12 tahun tak berjumpa – dah “jadi orang” dah….

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: May 23, 2010 online

Semalam merupakan antara hari paling bersejarah dalam hidup aku. Member yang sudah lama tidak jumpa kebetulan datang ke JB. Woo hooo… lama giler tidak berjumpa, hampir 12 tahun!

Member aku ni merupakan antara “blood” masa aku belajar di Melaka dulu (final year). Walaupun berlainan course, tapi kepala boleh masuk… boleh layan. Dia ambil Science Computer, aku pula ambil Business Study.

Kami tinggal di Taman Usrah Jaya di Lorong Pandan, Tengkera… bersebelahan dengan Kampung Lapan. Walaupun kami pelajar, tapi hidup kami saling tak tumpah bagai dilambung ombak… sama seperti dengan orang yang bekerja di perantauan.

Jatuh mati kami, semuanya ditangani sendiri… maklumlah, kolej swasta. Yang ada hanyalah member rumah sewa yang menjadi “adik beradik”. Kenyang, lapar… sedih, menangis….ketawa dan frust menonggeng bercinta tu semua adalah satu lumrah yang memang standard.

Sebenarnya tempat kami belajar ini tidaklah terkenal mana pun, tapi pada waktu zaman kegemilangannya…. agak masyhur juga. Cuma yang pasti di kawasan perumahan itu, rumah sewa kami lebih terkenal berbanding kolej sendiri… haha. Mana tidaknya, macam-macam kes dan pelbagai hal yang telah “tercipta”.

Demi Tuhan… hidup sebagai pelajar IPT di Melaka dulu memang terlalu sukar untuk dilupakan. Manisnya mengalahkan madu, pahitnya pula mengalahkan hempedu. Sehingga hari ini, aku rasa seolah-olah baru sahaja semalam meninggalkan kolej yang dah bangkrap tu.

Sebenarnya ingatan pada kolej tidaklah seberapa. Sebab kolej tu pun tidak seberapa pun adanya. Yang menusuk ke jiwa adalah pengalaman duduk di asrama dan di rumah sewa. Setiap hari yang berlalu adalah lipatan sejarah yang sentiasa tersemat.

Banyak sangat perkara yang tidak boleh dilupakan… makanan, pasar malam, bermain gitar di depan rumah sambil usha budak perempuan, main takraw di hadapan rumah, curi buah mangga jiran, basuh baju ramai-ramai dan juga diperli budak perempuan ketika sedang sibuk menyidai baju di pagar rumah (ampaian takde, biasalah orang bujang…)

Bukan itu saja, life di Melaka juga cukup harmoni terutamanya ketika basuh motor di hujung minggu, bertukar lauk sewaktu bulan puasa, lepak di bangunan merah, lepak di bukit St Paul (A Famosa), Pantai Klebang, makan di Barkat Roti John kat Pantai Kundur dan di Pokok Mangga, bowling di Mahkota Parade, main carrom, rumah diserbu Polis, gotong royong dengan penduduk taman, ngeteh di kedai Abang Jaafar dan juga ber’couple di kedai Nasi Ayam Abang Mat…. :)

Yang paling best, ada beberapa lagu yang kalau terdengar di radio sekarang ini… terus mengingatkan kembali zaman belajar sekitar tahun 1998-1999!

Favorite album di rumah sewa: Kita Peng YU dan juga album BRUTAL.
* KITA PENG YU (1994) – Terjual melebihi 200,000 units.
* BRUTAL (1997) – Terjual melebihi 350,000 units.
Group: XPDC
* Dua lagu dari album ini iaitu BAHALOL dan NAFISA telah di “mixing” dan “mastering” di USA.
* KONSERT RAKSASA XPDC BRUTAL, STADIUM NEGARA (1998) – Terjual melebihi 95,000 units.

Tajuk lagu video di bawah: Hijau Bumi Tuhan.
Zaman ini tak main lah CD… semua kaset! Best!!!

Itu lagu dengan member-member lelaki. Lagu untuk budak perempuan pun ada… hehehe. Yang pasti masa final year tu, lagu ‘Stay The Same’ dari Joey McIntyre memang tengah top.

Serious, aku pernah beri lagu ni pada member rumah sewa sebelah…. Dila namanya. Siap taip, print … lepas tu selamba kasi kat dia. Aku kata:

“Dila, ambil lagu ni… tampal kat dinding bilik. Kalau rasa down, cuba fahamkan isi dan lirik lagunya”.

Dila ni kira antara member perempuan yang ‘sempoi’… bukan jiwang punya type. Sebab tu boleh beri selamba je. Kalau orang tu boleh layan jiwang, lain pula gayanya.

Paling tak boleh lupa, satu kejadian di suatu malam di mana tiba-tiba ke”macho”an diri terserlah. Ada seorang student perempuan ni tidak sangka aku boleh buang tebiat pada tepat jam 12 tengah malam.

Yup, esok adalah hari jadinya dan malam tu… aku keluar rumah sewa sorang-sorang. Disebabkan masa tu manalah ada handphone, so aku terus bagi salam di pintu pagar rumahnya. Sambil menggoyangkan pintu pagarnya dengan harapan jiran sebelah menyebelah tidak akan dengar, aku terus berdiri macam orang bodoh.

Tiba-tiba tingkap dibuka dan rakan serumahnya pun memanggilnya. Tak lama lepas tu, dia keluar dan terus bertanyakan kenapa aku bertandang malam-malam buta ke rumah sewanya. Dan bermulalah adegan romance + melampau yang tak pernah aku bayangkan untuk terjadi.

Aku katakan yang aku cuma nak wish “happy birthday” sahaja… so dia pun kata “okay… thanks”. Aku juga kata yang tiada hadiah hendak aku beri sebab aku pun student juga. Duit pun harapkan mak bapak yang kasi. Then dia kata lagi “terima kasih”.

Tapi aku ada sesuatu untuknya. Aku kata… “saya ingin menjadi orang yang pertama wish happy birthday kat awak… dan saya juga nak menjadi orang yang pertama meminta awak untuk meniupkan lilin…”

Dia pelik dan bertanya… “mana keknya?”
Nah… aku keluarkan lighter yang aku pinjam dari member rumah sewa dan aku suruh dia tiup. Selepas menyanyikan lagu happy birthday, dia pun tiup…. hahaha… gamble + romantic woo!

*Semua kisah ini adalah cerita benar dan aku pasti itu adalah antara saat yang dia tidak boleh lupakan sepanjang hidupnya… oh ya.. dia sudahpun berkahwin bulan lepas :) tahniah!

Hurrmmm….
Bila ingat dan lihat kembali gambar-gambar berdozen yang ada dalam album ni, tergelak sahaja seorang diri… tak tahulah kenapa tetapi yang pasti, aku tetap akan mengingatinya sehinggalah ke hari tua. Nak tunjuk gambar-gambar tu di sini, masanya belum tiba lagi kot… malu…. hehehe.

Dan sekarang, member aku yang bernama Azri ini sudah berjaya sangat. Bekerja di salah sebuah syarikat ‘negara’ di KLCC… dengan pangkatnya yang perggghhh, susah mau cerita… aku turut tumpang bangga.

Aku sebagai seorang rakan… cukup gembira sebab member yang dulunya hampeh dah “jadi orang”… (aku dulu hampeh juga, tapi sampai sekarang pun hampeh lagi rasanya)

Esok Azri akan bertolak ke KL semula. Dan yang pasti kalau aku letakkan gambarnya di sini … putus kawan dia kata… haha. Dia tak nak sebarang exposure atas sebab ‘keselamatan diri’ dan keluarga. Bila dah berjumpa semalam, memang confirm akan datang takkan ada lagi kes “loose contact” seperti sebelum ini.

* Azri, aku tau ko akan gelakkan aku sampai jatuh dari meja kalau ko baca pasal kisah lama nih… cehhh

p/s: Member lain semua dah berjaya, aku di sini yang masih lagi seorang blogger. Yang kelakarnya, Azri ni bagai nak rak tanya untuk jadi full time blogger macam mana…. kita nak jadi dia, dia nak jadi kita… haru biru


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 67 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. klcitizen said:

    curi buah mangga?? usha anak dara orang??

    seronok ingat kisah lama, kan…
    tapi suka bab yang last tu

    manusia semua sama je..
    sentiasa melihat rumput di padang lain lebih hijau dari yang di laman sendiri

    rohaizad Reply:

    Ada tambahan dalam cerita di atas, bacalah lagi ya :)

    klcitizen Reply:

    cerita yang tiup api lighter tu romantiknya ijad…
    mana gi budak pompuan tu??

    rohaizad Reply:

    Dia dah kahwin kak… bulan lepas … :)

    alongovtx Reply:

    hah!dah kahwin bulan lepas…”eceh,macam aku kenal je Dila tu.”Walau pun entri ni mengenang kenangan silam dengan Azri,kalau Dila baca sebelum nikah bulan lepas,…Aku fikir geruh jugak la hati dia Ijad oiii…Aku ada rasa sedikit kesyahduan di dalam entri ni…’merindu kot keywordnya’…sabar Jad…

    rohaizad Reply:

    Along, Dila dengan orang birthday girl itu adalah 2 orang yang berlainan.

  2. joegrimjow said:

    bro,
    yg part lilin tu
    nak pinjam masuk dalam cite ek
    hehe

    romantik!!

    rohaizad Reply:

    Serious Joe, aku rasa itu adalah perkara paling romantik pernah aku buat seumur hidup.

    * Aku cuba buatkan lighter tu seperti birthday cake + candle light dinner!

    * Dia berdiri dengan memakai baju tidur… di pagar rumah bersama aku yang hanya memakai t-shirt, disaksikan bulan dan bintang… sambil menyanyikan lagu happy birthday… kemudian, meniup api lighter…. gilerlah!!!

    * Esoknya di kolej, dia senyum memanjang sepanjang hari… :)

    dr.aku.la Reply:

    senyum ada makna tu.. :D
    kenangan tinggal kenangan.

    rohaizad Reply:

    Yeah… I have been there and done that!

    p/s: ada satu lagi kisah yang lebih romantis dari kisah di atas… malu wehh untuk diceritakan… tapi memang MANTAP!

  3. NaDiaH KaRiM said:

    Wow…mat jiwang jgk rupenye…hehehe…
    tapi betul la zaman belajar adalah part plg best dlm hidup… huhu..

    rohaizad Reply:

    Ala…. zaman budak-budak dulu… macam gitulah kot… :)

    samdaddycool Reply:

    Brutal, brutal gak.. lagu XPDC berdozen-dozen layan..

    ..tapi, dalam hati ada taman beb… :P

  4. Mohd Hilmi said:

    suke bab2 last tu..

    ” kita nak jadi dia, dia nak jadi kita… haru biru”
    saya pon kdang2 ada perasaan mcm ni gak bila tgk2 kwn2 g oversea.. tp bila jumpe kawan tu, dia ckp nk jd mcm saya. sy plak nk mcm dia… :)

    rohaizad Reply:

    Huhuhu… adanya manusia :)

  5. Kisah dolu-dolu yer jad…..sapa tu yang jadi warden asrama?ustaz rahim ke? nasib baik masa ko blaja kat situ, aku tak join lagi kolej tu…

    Kalau cerita pasal kes2 student, biasalah…lepas batch ko pun ‘banyak’ juga kes2,…polis datang serbu tu jangan ckp laa…berdating2 kat court badminton tu,dh jadi aktivi rutin…hahahaha.

    P/s: kalau ke melaka, aku bawa ko ke kedai abg mat nasi ayam tu, dh pindah kedai baru, lagi besar…jangan lupa,popiah kat kedai dia pun sedap juga.

    rohaizad Reply:

    Rindu betul aku dengan Nasi Lemak dan Nasi Ayam Abang Mat tu… :)

    p/s: tahun lepas ada singgah, tapi dia tak meniaga plak… sebab ada kerja kahwin di sebelah rumah dia… Insya Allah.. aku akan turun Melaka lagi nanti.

  6. mijie said:

    ijad, part yg tiup lighter tu memang aku tak pernah terpikir pun…kreatif betul…

    p/s: nampaknya entri kebelakangan ini semakin jiwang, kahwin la ijad oi…heheehh lariiiiiiiiiii

    rohaizad Reply:

    Masa tu, duit makan pun kena budget bro… so itulah yang terdaya dilakukan…. hoho

    p/s: sampai sekarang aku tergelak bila fikirkan betapa kreatifnya aku zaman muda-muda dulu… :D

    mijie Reply:

    itulah, mana ko dpt idea tu, aku dulu masa bercinta kat ipta dulu, buatkan kad je kalau takder duit, hahahaha

    rohaizad Reply:

    When we are trying to be different than others, that’s where we will do the unique thing as well :)

    rohaizad Reply:

    Tapi bab “entri kebelakangan ini semakin jiwang”… itu adalah satu fitnah… haha

    mijie Reply:

    bukan fitnah tapi betul2, hahahah

    rohaizad Reply:

    Ahahaha…. mana ader. Aku tetap aku… :)

    mijie Reply:

    hehehehe, maafkan hamba kerana telah memasang serkap jarang….

    rohaizad Reply:

    Haha.. siot jer… :)

    samdaddycool Reply:

    Fitnah.. mana ada??, tapi sikit-sikit ada tempias gak.. kikikiki

    rohaizad Reply:

    Ahahaha… makan dalam betul..

  7. wanmus said:

    haha..hidup student memang banyak hitam dan putihnya..kelakar dan sedihnya bro..susah nak cerita tapi bila dikenangkan balik satu persatu yang telah ditetapkan olehNya, kita akan rasa sangat bersyukur..alhamdulillah

    rohaizad Reply:

    Syukur… sebab ia banyak mengajar kita akan erti KEJUJURAN dan KEBENARAN… juga PENIPUAN … hoho

    wanmus Reply:

    yerlah..kalau aku belajar pandai2 dulu, konfirm dah tak de kat Malaysia ni..pastu camner nak kenal ko..hehe..pastu camne nak ade jomhosting tu..semua rancangan Dia yang terbaik..

    rohaizad Reply:

    Tak takper… ecece…

  8. dr.aku.la said:

    pergh.. “hijau bumi tuhan”
    sekali aku dengar, memang terasa “back in time”
    banyak kenangan gak bila dengar lagu ni.
    izinkan aku quote sikit kata mamat adnan sempit “gua blogger der, tapi dalam hati ada taman..”

    rohaizad Reply:

    Cakap pasal lagu XDPC, teringat pada Nasarijdin… room mate baik aku sewaktu di asrama… rambut dia lagi cantik dari rambut budak perempuan… panjang .. ikal, berkilat rambut dia.

    p/s: dia budah THRASH dari Parit Mustapha, Batu Pahat. Jawa Thrash giler… tapi 5 waktu tak tinggal!

  9. alone said:

    memang best + terharu bila dapat jumpa kawan2 lama dan masing2 sudah berjaya.

    boleh menangis dibuatnya. sampai boleh terlupa anak bini kat sebelah. huhu.

    rohaizad Reply:

    Memang betul… sebab susah senang dulu semua dengan member.

    p/s: ingat lagi makan nasi + ikan kering + kicap + telur… berminggu-minggu lamanya… nasib baik tahu masak asam pedas… kalau tak, makan kering je lah jawabnya…

  10. madlut said:

    hahaha…saya rasa kata mijie ada betulnya…kebanyakkan entri kebelakangan ini adalah entri dalam hati ada taman..haha…

    romantis sungguh generasi dulu-dulu rupanya…sapa kata lelaki melayu tak romantis???…

    rohaizad Reply:

    Oitt… mana ader… kebetulan sahaja :)

    samdaddycool Reply:

    kebetulan, betul-betul.. wakakaka.. jgn marah bro.. aku rasa best menyakat ko malam ni.. :)

    rohaizad Reply:

    Haha… romantis sesekali apa salahnya… :)

    samdaddycool Reply:

    tak salah romantis.. bahkan dicari-cari wanita smalaya. Bukan senang nak jumpa lelaki Melayu romantik…

    rohaizad Reply:

    Ececece….

  11. dedua album XPDC tuh..smp skang aku dengar lg beb…tetiap hari aku layan kat opis..muakakkakkaa

    rohaizad Reply:

    Orang lelaki kalau tak tahu 2 album ni, memang something wrong la jawabnya… haha

    Mari Buat Blog Reply:

    hehe…btol tuh..tp aku layan brutal dulu sblm jumpa pengyu..almaklum la..zaman dulu mana leh sesenang download mp3…dengar kaset jer la..

    rohaizad Reply:

    Dulu mana ada handphone… radio pun cassette player jer.. hoho

    p/s: bebudak zaman sekarang ni bertuah sungguh!

  12. ain fathihah said:

    perghh romantiknya bab tiup api lighter lepas nyanyi lagu bday tu…hehe

    rohaizad Reply:

    Masa buat tu, tak rasa sangat romantiknya… tapi lepas seminggu, baru rasa romantiknya bila member lain kata “ko ni memang gila”…. hehe

  13. Aqif said:

    Terbaik gila entri ini. Tak sangka abang ijad pun sweet2 orangnya. Seronokkan zaman-zaman kolej? Oh… Tak lama lagi saya juga akan merasanya.

    rohaizad Reply:

    Dulu sindrom “adik angkat-abang angkat” sangat dahsyat… bersepah adik angkat nih.. paling dahsyat bila tiba masa talentime… perghh

    p/s: kadang-kadang lepas makan, nak bayar pun susah… sebab dah ada orang ‘tolong bayar’kan…

    misteri betul… hehehe

  14. miziology said:

    Kenangan masa kolej dulu mmg xleh lupa.. kengkawan yg best.. huhu

    rohaizad Reply:

    Serious, memang takleh lupa… hoho!

  15. khairolghani said:

    romantik tahap dewa ko Ijad..pergh..ni mesti cair meleleh kalau kena cara..hehe

    rohaizad Reply:

    Perghh… mana ader… sesekali tu terbuang tebiat jugak… tapi itu dodulu…

  16. Lady Dila said:

    rasenye time kt kolej lg best dr blajar kt skola…sempoi jek..
    giler kentang romantika me amour bro ijad ni ye….
    walopon layan XPDC,walopon curi buah mangge jiran tapiii….
    DALAM HATI ADA TAMAN! :-p

    rohaizad Reply:

    Wahhh… namanya sama dengan member lama tu… DILA. :)

  17. akuchey said:

    wah bro pun layan xpdc, sama la kita.semua lagu2 xpdc betul2 jadi kenangan.susah rasanya xpdc nak kembali macam tu jualan album ratusan ribu.pencipta lagu untuk diorang pon dah arwah.

    p/s- album baru xpdc pun best layan.

    rohaizad Reply:

    Lelaki yang membesar tahun 90`an mesti tahu layan rock kapak :)

  18. Nozi said:

    Salam..lama dah tk komen kat sini..bz mother a lately…

    Wah…mmg sy pun sangka Ijad ni romantik…mmg tersenyum je sy baca crita ni..hehe..sweet tul la time tiup lilin….i like that part..hahha…

    p/s: ada jugak yg mintak hubby kluar rumah then ketuk pintu cenggini time bday yg tk lama lg ni..hahahaha

    rohaizad Reply:

    Hahaha… cubalah hubby buat, sanggup ke tak sanggup dia nanti… :)

  19. Cyza said:

    Haha…kalau nak di kenang-kenang, memang best sgt zaman silam…aku pun tak terkecuali…semua orang pun cam tu…

    Tapi nak buat, yang dah lepas hanya lah memori indah… dan memori yang kelakar… walau macam mana hebatnya perasaan ingin kembali ke zaman lalu, memang takkan dapat kita kembalikan nostalgia itu.

    Cam aku…memang ada hajat nak menjenguk kampung aku kat Bradford, UK. Nak makan kat restoran Shimla dan shezan yang acap kali aku kunjungi. Nak tengok rumah sewa etc. Nak itu ini…dan macam2 lagi…nak kaut balik memori dgn isteri…hehe… ko nak ikut ijad?

    rohaizad Reply:

    Lagi mau tanya… memanglah aku nak ikut siot…!!!

    Cyza Reply:

    Haha…aku rasa standby je dulu + kumpul duit…Aku pun tgh kumpul duit
    Aku pun tgh plan balik UK / Europe ni…
    Alang-alang pegi, maybe nak kena stay lama-lama…ingat nak siap tgk bola kat old trafford… dan shopping kat car boot halifax!!! Oh…bila aku nak balik ke sana?

    rohaizad Reply:

    Berapa ribu RM yang aku kena sediakan ehhh?

    Cyza Reply:

    Ishk…hmmm…tiket pergi balik ko standby RM4k.
    Tapi kalau ko planning baik…naik AirAsia murah…
    Belanja2 kat europe ko pandai2 lah ready kan berapa2…

    Anyway…maybe tunggu aku pi Finland dulu…baru boleh citer… aku nak settlekan 80% phd aku dulu…then aku planing utk pi sana…sambung baki research aku…

    rohaizad Reply:

    Ok roger… thanks :)

    Cyza Reply:

    No hal…apa-apa hal pun, projek pi negara seberang camna bro?

    Eh lupa…aku pun ada projek family pi bandung November ni…huhu…aku rasa, ko start ke bandung dulu or paris kasih dapat feel traveling…macam niche travel…huhu