Ibu ‘terbang’ dari Sarawak terkilan dihalau anak – anak derhaka part 2.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Renungan Hari Jumaat - Tarikh diterbitkan: June 24, 2010 online* Ibu ‘terbang’ dari Sarawak terkilan dihalau anak !!! Ini adalah kisah benar, bukan direka.
Blog ini pernah menerbitkan satu kes Anak Derhaka sebelum ini. Sehingga ke hari ini, entri tersebut masih lagi panas. Perkara yang sama juga berlaku di Facebook (kerana video itu di upload di FB).
Ini adalah satu petanda yang baik kerana semakin banyak kekurang-ajaran yang dilakukan oleh anak terhadap ibu bapanya, semakin tinggi perhatian dan publisiti di berikan. Alhamdulillah…. kisah teladan seperti ini masih mendapat tempat di hati masyarakat.
Tetapi kisah yang satu ini lebih sedih untuk dibaca:
Agaknya, apalah yang ada dalam kepala anak perempuannya sampai ibu sendiri dihalau. Mentang-mentang sudah kahwin, sanggup ibu tua itu dijadikan seperti kucing kurap!
SERDANG – Hajat seorang ibu tua, Tumi Wongsorujo mahu melawat anaknya bagi melepaskan rasa rindu setelah berpisah selama tiga tahun bukan sahaja tidak tercapai, malah hatinya hancur apabila dihalau anaknya itu.Tumi, 52, yang datang dari Kuching, Sarawak dikatakan sanggup meminjam wang daripada sanak saudara untuk membeli tiket kapal terbang ke Kuala Lumpur pada Selasa lalu dan mencari anaknya itu walaupun tanpa alamat lengkap.
Usaha nekad Tumi mencari anaknya itu yang dikatakan tinggal di Serdang akhirnya membuahkan hasil apabila dapat menemui rumah anaknya malam kelmarin selepas dibantu oleh orang awam dan polis.
Namun apabila sampai di rumah anaknya, dia bagai terkedu apabila anak sendiri tidak mengaku dirinya ibu dan lebih pedih Tumi diherdik dan dihalau oleh anak perempuannya yang tinggal bersama suami barunya.
Baru kahwin dah berlagak…kan?
Apa dia tak tahu ke yang esok-esok nanti perkara yang sama boleh berlaku pada dia sendiri?
Dan lagi kenapa suami dia tidak menegur isteri sendiri?
Adakah situasi yang sama dalam cerita Tanggang benar-benar berlaku (sanggup mengatakan ibu sendiri dah mati, padahal masih hidup)?
* Fokus pada minit ke 2:24. Dan kalian pasti akan tersentuh/menangis melihat doa ikhlas seorang ibu kepada anaknya sendiri pada minit ke 4:00
Boleh bayangkan tak betapa remuknya hati si ibu yang datang hanya disebabkan rindu, bukan berkehendakkan pada harta si anak!!
Sekarang hati si ibu tua itu sudah benar-benar terluka kerana di halau begitu sahaja. YA Allah, semoga anak perempuannya itu dapat melakukan sesuatu sebelum terlambat.
Aduhai… apa pendapat kalian semua?
Geram betul….. !!!
p/s: Semoga kita semua mendapat pengajaran dari kisah ini. Tak kisahlah kita ni Mat Rempit ke… apa ke, tapi bila berhadapan dengan ibu ayah, biarlah kita menjadi DINDING yang melindung mereka. Itu lebih baik, bukan sebaliknya….
Jika anda ingin berkongsi kisah ini diblog anda, ini adalah link untuk dijadikan sebagai pautan:
http://www.rohaizad.com/2010/06/24/ibu-terbang-dari-sarawak-terkilan-dihalau-anak-anak-derhaka-part-2/




mak datang jauh2 bleh plak dia halau… dpt suami kaya raya agaknya… terus lupe diri…adehhh..
rohaizad Reply:
June 24th, 2010 at 8:13 pm
Yup, memang tidak berhati perut laa…
suda Reply:
June 24th, 2010 at 8:13 pm
wahhh… 1st komen ke ni… huhuuu
rohaizad Reply:
June 24th, 2010 at 8:15 pm
Yup… hehe
suda Reply:
June 24th, 2010 at 8:18 pm
xpenah2 dpt no 1 ni… huhu
Saya harap wanita itu sempat kembali ke pangkal jalan…sebelum salah seorang dijemput Ilahi.
Realitinya, Tanggang di dunia ini bukannya seorang sahaja. Bersepah lagi kat mana-mana sudut.
Harapnya kita semua tak termasuk dalam salah seorang Tanggang tersebut. InsyaAllah
no 2 hoho..hurmm benda ni suma akan timbal balas blk..sok2 ank dia kena blk…what goes around come around.. xlama mana pun usia kita ni kat atas dunia..pejam celik pejam celik dah tua…masa belalu sgt pantas skang…tanda2 kiamat makin hampir.
betul2 sangat menyedihkan…
aku rasa tak lama lagi nanti ada lah kes manusia kena telan dengan bumi hidup-hidup
manusia mcm tak pernah rasa beryukur tentang kewujudannya didunia ini,
hey pompuan awk tu keluar dari rahim si ibu tua itu la
moga kita semua tidak jadi anak macam tu
dan tidak jadi ibu atau bapa seperti makcik yang malang tersebut
Uiksss, Serdang!!!
Kat tempat aku menyewa tu…
Serdang kt mana 1 ni???
Kesian mak tu…Datang jauh-jauh kena halau plak. Tak pelaa…suatu hari nanti anak dia pulak yang buat kat dia. teringat iklan petronas pasal tempurung kelapa yang anak dia nak bagi kat mak dia pakai bila mak dia dah tua. terasa mak dia…MAKAN DALAM…
Orang macam tu baik tak wujud je…. tahu la dia nanti tinggi rendah langit …
erm.. susah nak dikatakan.. pada mata masyarakat mmg confirm si anak tu salah.. cume kite masyarakat ni tak boleh menilai dari situ jek… cara terbaik kite sama2 doakan je la supaya diri kita dan seluruh umat islam mendapat petunjuk..
beza org soleh ngan jahat nih petunjuk jek… sape yg dpt petunjuk die akan jadi soleh.. atas kuasa Allah juga la.. dan yg blom dpt petunjuk tuh walo kite hukum seribu kali, tegor, nasehat berjuta kali.. tetap tak berubah.. tapi kalo da dpt petunjuk.. x perlu dinasihat pon jadi baik.. btol tak?
jadi bile sesuatu perkara jahil camni berlaku.. sbg manusia mmg la kite ni geram, sedih, dan mcm2 perasaan a.k.a penghinaan kite nak bg kat dorg.. tapi ingatlah.. kite yg soleh pon bile Allah nak tarik balik petunjuk tuh.. kite ni serupa jek ngan dorg.. huhu.. Nauzubillah min dzaalik..
lagi satu, kadang2 saje je Allah turunkan org2 bersifat camtu.. sbg ujian utk org2 baik nih.. so sape yg ikhlas mendoakan mungkin Allah angkat lagi darjat die.. dan sape yg mengutuk….. paham2 la.. huhu..
sbb tu Allah kata: “Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali yang BERIMAN dan BERAMAL SOLEH. dan mereka pula BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN serta BERPESAN-PESAN DGN SABAR”…
ingat! saling mengingati akan kebenaran dan kesabaran… (^^,)
dan ini adalah perkongsian semata2.. xde kene mengena yg hidup atau mati.. so jgn kecik ati ye… hahahaha..
sama2 lah doa kan supaya kite sama2 menjadi hamba Allah yg tinggi darjatnye.. insyaAllah..
ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.. tapi kalo amal tanpa ilmu?? bahaya woo.. elok2 nk wat pahala silap2 leh jadi dosa.. pikir2 kan ye.. hehe (^^,)
huhu..kesian makcik tuh…jauh dia dtg nak jumpa anak..tapi sia-sia jer…tapi, maybe ada problem dorng kot.. apa-apa pun, tak elok mcm tuh…
Esok anak dia plak buat camtu..barulah tahu hancurnya hati seorang ibu…sedih tul..
sedih kot.. kesian makcik tu..
anak dia pun kalau ada masalah
xpyh la layan mcm tu..
adeih..
sebijik mcm si tanggang…
menitiskan air mata ibu pun dah kira derhaka,
apatah lg m’herdik dan halaunya.
jauh tu pjalanan dr sarawak, alih2 hinaan ja dpt.
penyakit hati mcm ni sgt menakutkan, sbb ubatnya tak dijual di klinik… jgn smpi pintu taubat tertutup, kelak jd manusia yg rugi.
ketika anak tu masih bayi.. org tuanya mengasuh dan mbelanya bmula 1saat.. 1jam.. 1hari.. 1bln.. 1thn.. 1dekad.. smpi la dia keluar dr bumbung rumah utk bertebaran mencari rezeki dan memakmur bumi Allah. perit org tua mengasuh, bsengkang mata, merawat ketika sakit, memujuk ketika sedih, membantu ketika kudrat terbatas tak terukur dgn apa jua ganjaran dunia. hanya ganjaran Akhirat yg diimpikan. begitu juga balasan bg anak derhaka, kadang2 azab dunia dah ditunjukkan, tu belum di Akhirat lg. Bertaubatlah dan segera mohon keampunan.
ketika usia ibu dan ayah yg masih berbaki, beri dan tunjukkan kasih-sayang kita sebagaimana kita memperolehinya. jgn berdendam pada kenangan lampau kerna syurga ditelapak kaki ibu.
kita juga patut sedar, jgn tunggu tua br nak bertaubat kerna ajal tak mengira usia. salam
sy sebagai ibu sy sgt tersentuh.. ase nk menitik ayo mata teman nih… humm. tergamak dorg buat camtu kat mak dorg. ingat senang ke nak pregnant 9 bulan 10 ari tu? bawak sane sini keje drive (jika kene drive), p naik tangga turun tangga, Astaga! Geramm! adoi la.. taktau nk kata camne. harap sedarlah sapa -sapa yang terlibat dengan kes macam ni. baru baca blog rakan. pasal kes 1 sept 1994. kes derhaka juga tu. balasan kat dunia lagi. apa pun terima kasih atas kisah ini. moga kita jadikan teladan bersama smpai mati. amin.
biasa la, kalu dh berjaya mmg lupa asal usul.. hope kita semua xmcm tu huhu
macam gila jadi orang macam ni. i nak pisah ngan mak even 1 hari je pun rasa macam takmo. rasa nak tengok muke mak aja tiap2 waktu.dia boleh buat macam tu? hmm..
mak yang dtg jauh sanggup di halau..apatah lg klu dorang yg duk jauh tu nak blik jenguk.jenguk untuk 2 3 minit.tak mungkin sama sekali..
Salam,
sedih,anak derhaka ni..
Ya Allag…mohon di jauhkan kaum seumpama ini…berdosa besar tu…Astaghfirullah…
Assalam,
Mmg sedih kalau dgr kisah anak derhaka ni…mereka tak takut azab neraka ke? Harap cepat2 mintak ampun ngan mak sebelum terlambat.
semoga anak tu dberikan hidayah, utk insaf dan sempat minta ampun dengan ibunya…
ps: sebelum ni ada cerita cerekarama tv3 macam tu..
mcm selalu saye kate… dah nak kiamat bro…mcm2 ada….:-(
nanti mak ayah diorang takde baru tahu camana rasa,,,,
kawan saye org sarawak jgk n married dgn org semenanjung…..lebih kurang la mcm ni cerita nye..mak die asyik kenang kan die je…lame dah x blk swaak ..ari tu saye naik kl ..ingt nak tumpang sekejap kat umah die ..tapi die x kasi …agak terkilan la dgn perangai die…saye mak xde bpk pun xde..die ade mak tapi die langsung x peduli kan mak die hanya kerAna PANGKAT HARTA atau mungkin malu tgk keadaan keluarga die yg serba kekurangan ….kecewa nye saye tgk kawan saye tu ..
pelik tp 2 la realiti khidpn skg,,,,
ank2 da x de rase hormt dkt mak ayh,,,
subhanaallah,,,,kalu sy,,,sy x sggp,,,wlupn sy ni dgil,,,tp x mgkin sy akn wat mcm,2,,,,sbb parents dunia akhirt sy,,,,