Facebook spammer – kenapa senarai Friends rohaizad dot com terlalu “slow?”
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet - Tarikh diterbitkan: May 5, 2010 onlineKelmarin, aku ada berkongsi mengenai Friends ke 1000 di Facebook. Walaupun rata-rata ada yang mengucapkan tahniah sebab jumlah Friends dah cecah 1000, tapi hakikatnya jumlah itu masih lagi sedikit.
Sedikit di sini bermaksud “nisbah” jumlah Friends aku berbanding rakan Facebook yang lain. Atau dengan lain pengertian… orang lain dah lama cecah 1000 Friends, tapi rohaizad dot com baru sahaja nak buka cerita. Lembap…. haha
Walaubagaimanapun, ada sebab-sebab tertentu yang membuatkan angka itu lambat pergerakannya. Ini adalah kerana aku harus memilih kawan-kawan yang boleh masuk kepala. Kalau setakat kawan yang suka dok SPAM MENYEPAM wall dengan program mereka… itu bukan kawan namanya.
Pelik betullah….
Yang dia tahu cuma promosi program dia kat wall kita. Walhal, kita tidak pernah plak nak SPAM wall dia. Dan apabila ini berlaku, selalunya aku akan terus remove je.
Benar.
Katakanlah kalau hari ini ada 10 orang add… then esok dia SPAM wall aku, memang esok jugalah 5 orang itu confirm akan aku remove. Sebab itulah Friends aku ni sekejap ramai dan sekejap sedikit jumlahnya.
Dan baru sahaja tadi, ada lagi seorang rakan Facebook “TEGAR” yang menggunakan status aku untuk promote program dia yang entah apa-apa entah.
Bukankah di Facebook sekarang ada cara dan tatasusila yang betul untuk mempromosikan produk/servis perniagaan sendiri?
Aku rasa orang macam ni kena menuntut ilmu mengenai marketing Facebook dengan SmartZul. Paling tidak pun, dia harus belajar cara untuk buat apa yang di panggil sebagai “Soft Marketing”. Jadi next time, takdelah dia SPAM lagi status wall orang lain …. kan?
Nak tengok betapa TEGAR dia buat promosi haru birunya tu?
Tengok pada screenshot di bawah:
Link asal Wall status adalah di sini: Another way to make money from blog.
Masa first dia tepekkan linknya, aku masih lagi consider yang dia mungkin tidak sengaja kot… sebab tu aku bagi ayat stereotype. Dengan tak bagi salam, tak bertegur sapa… terus selamba dog je tepek link dia… tak beretika langsung.

Tapi ehhh… lepas tu dia makin “up” lagi… malah lagi panjang berjela plak spam yang di hantar!

Ewahh… ewahh…. bukan main meriah lagi dia buat promosi. Siap letak ayat power closing lagi…. tapi sayangnya, aku terpaksa remove semuanya. Bukan setakat delete reply spammer tu jer, tapi dengan dia-dia sekali.
* Aku tak kata MLM atau program network ini satu perniagaan yang teruk. Tapi mengapa bila tiba bab-bab macam ni semuanya datang dari mereka yang buat bisnes seperti ini?
** Dah desperate sangat ke nak duit?
Orang lain berniaga juga, tapi takdelah sampai macam ni… kata pakai BMW… sampai kipas di tangan pun di buat dengan note RM100…. hoho
Okay sekarang ini ada satu soalan CEPU EMAS untuk pembaca blog ini:
Kenapa orang seperti ini patut di remove?
* Kalau berani, jawab laaaaa……



remove jer ejad..aku report spam tros jer…baru puas hati!
rohaizad Reply:
May 5th, 2010 at 6:49 am
Fuhh… ganazlah ko ni Yam… haha
Mari Buat Blog Reply:
May 5th, 2010 at 6:56 am
ganas mende nyer..mmg layak pon utk diflag sbg spam!
ak pn dlu list friend 1000+ now dah tnggl 200+ je..aku delete semua yang aku tak kenal..memang aku restrict untuk rakan yang betul2 kenal aku dan untuk close family…
rohaizad Reply:
May 5th, 2010 at 6:44 am
Yup, biar sedikit tapi bila berkawan… seronok. Ada sorang member ni dulu dia target sehari at least “sekian-sekian” rakan FB… sekarang ni dah pening sebab wall dia tak update pun.. tapi macam diupdate setiap hari… “ada org tolong updatekan”…. haha
Taufik Dato Mansor Reply:
May 7th, 2010 at 9:29 pm
bagi saya course marketing memang susah… dh la kena hafal banyak fakta…..
dh baca banyak kali pun masih blur ngan apa itu marketing… buku rujukan pula dalam bahasa inggeris….
ni la padahnya kalu hanya lulus 7D add math…. nak ambik kos kejuruteraan awam pun x leh….
panas. panas.
rohaizad Reply:
May 5th, 2010 at 6:43 am
Dalam hati ni lagi panas wooo… (tapi masih lagi berlembut dalam menegur nih…). Kalau kena pada certain orang… silap haribulan mamat ni akan di label sebagai “loser”… (tapi kita okay lagi sebab masih boleh cooooooool…)
alone Reply:
May 5th, 2010 at 1:20 pm
yela. siapa x panas. tengah best2 sembang tiba2 ada pulak dtg tempek iklan.
xpe. blogger kena cool. heheh.
Taufik Dato Mansor Reply:
May 7th, 2010 at 9:30 pm
loser? napa perli saya lagi?
rohaizad Reply:
May 7th, 2010 at 10:31 pm
Taufik,
Cuba tengok betul-betul…
“loser” yang aku maksudkan kat atas tu aku khaskan untuk semua orang yang suka kata orang lain “loser”….
Spammer tegar ni..selamber dia je
rohaizad Reply:
May 5th, 2010 at 6:41 am
Ni namanya “selamba habis”… cehhh
“kipas di tangan pun di buat dengan note RM100″..
Nasibbaik duit RM 1000 dah mansuh.. kalau tak, ganaz gila kipas tangan tu..
p/s – kalau depan mata, ko ‘tangan’ je spammer macam tu.. Apa barang kata bisnes hebat, tapi menyepam ‘wall facebook’ + ‘shoutbox’ pada blog
rohaizad Reply:
May 5th, 2010 at 6:41 am
Benda ni dah jadi macam satu perkara “biasa” di Malaysia… alahai…
huh.. da la dalam email semak dengan email-email spam.. kalau macam ni kat facebook, lagi la teruk.. wat muka tak malu menyepam macam tu.. memang patut pun diremovekan..
sebab utamanya adalah, mereka dah kemaruk nak buat promosi free.. tak ada bajet kot nak buat promosi berbayar.. haha..
p.s: ha.. sebelum remove, klik report dulu.. baru best.. biar padan muka dia.. apa yang bro cakap tu betul, kita sendiri pun tak berminat nak mnyepam wall dia.. haha..
rohaizad Reply:
May 5th, 2010 at 6:46 am
Nak report pun dah takde masa kot.. buang masa kita jer… remove terus! haha
sebab die tak bg salam.. dan teros meneros mempromosi demi kepentingan diri sendiri tanpa menghiraukan teguran orang.. cam xde adab komunikasi.. haha.. rasenye tu la jawapannye.. haha (^^,)
rohaizad Reply:
May 5th, 2010 at 6:40 am
Itulah… suka hati jiran dia jer buat cam tu… kan?
kita perlu remove spam sebab…dia add kita bukan untuk berkawan…so, tak layak ada dalam “friend”list…
rohaizad Reply:
May 5th, 2010 at 6:39 am
“Tak layak”…
I like that!
Inilah punca sesetengah perniagaan akan dianggap kotor dan buruk akibat tindakan yang tidak beretika dilakukan.
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerana spammer, rosak seluruh nama baik perniagaan MLM.
rohaizad Reply:
May 5th, 2010 at 6:39 am
Yup, hanya kerana orang macam ni… habis orang lain di dalam industri yang sama terlibat sama…
p/s: Apakah mereka ini tak tahu atau saja buat-buat tak tahu? kalau mereka tak tahu, apakah upline mereka tidak mengajar mereka? Wallahu`alam..
ramai betul menyepam kat FB ni…tiap hari kena delete mesej..remove diorang ni sebab diorg bukan nak kawan sgt pun ngan kita..diorg cuma nk duit kita aja
rohaizad Reply:
May 5th, 2010 at 6:38 am
Iya.. iya… sokong!
sebab utama kerana menyemak wall FB kita sahaja …
rohaizad Reply:
May 5th, 2010 at 6:38 am
Wahh best, sound direct!
Loud and clear…
remove je orang mcm tu, dari kita terus dilanda penyakit hati baik remove awal-awal..
menyemak je…
p/s:aku nye taktik kalau ada org add aku, tgk dulu mutual friends dia, kalau mutual friends org yg aku kenal, aku accept la, kalau tak…say bye bye
rohaizad Reply:
May 5th, 2010 at 9:28 am
Satu tips yang baik .. aku akan buat from now onwards
buang je mamat tu..
rohaizad Reply:
May 5th, 2010 at 9:28 am
Buang?
Haha… kejam plak aku tengok ayat ko ni Titan.. “remove” je dah ler…
titan Reply:
May 5th, 2010 at 12:15 pm
itu pun kalau leh buang. Kalau takleh, block aje mamat tu..
yeah.. aku pun kene buat cara rohaizad jugak la.. friends kat facebook ramai tp kebanyakkan tak guna… penuhkan email dan buat facebook berserabut..
rohaizad Reply:
May 5th, 2010 at 9:27 am
Yup… kalau ikutkan, dah lebih dari 1000 friends sejak dulu lagi kot… tapi lepas kena filter… itu jela yang tinggal.. hoho
Salam.
Adab dan sopan budaya kita.
rohaizad Reply:
May 5th, 2010 at 9:27 am
Iya… orang berbudi kita berbahasa.
buang jer dia…
(aku pun pernah remove sorang mamat nie…ada ke ajak aku dating..gay ke haper..giler nak mampus!)
rohaizad Reply:
May 5th, 2010 at 9:26 am
Haaa.. aku rasa aku tau. Mamat ni study kat oversea`kan? Memang macholah kalau pompuan tengok.
Tapi dalam kes aku, dia selalu usha dalam inbox jer… cehhh. Anyway sampai skang aku tak remove dia, sebab aku yakin aku boleh usha dia kembali ke pangkal jalan.. Insya Allah.
spam wall tu selalu sgt.. saya dah remove dah pelbagai org yg kunun bgus tu…. nih spam sms!! ampeh tol.. since tu saya dah tak letak no henpon.. sape mau tnye dlu… haihss manusia nih….
rohaizad Reply:
May 5th, 2010 at 9:37 am
Haaa… itupun lagi satukan?
Macam haram…. http://www.rohaizad.com/2010/02/19/mana-datangnya-sms-haram-nih/
nanahana Reply:
May 5th, 2010 at 9:50 am
yer encik rohaizad… tu yg sy marah sgt tu.. masa tu saya tak syak lagi.. lepas tu tgok FB sndri baru perasan no tepon ade letak.. my BIG mistake.. dah la sms macam2 plak tu… join dpt RM juta2… walaweh… pnat mak tgok! haih…
samdaddycool Reply:
May 5th, 2010 at 12:37 pm
wah.. siap offer 2 juta! ada lebih tak??
nanahana Reply:
May 5th, 2010 at 1:25 pm
ahakss encik sam…. kalu btol la.. kayo kayo den… lepasss sume utang piutang dunio nih….
Orang seperti ini patut diremove kerana
a) Mereka tak iklas berkawan
b) Mereka menyemakkan wall FB
c) Mereka tak reti bahasa
d) Semua di atas
Biar friends sedikit, tp berkualiti.
rohaizad Reply:
May 5th, 2010 at 9:36 am
Betul-betul… it’s about quality, not quantity. Thanks Shahrul
Ok jujurlahkan…. saya ada juga SPAMMING nie tapi jarang-jarang atau kadang-kadang itu pun masa zaman muda-muda dulu ler … tujuannya hanya cuma personal strategi yelah kalo bole tak memudaratkan
dan lagi satu kelemahan utama saya ialah saya tak pernah marah atau merunggut bila pengguna FB lain mengSPAM wall FB saya.
Apa sekali pun saya tetap tidak menggalakkannya.
Biar sikit kawan asal jgn ramai spammers haha
apa yg aku tulis ni haha
Kalau camni memang kena remove je… Nak promo pun kenalah secara bijaksana.. tak lehlah main terjah je.. tiba2 promo kat wall kita.. tak sesuai langsung..
Salam…
Remove je terus….hati2lah pakai FB…sy pun tk terima org yg tk dikenali…bahaya..mcm2 org bleh buat….
Elok dicantas sahaja.. menyemakkan wall orang lain sahaja kalau macam tu.. tak pasal2 orang-orang yang terlibat dengan program dia spamkan tu terima tempias..
rohaizad Reply:
May 5th, 2010 at 7:27 pm
Kasi penalize terus!
Kalau aku spam mw kat fb ngko bole x cik ijad?
rohaizad Reply:
May 5th, 2010 at 7:26 pm
Cubalah…
Logam Reply:
May 6th, 2010 at 1:19 am
Nanti aku cuba, nie br request nak add ngko, huhuhuhuhu… Bg tips skt, bole? Pd saper2 yg byk member main game mcm aku tp rasa syg sgt nak remove member tu atas sbb2 tertentu try pi kat spam org tu then kat blh kanan ader kotak hide, click kat situ nanti kuar 3 kotak baru, korg click kat kotak tgh2 tu… So korg cuma hide game ataupun aper2 applications yg mamat tu guna tp x remove mamat tu dr member list…
aku mcm ko jugak jad, aku tapis dulu. kalau dia nyer mutual friends aku kenal then aku consider la..tu pu tgk dulu camner…
rohaizad Reply:
May 5th, 2010 at 7:26 pm
Canteklah tuh… lepas ni kena lebih berhati-hati.
Orang macam ni kena remove sbb dia “nyanyi tak berlagu” hihihi
rohaizad Reply:
May 5th, 2010 at 7:24 pm
Bermadah pula yea.
inilah salah satu sebab kenapa saya ada 2 account facebook. personal lain n blogging stuff lain. tak sanggup nak ada email2 macam ni
rohaizad Reply:
May 5th, 2010 at 7:24 pm
Lizz, ni bukan email… tapi update di ruangan status
Tapi tak kiralah apa pun, spam tetap spam jugakkan?
bro rohaizad..kalau saya pon memang saya akan remove mereka2 yang suka promote2 kat wall orang lain ni..tapi setakat ni kurang la sangat friend2 yang wat macam tu..kalau ada memang saya akan remove awal2..hehe
rohaizad Reply:
May 5th, 2010 at 7:22 pm
Remove.. jangan tak remove…
Kalau dah cecah 3000 nanti kena buka akaun baru plak..lagi la susah nak monitor..
rohaizad Reply:
May 5th, 2010 at 7:20 pm
1000 pun dah cukup ramai kot… haha
Ijad,
Desakan hidup boleh mengubah segalanya…
Kes atas tue dah kes desperate tue…
Kalau sukses, orang akan cari dia…
Takde masanya dia nak cari orang sampai gitu…
reply
“saya ni pun joint MLM, income RM100k sebulan, tapi tak pernah spam orang..”
haha..memang patut pon..remove jek orang2 jenis gitu..buat semak wall jek
Teknik promosi yang melanggar etika perniagaan dan tidak menghormati hak orang lain.
Orang tu kurang faham dengan bahasa kiasan dan patut kita cakap terus baru dia faham. Biar terasa lebih sikit.
Orang tu kurang faham dengan bahasa kiasan dan patut kita cakap terus baru dia faham. Biar terasa lebih sikit.
Aku rasa mamat nie ader prob kot. X phm bahasa 1 then kedekut nak mampos… kalau x maner bole nak pakai BMW dgn buat kipas guna note RM100. Kalau msk FB tu aku tgk byk gak ads org yg joined Vemma kat sblh kanan… apsal ler mamat nie x bole ikut cr member2 dier yg lain. Nie x psl2 cr musuh lak…
hoho, jahat gile spammer tu, dah diberi warning, tapi still spam jugak..