Monday blues tiba lagi….

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Video - Tarikh diterbitkan: May 3, 2010 online

Nak bangun pagi punyalah susah…. nak mandi lagilah payah… dah pakai baju tinggal nak ambil kunci motor/kereta macam orang lelah, nak drive ke tempat kerja habis semua orang disumpah seranah. Kalau jalan jem, lagilah tak tau nak cakap apa lagi dah…

Itulah dia penangan Monday blues.
Tidak kiralah apa yang berlaku, semuanya tetap akan berlaku. Baik yang berniaga sendiri ataupun yang makan gaji, sama sahaja. Nak cakap atau hendak di motivasikan diri itu macam macam sekalipun dah tak boleh… sebab perasaan tension pasti akan wujud pada setiap pagi Isnin. Tiada ubat untuk itu!

Okay, kita lupakan dulu Monday blues ini. Kita tonton satu video dari kipas susah mati Facebook yang pasti akan membuatkan pengguna Myspace bengkak hati… haha!

Hurmmm…
Bercakap mengenai Facebook ini, semalam aku baru perasan yang Friends di FB telahpun mencecah 998 orang. Jadi aku pun cubalah untuk berteka teki mengenai siapa rakan baru FB ke-1000:

fb 1000

Kemudian bangun Subuh pagi tadi ada 3 orang yang telah add aku untuk jadi rakan mereka. Jadi mengikut kiraan dari segi “masa”, Shunabila (dari Puchong) merupakan rakan FB yang ke-1000!

fb-100-lucky

Dan kini, angka 1000 itu sudahpun kelihatan…. (sentimental sungguh moment ini… haha)

fbfb

Thanks Shuna kerana sudi menjadi Friends yang ke-1000 ya… :)

fb-shuna


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 67 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. nanahana said:

    Wah.. sgt meriah. Sudah ke 1000 orang sahabat. Hehe. Saya saban hari ada sahaja org yang mahu jd kawan. Sekarang ada 10 orang dalam ‘Friend Request’. Semua saya tidak kenal. :D

    rohaizad Reply:

    Yup, hanya approvekan mereka yang “okay” sahaja. Kalau team cepat kaya add, memang akan di ingnore terus!

  2. cyza said:

    Monday blues…yeah…apa-apahal aku kena hadapinya dgn kuat….byk kerja nak kena buat utk study aku ni… bila lah nak selesai ni…?

    Tahniah dah ada 1000 kengkawan…

    rohaizad Reply:

    Terima kasih juga untuk 1000 orang itu :)

    cyza Reply:

    Next target berapa?

    rohaizad Reply:

    I have no idea about that.. haha

    mhnizam Reply:

    target 5000 cukup la bro tkt kena block plak lebih 2 ni hehe..facebook profil maksimum 5000 friends jek

  3. samdaddycool said:

    Kat Ijad aku dah cakap ko sekarang ramai SA… :D

    samdaddycool Reply:

    alamak.. typo.. kan bukan kat

    sangilapi Reply:

    taip betul-betul,sam….kihkihkih

    samdaddycool Reply:

    Baik Incik Sangilapi

  4. Kujie said:

    friendlist kak jie = 0

    huhu…mengelak diri

    rohaizad Reply:

    Kak Jie takleh ada account facebook, nanti habis semua fans orang lain kena sedut! hehehe

  5. madlut said:

    friendlist besar..takkan xde sorang pun yang boleh dijadikan calon???..haha

    samdaddycool Reply:

    Kena buat open interview nih.

  6. zam said:

    boleh buat tempat carik jodoh nih…hehehe

    rohaizad Reply:

    Oiiitt… siot jer… haha

  7. ryu watanabe said:

    tahniah bro ijad….bila nk jadi 2000 hehe

    rohaizad Reply:

    Bertahun lagi kot… orang lain dah cecah limit 5000 friends dah… haha

  8. Azizeil Hameid said:

    Mane bro ijad kite ni.. dah pkl 10 xnmpk2..mesti tgh lyn fb ni..

    rohaizad Reply:

    Baru sampai rumah… pergi Angsana sekejap tadi. :)

  9. hafizmd said:

    oh monday blues..mmg takde ubat..malas yg lain teramat..hehe..

    p/s – tambah malas bile chelsea menang..huu

    rohaizad Reply:

    Nasib baik Chelsea menang… kalau MU menang, lagilah hampeh. hoho

    madlut Reply:

    haha..betoi2..chelsea2…

    rohaizad Reply:

    Sebenarnya memang Liverpool kasi Chelsea menang, supaya MU tak leh dapat.. hoho

    mijie Reply:

    komplot nak jatuhkan MU la tu

    sangilapi Reply:

    mijie,cuba lu dongak ke atas…sapelah yang memegang takhta?…kihkihkih

    mijie Reply:

    ceh….tunggu last game

  10. adamfaiz said:

    Ingatkan orang yang bekerja opis je ade Monday Blues ni..pro blogger pun same ek?

    rohaizad Reply:

    Blogger pun bekerja juga … ekeke

  11. mhnizam said:

    wah terlepas sudah jadi pengomen pertama..rakan ke 1000?ada hadiah ke bro haha

    rohaizad Reply:

    Hahaha…. ada kot, tapi tak tau nak kasi hadiah apa :)

    Azizeil Hameid Reply:

    Kasi hadiah ni la bro:

    Top 10 dalam list senarai calon.. ekekeke..

    rohaizad Reply:

    Ececece…. nantilah yea.

  12. ibnujusup said:

    tahniah bro…. kuat pengaruh ni.. :-)

    rohaizad Reply:

    Tak juga… 1000 tu sedikit jer.. orang lain lagi banyak

  13. sangilapi said:

    jad,orang yang pertama sape? (pertanyaan dari seorang yang tiada FB :) )

    rohaizad Reply:

    Yang pertama tak ingat wehh… haha

    sangilapi Reply:

    jad,patut yang pertama tu lah yang harus diingat :)

    rohaizad Reply:

    ENtahlah… dulu masa set up FB ni, memang tak perasan sebenarnya.

  14. klcitizen said:

    ahli yang ke 10,000 nanti saya ya. chup tempat dulu.
    saya takde akaun FB,
    nanti dekat-dekat 10,000 cakap ya..boleh saya bukak akaun

    rohaizad Reply:

    Haha… boleh ke cecah 10,000 ye?

    ejoncb Reply:

    hehe..mestilah tak boleh cecah 10 000. nanti dia kuar tulis, you have too many friends. Hehe

  15. Zamri Zain said:

    wah kat screenshot ada nama and gambar aku time 1000 tu di ambil… hahaha..

    rohaizad Reply:

    Hahaha…. siot jer :)

  16. denaihati said:

    Jauh lagi tu nak capai 1000 followers tapi suatu hari insyallah dapat juga juga tu kot. Tahniah bro…

    rohaizad Reply:

    Sebenarnya jumlah followers itu tidak penting. Yang penting kualiti friends yang kita ada. Kalau ada 5000 followers tapi selalu spam kita sebagai kawan mereka pun tak guna juga. Betul tak?

  17. Nozi said:

    Salam,

    Berkasih biar satu,berkawan biar seribu..ye dak? hehe.. :p

    Nozi Reply:

    Ada jugak yg create software utk jadik kawan yg ke 10,000 tu nnti kang…hehe..

  18. mijie said:

    kalau orang yg ke 1000 tu masih single mingle, apa lagi ijad, hantarkan hadiah berupa hantaran..

    hehehe….lariiiiiiii

    rohaizad Reply:

    Entah… no komen.

  19. Aqif said:

    Perempuan ke yang jadi ke 1000?

    Macam dah ditunjukkan ‘jalan’ je.

    Dah boleh dah tu.. Hehehe. :D

    rohaizad Reply:

    Kebetulan sahaja :)

  20. hirman said:

    kena buat fan page br bnyk ahli

    rohaizad Reply:

    Fan?
    Hoho… ada ke peminat diluar sana? Malu lah wehh

  21. Zulazis said:

    Kat FB 1,000 member kat rohaizad dot com 10,000 subscribe …. good effort

    rohaizad Reply:

    10,000?
    Biar betul…

  22. joegrimjow said:

    tunggu 2 ribu la baru add
    hehe
    akan jadi stalker lepas ni

    rohaizad Reply:

    Haha…

    Joe, 1000 tu sedikit kot…. sebab banyak sangat yang kena remove.

    *Dia add kita, lepas tu suruh join MLM atau networking dia sendiri…. cehhh

    p/s: lemah betul bila tiba bab bab skim cepat kaya nih… huhu

  23. joegrimjow said:

    sebab ku buat juga MLM, tak semua MLM skim cepat kaya ok. cepat bungkus ada la klu camtu. hehe

    bulan 7-8 xde seminar blogging ke?
    mau join

    rohaizad Reply:

    Seminar Blogging (advance) ini selalunya dianjurkan bila ada permintaan. So tak berani nak cakap ada atau tidak.

    Tapi Seminar Asas dan Potensi Blogging memang ada (untuk mereka yang baru dalam dunia blogging sahaja-newbie-)

    rohaizad Reply:

    Joe, lupa nak update.

    Untuk mereka yang terlepas seminar blogging baru-baru ni, ada satu lagi Personal Coaching pada 15hb Mei ini.

    Limit 4 orang sahaja dalam PC ini. Jika berminat, boleh inform.

  24. akuchey said:

    cayalah bro, dah capai 1000 friends. saya pon dah dapat 1k friend tapi sayang spammer je yang banyak.diorang spam wall sy dengan iklan macam2 skim.uhhuhuh kena blocked diorang ni nampak gayanya.

    rohaizad Reply:

    Yup, nak dapat friends senang jer.. tapi nak dapat friends yang betul betul berkualiti… itu memakan masa. :)

  25. betul tu, monday rasanya susah bangun pagi.. benar2x monday blues.. wah tahniah ya uda mencecah 1000 fans :p

  26. [...] aku ada berkongsi mengenai Friends ke 1000 di Facebook. Walaupun rata-rata ada yang mengucapkan tahniah sebab jumlah Friends dah cecah 1000, tapi [...]

  27. miziology said:

    biar ramai friends jgn ramai spammers hehe