Yup, malam selepas aku dan Rahimi pusing bandar Kuala Terengganu tu… aku terus pergi jumpa Kak Kathy (owner resort D’Rizan).

Sampai je resort lebih kurang pukul 12.00 tengah malam tu, aku terus ke reception counter. Salam aku di sambut dan aku terus bertanyakan pada Kak Kathy sama ada esok pagi boleh tak someone dari resort ini tolong hantarkan aku ke jeti Besut, dan dia kata boleh.

on the way 2

Pagi pun tiba.
So that day is the “D” Day.
Hari itu adalah hari di mana Rahimi akan pulang ke KL.
Hari itu juga adalah hari aku akan berperang dengan semua halangan yang ada di hadapan mata, semata-mata untuk ke Pulau Perhentian.

on the way 1

Seperti biasa, pengantin baru kita Wan Mus dengan tidak mandi pagi datang dengan rela hatinya untuk “menunjukkan muka” sebelum aku tinggalkan bumi daratan Terengganu.

Lepas dia tunjuk muka, aku pun tak tunggu lama… terus deal dengan owner resort, Kak Kathy. Sebab aku masih tak tahu siapa yang akan bawa aku ke jeti Kuala Besut.

“Assalammualaikum kak, saya nak check out ni. Siapa yang nak hantar saya ya kak?” tanya aku.

“Ohh… sekejap je lagi ayah akak sampai, dia sendiri yang akan hantar kamu ke jeti”, kata Kak Kathy.

“Fuhh… tip top punya servis!” Best betullah, desas hati aku. Kemudian, aku pun ikut pakcik tu naik Pajero 4WD`nya.

Sampai di pekan Kuala Besut, aku pun terus tanyakan apa-apa yang patut di salah sebuah syarikat yang menguruskan boat pergi balik serta bilik kat sana. Memang gilerlah sebab tak buat apa-apa persediaan pun. Redah jer…

on the way 8
on the way 3

Alhamdulillah, ada satu bilik kosong sebab there’s a couple yang cancel booking last-last minit. Tersenyum aku… huhu.

Sebenarnya lepas aku cek satu persatu, ada lebih dari 15 resort di Pulau Perhentian kecil dan akhirnya aku memilih satu resort bernama Senja Bay. Tak tahu kenapa tapi nama tu cukup aku suka.. macam eBay plak.

on the way 5
on the way 4
on the way 6

Then lepas settlekan tiket dan booking bilik, aku terus turun ke jeti untuk confirmkan boat. Atas boat, aku di sapa oleh this one nice Chinese family from KL. Mrs Tina, her husband and her daughter, Fiona. Dia terperanjat dan tergelak sebab bila di tanya aku datang dengan siapa, aku hanya jawab “lone ranger”. Then kita pun berborak-borak … lama juga sampai boat tu penuh.

on the way 7

Kemudian, another family Melayu pun naik boat yang sama. Nampak seorang akak ni, husband dia dengan 2 orang anak perempuannya. Aku cuma senyum dan terus senyum seperti biasa. Cuma bila di tengah laut, aku selamba minta kakak tu ambilkan gambar aku dengan driver boat.

on the way 9

Tapi kakak tu refuse sebab dia tak biasa dengan kamera DSLR, so dia suruh anak perempuannya yang sulung ambilkan. Perghh… expert betul anak perempuannya tu ambil gambar. Ada gaya….

boat 1

Di sebelah kanan ini ialah suami akak tu, Abang Wan. Sempoi betul Abang Wan ni… kelakar pun iya juga. Pecah perut kalau dengar dia berceloteh. Baik orangnya… bekerja di Pelabuhan Klang.

Cuma bila boat berada di tengah laut, aku dah tak berbual panjang.. cuma duduk diam… menghirup udara laut yang segar… melihat percikan ombak dan melayan blues… elehh…

on the way 10
on the way 11

Boat semakin laju membelah pantai… dan lepas 20 minit, Pulau Perhentian sudah semakin hampir di pandangan mata…. aku makin tersenyum lebar kerana di sinilah kalau tak silap shooting drama telemovie “Na`O Mei” di TV3 lakonan Elly Mazlein tu di jalankan (agaknyalah kot… haha)

on the way 12
on the way 13

Dan yang paling menyeronokkan, Senja Bay adalah resort yang paling menyerlah lagi kecantikannya. Tak sia-sia naluri aku memilih resort Senja Bay ni… hihihi. Iya… yang resort kayu-kayuan dalam gambar itulah Senja Bay Resort !!!

on the way 15

Yeee haaa !!
Dah sampai pun… best… best… :)

Tapi aku sampai awal iaitu pukul 9.45 lagi sedangkan check in pukul 1.00 tengah hari. So apa yang aku harus buat?

Menunggu?
Mandi laut?
Basuh baju?
Menjual karipap?
Duduk diam seribu bahasa?
Temuramah pengunjung resort?
Mengurat anak dara orang?
Main sweet-sweet awek mat salleh?
Bersajak depan pantai?
Mengira batu karang?
Atau berblogging?

Haaa… kalau nak tau apa yang aku buat di pulau ini sementara menunggu pukul 1.00 tengah hari, make sure tunggu for the next entri. Yang pasti, cerita semakin menarik… wooo!

* Yang pasti, ada cerita menarik sewaktu check in pada pukul 1.00 tengah hari tu. Cerita yang tidak pernah di alami oleh mana-mana pekerja Senja Bay resort sendiri… jeng… jeng… jeng…

p/s: Gambar keindahan laut Terengganu boleh dilihat lebih banyak di sini.

p/s/s: Semalam sedara kita blogger dan IM Muaz Hadi telah menulis satu puisi. Dia kata puisi itu berilhamkan pada salah satu gambar yang di ambil di Pulau Perhentian. Terharu sungguh.. tapi “makan dalam” pun ada juga. Puitis betul… gilerlaahhh!

Nak baca?
Kalau jawapannya adalah YA, sila klik di sini.

About the Author:

.

 

37 Comments

  1. princeduyong / June 21, 2010 at 11:04 am /Reply

    wah…sangat best…

    • rohaizad / June 21, 2010 at 11:31 am /Reply

      Yup… memang best :)

      • Aone / June 21, 2010 at 4:04 pm /Reply

        Salam saudara rohaizat..,pekabo ?

        • rohaizad / June 21, 2010 at 4:18 pm /Reply

          Baik… :)

          • boss / June 22, 2010 at 2:57 am /Reply

            wah best giler bercuti kat pulau.. nak tanya ko ni dah balik bercuti ke belum? dah ada kat johor balik ke?

      • Aone / June 22, 2010 at 8:26 am /Reply

        Saudara rohaizad..,ade tak terima mail drpd saya pd 16 n 17 /June 2010.

  2. wanwma / June 21, 2010 at 11:37 am /Reply

    hahaha…kelakar

  3. diraja22 / June 21, 2010 at 11:38 am /Reply

    indahnya alam ciptaan illahi..

  4. mijie / June 21, 2010 at 11:41 am /Reply

    seronoknya dapat bercuti mcm tu, sediakan duit yg secukupnya then jalan, best2

    p/s: alamak, avatar sudah tukar la..ada apa2 ke? hehehe

    • rohaizad / June 21, 2010 at 4:24 pm /Reply

      AVatar tukar tu sebab saja jer… :)

      p/s: laju betul nak skandalkan aku yea

      • mijie / June 21, 2010 at 7:30 pm /Reply

        hahah memang suka pun, ko pun dah tua kan,hahahaah

    • reezluv / June 21, 2010 at 6:36 pm /Reply

      pergh..best gile air laut tuh..waah..teringat aku masa gi pangkor aritu..laut sejernih tu beb

  5. Cyza / June 21, 2010 at 12:02 pm /Reply

    Sayang sebab pegi sorang…Tapi takpe lah…daripada tk pergi langsung…

    anyway…aku faham the experience…hehe

    • rohaizad / June 21, 2010 at 4:23 pm /Reply

      Lagi best pergi seorang… puas !

  6. omecool20 / June 21, 2010 at 1:37 pm /Reply

    uwaa … bestnya .. gue mahu ke sana !! ;-) thanks bro kena memperkenalkan senja bay ni.. at least tahu la mana nak pi bila ke sana nanti ;-)

    • rohaizad / June 21, 2010 at 4:22 pm /Reply

      Sampai sana, cari Diver nama Matt. Dia akan bawak kita explore the ocean.

  7. Nozi / June 21, 2010 at 2:24 pm /Reply

    As-Salam,

    Wah..bestnyierrr…

    • rohaizad / June 21, 2010 at 4:22 pm /Reply

      Ye.. ye…memang best !

  8. pakar blogger / June 21, 2010 at 2:28 pm /Reply

    Salam..

    Sungguh nyaman jika melihat kembali pulau perhentian teringat masa waktu belajar dahulu..

    Tq..

    • rohaizad / June 21, 2010 at 4:22 pm /Reply

      KAlau nak tengok pulau ni, tak payah tunggu entri ni pun ok kot… Google image lagi banyak gambarnya… hoho

  9. Zulazis / June 21, 2010 at 2:35 pm /Reply

    MACAM PULAU KAPAS JERK…..

    • rohaizad / June 21, 2010 at 4:21 pm /Reply

      Jauh giler bezanya…. tak sama pun lah…

      • mijie / June 21, 2010 at 7:33 pm /Reply

        oh pulau kapas, ku pernah kesana…pulau tu msh dara lg

  10. safar / June 21, 2010 at 2:56 pm /Reply

    Kalau ada jumpa awek cun.jangan lupa
    nak ngorat tau.

    • rohaizad / June 21, 2010 at 4:20 pm /Reply

      Tak ngorat pun… segan :) weeeee

  11. shahrulfaizi / June 21, 2010 at 4:47 pm /Reply

    Wah.. Kalau dlu, bro buat cerita khayalan tentang percutian di Pulau Perhentian. Kini sudah khayalan menjadi kenyataan. Best gak ikut bro jalan-jalan ek melalui blog ni.. Badan x penat.. Tau-tau da sampai macam-macam tempat je.. hihi

  12. suda / June 21, 2010 at 6:48 pm /Reply

    mcm travel blog dh skang… siap ade siri2 lg.. huhu… apepun pulau perhentian mmg best… cume yg xbestnya bile terpaksa menghitamkn lg kulit i yg dh tan ni… huhu

  13. pedagangIT / June 21, 2010 at 11:04 pm /Reply

    bro … masuk pertandingan blog pelancongan ke ? :)

  14. klcitizen / June 21, 2010 at 11:30 pm /Reply

    tak pernah sampai lagi
    tapi banyak cerita menarik yang dah didengar

  15. sinagarimba / June 22, 2010 at 6:45 am /Reply

    ada masa singgah la rumah aku.
    kat besut. tak jauh dari kuala besut. tapi tak pernah sampai pulau perhentian.bila la nak pergi.hu3

  16. liza / June 22, 2010 at 8:05 am /Reply

    blues betulah…

  17. Pingback: rohaizad dot com » Keindahan Pulau Perhentian – semuanya ada di Malaysia, pergilah melencong melancong!

  18. EP / June 22, 2010 at 6:32 pm /Reply

    baru perasan baju tu “I Am Blogger”

  19. Faiz Shafie / June 25, 2010 at 1:28 am /Reply

    salam Bro,

    Tertarik dengan perkataan “D” day..kalau bro pernah tgk citer Full House yang kelakar tu..”D” day ini bermaksud Divorce Day..hari penceraian..

    Tapi dari ulasan blog bro..maksudnya lain la kan..

    p/s: sori kalau ter-off topik..tiba2 teringat kat citer popular korea tu bila baca “D” day..jangan marah :D

  20. Fazreen / June 28, 2010 at 12:34 pm /Reply

    cantik gila laut..

    btw bro..filem na o mei tu kt langkawi… hehe

  21. Fikri Terengganu Paradise / July 8, 2010 at 10:41 am /Reply

    Assalaamu’alaikum!

    Moga projek FarmVille tu meletup-letup. He he kebetulan Kerajaan Terengganu ada mengadakan pertandingan membina blog pelancongan, last day sempat register.

    Sambil search pasal pulau-pulau ni, terjumpa posting you.

    Selamat berjaya dalam IM…

  22. ibnujusup / August 2, 2010 at 7:09 pm /Reply

    datang la kat Bawean Island bro… lagi best…

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>