Blogging Tips – mengenali blog sendiri

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Tips - Tarikh diterbitkan: June 2, 2010 online

Pernahkah kita bayangkan jika hari ini masuk tahun ke-5 kita berblogging?
Di manakah kita?
Bagaimana pula dengan keadaan blog kita?
Berubah? Atau masih di takuk lama?

Hurrmm…. pastinya kita belum pernah memikirkan hal itu semua… kan?
Okay sekarang aku ingin mengajak kalian semua untuk menerjah kotak pemikiran sebentar.

Aku baru balik dari pasar borong, membeli kepala ikan duri dan isi ibu gelama untuk santapan esok hari. Sepanjang berada di pasar borong, aku dapat jumpa dengan member dan juga taukey ikan yang dah lama aku tidak jumpa. Jejak kasih…

Bila berjumpa tadi, mereka tersenyum dan aku pun tersenyum. Mungkin terkenang keadaan aku dulu berbanding sekarang.

Mana tidaknya… dulu setiap hari aku datang dalam keadaan yang poyo. Asal boleh jer. Biasalah… nak pergi beli ikan, takkan nak pakai necktie pulak.. kan?

So dengan berat badan yang mencecah 114 kilogram… rambut yang kusut masai… dan sometimes, beli ikan dengan apron kedai masih di badan… selamba jer. Semua aku bantai… semua aku balun. Tak kisah langusung dengan orang sekeliling.

Tapi sekarang aku datang dengan keadaan yang lebih senonoh dan lebih ‘proper’. Kira okaylah sedikit dari uniform dulu. Agaknyalah kot…

So dalam pada aku round-round mencari ikan, tiba-tiba aku aku tertanya-tanya mengenai diri sendiri:

*Agaknya bagaimanakah aku sekarang ini jika aku masih lagi berniaga seperti 5 tahun yang lepas?

Adakah aku masih lagi di kedai makan itu?
Atau sudah bekerja di tempat lain?
Atau barangkali mungkin juga aku sudah mempunyai catering sendiri?

Terus terang, aku tidak mampu untuk menjawab soalan tu semua. Sebab aku tidak boleh merubah masa hadapan.

Sambil memikirkan apa yang boleh difikirkan, aku juga mencari definisi dalam dunia realiti. Ertinya, yang aku nampak di hadapan mata kat pasar borong itu adalah member-member yang masih lagi menjual dan memotong ikan (jangan salah anggap ya…. aku dulu pun memotong ikan juga)

Sekarang aku sudah menjadi seorang blogger. Aku dengan dunia aku, mereka dengan dunia mereka. Bila aku kaitkan dunia blogging yang aku sendiri ada di dalamnya, aku dapati terlalu banyak manfaat dan kelebihan kalau aku ada blog sewaktu ketika dulu… (itu kalau…)

Mengapa?
Sebab aku boleh menjadikan setiap satu cerita itu kepada satu blog yang lebih disukai ramai. Kalau dulu berblog entah apa-apa, sekarang lebih terarah isi ceritanya. Naaaa… di sinilah kita akan berubah termasuklah gaya penulisan. Lebih matang…

Juga, semua cerita itu nanti boleh dijadikan sebagai satu sejarah bercetak yang boleh di gunakan sehinggalah ke hari tua (sekarang pun dah tua dah…huhu). Atau paling tidak pun, boleh melihat aliran hidup melalui blog sendiri.

Bila berkata mengenai aliran hidup melalui blog sendiri, ini adalah sesuatu yang perlu di titiberatkan oleh semua blogger. Pada pendapat aku, setiap blogger harus mengenali blognya sendiri. Di sinilah kesinambungan yang membuatkan dia kuat dalam meneruskan aktiviti bloggingnya.

Bagaimana?
Mudah sahaja. Kalau dulu kita berblogging secara suka-suka… sekarang cuba tanya pada diri sendiri adakah kita ingin melakukan perkara yang sama atau cuba untuk menjadikan blog itu sebagai satu lagi cabang untuk menjana pandapatan tambahan.

Jika jawapannya ya, maka kita perlu buat sesuatu.
Yang paling utama sekali ialah untuk menjadikan blog itu sebagai satu platform yang boleh digunakan untuk ‘jangka masa panjang’.

Untuk langkah asas, cubalah lihat di manakah blog kita untuk 5 tahun yang akan datang. Adakah blog kita itu berbaloi untuk pembaca? adakah blog kita berinformasi? zero? hampeh? sampah? atau evergreen?

TRIVIA:

Sekarang cuba bayangkan kalau Allahyarham Tan Sri P Ramlee itu mempunyai blog. Di blog itulah dia berkongsi suka dukanya berlakon dan mencipta lagu yang mana sehingga sekarang jadi siulan. Dan kita pun boleh membacanya sehinggalah ke hari ini…

Haaaa… amacam?

Aku sendiri ingin menjadikan blog PERSONAL ini sebagai satu blog yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia. Yup, aku mengaku yang masih ada lagi niat di hati kecil ini untuk menjadikan blog rohaizad dot com ini ‘something’ supaya boleh aku pandang tinggi padanya.

Pendek kata, setiap blogger harus berbangga dengan blog yang dimiliki dan mereka juga harus tahu cara untuk membuatkan pembaca masing-masing berbangga dengan blognya itu.

Apa guna ada blog jika tidak tahu memanfaatkannya. Ini bukan harapan tapi satu kemestian.

* Tan Sri P Ramlee serta rakannya memberikan kita muzik serta lakonan mantap yang sehingga hari ini malar segar. Tapi kadang-kadang kita lupa yang semua itu juga adalah BISNESnya!

p/s: Yang kita ini pula, bagaimana?


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 54 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. hafizmd said:

    hohoho..akhirnya berjaye aku yg yg pertame..

    jap lagi baru komen pasal entri ni..hehehe

    reezluv Reply:

    oho..itu macam ka?cam tau2 je kot Ijad selalu update blog time cenggini..aku pun dah terikut..muahaha

    rohaizad Reply:

    Tak sengaja tuh… haha

    rohaizad Reply:

    Giler nak jadi komen pertama rupanya… hoho :)

    hafizmd Reply:

    hahaha..mane tak giler..asyik tgk org same jer jadik yg pertame..asyik2 mijie, bro reezluv, takpun sangilapi ngn boss…hahaha..

    seronok rupenye jadi pengomen pertame tuh..muahahaha

    rohaizad Reply:

    Gila kuasa namanya nih… haha

  2. ata said:

    salam bro..tq for the mativation….b4 this x terfikir yang dgn blog nih boleh jadi “something”…kena tukar mindset lepas nih…usaha keras lagi…tq bro

    rohaizad Reply:

    Blog boleh jadi apa sahaja… pemiliknya yang menentukannya :)

  3. hafizmd said:

    jujurnya, mmg aku pun takde jawapan apa akan jadi pade blog aku 5 tahun lagi..

    tapi, yg aku tahu, aku punye impian utk jadikan blog aku satu platform utk same2 menyumbang kearah kebaikan wpun kecik..

    lagi best kalau dapat jadik macam blog bro ijad ni..sungguh memotivasikan dan bermanfaat..thanks bro..”tunjuk ajarku sifu”..cewahh…hehehe

    rohaizad Reply:

    Blogging je seperti biasa…. yang penting perkongsian yang ditulis itu berbaloi…. wallahu`alam…

    hafizmd Reply:

    betul bro..blogging kan cool..so relaks saje..hihi..yg penting ade makne..

    rohaizad Reply:

    Yup, that is what blogging is all about….. :)

  4. Jmay said:

    hmm..betul tuh..jika kita mempunyai matlamat yang jelas..lagi mudah untuk kita berblogging. Klu bro masih memotong ikan smpai sekarang, aku rsa xdpt lah aku blaja cara buat duit dari blog sperti sekarang ini :D

    rohaizad Reply:

    Hahaha… komen ko ni buat aku berfikir sejenak… hurrmmm

  5. Mus DK said:

    Bermula sekarang akan mengatur langkah untuk mencapai apa yang diinginkan dalam dunia blogging..

    rohaizad Reply:

    Mantap!

  6. zam said:

    setuju… flag dulu

    zam Reply:

    ceh..lambet boto den nih

    sangilapi Reply:

    cuba lagi di lain kali,bro :)

  7. reezluv said:

    aku dah bayangkan..hehehe..masa tu duk melekat ngan iPhone je kot..update blog guna iPhone je kat memane..hehehe..pastu senyum sesorang tengok duit msuk dalam Paypal..:P

    rohaizad Reply:

    Hahaha… advance giler… :)

  8. lizz said:

    thanks for the nice entry lag! walau blog ku cap ayam. tapi ku sayang blog tu sangat2.bangga sorang2.ahaks!

    rohaizad Reply:

    Blog cap ayam?
    Mana ader…. bagus blog tu.

    p/s: janganlah bangga sorang-sorang… kita banggalah bersama-sama.. :)

  9. samdaddycool said:

    Aku nampak arah blogging yang aku nak kejar. Tapi rugi 3 tahun dulu aku macam lalang, tak tahu hala sebenar blogging. Cuma aku bernasib baik berjumpa blog Rohaizad dot com (sifoo) dan sikit demi sikit aku dapat ikut rentak..

    rohaizad Reply:

    Tak lama lagi full time blogger le tuh… sket je lagi

    romano Reply:

    …..itula,saya pun sekarang ni masih dok merangkak lagi,macam-macam informasi dok masuk dalam kepala, “INFORMATION OVERLOADED”..!!

    shaharil Reply:

    Bawa bertenang. Selesaikan satu persatu ya.

  10. sangilapi said:

    5 tahun akan datang ? arah tuju isyaallah dah nampak(blog personal ni) cuma sempat tak sempat je lah :)

    kalaulah semasa aku jadi cobbler dulu,aku dah ada blog….memanglah best! sebenar ada rasa terkilan kerana tak dapat mengabadikan kenangan itu dalam mana-mana bahan perantaran:(

    rohaizad Reply:

    Sempat…. Insya Allah…. yang itu Tuhan je yang tahu :)

  11. aleh said:

    saya sayang blog saya..:D
    saya cuba untuk buat yang terbaik untuk blog saya cuba untuk cari rentak sebenar..

    rohaizad Reply:

    Teruskan usaha… blogging itu cool

  12. BIZZNURSE said:

    Have been blogging only for a year…hem…

    rohaizad Reply:

    Long way to go .. :)
    Keep it up !

  13. Aqif said:

    Masih jauh lagi perjalanan saya dalam dunia blogging ini… Banyak yang perlu dipelajari dan ditempuhi. Walau apa pun, blogging itu tetap cool! :)

  14. omecool20 said:

    yep, anda perlu ada roh blogging anda sendiri.

  15. mijie said:

    itulah kalau tahun 2003 dah mula kenali blog, then ada blogspot sendiri, masa tu impian nak ada blog menggunakan self hosting, dan skrg sudah tercapai

    5 tahun lg harapnya blog aku boleh menyumbangkan sedikit ilmu untuk semua

  16. miziology said:

    kalu ko masih meniaga, maka aku tak kenal lah siapa itu Rohaizad n aku masih lagi terkapai2 kat dunia blogging.

  17. denaihati said:

    Perkongsian buka minda yang simple tetapi dalam maksudnya bagi yang berfikir. Kekadang bangsa kita terlalu santai sehingga semua nak disantaikan tanpa memikirkan ada nilai bisnis di dalamnya cuma yg perlu ILMU yg betul.

  18. Asyiq said:

    Hi salam semua,

    Saya baru je join kat sini. Tertarik gak nak tau lebih lanjut pasal blog….Harap dapat good knowledge n info. from U all. TQ

  19. Asyiq said:

    Hi salam semua.

    Bleh join topik ni ker. Saya tertarik gak nak follow n learn something.

  20. Zulazis said:

    Insya-Allah suatu hari nanti Rohaizad dot com akan sama setaraf dengan Google dot com atau Yahoo dot com atau kalau tak pun setaraf dengan Karyawan Agung Tun P.Ramlee

    P/S : bukan bodek, bukan sindir tapi ikhlas dan doa

  21. Shahrul said:

    Kenapa sy suka blog sy?
    Kenapa sy suka blog sy?

    Sbb blog sy best…

  22. titan said:

    hehe.. Blog ni la merupakan salah satu waris aku..

  23. kabak said:

    aku anggap blog personal ni sebagai diari aku sendiri yang boleh ditatap di masa depan..

    p/s : lama tak pegi pasar borong Pandan sejak dia pindah dari tmn kobena

  24. shaharil said:

    Insya-Allah aku akan merancang masa depan blog aku.

  25. [...] Di sinilah faktor yang dapat mengekalkan kita di hati pembaca untuk tahun tahun yang akan datang. [...]

  26. Salam cikgu.. thanx 4 ur motivation.
    “*Agaknya bagaimanakah aku sekarang ini jika aku masih lagi berniaga seperti 5 tahun yang lepas?” Cara ni lbh kurang macam teknik visualization kan..mcm merancang secara membayangkan apa yang bakal kita berjaya capai di masa depan.. gitu kan? Tun DR.M antara org2 yang sangat terror dalam teknik2 segini.Sebab tu beliau blh create wawasan2020 ..dgn blog/jurnal ni skarang ni kita boley plan our future sambil monitor.. gitu ker cikgu?

    rohaizad Reply:

    Yup, you are absolutely right ! :)

  27. aimannajmy said:

    5 tahun akan datang?? hurmm blog personal aku akn menjadi sumber rujukan para komposer indie…wahhh hahaha angan2 oh angan2 haha

  28. Hazwan Hakim said:

    wah…sungguh syadu kish bag rohaizah ni…

    rohaizad Reply:

    :) …. syahdu?

  29. [...] So dalam entri yang ditulis, kenalah ada klimaks… jangan asyik mendatar jer. Pokok pangkalnya, kenalilah diri dan blog sendiri. [...]

  30. Xterfikir pulak pasal blog sy utk 5 tahun yang akan datang… perlu difikir-fikirkan ni….

  31. Hadi Rofiee said:

    Aku sayangkan blog aku.