia blogging ini..

    rohaizad Reply:

    Yup… banyak lagi peluang di luar sana :)

  9. alone said:

    “Kalau aku boleh siapkan 10 job bernilai USD5.00, dah berapa aku dapat? Itu kalau 10, kalau 20, kalau 30…?” – setuju dengan ni! =D

    samdaddycool Reply:

    Aku pun setuju.. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. Utk novice, kena la slow2.. takkan nak terus masuk kategori expert kan!

  10. thems said:

    oh nie benda baru nie… tq for info!

    rohaizad Reply:

    Benda lama sebenarnya :)

  11. sangilapi said:

    anda dapat… kalau anda buat :)

    rohaizad Reply:

    Itu sudah pasti :)

  12. cyza said:

    Salam.

    Didedahkan juga akhirnya…haha…
    Aku belum lagi layan program ni…
    Maybe tak sempat lagi kot…

    InsyaAllah, kalau ada rezeki, aku akan layan.

    rohaizad Reply:

    Ada masa nanti, bolehlah layan kot…

  13. BIZZNURSE said:

    Salam, missed a lot of information for two weeks “of health vacation” tengah selongkar lemari blog En. Rohaizad…finding new infos…

    rohaizad Reply:

    My pleasure… :)

  14. Max Monic said:

    Agak2 ape jadi dgn dunia blogging kalau tiba2 Google sorok PR.. Mesti jenuh sbab kena depend pada Alexa je.

    Blogitive dah register lama.. tapi x approve2 pun. mgkin niche tak kena..

  15. aliridha said:

    Klau PR N/A tak boleh masuk ke?

  16. Nozi said:

    Salam,

    Terima kasih kerana lebih luas mataku terbuka. Sebelum ni sudah faham sikit2,sekarang dah nk jadik bukit..cuma implementation belum lagi…baru ada dua blog english,baru merangkak…tang English ni pun satu hal ni. Grammar tunggang langgang jugak. Setakat ayat simple2 tu boleh la kot.

    Tujuan pertama, nk improve English disamping juga dpt duit. Bila dua2 dah dpt,barulah hati ini terasa lega. Bolehlah juga berkongsi seperti Ijad nnti.hehe…

  17. azwan said:

    Aku pun baru perasan ada 1 email dari blogitive dan nampaknya offer tu masih dibuka :)

  18. miziology said:

    hoho satu lagi sumber rezeki hehe