Offer dari Text Link Ads dan Reviewme affiliate relaunched
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Buat duit - Tarikh diterbitkan: July 8, 2010 online
Sekarang ini bulan Julai, sudah masuk setengah tahun kedua untuk 2010. Bermakna dalam kunci kira-kira sesebuah syarikat, biasanya mereka telah mempunyai track record income 6 bulan yang terdahulu. Betul?
Begitu juga dengan broker jual beli links di U.S sana. Sebab itulah sejak akhir-akhir ini banyak offer yang diterima dari mereka (broker). Ini adalah satu dari target syarikat masing-masing untuk meningkatkan profit masing-masing…. standardlah tu.
Walaupun semalam offer dari Linkworth masuk, tapi pagi ini masuk lagi offer… cuma dari broker lain pula. Nahhh… ini adalah antara bukti terdapatnya saingan yang lebih tinggi untuk 6 bulan kedua bagi tahun 2010. Tak percaya, baca entri ini sampai habis…
Okay begini, aku baru sahaja buka email dan nampak ada 2 offer mengenai text link. Satu dari Text Link Ads dan satu lagi dari Reviewme. Email dari Text Link Ads ini dah selalu tengok sebab memang aku subscribe “New Ads To Approve”.
* Untuk mereka yang baru, bolehlah melihat contoh bukti pembayaran dari Text Link Ads di sini.
Apabila kita subscribe “New Ads To Approve” dengan Text Link Ads, kita akan diberitahu melalui email jika ada advertiser yang ingin membeli text link di blog kita.
Seperti ini:

Kemudian kita perlu login ke dalam dashboard (sama seperti Linkworth) untuk approvekan text link tersebut. Ertinya kalau kita rasa offer itu sesuai, kita approvekan. Kalau tidak sesuai dengan niche kita seperti iklan viagra ke, judi ke atau sebagainya… kita memang boleh reject.
Contohnya seperti gambarajah di bawah:

Selepas itu, ads itu akan detect text link tersebut secara automatik dengan menggunakan plugin yang telah disediakan. Dan kemudian akan keluarlah satu lagi confirmation page seperti di bawah:

Haaa… mudahkan? Semuanya automatik… tak perlu pening kepala. Itulah kelebihan apabila kita menggunakan WordPress atas domain dot com sendiri. Boleh buat itu, boleh buat ini… boleh pakai plugin dan sebagainya… fleksibel. Buat pengetahuan semua, kebanyakan program make money from blogging prefer blog domain dot com sendiri… kredibiliti
Ingat, kita sedang berbicara mengenai dunia blog advertising antarabangsa, bukan local ads seperti Nuffnang dan Advertlets. Jangan sama sekali samakan antara keduanya… memang tak sama.
Apa pun, aku rasa 6 bulan kedua tahun 2010 ini sepertinya lain sedikit. Lain yang dimaksudkan di sini ialah kemungkinan para blogger sedunia akan dapat menjana lebih banyak income.
Betul ke?
Iya… sebab aku dapat lihat banyak broker dalam dunia blog advertising yang sebelum ini mempunyai nama yang gah dan telahpun mati, tapi kembali hidup semula!
Dan pendapat aku ini dikukuhkan lagi dengan email kedua yang aku terima dari Reviewme. Ini emailnya:

Satu referral yang kita bawa dan siap reviewnya untuk di terima oleh advertiser itu, kita akan dibayar sebanyak USD25.00. Lebih kurang sama dengan offer yang diberikan oleh Text Link Ads.
Mengapa sama?
Sebab kedua-dua program text link ini datangnya dari satu syarikat BESAR yang sama iaitu Media Whiz.
Aku rasa aku pernah mendapat bayaran dari link referral di TLA suatu ketika dulu. Yang menarik referral itu datangnya dari orang Melayu sendiri. Namanya Mior Khairuddin Mior Muhammad Zaki. Aku tak kenal sebenarnya hamba Allah ini tapi terima kasih aku ucapkan

So itulah antara bukti yang broker seperti mereka akan terus memberikan kita offer. Jika mereka sanggup bermati-matian untuk meletupkan pasaran blog advertising, mengapa kita tidak mahu menyediakan blog yang mereka mahukan?
Tapi bagaimana hendak menjana wang dari program affiliate sebegini?
Mudah sahaja.
Kalau hendak ikut cara hardcore dan inginkan result yang gempak, kenalah keluarkan modal. Iklan kat Adwords ke, Facebook ke dan sebagainya. Tapi kalau tak nak keluarkan modal, letak sahajalah banner affiliate kat blog English kita seperti yang telah disediakan oleh Reviewme ini:
* Login ke dalam akaun Reviewme dan klik under tab “affiliate” untuk dapatkan banner affiliate ini. Jika ada soalan, silalah refer pada page F.A.Q yang telah disediakan oleh kedua-dua program ini ya



masih baru lagi dlm dunia blogging nih, budak baru belajar..
nak jana income dari blog apatah lagi. jauuuh lagi perjalanan. but entri2 cam ni yg jd pembakar semangat, especially tuk newbie cam rose.
rohaizad Reply:
July 8th, 2010 at 10:27 am
Wahh…. !!
First commentator ya orang tu..
Dun wori… pelan-pelan, Rose pun boleh buat… jiran sebelah rumah rose pun boleh… anak Pak Cik selamat pun boleh… Cikgu Senah pun boleh… Amat Kasan pun boleh… tuk penghulu pun boleh… semua orang boleh .. hehe
zam Reply:
July 8th, 2010 at 11:20 am
Malaysia Boleh!!!
donny Reply:
July 8th, 2010 at 6:04 pm
kalau Worldcup Malaysia x lepasla..hehe
madlut Reply:
July 8th, 2010 at 6:47 pm
potong stim la ko donnie..haha
donny Reply:
July 8th, 2010 at 9:54 pm
Stim aku nampak penyu 2 Mad, haha
boleh bagi sikit tips buat blog english ni?
pernah buat, tapi persaingan tinggi sangat..mungkin salah strategi ..
rohaizad Reply:
July 8th, 2010 at 11:00 am
Kalau lihat betul-betul, ada satu tips yang besar telah diberikan dalam artikel ini… hihi
Mafff! Sempoi!
apa yang aku boleh katakan, memang mantap dan tak sabar nak tunggu pr naik
Nak tuntut ilmu dengan cikgu ijad ! ! ! !
Akak ni bukan setahun jagung, tapi masih benih jagung
donny Reply:
July 8th, 2010 at 6:06 pm
bila dah matang boleh beri anak ayam makan jagung tu..hehe
Tak kan aku nak ucap tahniah pada ko? Ko dah selalu dpt income camni…dan tak heran sgt kan? Hehe…
Anyway….tak ucap tahniah…tapi aku ucap job well done bro!!!
Yang penting selain dot com sendiri.. kena mantapkan PR dan trafik.. baru iklan mau mari… haish… banyak kerja aku kena buat neh..
hehe..best2 gitu..aku pula sedang menaikkan dua niche baru..tak sampai sebulan lagi kedua-duanya..:D
satu tu dah hari-hari ada click kat adsense..kalau dulu adsense aku tak sampai pun USd10, tapi blog tu je dah wat aku cecah USD100..hehe.nak tunggu lama sikit baru best nak cash out..:D
Baru nak update blog,dah exceed bandwidth limit..argggg!
mmm…
bestnya bila pandai macam ijad ni
wahhh bro ijad tq.. teruskan entri2 pembakar semangat camni…!!
hmm aku pun tgh layan program rasmi camni…
kalau dapat income referral nih..memang best la..dulu pernah dapat..sekarang dah jarang..
aku dah jarang dapat offer dari reviewme..sp je slalu..
good job! boss, socialspark okay x? bleh review skit
thanx for sharing bro… moga2 sem2 2010 ni berhasi…amin…
[...] Mudah je… pilihlah manual approve. Dia punya feeling tersangatlah best sebab kita ada hak untuk menentukan sama ada advertiser tu boleh beli keyword atau anchor text di blog kita atau tidak. Sila rujuk entri ini untuk prosedur manual approve. [...]
Diulas pada March 9th, 2011 at 9:24 am