Ucapan untuk pengantin lelaki

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang - Tarikh diterbitkan: June 10, 2010 online

Malam tadi WanMus selamat di ijabkabulkan.
Aku tumpang gembira kerana hari bahagia yang dia tunggu selama ini telahpun tiba. Alhamdulillah… menurut apa yang diberitahu, segalanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

WanMus ni bagi aku bukan setakat member, tapi juga seorang business partner yang memang cukup faham dengan cara aku bekerja. Dan aku juga tak kekok untuk buat biz dengan dia… cuma kadang-kadang tu result yang di perolehi tidaklah gempak mana pun… hampeh pun ada juga.

Pernah sebelum ni aku dan dia buat presentation untuk Smidec. Hasilnya tidak menjadi. Idea dan cadangan kita orang di tolak mentah-mentah.

Tapi takper, kita orang tak pernah pun menyesal bila idea itu ditolak oleh Smidec. Bahkan aku sendiri merasakan Smidec sebenarnya yang rugi sebab tak nampak potential projek yang kita orang present`kan. Hahaha… what a hectic day.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Ramai yang berkata di dalam business (perniagaan), long term relationship itu sangat penting. Ini bagi memudahkan ‘repeatation sales’ berlaku.

Begitu juga dengan blogging:

ren-1

Oleh kerana blogging juga boleh dikategorikan sebagai perniagaan, maka kita juga harus tahu beberapa cara untuk main “take away” atau dalam bahasa Melayu… main ‘tarik tali’.

Kali ini, aku cuba untuk endah dan kemudian, tidak meng`endah`kannya. Ertinya, lepas aku membalas beliau dengan kata “berminat”, aku pun buat derk jer… sampailah sehari selepasnya, dia pun reply sekali lagi:
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

ipad apple

Hari ini merupakan antara hari yang sungguh thrill kerana semakin ramai rakyat Malaysia mula mencuba nasib untuk memiliki iPad yang tengah hot di pasaran.

iPad bukanlah satu gadget yang dimestikan untuk kita memilikinya. Tetapi untuk memilikinya dengan tidak mengeluarkan apa-apa modal (satu sen pun), itu akan menjadi satu kemestian untuk sesiapa sahaja.

Kalau ada manusia yang kata mereka suka membayar, maka mereka itu lebih kaya dari Bill Gates… sebab Bill Gates sendiri suka pada barang free dari barang yang perlu di bayar.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Inilah orangnya

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang - Tarikh diterbitkan: June 8, 2010 online

Sebelum diterangkan siapakah aktor yang terkenal (pastikan anda baca entri tersebut terlebih dahulu ya) itu, ada baiknya jika di ceritakan serba sedikit tentang latarbelakang beliau.

Beliau pernah menetap di Johor Bahru dan sekarang telahpun menjadi orang Penang. Pada waktu beliau muda, beliau merupakan antara insan yang jarang diberikan publisiti. Wajah beliau yang ‘smart’ itu seringkali di anggap seperti budak ‘nerd’ yang tidak sukakan aksi lasak.

Tapi itu semua hanyalah anggapan biasa orang sekeliling. Kenyataanya, beliau mempunyai bakat yang terpendam. Bakat ini sangat amazing sekali di mana penerbit-penerbit filem yang dulunya tidak percaya… kini terpaksa membeliakkan mata!
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Siapa dia?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang - Tarikh diterbitkan: June 8, 2010 online

siapa

Tahukah anda bahawa salah seorang pembaca dan pengunjung setia blog ini merupakan seorang pelakon yang terkenal di layar perak? Beliau bukan setakat di kenali di Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia di luar negara!

Beliau sangat disenangi oleh semua pemilik panggung wayang di Malaysia ini. Filem baru beliau baru sahaja di mainkan baru-baru ini.

Siapakah beliau? :)

p/s: Kalau dapat teka, memang anda handal…. (entri ini didedikasikan khas untuk beliau). Teka laaahh.. :)

Domain punya pasal

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Domain - Tarikh diterbitkan: June 7, 2010 online

Blog ini selalu menceritakan mengenai dunia blog, blogger dan juga blogging. Tapi blog ini jarang pula update mengenai domain. Sebab itulah kategorinya ada, tapi entrinya tidak banyak. Mungkin inilah akibat dari penangan “cuci tangan” dari dunia domaining.

Iya… sampai sekarang aku masih TIDAK kembali aktif dalam dunia domaining. Bukan disebabkan menolak rezeki tetapi hati manusia selalu berubah. Kadang-kadang tu bila terjumpa pintu rezeki dan peluang yang lain, kita hendak sangat mencuba.

Bukan juga disebabkan tidak fokus, tetapi hanya sekadar ingin mencuba peluang yang baru. Iya, tidak fokus dan menambah peluang adalah 2 perkara yang berbeza.

Tidak fokus adalah satu situasi di mana belum habis mempelopori sesuatu perkara dan dalam masa yang sama meninggalkannya untuk membuat perkara yang lain.

Menambah peluang pula lebih kepada ‘kemenangan’ diri sendiri. Ertinya kita sudah dapat melakukan sesuatu perkara dan seketika pula, kita melihat satu lagi peluang baru dan kita ingin grab that opportunity. Well said…
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Formspring.me sudah berwajah baru!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet - Tarikh diterbitkan: June 6, 2010 online

formspring

Terperanjat dan hampir merasakan yang saya telah tersalah masuk Formspring orang lain tadi. Rupa-rupanya Formspring sudah bertukar wajah daaa……

Ini adalah Kaunter Pertanyaan di bawah Department Customer Service saya (maaf, tiada wanita cantik yang bertugas di sini):
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Kewanitaan yang pernah dan akan wujud selamanya di kaca mata si rabun.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: June 6, 2010 online

Tidak banyak yang boleh di isi dalam hidup aku ini apabila tiba bicara hal wanita. Sering kali aku kalah bernafas walaupun bukan dalam lumpur. Sering kali aku girang bila berkira mengenai gembira yang datang.

Di blog inilah tempat aku menunjukkan hati dan rasa. Di blog ini kadang-kadang aku bersyarah, kadang-kadang aku berceramah… walaupun tiada tauliah. Sedetik masa aku rajin berkata-kata dan sedetik di masa yang lain pula aku akan diam seribu bahasa.

Pada satu kelompok, aku berpesan tentang angan-angan dan impian. Tapi pada satu kelompok yang lain, aku memberikan amaran walaupun kelompok itu tiada di hadapan mata. Hebat… hebat… aku umpama menyampaikan pesan pada angin yang lalu.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Catatan baru →← Catatan sebelumnya