Okay, walaupun agak lambat untuk diterbitkan… tetapi ia tetap akan diterbitkan seperti biasa.

Sebenarnya Personal Coaching Smart Blogging yang dianjurkan pada 15hb Mei 2010 lepas sungguh happening. Boleh dikatakan 6 orang peserta yang hadir sudah cukup untuk memeriahkan training room FMCC yang cute itu.

pcsb fmcc 2

Ada yang datang dari JB, dari KL, dari Seremban, dari Melaka, dari Pulau Pinang dan ada juga yang datang dari Langkawi! Mereka ialah Uncle Azhar, Mohd Hilmi, Ridzuan Richie, Liza Hashim (*bukan Lizarazak ye…. LizaRazak memang tiada di sini…. sebab dia ada dalam hati… ececece), Ahmad Fadhli dan juga Nabieel.

Cuma dalam banyak-banyak tu, Richie dan Hilmi yang datang awal… iaitu petang Jumaat (sehari sebelum coaching berlangsung).

So disebabkan mereka datang awal, maka sempatlah mereka lepak di konti FuhyooFM dengan WanMus dan Abang Deejay Senja kita.

Selepas itu, kedua-dua mereka Yang Berhormat (Richie dan Hilmi) ini dibawa jalan-jalan sekitar JB. Destinasi terakhir sebelum mereka berdua dihantar ke bilik penginapan masing-masing adalah medan selera Senibong. Sempat juga layan tom yam di sana dan bergossip tentang dunia internet Malaysia (nak tengok gambar di Senibong, pergi minta kat Richie dan Hilmi :) )

Sebelah malamnya, Richie dan Hilmi dibawa sekali lagi keluar berjalan-jalan cuma kali ini destinasi utama ialah Restoran Pinang di mana motif utama adalah untuk melayan Nasi Ayam Penyek. WanMus pun ada sama pada malam tu… (dia mana boleh takde kalau pasal Nasi Ayam penyek nih… boleh putus sedara kalau tak jemput dia makan sama). Richie yang belanja malam tuh… yaaaayyyyy!

personal coaching 15hb FMCC 1

Seperti biasa, dimulakan dengan bacaan doa (minta diberkati coaching yang akan berlangsung) :)

personal coaching 15hb FMCC 6

Bila makan jer, semua senyum… haha

personal coaching 15hb FMCC 7

Dah namanya blogger, kalau dah berbual… tak hingat… :)

Esoknya coaching berlangsung dengan baik tanpa sebarang masalah. Dari pagi, makan tengah hari, solat Zuhur di masjid BBU, sambung coaching lagi sehinggalah tamat… semuanya licin dan teratur. Kadang-kadang rasa macam sekejap je berjumpa… dah nak berpisah.

personal coaching 15hb FMCC 2

Coaching berbeza dengan seminar… terutamanya dari segi “environment”

personal coaching 15hb FMCC 3

Yang pasti walaupun persekitanannya berbeza, topik dan modulnya tetap sama:)

personal coaching 15hb FMCC 4

Terima kasih kepada semua peserta… cayalah!!!

personal coaching 15hb FMCC 5

Nak balik pun happy… dan sebelum balik, sempat juga ngeteh sekali lagi… semoga kalian dapat mengejar impian dalam dunia blogging :) … never give up!

Gambar-gambar lain ada di sini.

*******************************************************************

Semalam baru lepas shopping vest dengan blazer, tapi pagi ini bila tengok harga OFFER sweater GAP melalui VsHub… alamak… berbaloi betul harga dia. Lawa plak tuh…

Lepas survey sana, survey sini…. rasa macam nak beli jer… testimonial pulak boleh tahan… hehehe

testimonial-gap

Kalau kat Malaysia, sweater ni harganya tak lari dari (jenama GAP tuhhh) RM250++ (harga biasa lebih kurang USD79.50). Itu belum dicampur dengan kos penghantaran (shipping cost). Dan kalau dikira semuanya, sah-sah boleh cecah RM350.00!

Tapi melalui VsHub, rasanya memang boleh beli. Kena rajin berblogging dan bila cecah sahaja $34.99… dah boleh beli! (bukan apa… hadiah untuk diri sendiri :) )


TIPS: Kalau nak jimat cost penghantaran melalui VsHub, ajaklah kawan-kawan shopping sekali dan pastikan beratnya hampir-hampir dengan had yang ditentukan. Maknanya jika beratnya 600 gram, baik shopping lagi dan genapkan ke 1 kilogram… kosnya sama sahaja :)

p/s: Dengan cerita ada orang tu dah mula mengutip dollar yang bersepah di internet…. tak gitu En Tarmizie? Dan tak lama lagi bolehlah shopping sweater kat atas tu… kan??!! hehehe :D


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 49 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Aqif said:

    Bertambah lagi keluarga Smart Blogging. Kali ini ramai yang otai-otai. Yeehaw! :D

    rohaizad Reply:

    Lagi ramai, lagi meriah! The more, the merrier! :D

    boss Reply:

    dah semakin ramai.. produktif la katakan he he..

    Aqif Reply:

    Hahaha. Mesti ramai yang pelik kenapa keluarga Smart Blogging bertambah sedangkan ketua keluarga tak kahwin lagi. Hohoho! :D

    samdaddycool Reply:

    Sensitif wooo ini soalan.. :D

    cyza Reply:

    TAk lama lagi dapat lah kad jemputan tu…brother tu dalam hati ada taman…

    rohaizad Reply:

    Oiiittt… amboi, kemain lagi korang skandal yea…haha

    samdaddycool Reply:

    Alhamdulillah…. Jangan lupa bagi aku satu kad…

    cyza Reply:

    Aku serkap jarang je bro…tapi harapnya betui la

  2. zik said:

    wah2… ayat penyet event wajib tuh…

  3. Zoelhilmi said:

    Yosh! Dapat juga jadi yang pertama. Hehe…

    Tahniah kepada Tuan Rohaizad & para peserta. Teruja juga dengar ada peserta yang datang dari jauh.

    Ilmu itu tidak mengenal tempat, yang penting bijak mengambil peluang :)

    Zoelhilmi Reply:

    Lambat juga rupanya. Better late than never.

    boss Reply:

    he he… no 3 la bang.. :P lambat 5 saat..

  4. Zulazis said:

    Walking, eating, blogging, shopping & enjoying

    rohaizad Reply:

    “Spending”..

  5. miziology said:

    bila eh boleh turun jb huhu leh mengeteh hehe.
    komuniti SB dh makin besar dan akan bertambah besar akan datang :)

    ps: bro dh bc email?

    rohaizad Reply:

    Makin ramai jumlah ahlinya… huhu

  6. Mohd Hilmi said:

    yeeeha!! :)

    coaching dengan bro ijad memang terbaaaek! Mula2 sampai petang tu, dalam mindset ni.. asyik berkata ijad ni ‘garang’.. sekali masuk je kereta hitam dia.. fuh! layan beb!

    sempoi,,, :) memang best. kejap je jadi kawan. frenly user ibarat kaspersky. hehe..

    p/s: pos ayam penyet kt sini bro!

    rohaizad Reply:

    Ayam penyek tu ada dalam kamera saper ehhh? Lupa plak

    Mohd Hilmi Reply:

    ada pada richie. dia dah up dalam fb dia.

  7. mijie said:

    banyak ni nak komen

    1.selamat datang ke keluarga smartblogging buat Uncle Azhar, Mohd Hilmi, Ridzuan Richie, Liza Hashim, Ahmad Fadhli dan juga Nabieel.

    2. makan dkt senibong tu mcm pernah gi la dulu, pastu hampir sama ngan nama kampung aku lak tuh seribong

    3.huhuh nasi ayam penyet adalah perkara wajib yg ijad akan sentuh, hahahahah

    4. cantik betul sweater tu, boleh ni sambar tak lama lagi

    5. kutip dollar ye, heheheh baru skit…mana boleh lawan otai2 semua…

    p/s: tak kisah kalau ijad jawab komen ni “ada aku kesah” hahahaha

    rohaizad Reply:

    Aku nak jawab nih:

    “ada ku kesah!!!?”

    haha

    mijie Reply:

    hahaha memang siot betul….

    ayat keramat ijad ni “ada ku kesah” boleh buat aku jadi tak tenang hidup…

    hafizmd Reply:

    hoho..kes naye ni mijie..

  8. Nabieel SR said:

    Coaching yang terbaik..hehe

    Apa yang diajar adalah benda yang pernah didengar tapi tahu tahu apa bendakah itu. Bila dibongkar, baru ku tahu bahawasanya blogging adalah…….

    Mahu tahu datanglah ke Seminar atau Coaching En. Rohaizad.. :) Orang Zero yang tak tahu apa-apa pun sekarang dah ketagih nak blogging..huhuhu

    PS : Dapat jumpa richie, mmg sempoi orangnya..pakai selipar jer datang coaching..ahaha..

  9. adamfaiz said:

    Liza Razak ada dalam hati? Dalam maksud tuh..hehehe

    boss Reply:

    yea… mari kita terjah!!

    Nabieel SR Reply:

    Si dia nampak kelihatan seperti PINK..em..mungkin kita 3 orang boleh terjah kot..hehe

    rohaizad Reply:

    Alaa… biasalah, lelaki kan ke suka nyakat :)

  10. Zairi Zaidi said:

    ngeteh tu apa? hehe

    sufian Reply:

    gi minum teh kot..

  11. boss said:

    wah test power beli ke? beli ke idak? vest tu?

  12. klcitizen said:

    saya baru tahu lizarazak berada dalam hati ijad…

    rohaizad Reply:

    Semua pembaca dan pengunjung setia blog ini berada dalam hati ku sebenarnya :)

    adamfaiz Reply:

    ayat cover baek punya…hahaa

  13. samdaddycool said:

    Kalo ko nak beli produk GAP, aku cadangkan beli dlm ebay.co.uk . Seller sana biasa amik barang kat factory outlet yang memang bersepah serata UK.

    Seminar, memang best. Aku je tak sampai2 lagi..

    adamfaiz Reply:

    Bukan GAP ade kilang kat Malaysia ke?

    samdaddycool Reply:

    ye ke?? tak tau plak… kat ne?

  14. imran said:

    Seminar demi seminar, tapi hanya menunggu masa dan ketika untuk saya sampai.

    rohaizad Reply:

    Sehinggalah seminar ini berehat panjang nanti… hoho

  15. eyriqaz said:

    wah…meriah….

    rohaizad Reply:

    Cikgu… kanak-kanak Ribena memang macam tuh…haha

  16. joegrimjow said:

    smoga terus bertambah maju bro!

    rohaizad Reply:

    Thanks Joe, thanks for the support :)

  17. sufian said:

    laptop kena bawak sendiri ke?

  18. [...] has been conducting a series of workshop called Smart Blogging to give guidance to new and seasoned bloggers on the smart way to earn money from blogs. Many of [...]

  19. firdaus said:

    salam abang rohaizad.. saya ni baru je tjumper website neh.. memang best, menarik tertarik kau memang da bom err he2

    abang bile gi nk wat workshop neh?? nnti kalo ada kesempatan nak merase la.. memang teringin nk tambah duit saku dengan pendapatan nie..

    thnks 4 all!! nice website!!

  20. Kimizo said:

    oo bujang lagi
    patutpun akttif blogging

  21. [...] early bird PRICE untuk 5 peserta pertama yang membuat pembayaran awal: RM400.00 [...]