Tolong bang… saya janji saya tak buat lagi bang… saya mintak ampun bang!
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: June 27, 2010 online1. Anggota JPJ di dalam video ini hanya menjalankan tugasnya seperti biasa.
2. Kesalahan sebenar terletak pada bapa budak ini yang membenarkan anaknya yang tiada lesen menunggang motornya.
3. Walaupun budak ini menangis bagai nak rak, tapi kesalahan tetap satu kesalahan. Jangan lari bila diminta oleh pihak berkuasa untuk berhenti.
4. Satu perkara yang dibangkitkan oleh pegawai JPJ itu:
“kalau kau lari dalam semak tu, kau ada fikir tak kalau ko accident tadi… siapa yang tahu?”
5. Ternyata budak ini telah menunggang dengan jarak yang agak jauh dari rumahnya. Orang negeri Johor ni… ada disebut suatu tempat bernama Tongkang Pecah… ini di area Batu Pahat.
6. Walaubagaimanapun, tiada saman untuk budak tersebut. Amaran telah diberikan sebagai budi bicara memandangkan budak itu kelihatan “genuine” kot.
7. Alamak dik, ko ni janganlah menangis, memalukan orang Johor wehhh…
. Mat Rempit sebenar tidak akan menangis… betul? Hatinya kering.
8. Tapi hati kering atau tidak, fakta yang sebenar ialah ramai remaja muda di Malaysia paling ramai terbunuh di bahu jalan dan juga di jalan raya. Mungkin ada mak bapak yang ambil endah tak endah… tapi jika ada di kalangan ahli keluarganya yang terbunuh di sebabkan menunggang motor tanpa lesen, mereka amat mengerti.
9. Di akhir video ini, teknik psikologi telah di gunakan oleh pegawai JPJ. Mereka telah meminta budak itu menyanyikan serangkap lagu Negaraku.
10. Pada aku ini bukan buli sebab dengan menyanyikan lagu tersebut, emosional budak itu kembali stabil semula. Paling tidak pun, pegawai JPJ itu telah menerapkan semangat nasiopnalisma pada budak tersebut… haha!!!
Akhir sekali, berhati-hati di jalan raya.
p/s: pesanan khidmat masyarakat ini telah dibawa khas oleh rohaizad dot com



remaja dan rempit macam sudah biasa pada zaman sekarang ni..
tahniah kepada abg jpj kerana menjalankan tugasnya dengan baik..hehe
rohaizad Reply:
June 27th, 2010 at 12:48 pm
Betul Thoha… ada mesej di asebalik video ini.
zam Reply:
June 27th, 2010 at 3:18 pm
sib baik aku geng adnan sempit…hahahaha
hehe…nampak genuine kot tuh yg abg jpj malas nak kuar saman kot
rohaizad Reply:
June 27th, 2010 at 1:30 pm
Yup, sampai dah nak melutut dah…. kalau Mat Rempit sebenar, dia akan senyap je dan tersenyum…
ejoncb Reply:
June 27th, 2010 at 6:53 pm
tula..nampak sgt la tak biasa kan…haha…mat2 rempit yg baca kene buat mcm nih la jugak tuk elak dari kena saman..hehe
Macam nak bersunat dah aku tgk…
“Takkan ko nak bawak motor dalam hutan”…
~ Minit ke 2.00
Ades…cam nak kena gantung je kesnnya..hehehe…
rohaizad Reply:
June 27th, 2010 at 1:30 pm
Dia dilepaskan dan diberi amaran kali pertama. Kira ada budi bicara kot.
yang aku pelik tu la..asal nampak JPJ je rasa gabra semacam..padahal moto takde ape2 salah pun..paling teruk pun kena saman je..kalau lari..kena langgar lori?kos pengebumian je dah bape..tak ke naya..hahaha
rohaizad Reply:
June 27th, 2010 at 1:29 pm
Yip, dulu masa aku tingkata berapa entah…kena gak kejar dengan kuda putih. 3 biji kejar…
Mula tu, lari gak tapi motor kapcai mana boleh lari laju. Kena saman… cuma masa di kepung tu, bahagian atas memang aku cool. Tapi kaku aku menggeletar…
haha
p/s: lelaki mesti kena saman, baru namanya jantan.
reezluv Reply:
June 27th, 2010 at 1:48 pm
hahaha..kena saman baru jantan..kekekeke…
Bagus tu ending dia..caya lah bro..kalau nyanyi lagu negaraku pun x tahu…lagi haru
rohaizad Reply:
June 27th, 2010 at 1:27 pm
Yup, buatnya dia suruh nyanyi lagu Wali Cari Jodoh? haha
oh my! memalukan.. ahhaha
JPJ tu pun dah gelak2
hahahaa.. mmg lawak.. tapi lama2 tgk cam kesian pon ade.. tapi ape2 pon.. saya nk bg skit pendapat la psal video nih..
1. saya nmpk jpj tu kire orait la.. still ade budi bicara.. flexible.. xde la strict gile.
2. budak moto tu plak mungkin rempit mungkin juga tak.. cume die cuak bile kene kejar tuh.. mmg normal la kite kalo ne kejar atau terancam mesti perkara2 buruk terjah dlm otak.. mungkin jpj tu nk pkol ke.. penjara ke.. parent malu ker.. x ngaku anak la dsb.. tu yg die nangis2..
3. atau die penah tgk camne layanan jpj terhadap pesalah jalan raya.. layanan buruk la maksudnye tuh.. yg mana die tak jangka die akan dikejar.. bile da dikejar baru teringat dan menyangka die pon akan terima layanan yg sama (buruk).. haha
ape2 pon tak kisah la.. ape saje yg berlaku mesti ada hikmah utk tiap2 individu.. kite doakan supaya die dan sume manusia di dunia ni berubah jadi baik… sape tau kan? haha.. sume yg berlaku adalah atas kehendakNya juga (^^,)
Hari tu tengok video ni kat ofis ngan team Flarebiz. Terbahak-bahak kitorang gelak. Tapi sian gak kat budak tu merayu-rayu. Hehe.
dulu masa bujang2 selalu kena tahan JPJ pasal moto tak pasang side mirror..lepas tu lesen L tak gantung pasal malu kononnya..nasib baiklah en. JPJ tak saman..
skrg nie pun aq masih nervous bila kena tahan JPJ..tp blm sampai tahap nak larikkan diri..
hilang macho budak tu seh…hahahaha..tapi bagus jugak JPJ suruh nyanyi lagu negaraku…baru nampak rempit patriotik sket..hehehe
hahahaha..cam siot je tengok video nih..nasib la JPJ tu tak pow seposen dua kan
hak3..senak perut saya n mama n adik2 gelak bila tengok video ni
bdk ni kurang bernasib baik…neway jpj tu ada budi bicara lg,,,jumaat lps sy kne saman dgn jpj jgk psl xtmpl sticker kt moto..yg baiknye jpj tu nk tolong tp dgn rela hati sy ckp xnk sbb ni amanah dlm tugas..juz deserved sbb xprnh rse kne saman..
video ni memang kelakar, tapi jika dihayati banyak maksud yg tersirat yang boleh kita ambil
Baru ari Jumaat lepas aku kena main kan dgn budak ingusan rempit kat Bdr Seri Alam. Berlumba 4 biji motor sambil ada satu motor tu bawak bohsia. Seronok nak rak diaorg ni…kekiri kanan jalan raya tu. Bila aku sampai kat tempat diaorg nih satu motor himpit aku sampai aku terbabas dan terpusing-pusing kat jalan tu.Sib baik aku selamat..pastu aku kejar budak yg himpit aku tu…dah dapat aku suruh berenti kat tepi. Dlm hati aku ‘siaplah ko’…tapi bila aku berenti terus dia pecut motor. Sampai trafic light, lampu merah dia lenjan je..aku yg tak lepas..dah lepas trafic light, dia ejek aku…kekiri kanan jalan dia bawak motor..memang mcm sial..dah lah tak pakai helmet…kalau aku mati nak ngelak dia tadi, mati katak aku…mesti dia suka gila kalau kete aku terbalik..memang dasar anak haram. Kalau aku dapat tangkap budak tu aku akan bawak jumpa mak bapak dia dlm keadaan yg mereka tak dapat bayangkan…geram aku…aku geram!!!!
haha..ni teknik dan triks rempit la..xnak bgi kna sman..byk yg wat camni..jpj dah blah, gelak ah..”lakonanku menjadi..slmat duet..”
ish2..bile la dorg nih nak taubat..
kalu gertak nak gari, mau terkencing2 budak ni..
ayat last tu plg best.. macam biasa ku dengar…haha
teringat zaman dulu2…huhu