Sesuatu di dalamnya
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: June 1, 2010 onlineOkay…. rasanya kerja atau job yang masuk akan bertambah dan mungkin kehidupan aku selepas ini akan “berlainan” dari apa yang sedang di lalui.
Hari demi hari, aku rasa akan ada sesuatu yang terpaksa ‘di ubah’ dan aku harap pengunjung dan pembaca setia blog ini dapat menerimanya dengan hati yang tenang
Hurrm… lupakan seketika tentang ‘perubahan’ yang disebutkan sebentar tadi. Sekarang ini aku hendak berbicara mengenai kehidupan dan komitmen di masa hadapan.
Bagi aku, ada masanya kita boleh hidup dalam zaman ‘flashback’ tapi ada masanya kita harus berdepan dengan ‘apa yang ada’.
Sebenarnya bulan April dan bulan Mei 2010 yang lepas merupakan bulan yang sungguh mencabar. Tidak tahu mengapa semuanya datang menguji pada saat sebegini. Pada saat yang aku tidak sangka dan pada saat yang aku tidak menduga. Mujur ada seminar blogging yang telah membuatkan aku ‘lupa’ sebentar akan masalah-masalah tersebut.
Dalam hidup, mata kita boleh melihat sesuatu perkara yang sedang berlaku. Tetapi dalam pada kita melihat, kita tidak sangka yang ianya ada kaitan dengan diri sendiri. Walaupun kita tidak pernah meminta ianya untuk berlaku. Yang pasti, ia memang boleh berlaku.
Hidup ini juga penuh dengan alasan… walaupun ada alasan yang tidak boleh dipertikaikan. Iya… alasan tetap akan menjadi alasan sampai bila-bila masa.
Dugaan juga sama.
Ia tetap datang dan pergi tanpa menghiraukan sesiapapun. Apabila ia datang, kita tidak boleh mengelaknya. Jadi dugaan juga akan kekal menjadi satu dugaan.
Aku?
Aku pula tetap dengan pendirian aku dalam mengatakan bulan April dan Mei sebagai bulan yang sungguh menekan. Seolah-olah ditekan oleh mereka yang suka melihat hidup aku tertekan.
Bagaimana, mengapa dan siapa yang menyebabkan ini berlaku, biarlah aku seorang sahaja yang tahu. Sakit, pedih dan peritnya biarlah aku seorang sahaja yang tanggung. 3 perkara terjadi dalam satu masa… mana mungkin aku dapat handle dengan tertib… adehhh
Tetapi ada sesuatu di dalamnya yang membuatkan aku semakin bersemangat untuk teruskan hidup. Bukankah blogger itu sifatnya mesti kental… dah lupa?

Bercerita mengenai kental, teringat pada member kita Reezluv yang singgah ke JB beberapa hari lepas. Sempat juga bertemu dengan beliau di Festive Street Mall. Kacak orangnya tetapi sudah berpunya…
Reezluv adalah antara peserta Seminar Advance Blogging batch 2009. Dan sehingga kini, beliau masih lagi menjana pendapatan dari niche blog Englishnya.
Untuk peserta Asas Blogging, teruskan niat anda untuk berblogging. Ada ‘sesuatu di dalamnya’ yang perlu anda fahami dan cari.
Apabila sudah berjumpa, maka pasti anda akan dapat melihat dunia blogging dengan lebih luas. Mungkin anda juga boleh menjadi blogger terlampau seperti yang di katakan oleh blogger Baizura kita…








letak tanda dulu..
rohaizad Reply:
June 1st, 2010 at 12:50 am
Hahahah….. tergelak sakan aku dengan word “letak tanda” tuh….
p/s: tak habis-habis nak menjeleskan member lain…siot jer… kah kah
boss Reply:
June 1st, 2010 at 12:52 am
first time dapat beb.. ki ki..
hmm itu aku pun perasan blog ko ni agak slow.. beberapa bulan yang lepas.. biasa la tu.. hidup penuh dengan dugaan.. bersabar dan ikhtiar untuk jalan keluar..
rohaizad Reply:
June 1st, 2010 at 12:54 am
Yang slow tu bukan bulan lepas… tapi untuk bulan yang akan datang nanti …
samdaddycool Reply:
June 1st, 2010 at 9:36 pm
Tahniah kerana jadi yang pertama! Akhirnya!!!!!
reezluv Reply:
June 1st, 2010 at 5:34 pm
haha..hensem, tapi sudah berpunya tak tahan..hahaaha
sangilapi Reply:
June 1st, 2010 at 6:17 am
boss,aku saje bagi peluang kat ko sempena awal jun ni…hahaha.
Kadang2 kita akan merasa sedikit lega bila melepaskan segala masalah yg ada dalam blog, ia akan menjadi lebih lega jika kita dapat berkongsi dgn seseorang yg lebih memahami..smoga bro tabah menghadapi ape2 dugaan..amin
rohaizad Reply:
June 1st, 2010 at 8:59 am
Mujur ada WanMus, Zairizad yang paham keadaan aku ni… kalau tak, terjun gaung le jawabnya.
Hidup ini mmg penuh tekanan, sabor je la hadapi setiap tekanan…
Aku pun tertekan jugak ni, blogging terpaksa di tinggalkan utk sementara waktu sbb atas beberapa keadaan yg tidak dapat dielakkan…
rohaizad Reply:
June 1st, 2010 at 8:59 am
Itulah pasal… kuat tak kuat jer… tapimemang kena berehat lah agaknya. ASyik bekerja jer.. hoho
yeah! hidup blogger kental! jangan sedey2 jad, nanti x ceria hidup aku tak nampak lawak dan senyuman ko hahahaha
rohaizad Reply:
June 1st, 2010 at 8:58 am
Boy,
Kes hari tu dah lama aku buang dari hidup aku. Tapi yang datang 3 sekaligus ni memang kacau bilau hidup aku dibuatnya!
Ya. Blogger perlu kental, bersemangat waja dan sentiasa fokus menjadikan blog sebagai aset dalam kehidupan.
Senyuman brader Reezluv kita ni memang mengancam. Hohoho
rohaizad Reply:
June 1st, 2010 at 8:58 am
Kuat betul dugaan yang diterima kali ini
reezluv Reply:
June 5th, 2010 at 4:13 pm
mengancam ke Aqif?hahha
ko memang hebat..dalam keadaan tertekan pun masih boleh handle ‘seminar’…orang lain tertekan mau pergi bercuti, ko pulak sebaliknya, hebat-hebat..:)
rohaizad Reply:
June 1st, 2010 at 8:58 am
Takdelah hebat mana pun. Tapi dalam hati ni Tuhan sahaja yang tahu… huhu
Sabar je la bro izad dengan cabaran. Hidup tanpa cabaran ni macam nasi putih tanpa ayam penyek
….
rohaizad Reply:
June 1st, 2010 at 8:57 am
Hurrmm…. betul juga. Nasib baik ada rakan blogger di sini yang memahami
jad,blog ni akan kuarang update ke nanti?
dalam mengharungi masalah,jangan dongakkan kepala ke langit tapi tundukkan kepala ke bumi
-sekadar pendapat.
rohaizad Reply:
June 1st, 2010 at 8:57 am
Yup… itu yang terbaik
biasalah setiap manusia akan berjumpa dgn masalah dan dugaan. nak tak nak kn tempuhi juga
cuba berat dan ringan je mslh yg akan kita tempuhi tersebut, apa2 hal semoga bro ijad akan terus bersemangat…
p/s: ijad ko nak kahwin ke? gaya mcm mslh rumah tangga je. hehehe jgn marah
p/s1:akhirnya baju purple sudah terdedah
emyshahril Reply:
June 1st, 2010 at 8:04 am
“p/s1:akhirnya baju purple sudah terdedah”
Wei mijie, statement ni biar btol skit…identiti dah terdedah or baju purple yang dah terdedah? kecoh nanti jadinya . hahaha… :p
mijie Reply:
June 1st, 2010 at 8:48 am
hahaha, identiti,huhuhu jgn salah sangka yer
dugaan hidup.. kuatkan semangat jad.. blogger kan kental haha
rohaizad Reply:
June 1st, 2010 at 8:57 am
Thanks bro.. memang kalau tak kuat, aku dah ‘bercuti’ panjang punya
sedih lak aku baca entry ko yang nie jad…sabor yea…
rohaizad Reply:
June 1st, 2010 at 1:11 pm
Hehehe… biasalah… tapi kadang-kadang memang tertekan juga
Susah juga jadi blogger… semua nak kena kuat..
Salam,
Takpe…lebih byk dugaan,lebih matang kita…lebih tahu dan cekal utk handle sama ada masalah besar atau kecil….jdkan cabaran sebagai motivasi utk diri lebih berkembang…ye dak en Ijad?
Dugaan tu part and parcel of life…ko mesti dah melalui banyak perkara, begitu juga orang lain..Kita perlu bangun dan hadapainya..teruskan usaha bro..redah je…
when GOD leads u to the edge of the cliff, TRUST HIM FULLY.
only 1 of 2 things will happen:
either He will CATCH U when u fall, or He will teach you how to FLY..
Cabaran dan dugaan mengajar kita makna sebuah kehidupan dan guru yang terbaik.
Cabaran itu nikmat.
[...] semalam baru jer buang 3 masalah… tapi hari ini datang lagi masalah baru. Masalah yang satu ini memang cukup leik. Asyik dapat [...]
Diulas pada June 1st, 2010 at 7:30 pmcabaran memang bagian dari hidup kita.. mesti tabah dan terus berusaha melepas cabaran ni..
Sabo je lah Jad… bak kata cite P.Ramlee… cobaan..
[...] ada PR..dua blog PR1 dan satu blog PR2..jadi la..aritu merasa gak blog PR3..lumayan seh..aritu dah dapat jumpa Ijad..baru lah aku tau..rupanya ada something wrong yang aku buat yang membuatkan income aku tak berapa [...]
Diulas pada June 3rd, 2010 at 1:08 am