Theme baru dengan features yang lebih baik
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku, Berita - Tarikh diterbitkan: July 6, 2010 online
Setelah berhempas pulas sejak minggu lepas, akhirnya dapat juga memasang theme baru ini. Theme ini telah dipilih berdasarkan beberapa sebab yang lebih berpihak kepada pembaca setia blog ini.
Sebenarnya bagi blogger yang jarang menukar theme blognya, ianya umpama seperti “satu kelahiran” baru. Mood yang baru, idea yang baru, instinct yang baru, semangat pun baru … serba-serbi baru. Saling tak ubah seperti seekor ular yang baru salin kulit. Betul ke apa yang aku cakap nih?
Ahhh.. tak kiralah apa pun, yang penting ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian setiap kali kita hendak menukar theme. Benar… kita harus mengambil kira beberapa aspek sebelum keputusan dibuat.
Apakah aspek-aspek itu?
Mudah sahaja.
Hanya jauhari yang mengenal manikam. Begitulah juga dengan blogger. Hanya dia yang memahami kehendak pengunjungnya. Walaupun tidak 100%, tapi sekurang-kurangnya keputusan menukar theme itu dapat memberikan kelebihan kepada semua pihak termasuk pengunjung blognya itu tadi.
Jadi apakah antara KELEBIHAN theme ini?
Antaranya KELEBIHAN`nya ialah:
1. Font yang lebih besar untuk feeling yang lebih. Bacaan juga akan lebih selesa.
2. Page untuk comment, maknanya jika komen itu sampai cecah 500… tidak perlulah scroll ke bawah sepanjang dua kilometer jauhnya. Elakkan jari kalian dari melecet ya.
3. Oleh kerana entri blog ini yang standardnya panjang berjela (semua sudah sedia maklum), maka button di bawah sekali iaitu “Return To Top” boleh membantu.
4. Ruangan komen juga bertambah menarik sebab ada sistem HTML code telah disediakan.
5. Di bahagian komen juga, kalau hendak cancel komen yang baru diberikan… ada fungsi cancel. So kalau “terlepas tulis”, bolehlah tulis semula…hehe
6. Gravatar juga semakin mantap. Kalau dulu ramai yang kata gravatar macam biskut Chipsmore, sekarang tidak lagi. So bersiap sedialah dengan avatar yang lebih clear. Pastikan kehenseman dan keayuan kalian berada pada tahap yang tinggi.
7. Paling menarik sekali ialah pada fungsi DIRECT PRINT
. So jika ada di antara kalian yang berkenan atau terlalu touching dengan entri yang ditulis serta ingin print entri tersebut … klik sahaja pada ikon print yang terletak di bawah setiap tajuk. Ikon tersebut hanya akan muncul pada “single page” sahaja, bukan di main page.
8. Last sekali, sudah pasti loading time blog ini sekarang lebih pantas kerana theme ini lebih ringan …
Dan ini pula adalah antara KEKURANGAN`nya:

1. Tiada lagi gambar mamat termenung seperti yang pernah diletakkan sebelum ini… trademarknya sudah hilang… huhu.
2. Tiada lagi ads space bersaiz 728×90 leaderboard (berharga RM200.00 sebulan) di bahagian header blog ini.
3. Tidak berapa mesra dengan browser Mozilla Firefox. Tapi theme baru ini amat BAHAGIA sekali dengan browser Google Chrome. Jadi jika kalian ingin kebahagian ketika membaca blog ini, gunakanlah Google Chrome ya
Itu sahaja, berjumpa lagi dengan entri yeng lebih menarik selepas ini..
p/s: masih ingat lagi dengan 2 orang adik angkat perempuan sewaktu aku di Pulau Perhentian? nantikan kisah selanjutnya….



yeh… cun
donny Reply:
July 6th, 2010 at 10:58 pm
mamat cun kat atas dah tak de…hehe
zam Reply:
July 6th, 2010 at 11:00 pm
mamat cun? hehehe..
anyway mmg cun theme nih kat Chrome…
donny Reply:
July 6th, 2010 at 11:09 pm
i mean mamat cun yang termenung kat header…dulu ada..
kihkih.. dapek jugak den yg first
rohaizad Reply:
July 6th, 2010 at 7:05 pm
Hoii… sendiri komen, sendiri reply ka?
Hahaha
zam Reply:
July 6th, 2010 at 7:09 pm
sorry jad… excited ..atlast..dapek gak den komen first….hehehe
rohaizad Reply:
July 6th, 2010 at 7:09 pm
Ahahaha… tergelak aku kat sini…
donny Reply:
July 6th, 2010 at 10:59 pm
Dah menjadi kebiasaan datang kat blog ni,..self service lah katakan…hehe
theme ni menarik, blog ni world la, hehe
rohaizad Reply:
July 6th, 2010 at 7:19 pm
Mawi kalau dengar mau marah dia nanti … haha
Shahrul Reply:
July 6th, 2010 at 7:33 pm
Mawi x dengar, Mawi baca je. Kalau Mawi baca blog Rohaizad, lagi lah popular.
theme baru!
benar.. theme baru seolah2 ‘kelahiran’ baru bagi seorang blogger.. sy pun dah beralih ke Thesis theme untuk blog2 saya.
semoga terus mantap dengan artikel dan tips2 yang mantap! =D
memang menarik la theme baru ni, syabas sebab sudah bersalin kulit, rasa mcm tentang dan damai je masuk blog ni
donny Reply:
July 6th, 2010 at 11:00 pm
ya,baru balik dari bercuti…masih teringat kat awek sana…hehe
cantiknyeee…ringkas dan mantap..”bodek skit” :p
mmg terbaik…moga bertambah maju…
wah.. theme yang unik.. i like it.. Nak guna theme cm ni la kt blog den.. huhu.. Gurau je..
Tahniah atas theme baru, cuma mungkin boleh lebarkan background image atau tukar cara background image kepada repeat-x sebab kalau guna resolution yang besar (contohnya 1920×1080) akan nampak keputihan di sebelah kiri dan kanan, Sekadar cadangan.
Theme baru, semangat baru.
P/s Masih belum begitu dapat menyesuaikan diri dengan theme baru ini. Agak janggal sedikot rasanya. Esok lusa ok la kot..
menghirup udara baru di sini sebentar
mula-mula aku jangkakan mesti ada warna pink…..meleset sekali jangkaan aku.
rohaizad Reply:
July 6th, 2010 at 7:43 pm
Pink?
Hahaha…. nanti bila jiwa ni dah kembali cintan, barulah unsur pink akan dimasukkan …
hilang lama tu p bertukang ke?
rohaizad Reply:
July 6th, 2010 at 7:44 pm
Hilang lama pergi bertukang?
Apa tu ye Kak Jie?
p/s: Kak Jie, dah lama saya tak ping kat GengBlogger, rasa macam dah sesat… button ping`nya ke mana ehh?
mijie Reply:
July 6th, 2010 at 10:33 pm
klik dkt rumah, situ ada butang ping ijad
wah…chantek nampak ringkas tapi menarik n padat….yang penting tetap milik Bro Rohaizad.com hehe
nice!sejuk mata memandang..
Best! Best! Best!
patutlah lama mendiamkan diri, tapi rupanya sebelum entri ini ada 1 entri baru yan lain ya
theme baru ni … ok
yang saya suka… belah kanan atas sekali… part gambar ijad tu
menarik
rohaizad Reply:
July 6th, 2010 at 10:12 pm
Thanks kak.
p/s: moga lepas ni feel blogging juga lain… semakin hebat!
akhirnya bertukar gak theme blog ni haha
igt xnak tukar dh hehe
wahhh i like!! sangat besar gravatr..sebelum ni x nmpk skang mak aiihhh! hehe
tahniah bro ijad dengan theme baru ni..rasa kelainannya di blog ini..
mcm ada yg tak kena blog bro ni tau…bila aku klick kat title header”rohaizad..umum dan spesifik” tu,keluar “fail to load.
tak mesra firefox eh? Takpe, wa datang gak
Aku tak suka kaler dia..hehe, yg lain ok tp mood kaler coklat “tak kena kat ko la zad“, kat atas header tuh ada lampu, sepatutnya blog ini menjadi terang, tukar ler background kaler warna2 yg terang, warna semangat cam theme dulu aura dia lain..sekadar pendapat.. =)
ok la walaupun kat firefox. anyway, nampak pelik sikit .. mungkin sebab dah terbiasa ngan yang lama.
eheh..theme kite nak dekat same la..huhu
salam. ingat tersalah blog tadi. rumah dah cat baru, nnt bulan puasa tak yah sibuk2 eh.
rmula2 ni..mmg rase janggal sikit..maklumlah..dah serasi ngn yg lame..hehe
tapi gravatar bru..lebih mengancam jiwa mudi2 diluar sane..hehehe..
tahniah bro..mmg cun themes ni..mmg load cepat giler..::D
bagus, feel baru!
tapi tang header tab tu spoil sikit.
kasi adjust sikit kalau satu line je.
dua line tak cantik.
Masih tetap meminati entri-entri yang ada dan bakal ada..
Congrat Bro, Theme lagi ringan, senang nak browse.. Tapi yang dulu pun ok gak.
eh..huhu..tagline “ada blog?” dah hilang..
aku suka tagline tue..hehe
Semacam ada naluri untuk mengatakan theme ini tidak akan bertahan lama….kerana macam tidak serasi dengan watak tuan rumah yang kukenali (melalui tulisannya) selama ini…ehem!
Theme ini macam papan lapis yang kaku dan beku, sedang tuan rumahnya ibarat pohon yang hidup dan segar…..sekadar pandangan tau!
Assalamualaikum Tuan Rumah,
……Pun begitu, jika dinilai dari ayat ini “Hanya jauhari yang mengenal manikam..” tentu theme ini adalah manikamnya, Tahniah!
Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard, Work smart & Creative”
Assalamualaikum
tenteram aman tenang.. sy memang pengguna chrome tegar! hehehe… nice bro…. clean je… i like!
Huh, macam tak percaya jer blog ni dah tukar theme. Lepas masuk blog ni, ingatkan tersalah masuk tadi…
always hv tot dat u cud do bettr wit ur blog’s theme..
altho ur posts r catchy, but sumhw ur prev theme did nt quite match d posts (pd rose la kan). lain org, lain feel.
tp yg ini mmg best!
p/s: mana dtg idea? berkat dr menghilangkn diri or berimaginasi?
rohaizad Reply:
July 7th, 2010 at 12:21 pm
Imaginasi maybe?
hehe
As-salam,
Rasa mcm tk brapa sesuai. Warnanya kot. Rasa yg lama lg sesuai dan lain dari yang lain. Warna pun segar dan ceria spt tuannya. Features tu rasanya leh ditambah utk theme lama…sayang la pulak kat theme lama…huhu…gambar kat atas yg termenung tu mahal tu.hehe..sekadar pendapat.
Anyway,setiap blogger pasti rasa nk tukar theme baru. Lama2 rasa jemu ek. Tapi,jujur sy katakan yg saya lebih senang dan suka dgn theme lama.
MasterPakPandir Reply:
July 7th, 2010 at 3:20 pm
Betul laa kata nozi tu. tema lama lagi sesuai. macam mana pun tema yang baru nampaknya memang menarik terutaman bahagia tulisan. Lebih BESAR dari yang dulu. senang nak membaca. lagi satu, bro ijad ada cakap tema ni lebih sedap kalau buka guna google chrome. tapi pkai IE ok juga sebab saya punya internet slow. so, bila pkai IE semua paparan keluar. kalau pakai google chrome ada je yang xdapat tgk terutama gambar…
Nozi Reply:
July 7th, 2010 at 3:51 pm
Saya pakai mozilla je dah ok. Setakat saya masuk blog Ijad ni tkde rasa nak komen theme lama tu…rasa sudah baik nyer theme dan laju juga. Tapi, Ijad tetap ada hak untuk blognya, kami di sini sekadar memberi pendapat ikhlas…kang puji2 cantik ke ape ke jadik macam munafik la pulak…
Apa2 pun, saya tetap menyokong dan seronok baca entri2 dari ijad. \o/
theme yang clean.. mmg cun..
op terlupa.. untuk wide-screen @1920px, background color better set ke #6a4a24
body{background-image:#6a4a24 url(images/bg-dark.jpg); font-size:13px; font-family:Arial,Helvetica,sans-serif; margin:0px; padding:0px; background-repeat:no-repeat; background-position:center top; padding-top:0px; padding-right:0px; padding-bottom:20px; padding-left:0px; margin:0px; background-attachment:fixed}
atau repeat background in x direction, tapi kena crop bg-dark.jpg tu elok2..
body{background-image:#6a4a24 url(images/bg-dark.jpg) repeat-x; font-size:13px; font-family:Arial,Helvetica,sans-serif; margin:0px; padding:0px; background-repeat:no-repeat; background-position:center top; padding-top:0px; padding-right:0px; padding-bottom:20px; padding-left:0px; margin:0px; background-attachment:fixed}
Alhamdulillah…selamat ko bertukar kulit…
Nice…neat….simple…