1 dalam 1000 – apakah “air tangan blog” anda?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Tips - Tarikh diterbitkan: June 3, 2010 online

Kalau hari ini kita diletakkan di dalam satu dewan yang boleh diisi dengan 1000 orang manusia, dapatkah kita mengenali ibu kita melalui masakan yang di masak walaupun mata kita ini di tutup rapat dengan kain hitam?

Mestilah boleh`kan? Tapi kenapa?

Sebab masakan dari ibu itu telah sebati dengan tekak dan juga diri sendiri. Dalam kata lain apabila kita makan sahaja lauk masakan ibu, otak kita akan menerima signal yang mengatakan “ini adalah lauk masakan ibu”.

Iya… kita bukan sehari dua makan makanan yang dimasak oleh ibu.. tetapi sudah lama. Orang kata itu adalah “air tangan”.

Sama juga dengan blogging.
Cuma dalam dunia blogging, “cara makan” itu sahaja yang berbeza.

Kalau makanan seperti burger, memang kita boleh kunyah dan rasa dengan lidah, tapi blogging memerlukan “makanan untuk minda”. Straight to their mind…

Seperti yang telah diberitahu di atas, dalam setiap masakan… pasti ada istilah air tangan. So blogging juga lebih kurang sama… cuma tak pasti jika istilah ini boleh digunapakai iaitu “air blog”.

Di sinilah faktor yang dapat mengekalkan kita di hati pembaca untuk tahun tahun yang akan datang.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa aspek yang perlu dipertimbangkan dalam menjadi satu di antara seribu. Ingin menjadi lain dari yang lain adalah satu perkara yang bagus untuk di usahakan. Dan ianya boleh dilakukan melalui tulisan, dan gambaran.

Blogging ibarat buih yang sentiasa menghempas pantai. Hilang buih di sebelah pantai sini, akan datang lagi buih baru di sebelah pantai sana. Ia umpama “virus” yang merebak tanpa ada seorang ahli sains pun yang akan menyelidiki VIRUS terebut.

Jadi untuk menjadi seorang blogger yang ingin disenangi, kita perlu sentiasa ingat akan 2 perkara iaitu penerimaan dari PENGUNJUNG SETIA dan PENGUNJUNG BARU.

Maksudnya pengunjung setia haruslah di hidangkan dengan cerita yang boleh menyentuh hati mereka. Manakala untuk pengunjung baru, mereka boleh di cuit hatinya dengan KEUNIKAN yang ada pada blog iaitu DESIGN (first impression).

IMPRESSION dan BRANDING sangat membantu. Apabila seorang pengunjung yang tidak pernah tiba di blog kita datang buat pertama kalinya, inilah peluang yang harus diambil:

1. Cubalah untuk menjadikan kunjungan pertama mereka itu seperti mat gian yang sedang ketagihan.

Buat mereka supaya datang lagi pada hari-hari yang berikutnya. Macam mana kita suka dengan masakan ibu, macam itu jugalah mereka perlu suka dengan masakan yang kita masak di blog.

2. Gunakan design atau template yang unik. Ia boleh ‘memerangkap’ mata dan hati mereka hanya dengan sekali imbas. Simply said, mereka akan dapat cam blog kita itu tadi lain dari yang lain (pernah juga terfikir untuk membuang gambar di bahagian atas header blog ini, tapi takut hilang seri dan tidak dapat di cam pula nanti… huhu)

3. Itu belum di campur dengan BRANDING, content ataupun pengisian blog yang menarik. Pengisian blog sebenarnya bersifat universal kerana ada blog yang hanya ‘melaporkan’ apa yang berlaku seperti blog politik dan blog hiburan.

* Tetapi untuk blog yang bersifat PERSONAL dan BEBELAN HARIAN, ini adalah satu perkara yang unik. Mana mungkin bebelan harian dan perkara yang d bisingkan dari lubuk hati boleh menyentuh hati orang lain…? Naaa…. di situlah datangnya “air tangan” itu tadi.

Pernah terfikir apakah usaha yang pernah di usahakan untuk mengekalkan BRANDING ini di pasaran?

Pernah cuba menyelami semua rejection yang diterima oleh En Ramly sendiri pada waktu awal dia memulakan perniagaan?

Atau paling tidak pun, pernah tertanya bagaimana RAMLY BURGER dapat mengembangkan bisnesnya walaupun pada ketika itu tiada talian internet di Malaysia?

Jika dapat menyoal semua ini di dalam hati, mungkin kita akan dapat pembayang untuk mencari ‘air tangan blog’ kita sendiri.

Akhir sekali, hati pembaca haruslah disentuh agar ianya dapat dihubungkan terus ke minda mereka. Mereka tidak boleh ‘makan’ isi kandungan blog seperti mana mereka makan burger… itu pasti :)


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 68 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. DaHLia said:

    fuhhh air tangan..mendalam tuu bro..
    anyway, this article buat saya berfikir tentang blog saya dan diri saya hari ni…thanks for sharing :)

    rohaizad Reply:

    Glad you like it :)

  2. Uhhh entri terbaik dari ladang. Pendapat aku, tukar theme baru tapi kekalkan header :) . Branding tu..ko tukar header, umpama kucing yang dipotong misainye kihkhihkhih

    rohaizad Reply:

    Kucing yea? Citttt

    BIZZNURSE Reply:

    Getting myself familiar with wordpress template. Today I learn a lot Hehe…Nak cipta “air tangan blog” ni susah gak..tambah2 lagi kalo dah jadi ibu dan bakal jadi ibu lagi tak lama lagi (menghitung hari).

    To Mr. Rohaizad, sorry ya, culik sket “warna theme”.Berkenan sgt ngn color ni. Tapi dah mixed ngn biru n hijau …hehe jgn marah…

    rohaizad Reply:

    The color is universal as well… no problem :)

    reezluv Reply:

    header tu dah orait..tapi kalau ada picture yang macam masuk studio tu..lagi siot sempoi..hehehe

    rohaizad Reply:

    Haaa… ini dah bagi aku idea lain … nanti aku cuba … hoho

  3. abrar said:

    terima kasih bro atas perkongsian ini. yang penting kita kena fokus dengan apa yang kita buat. first time datang komen di sini sekian lama menjadi silent reader

    rohaizad Reply:

    Oh! Ye ke?
    Thanks :)

    shaharil Reply:

    welcome to the club.

  4. lizz said:

    hukhuk.ku buta seni ye bro :P
    memang tak reti.wahaha. ku tulis aje.belasah.hohoho

    rohaizad Reply:

    Setiap orang ada air tangannya sendiri :)

  5. miziology said:

    air blog eh.. first impression mmg penting.. aku setuju :)

    rohaizad Reply:

    Yeahhh…!

    p/s: domain dan hosting sedang propagate. WanMus baru set up tadi.

    miziology Reply:

    ok.. pepe t email aku hehe

    rohaizad Reply:

    Ok roger

  6. dr.aku.la said:

    pada aku “air tangan” blog tu adalah objektif blog itu.
    kalau objektif blog itu tak berubah, walau macam mana pon persekitaran dan rupa bentuk blog tu, still ada reader yang setia datang menjengah.
    itu bermakna “air tangan” blog tu berhasil. :)

    rohaizad Reply:

    :)

  7. bluedianthus said:

    Air tangan blog…yang bisa meruntun jiwa…huhu.. Blog saya belum lagi mencapai ke tahap itu..

    rohaizad Reply:

    Tidak lama lagi sampailah kot ke tahap tu. :)

    bluedianthus Reply:

    Mudah-mudahan.. :)

    rohaizad Reply:

    You will :)

  8. mijie said:

    fuh satu entri yang terbaik aku pernah baca,

    ijad memang dah terlalu pandai untuk membancuh blog nye supaya menjadi “air blog” yang memang disukai ramai

    terima kasih dan entri ini membuat saya terfikir di mana saya dan blog saya juga akan kemana

    rohaizad Reply:

    Itu yang kita mahukan. Blog itu adalah kita.

  9. Cyza said:

    Entry ini paling twist sekali…hehe…anyway…utk blog personal aku rasa memang elok pakai air tangan sendiri…blog2 jana income lain…aku tak kisah air tangan sapa pun…huhu

    rohaizad Reply:

    Teruskan… long way to go :)

    Cyza Reply:

    Haha…ye ye…long way to go…

    Go where?

  10. zach said:

    Hebat….

    tak lama lagi aku merasa masakan air tangan mak tiri pulak…. ayahku kahwin lagi dengan si dara jelita…. lallalalallalaa….

    rohaizad Reply:

    Wahhhh… giler punya expose… haha

  11. adamfaiz said:

    nak memask kena belajar, nak blogging pun sama. Mula2 terlebih garam, lama2 mesti ngam…

    rohaizad Reply:

    Cukup rempah ratusnya, lagi sodappp… :)

  12. aleh said:

    first impression penting sbb akan menentuka pelawat baru tu akan jadi plawat setia atau pergi dan melupakan..jadi first impression umpama “dari mata turun ke hati”..

    rohaizad Reply:

    Haaa… dah betullah tuh… tinggal nak laksanakannya sahaja :)

  13. kerana ‘air tangan’ cikgu ijad lah saya ada kat cni ari ni.. :) thanx cikgu.. p/s: saya budak baru belajar, kalau salah tlg tunjukkan :D

    rohaizad Reply:

    Boleh… apa salahnya :)

  14. Zulazis said:

    air tangan dan air muka penting untuk berblogging

    rohaizad Reply:

    Air wuduk juga penting.. haha

  15. Nasrul said:

    branding memang sangat2 penting.. baru sedar tentang ini..

    setuju tentang keperluan untuk mencipta ‘ketagihan’ untuk kembali berkunjung itu. traffic naik.. barula mantap! :D

    rohaizad Reply:

    Jangan kasi dadah atau ganja sudahlah ya :)

  16. Shukor said:

    Yup, konsep “air tangan” memang penting dalam blogging.

    Saya masih belum ketemu lagi…masih mencuba.

    Good entri bro. Saya suka :)

    rohaizad Reply:

    Cuba cari yaaa… :)

  17. Aqif said:

    Air tangan blogger itu datang dari keikhlasan tuan empunya blog itu sendiri yang ingin berkongsi sesuatu yang terkubur di lubuk hati.

    Contoh terbaik bagi blog tersebut…

    ….

    ..

    .

    ROHAIZAD (DOT) COM! :)

    rohaizad Reply:

    Terima kasih atas sokongan :)

  18. Jmay said:

    jgn buang header tuh bro..branding mahal tuh..hehe

    rohaizad Reply:

    Hahaha… macam poyo je header tuh

  19. pezz said:

    susah gak nak sentuh hati org ke blog kita..
    lagi-lagi blog saya ni yang kurenggg je gayanya..

    ‘gaya, mutu, keunggulan’

    rohaizad Reply:

    Cuba cari “air blog” sendiri… kalau dah jumpa, mesti lain feel bloggingnya :)

  20. Zairi Zaidi said:

    air blog segelas!

    rohaizad Reply:

    Siaaapp…!!

  21. klcitizen said:

    teringat blog saya yang tidak berheader…

    tengah memikir……. dari hari menjadi minggu, dari minggu menjadi bulan… dari bulan dah masuk ke tahun dah, masih takada header…

    rohaizad Reply:

    Cubalah buat atau minta rakan blogger yang expert bab design ni tolong designkan.. mesti cantik nanti kan? :)

  22. Mus DK said:

    pertama kali ke sini terus jatuh cinta dengan penulisan bro Rohaizad..

    rohaizad Reply:

    Nasib baik penulisan je… hahaha

    p/s: thanks for the support :)

  23. roselin said:

    1st thing yg rose buat bile surf internet, x kisah le kt umah atau kt opis, kemestian tiap hari adalah melawat blog tu. baru surf yg lain. waktu awal dulu x camtu. tp hari berganti hari, bulan berganti bulan, jadi gian lak.

    bukan nye rose rajin komen pun dlm blog tu, lagikan pula nak jadi pengomen pertama. tp semua entri pasti dibaca. kenapa ye? kerana isi yg disampaikn & cara ia disampaikan. pandainya pemilik blogger tersebut ‘connect’ dengan hati pembacanye. ‘memerangkap hati’.

    ‘memerangkap mata’? gambar yg kt atas tu kot…

    lps dah gi seminarnye, lg dasat. skrg biler baca blog tu, rasa cam buleh dengar audio skali. suara blogger tu terngiang – ngiang dlm kepala.

    tp kadang2 ada juga hari yg terlampau bz & x sempat. rose akan rasa lain mcm je ari tu, a feeling of not being complete. hah, itulah penangan air tangan pemilik blog tu.

    bukan rose je, rose pasti ramai pembaca yg rasa camtu.

    soalannye, siapakah pemilik blog tersebut? :)

    rohaizad Reply:

    Siapalah blogger tu agaknya ya?
    Untung betul blogger tu dapat pembaca macam ni… huhuhu
    Kan? kan? kan?

    hafizmd Reply:

    aku tau…bermula ngn huruf R

    betul tak?hehe

  24. roselin said:

    :)

  25. sangilapi said:

    aku bila ternampak akan gambar “daun” di atas macam dapat satu idea pulak….hahaha

  26. hang nadim said:

    aku suka baca komen yang panjang kt atas ni laa..

    rohaizad Reply:

    Ececece… :)

  27. drInspirasi said:

    blog ni memang ada ‘air blog’. :-P kini menjadi salah satu blog yang wajib daku layari.

  28. samdaddycool said:

    Wah cabaran yang kena ambil kira tu.. nak jadi blogger power dan kental dan disenangi ramai.. air tangan kena jaga… ;)

  29. titan said:

    yap. Keunikan. Itu yang sepatutnya kita cari.

  30. [...] menulis artikel atau post tertentu mengikut trend blogger itu sendiri.Aku buat rujukan sikit di blog bro rohaizad ini pada entrinya yang lepas barulah kita ketahui apa yang kita tulis atau berapa banyak post yang [...]

  31. [...] 3. Minda tidak berdimensi. Minda yang suka bergantung dengan cerita lain. Selalu fikir apa yang berlaku dalam ruang lingkup yang ada. Balik-balik di ulas cerita yang ada di Gengblogger. Balik-balik di ulas cerita di Berita Harian Online, Metro dan Kosmo. Mana originality blog kamu bai? [...]

  32. [...] biasa tetapi “pembaca” yang luar biasa. Dalam erti kata yang lain, aku suka membaca hasil air tangan atau tulisan orang lain dari sudut dan persspektif yang [...]

  33. [...] perlu melawat blog kamu. Nak cuba dengan lebih serious, terus sahaja ke next level iaitu mencari “air tangan” kita [...]