Memang malam tadi otak ini “agak beku” sebab banyak sangat yang difikirkan. Tapi tidak sangka pula pagi ini ada perkara yang membuatkan hati aku rasa terharu. Iya… terharu sungguh.
Sebenarnya dalam hidup ini kita boleh expect apa yang akan berlaku. Kita hanya melakukan apa yang perlu untuk dilakukan. Dalam masa yang sama, kita juga tiada niat untuk menunjuk-nunjuk untuk perkara yang kita lakukan tadi itu.
Sampai pada satu tahap, kita hanya ingin memberikan yang terbaik kerana mungkin kita ada pengalaman yang pahit dalam kehidupan yang lepas. Atas alasan itulah kita ingin melakukan sesuatu dengan harapan orang lain tidak akan berdepan dengan perkara yang sama.
Bukan itu sahaja, kita juga ingin melakukan perkara yang baik sebab dari kecil lagi, memang ibu bapa kita dah ajar kita untuk buat baik.
“Apabila kita buat baik… hidup kita akan bahagia, ” kata emak.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!