soalan

Mesej ini telah dihantar oleh salah seorang rakan di FB (Kak Rin ..bukan nama sebenar).

Dalam mesej ini, beliau (Kak Rin) telah menjelaskan semuanya sekali dan sebagai seorang yang pernah berada dalam situasi yang sama seperti diceritakan… saya rasa terpanggil untuk menerbitkan entri ini. Apatah lagi setelah membaca ayat di bahagian akhir mesejnya yang berbunyi:

“boleh kah tuan berkongsi sesuatu dengan saya, agar boleh membuka jalan buat kami.”

Untuk Kak Rin dan mereka yang berada di dalam situasi yang sama, saya akan kongsikan beberapa fakta dan saya harap ianya dapat memberikan sedikit gambaran dan penjelasan yang lebih lanjut.

Sebenarnya terdapat perbezaan di antara Seminar Asas Blogging (beginner) dan juga Seminar Blogging (advance).

Di bawah adalah fakta yang boleh menerangkan kedua-duanya dengan lebih jelas.

SEMINAR ASAS BLOGGING (beginner)

seminar asas

Seminar ini sebenarnya khusus untuk mereka yang baru atau kurang jelas mengenai dunia blogging. Mungkin mereka pernah mendengar cerita mengenai blog, blogger dan blogging tetapi tidak pernah tahu akan industri blogging itu sendiri.

Syarat-syarat mudah:

  1. Berminat untuk mengetahui dunia blogging.
  2. Belum mempunyai blog atau sudah ada blog tetapi masih kurang jelas akan potensi blog.
  3. Ingin mengetahui bagaimana BLOG boleh membantu mereka dalam menjana pendapatan tambahan.
  4. Ingin meneroka kebolehan yang ada pada diri sendiri dan memasarkannya melalui blog, sekaligus menjadikan blog sebagai online portfolio.
  5. Teruja untuk mengetahui SKOP potensi blog di dalam Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.

Pendek kata, apa yang akan dikongsikan di dalam Seminar Asas Blogging (beginner) nanti akan lebih tertumpu pada PENDEDAHAN dan POTENSI blog itu sendiri.

Untuk Seminar Asas Blogging (beginner), jemputan diterima dari semua kumpulan mahupun organisasi termasuklah:

  • Universiti kerajaan.
  • IPT swasta tempatan.
  • Rakan Muda – Belia Dan Sukan.
  • Badan-badan berkanun atau NGO.
  • Sekolah-sekolah, maktab dan sebagainya.

Butiran Seminar Asas Blogging:

  • Jangka masa seminar berlangsung kebiasaannya sekitar 4-5 jam (atau setengah hari)
  • Yuran seminar (TERKINI!) selalunya antara RM50-RM90 seorang sahaja (bergantung kepada jumlah peserta)
  • SEMINAR BLOGGING (advance)

    seminar advance

    Seminar Blogging (advance) atau Personal Coaching pula EKSKLUSIF untuk mereka yang sudah lama berblogging menggunakan blog dot com sendiri tetapi ingin menjana pendapatan tambahan dari blog mereka.

    Seminar ini sememangnya berorientasikan “Buat Duit Dari Blog” dan kebanyakan dari mereka yang datang memang ingin mengetahui cara buat duit dari niche blog.

    Walaubagaimanapun, seminar ini tidak sesuai untuk mereka yang baru kerana banyak terminology ‘advance’ akan digunapakai. Terus terang untuk mereka yang baru, Seminar Blogging (advance) mungkin akan mengelirukan mereka kerana tiada asas blogging yang kukuh.

    Syarat-syarat mudah:

    1. Telah mempunyai akaun Paypal (untuk urusan penerimaan USD).
    2. Mempunyai BLOG yang menggunakan DOMAIN sendiri dan pernah menggunakan CPANEL dan FTP.
    3. Bersedia untuk meneroka dunia blogging yang sebenar.
    4. Mempunyai kesabaran kerana BLOGGING bukanlah satu SKIM CEPAT KAYA.
    5. Bersedia untuk membuang phobia “saya tidak tahu menulis dalam bahasa Inggeris” (anyway, teknik mudah akan ditunjukkan).

    Seminar Blogging (advance) = Personal Coaching

    • Seminar Blogging dan Personal Coaching mempunyai modul yang sama.
    • Kedua-duanya dilakukan hanya jika terdapat permintaan.
    • Beza yang ketara antara keduanya ialah pada environment sekitarnya di mana seminar mempunyai lebih ramai peserta dan coaching hanya di buat dalam satu group kecil.
    • Permintaan untuk kedua-dua majlis ini masih lagi wujud kerana ada peserta tidak suka berseminar dalam jumlah yang terlalu ramai manakala ada yang sebaliknya (personal/coaching).

    Butiran Seminar Blogging (advance):

  • Jangka masa seminar berlangsung kebiasaannya selama 1 hari (8.30 pagi – 5.00 petang)
  • Yuran seminar (TERKINI!) selalunya antara RM400-RM450 seorang
  • Baiklah.

    Sebagai menjawab kepada apa yang mungkin diperlukan oleh Kak Rin (juga untuk mereka yang sejak dari dulu lagi ingin melihat potensi blogging) saya sarankan supaya cubalah dapatkan info asas yang sesuai sebagai tapak terlebih dahulu sebelum pergi lebih jauh.

    Saya juga rekomenkan suami Kak Rin supaya meletakkan batu asas yang kukuh dengan menghadiri seminar sebegini. Ini kerana di sinilah kita akan dapat melihat “di manakah kita” dalam dunia blogging nanti.

    Memang semua orang boleh berblogging. Itu adalah fakta, saya tidak nafikan. Tapi dalam masa yang sama, ada satu perkara yang perlu kita akui iaitu BUKAN semua orang boleh berjaya dalam dunia blogging.

    Mungkin ayat di atas bunyinya agak “menakutkan” untuk mereka yang ingin menceburi dunia blogging tetapi percayalah, saya adalah jenis manusia yang suka pada FACT and FIGURE.

    satu
    Yang penting adalah LANGKAH PERTAMA

    Dan jika selepas menghadiri seminar-seminar yang asas (tidak semestinya Seminar Asas Blogging (beginner) saya), barulah kita akan dapat lihat potensi yang ada dalam diri kita. Kita juga akan dapat lihat KONSEP BLOGGING yang kita seharusnya tahu.

    Bertolak dari situ…. barulah kita akan rasa lega, gembira dan puas hati dengan pilihan yang bakal kita buat. Tambahan lagi apabila asas kita kuat, tiada siapa yang boleh menggoyang keyakinan yang dibina.

    Untuk Seminar Asas Blogging (beginner) saya pula, seperti biasa semuanya akan ditunjukkan tanpa sebarang “hidden facts”. Itu sudah pasti.

    *********************************************

    Saya sedang merancang satu lagi Seminar Asas Blogging (beginner) pada 29hb Mei ini. Seminar ini adalah kerjasama saya dengan pihak FMCC dan mungkin yuran seminar ini hanya RM50 sahaja (jangan lepaskan peluang ini!)

    Untuk mereka yang telah menghubungi saya untuk hadir ke Personal Coaching (advance) pada 15hb Mei ini di FMCC (Bandar Baru Uda) pula, hanya tinggal 1 kekosongan sahaja lagi. Seorang peserta dari JB (abang Azhar), seorang lagi dari Melaka (Kak Liza) dan seorang lagi dari Penang (blogger terkenal N******).

    *Kita jumpa di sana ya!


    Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

    Sudah 91 komen diberi. Giliran anda pula!

    1. abd hakim said:

      salam bro ijad,
      sori laar komen sy agak lari dr tajuk blog, anyway bro ijat punya gambar yg bermaksud langkah pertama tue mmg dlm maksudnya. Kalau sy editor surat khabar mana2 sy akan pilih gambar tue sbg pemenang utama utk gambar terbaikk!!!

      rohaizad Reply:

      Ke situ pulak kamu ye Hakim… haha

      p/s: boleh menang contest ker? hoho

      mijie Reply:

      pas ni boleh la buat part time model, hahha

      drInspirasi Reply:

      tulah..gambar tu memang hensemlah … :-P

      Nozi Reply:

      Itulah…saya pun terkujat sekejap..heh….. :P

      boss Reply:

      aku rasa biasa je gambo tu.. macam nak tunjukkan cermin mate jek.. he he..

      abdhakim Reply:

      tercabar laah jehan miskin, ada newcomers dlm bidang modelling nie.

      bro ijad tanak try ker? muka ada aset buleh carik makan. Gaya dah mmg pro, mmg cair habis lah tiz zaqyah tgk bro ijad…

    2. yoy said:

      yup..setuju..ramai yang nak berblog tapi tak faham cara sebenar perlu pergi asas blogging dulu.
      saye yang dah 3 kali pergi seminar smart blogging ni(walau secara tak formal) masih tak dapat buat sepenuhnya lagi..usaha yang paling penting..

      rohaizad Reply:

      Amboi… masuk FREE lagi ya :) haha

      yoy Reply:

      hehe..
      dibayar cara lain..
      masih cuba meminatkan diri walau dilanda masalah virus malware..arghh..tensen aku..

      rohaizad Reply:

      Haha… sabar Yoy… sabar….

    3. Nabieel SR said:

      Penjelasan yang terbaik :D

      RM50 tu..best betul..termurah di Malaysia ni :D

      PS : Silap2 ramai pelajar sekolah yg hadir ;)

      rohaizad Reply:

      Pelajar sekolah mungkin belum lagi kot… tapi cikgu sekolah mungkin ya :)

      reezluv Reply:

      sapa tak pegi tu memang rugi besar..haha

      samdaddycool Reply:

      uish.. ada peluang tu.. cikgu sekolah dengan cikgu seminar!

      p/s- mengintai dari tirai kamar

      Nabieel SR Reply:

      Uish..Mengintai dari tirai kamar tu…hihihi

      samdaddycool Reply:

      intai peluang je

      boss Reply:

      RM50 macam murah sangat jek.. biar betik!

      samdaddycool Reply:

      Baru sebut-sebut si Boss… tetiba je terrrrpacul..

    4. adamfaiz said:

      Kesian jugak baca kisah kakak tu..tapi nak menolong pun tak mampu..hanya boleh doakan dia dapat sedikit sebanyak idea dari penjelasan dari Ijad..

      Nak tanya sket, takde ke cadangan nak wat kelas di luar JB cam KL contohnya?..kalau lepak 2-3 ari sini rasanya ramai yang join..untuk beginner dan advance

      rohaizad Reply:

      Kalau buat kat KL, kang takut orang sini plak soal soalan yang sama… hoho

      madlut Reply:

      teringat ijad penah cakap “kenapa mesti KL?”

      ala..kalau buat kat johor pun, just bayar tambang utk sampai stesen bus larkin je..pastu ijad akan jemput,dapat merasa nek myvi ijad:) dapat borak2 dulu dalam keta, untung2 dapat tips lebih,..tak payah susah2..gerenti puas ati punya..

      tak gitu en.rohaizad?

      drInspirasi Reply:

      apa-apa gathering area tengah2 nanti :-P

      boss Reply:

      kumpul la sikit2 kat lama2 dapat juga pergi..

    5. reezluv said:

      yup..aku start blogging dari tahun 2006..tapi memang cetek sangat ilmunya..

      baru la sekarang aku merasa akan nikmatnya income dari blogging dan macam tak percaya ada lebih 7 blog niche skang ni..haha..kalau dulu nak setup satu pun pikir 7,8 kali..hehe..

      tapi sape yang takde asas tu terus nak terjah, memang kesilapan agak besar..dunia blogging perlu ada pengalaman, walau sedikit..setiap blog ada suka dan dukanya..kena la pandai handle situasi..

      p/s:ngah menunggu Linkworth antar payment..hehe..sayang plak aku kat Linkworth ni..hehee

      rohaizad Reply:

      Yup, asas perlu kukuh :)

      p/s: bukan main lagi dia sekarang ni, asyik sedut dollar je ehh

    6. Aqif said:

      Abang Ijad, bagaimana pula dengan seminar ‘membina semula momentum’ blogging? :)

      rohaizad Reply:

      Itu pun depend pada demand juga. Sebab kita tak tahu siapa yang memerlukannya … hoho :)

      Aqif Reply:

      Antara salah seorang individu yang memerlukan ialah saya sendiri. Hehe. :D

      rohaizad Reply:

      Sebenarnya seminar asas tu dah boleh berikan momentum kepada kita sebab ada certain part dalam seminar tu boleh “petik suis” kita yang sudah tertidur lama.

    7. BIZZNURSE said:

      Salam, Yup, learning is hard and sometime makes you want to run away, by the way Mr. Rohaizad, I bought a webhosting package from dreamhost. I know..its quite hard to handled at first but I am now learning it bit by bit. Not ready yet to transfer my google hosted blog to dreamhost…still learning how to use it actually…but at the same time felt that my blog pretty “tak terjaga”..haha…I’m taking my moves, but sometime takut y dikejaR tak dpt, y dikendong berciciran…

      rohaizad Reply:

      Slow and steady :)

    8. sangilapi said:

      teringat aku bila kali pertama berbual dengan ijad untuk join seminar sb….”boleh ke kalau saya tak de semua syarat-syarat yang diperlukan tu”.

      jad,sekarang ssb dah tukar nama ke? tukar kepada seminar blogging(advance)?

      *boss,lama tak muncul….mana dia pergi?*

      samdaddycool Reply:

      boss mencanak-canak dapat job.. advertiser tengah sibuk longgok job kat dia wooo.. sebab dia hensem :D

      sangilapi Reply:

      blog dia kot yang ‘hensem’ tu…tu pasal advertiser ‘angau’ :)

      boss,jangan marah…nanti rezeki lari :)

      boss Reply:

      he he tengah slow down ni.. masih mood bercuti lagi ni.. rilex rehat2 minda.. esok nak drive jauh lagi ni.. he he..

      mijie Reply:

      dia bercuti la bro, duit dah banyak…skrg ni kat kl kot dgr ceritanya

      boss Reply:

      betul kat kl, nasib ade gps.. semua tempat pergi tak sesat he he.. kalau tak.. bukak google maps cari jalan he he.. mijie nanti kita lepak2 borak2 bila ada kesempatan.. ade byk juga cite nak bercerita!

      mijie Reply:

      boss sms je aku, tgh free ni….petang or mlm ni kita jumpa, bawak mie sekali

    9. samdaddycool said:

      Salam,

      Utk K.Rin- izinkan saya berkongsi pendapat dan buah fikiran.

      1. kalau blogging yang dikejar. Tetapkanlah ia sebagai matlamat- ‘BUAT DUIT DARIPADA BLOG’.
      2. Kalau bajet menjadi kekangan, gunakan medium free blogspot & free wordpress – update setiap hari dan mahirkan skill penulisan / simple html / widget.
      3. Gunakan kelebihan streamyx di rumah – google info / free ebook tentang blogging.
      4. FOKUS – jangan lari daripada matlamat asal(blogging), apabila trafik sudah ada (serta PR), akan menyusul duit dari Nuffnang / adsense / affiliate.
      5. Join program paid post (tak semua terima blogspot)

      Harap dapat memberi manfaat buat K.Rin dan suami serta mencari semula semangat yang hilang.

      rohaizad Reply:

      Nice one Sam… thanks a lot!!!

    10. sukur said:

      utk k.rin…byk cara lg boleh buat duit selain gunakan blog..tp blog n internet mmg menjadi medan org ramai skrg utk berbisnes atau buat duit..all the best!!

      rohaizad Reply:

      Yup betul.. thanks Sukur :)

    11. Fazreen said:

      Utk Kak Rin (bkn nama sebenar) :)
      Saya pun dulu tak de duit nak pegi mana-mana seminar..tp dimana ada kemahuan disitu ada jalan..akak dh pn diberi satu jalan iaitu connection internet dirumah..apa yang perlu akak buat cumalah, mencari maklumat tentang make money blogging..baca, paham dan terus bertindak..penting untuk bertindak…tanpa wang sekalipun kalau kita bertindak dan apply apa yang kita baca dan study insyaallah sikit demi sedikit akak akan nampak jalan..

      Sy doakan akak berjaya….

      Amin~

      rohaizad Reply:

      Thanks Faz :)

    12. nak kongsi sikit pengalaman..

      kak rin, kalau betul kak rin nak jana pendapatan sampingan melalui blog, kak rin leh mulakan tanpa modal. seperti saya dulu.. guna blogspot je..

      modal yang sebenar adalah ilmu, saya kenal dunia blogging pun daripada sebuah buku yang berharga kurang daripada RM15 buku “Buat Duit Dengan Blog”.

      Dengan ilmu daripada buku tu sahaja, saya dah menghasilkan lebih daripada 10 blog.. Dan sudah merasa pendapatan daripada blog saya sendiri. tapi x d la banyak cm bro ijad.. hehe..

      kalau akak nak dapatkan buku tu, tanya bro ijad ye.. bro ijad mesti tahu siapa penulis buku tu. tanya dia.. anak didik dia tu.. hehe..

      p.s: seminar blogging bro ijad saya akan pergi gak 1 masa nanti. sekarang belum bersedia untuk buang fobia menulis dalam BI. huhu..

      rohaizad Reply:

      Thanks for the sharing :)

    13. RozaniGhani said:

      aku tak pernah gi seminar blog pun. hehe

      rohaizad Reply:

      Alhamdulillah… hebat ! :)

      boss Reply:

      hmm taknik/jurus ape agaknye ko pakai ni yek..???

    14. mijie said:

      jangan takut untuk keluarkan modal, saya dulu pun mcm tu, tp saya paksa diri untuk keluarkan modal pergi seminar smartblogging

      then selepas tu, ianya membuka mata saya tentang bertapa besarnya potensi blogging ni

      “BESAR PUNYA”

      drInspirasi Reply:

      tulah..cuma kena rajin untuk selalu buka laman web yang disyorkan…yang penting jangan malu untuk bertanya walaupun PR 0..(tips otai)

      wan Reply:

      saya sgt2 berminat. dah 6 bulan kot minat tu berbunga2. tapi xda langkah pertama lagi. masih tercari2 niche. saudara izad xbuat kat KL @ selangor ke? kadang2 keliru gak nak berguru dgn blogger @ IM mana xtahu. xtahu nak buat pilihan.

      boss Reply:

      pelaburan yang baik, kalau betul2 mahu..

      mijie Reply:

      memang betul2 baik

    15. Zulazis said:

      Saya bangga orang seperti Kak Rin, orang yang sedang mencari cara jalan, yealah jalan apa? jalan yang lurus seperti orang-orang yang terdahulu yang telah di beri jalan yang lurus, yealah jalan yang lurus apa? ada banyak…. tak lain tak bukan salah satunya ialah saya ops! sori tersalah tulis sebenarnya tuhan sudah turunkan satu kebahagian untuk semua yakni Saudara Rohaizad.

      Azizeil Hameid Reply:

      Haa…?
      .
      .
      .
      .
      Ye, rahmat di Bandaraya JB..

    16. faisalhanim said:

      Kak Rin boleh guna blogspot sebagai permulaan. Tak susah, senang jer. Dan blogging tak semestinya setakat menulis artikel semata-mata.

      Ada org guna blog utk berniaga mcm Radiusite.blogspot.com. Mungkin kalu Kak Rin tak pandai menulis, tak tahu nak tulis apa…Kak Rin boleh lah ‘tiru’ mcm radiusite.

      Sbb matlamat Kak Rin nak membantu income keluarga so…online bisnes lebih sesuai tuk Kak Rin, bkn blogging.

      Blogging, ambil masa yg lama…5-6 bulan pun belum tentu ada hasilnya. Takut Kak Rin kecewa di pertengahan jalan. Blogging perlu kesabaran tahap ‘dewa’. Realitinya Blogging bkn cara mudah buat income!

      p/s; to other blogger kalau salah pendapat ni..tolong betulkan erk…:)

      rohaizad Reply:

      Dalam kes Kak Rin, beliau tidak ada produk dan mungkin beliau kurang dalam produk fizikal. Dia lebih berminat pada blogging.

      Tapi satu jalan dan tips yang amat bagus Faisal. Thanks a lot! :)

    17. mhnizam said:

      waah sedihnya cerita kak rin(bukan nama sebenar ni)..sungguh penyayang dengan suaminya..apa kata kak rin smbl blogging sambil cari juga alternatif perniagaan lain juga..sebab dalam situasi sekarang kena ada quick income plan ni….

      rohaizad Reply:

      Boleh… pelan-pelan dan bersistem. Yang penting, fokus :)

    18. Azhar said:

      Pertama sekali nak tanya Kak Rin :-

      Dahulu suami nyer kerja apa. Dari situlah kak rin boleh tahu nich blog yang macam mana suami kak rin boleh buat and fokus kan. Dan seterusnya go to downstream and rangkaikan blog itu. Guna blogspot dulu.

      Buat permulaan kak rin dan suami selalu lah duduk bersama sama semasa mencari maklumat dan sering berbincang bersama sama akan maklumat yang di cari itu.

      Saya sarankan buat kak rin cuba keluar modal untuk membeli package lisa hilmi, cara buat duit melalui youtube (bukan buat duit dengan youtube).
      Saya rasa so far in lah produk yang paling mudah untuk beginner. Saya dah cuba satu video ajer dan tinggalkan dulu, selepas 2 minggu adalah visitor almost 1,000. kan trafik tu. ok lah.

      Apa apa pun kak rin jauhilah skim cepat kaya yer. Skim itu hanyalah untuk orang yang banyak duit.

      Buat suami kak rin, boleh lah ym ngan saya , sama sama kongsi pengalaman berbolgging yang masih belum dapat income macam saya ni. hahahahah.

      Akhirnya 15 Mei, here I come…

      cyza Reply:

      Salam…

      Sudah berkeluarga dan ada 3 orang anak. Sama macam aku. Bezanya, husband tak dapat bekerja maybe sebab susah nak dapat kerja. Takpe…itu cabaran.

      Seperti yang Samdaddycool kat atas cakap…start je dgn blogspot.com dan pastikan niche. Daripada situ, kembangkan dan register akaun paypal.

      Sebenarnya ada 2 je yang paling penting kalau nak berjaya cepat.

      1) Keinginan dan kesungguhan yang mantap tak berbelah bagi.

      2) Dapatkan mentor yang sudi membimbing dan menunjuk arah.

      Saya takdelah pandai sgt tapi kalau nak bermentorkan saya, saya sudi membantu… Sekarang ni pun saya jadi mentor kepada 2 orang adik saya dan 2 orang rakan saya yang lain yang sedang berusaha jana wang online juga via blogging.

    19. bluedianthus said:

      Kak Rin..(bukan nama sebenar..) Semoga kak Rin dapat ikut nasihat En. Rohaizad ni. Blogging bukan Skim Cepat Kaya, tapi ia satu perjalanan yang manis untuk dikenang. Apa yang berharga bukanah hasilnya, tapi perjalanan pahit manis untuk menuju ke arah kejayaan tersebut. I wish you all the best. You can do it.

      rohaizad Reply:

      Yup, thanks Warnie :)

    20. Nozi said:

      Salam,

      Setiap sesuatu kejayaan perlu disertai dgn usaha yg gigih.

      Saya rasa,jika ada bakat,insyaAllah boleh digunakan di alam maya…guna kecanggihan yg ada sekarang. Buka mata,buka minda.Moga Kak Rin berjaya…

      rohaizad Reply:

      Yup, semoga kejayaan menanti di hadapan. Tapi harus disertai dengan usaha :)

    21. boss said:

      kalau korang pernah rasa susah.. hujung bulan takde duit, menanti2 gaji dah masuk ke belum tiap2 hujung bulan… korang pasti terasa dengan kata2 kak rin.. aku pun dulu macam tu juga.. poket kosong..

      rohaizad Reply:

      Tuh dia… pengalaman yang seakan serupa :)

    22. romano said:

      Saya juga sedang merancang untuk attend kelas Bro untuk beginners (Seminar Asas Blogging) nanti.
      Nak cari ilmu asas.Back to basic.

      Sudah lama rasanya saya kerja jadi “kuli”.

      rohaizad Reply:

      Welcome… welcome… :)

    23. roselin said:

      salam.

      ini kali pertama hati rose tergerak nak beri komen, setelah berbulan – bulan mengikuti blog kesayangan rose ni. salah satu sbb, rose mmg tertarik dgn konsep niche blogging/ website. walaupun rose xde blog sendiri, tp ada la skit pendedahan psl blog, trafik, seo, pr, etc. tp yg basic je la. tu pun sbb rajin ikut blog ni, & dari sumber internet yg lain.

      mmg rose berkira – kira nak masuk Seminar Asas Blogging (beginner) dari dulu lg. sronok baca kisah yg dah berjaya berkat dari tunjuk ajar en.rohaizad. tp rose x pernah berkesempatan sbb jauh. siang rose kerja, mlm kena jg mak ayah yg dah tua. weekends pun spend time ngan diorg.

      rose keje kt kompeni swasta di kl. gaji pun buleh tahan. pangkat senior. kompeni nih mmg dah lama goyang. tp rose nih jenis setia, so stay jugak la. with d hopes of d situation will gt better. tp makin parah lak. mula2 kompeni cancel benefits, lps tu gaji start masuk lambat – pernah selewat 7hb. bulan nih lak gaji masuk separuh je. yg balance xtau biler dpt.

      ari nih dpt briter yg lg gempar. kompeni nak downsize. rasa nak gelap dunia nih.

      kalo rose kena buang camne? bukan senang nak cari keje skrg. kalo rose nih hidup solo, xpe. rose ada ada tanggungan. mak ayah kena tanggung, daily expenses, utility bills, sape nak byr? x pernah rose britau masalah kompeni kt mak ayah, x nak mrk risau.

      so, biler baca entri kali ni, rasa mcm ditujukn kt rose. cam law of attraction lak.

      when there is a will, there is a way. just do it.

      pada 29hb Mei ni, Seminar Asas Blogging kat mana ek? ada cadang turun kl x?

      rohaizad Reply:

      Kenapa semua mesti di KL ya? :)

      Azizeil Hameid Reply:

      Sebelum-sebelum ni di KL dah banyak dan bermacam seminar dibuat, dan ramai juge yang sanggup pergi ke KL semata-mata untuk mendapatkan ilmu daripada IM-IM & IE-IE. Jadi apa kate selepas-selepas ni kite bertukar angin ke JB pulak ye Roselin. Yang mane IM & IE yang dah sememangnye bertapak di KL, kite pergi la ke KL, dan sebab bro Ijad ni bertapak di JB, kite sanggup-sangguplah pula ke JB. Boleh gitu bro..?

      rohaizad Reply:

      Ya tak ya juga….

      “segala-galanya ada di Malaysia, pergilah melancong… Malaysia truly Asia~~….”

      roselin Reply:

      ye lah ye lah. when there’s a will, there’s always a way. baru tadi rose register utk Seminar Asas Blogging :)

      Dila.13 Reply:

      @ kak rose:

      saya faham situasi kak rose. tapi yelah.. sesetia cemana pun, masa depan diri sendiri & family memang kena pertimbangkan. walaupun berpangkat senior & ade market untuk cari kerja lain, tapi attraction utk jadi bos diri sendiri tu sangat kuat. apa2 pun keputusan kak rose, saya doakan kak rose berjaya :)

    24. linn said:

      Salam,

      Bagi saya setiap orang bermula dengan kosong dalam apa juga yang kita lakukan. Yang penting dan paling penting kita perlu berani untuk bertindak.

      K.Rin mulakan dengan langkah pertama dulu. Yang penting istiqamah dalam usaha dan mencari ilmu.InsyaALLAH akan dapat hasilnya nanti.

      rohaizad Reply:

      Maintain… maintain… itu yang penting :)

    25. sufian said:

      boleh bagi cth blogger yg dah berjaya dari seminar ni? berapa income minimum sebulan?

      rohaizad Reply:

      Contoh?

      Aiseymen, dah banyak giler contoh income mereka ditunjukkan dalam blog ni Sufian. Hoho

    26. miziology said:

      penjelasan yg sempurna hehe.. baru aku paham :p

    27. botakilmu said:

      hensem la hang ijad dlm gambar tu,, i like :)

    28. Sairil Syam said:

      pernah gak ajak kawan buat duit blogging, pas tu dia tanya kita pulak…bila boleh dapat duit.

      tu yang tension tu…ingat buat duit internet, hari ni buat blog, esok dapat duit ke.

      saya dah asas blogging, tapi masih banyak tak tahu camne nak cari lubuk duit lagi..

      minat sangat dengan seminar blogging tu..

    29. [...] yang pernah di maklumkan dalam entri istimewa sebelum ini, satu lagi seminar akan di adakan pada 29hb Mei [...]

    30. [...] Dua-dua betul… sila baca di sini untuk mengelakkan [...]

    31. [...] Bekas Peserta Seminar Blogging Yang Sudah Terkena Fenomena Ini Encik Rohaizad menyediakan Seminar Blogging yang asas mahupun yang lebih advance. Semua ini diajar oleh beliau pada seminar yang berlangsung dari 8.30 pagi sehingga 5.00 petang. [...]

    32. ecar182 said:

      teringin nak pergi yg advance punya,,hehe :D

    33. [...] Memang orang kita ramai yang ada PHD. Perasaan hasad dengki tak boleh tengok orang lain di atas. Rezeki masing2. Bak kata Cikgu Ijad, semua orang boleh jadi blogger, tapi tak semua boleh berjaya dalam blogging. [...]

    34. [...] Memang orang kita ramai yang ada PHD. Perasaan hasad dengki tak boleh tengok orang lain di atas. Rezeki masing2. Bak kata Cikgu Ijad, semua orang boleh jadi blogger, tapi tak semua boleh berjaya dalam blogging. [...]

    35. [...] Memang orang kita ramai yang ada PHD. Perasaan hasad dengki tak boleh tengok orang lain di atas. Rezeki masing2. Bak kata Cikgu Ijad, semua orang boleh jadi blogger, tapi tak semua boleh berjaya dalam blogging. [...]