Seperti yang pernah di maklumkan dalam entri istimewa sebelum ini, satu lagi seminar akan di adakan pada 29hb Mei 2010.

Seminar ini diberi nama Seminar Asas Blogging (beginner).
Walaupun diberi speciality beginner, tapi itu tidak bermaksud bakal peserta yang hadir nanti semuanya NEWBIE. Seminar ini akan lebih bertumpu kepada “langkah pertama”.

Iya… beginner adalah mereka yang hendak memulakan sesuatu. Dan kalau ada di antara peserta seminar yang datang nanti sudahpun memiliki blog, jangan pula peserta lain naik hairan ya :)

Mengapa?

Kerana dalam apa juga perkara yang kita lakukan, semuanya mempunyai sebab yang tersendiri. Begitu juga dengan blogger yang lain. Mungkin ada yang ingin menambah pemahaman dalam dunia blogging. Sebab itulah mereka ingin hadirkan diri ke seminar ini.

Tidak cukup dengan itu, mungkin ada juga di kalangan blogger lain yang masih kurang jelas dengan potensi blognya sendiri. Itu belum dicampur dengan soalan yang telah lama bermain di dalam minda masing-masing iaitu ‘bagaimana untuk memanfaatkan blog yang dimiliki’ dalam menjadikannya sebagai business portfolio.

tentatif-seminar-asas

Walaupun ini adalah seminar setengah hari, tetapi apa yang akan dibentangkan dalam seminar ini bukanlah satu teori atau kisah yang dicedok dari mana-mana sumber. Semua isinya adalah hasil pemantauan aku sendiri selama bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia blogging. Original dan mantap!

Bagi peserta yang ingin membuat tempahan pembayaran, jangan lupa dapatkan info berkenaan harga PROMOSI di sini (harga promosi ini HANYA SAH sehingga 10hb Mei sahaja). Selepas itu, harga akan kembali kepada RM70.00

Apa?
RM70 sahaja?
Murahnya?

Iya… jangan tak percaya… itu belum lagi tengok harga promosi RMXX!


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 40 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Cayalah bro! Ini macam la baru best…Huhuhu..Semoga peserta dapat memning dan memenatkan en rohaizad dengan soalan yang bagus2…Tak gitu ijad nye?

    Nabieel SR Reply:

    Huh..rasa nak join jer :D

    RM70..sangat murah..boy ada sekali ke masa tu?

    boy_bersahaje Reply:

    hehehe, xde la nabil. Still kat perlis lagi

    boss Reply:

    mmg murah berbaloi2..

  2. miziology said:

    Selamat datang ke Johor and Selamat Maju Jaya kpd semua bakal peserta :)

    rohaizad Reply:

    Sesekali turuin ke selatan Malaysia… :)

    Azizeil Hameid Reply:

    Vote for Mr. Rohaizad!!!
    Rohaizad for President!!!
    .
    .
    .
    .
    President PBS
    .
    .
    Persatuan Blogger Selatan la..
    Boleh gitu, bro..

    P/S: Ha, takde cite-cite ke buat persatuan..?

    rohaizad Reply:

    Persatuan?
    Rasa macam tak layak jer.. biarlah orang lain yang buat.

  3. Shahrul said:

    Wah, bagus nya. Daftar jgn x daftar, daftar jgn x daftar.

    rohaizad Reply:

    Sila.. sila.. :)

  4. Kujie said:

    selamat hari ibu encik rohaizad… :D

    rohaizad Reply:

    Terimu kasih… selamat hari ibu juga :)

  5. Taufik Dato Mansor said:

    kalu ijat wat seminar kat maran, pahang…. bagitahu la ye….hehe…

    rohaizad Reply:

    Itu “kalau”… :)

    Shahrul Reply:

    Kalau Ijad round satu Malaya main muzik, eh bkn, buat seminar. hehe

  6. Logam said:

    Pergh… bwh RM70, tabik spring ler Cik Ijad. Nasib jauh kalau x skrg gak aku reg, nak blaja autoresponder. Sampai skrg buat x jd2 lg… Pd Kak Rin, elok ler pi skrg. Korbankan skt RM70 bln nie, for sure xkan menyesal coz majoriti aku tgk buat coaching asas pun 200-300 gak…

    rohaizad Reply:

    Bang, dalam seminar ni takde diterangkan autoresponder. Itu dah kira bukan asas lagi… itu dah advance :)

    Logam Reply:

    Autoresponder kira advance ker? Huhuhu… maner aku nak tau. Nak kena cr sifoo ler mcm nie.

  7. wanmus said:

    wahhh..dah buka…nak ikut..nak ikut..

    rohaizad Reply:

    Jemput.. jemput.. sila.. sila.. :)

  8. Aqif said:

    Alhamdulillah. Dah buka akhirnya tempahan seminar asas. :D

    rohaizad Reply:

    Alhamdulillah… :)

    Azizeil Hameid Reply:

    Bro, nak forward bukti pembayaran ke

    tempahan@seminarblogging.com

    ke?

    rohaizad Reply:

    Yup, boleh juga.

    boss Reply:

    tapi kalau nak send pada aku pun boleh… he he h..

  9. zam said:

    heheeh..nak je aku pegi… tapi ..insyaAllah.. mungkin cuti sekolah kalau kene then boleh dipikirkan,…hehehe

    rohaizad Reply:

    Jalan jalan ke JB lagilah tu nampaknya ya.. :)

    Shahrul Reply:

    Jalan Jalan Cari Makan NAP. Bila ntah time aku pula.

  10. Mr Kamikaze said:

    Teringin nak join seminar nie…nasib baik jauh. bayaran cukup berpatutan…sayang mmg sayang tak dpt join…

  11. alone said:

    selamat menimba ilmu buat peserta seminar dan en rohaizad sendiri! =D

  12. mijie said:

    satu pelaburan yang pasti akan berbaloi

    boss Reply:

    sudah tentu..

  13. saya akan pergi seminar dari bro rohaizad nie, tapi bukan kali ni arr.. salam untuk semua bakal usahawan internet!!!!

  14. cyza said:

    menarik utk para newbie…
    Kalau sempat, aku pun nak juga ikut dan revise apa2 yg patut..

    boss Reply:

    me too.. boleh refresh2kan.. skill2 lama2..

  15. Shaffik said:

    Jangan lepaskan peluang ini. Masih ramai yang tidak tahu akan potensi blog. Memang boleh pergi jauh. Semua dah ada blog. Tetapi mengapa orang semua nak ada blog. Nantikan jawapannya di Seminar Asas Blogging nanti…

    boss Reply:

    boleh buat duit.. pakcik kayo…

  16. roselin said:

    taking my 1st step. rose dah buat bayaran. hotel pun dah book. jumpa di sana en.rohaizad!

    p.s. ada female participant yg nak kongsi bilik hotel x? seram nak tido sorang.

    boss Reply:

    i boleh temankan kalau u sudii he he..

    Azizeil Hameid Reply:

    Boooss.. booosss.. Ha..