Buat duit dari blog – 1 blog atau banyak blog?
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Tips - Tarikh diterbitkan: July 13, 2010 onlineBuat duit dari blog atau make money from blog merupakan keyword yang sentiasa panas dan malar segar. Ia sentiasa mendapat perhatian dari seluruh dunia tidak kiralah musim apa pun. Malah kalau di bandingkan dengan Piala Dunia yang baru lepas ini, keyword ini masih lagi berada di tangga teratas setiap dari pengguna internet.
Sejak dari kecil lagi kita selalu mendengar pepatah ini “Rajin Berusaha Tangga Kejayaan”. Dari dalam kelas, pada waktu perhimpunan sehinggalah Hari Terbuka… pepatah yang sama juga digunakan lebih-lebih lagi dari mulut insan yang bernama cikgu.
Persoalannya sekarang, mengapa sesetengah dari kita seolah-olah tidak faham maksud pepatah itu sehinggalah habis belajar tingkatan 5?
Jawapan bagi soalan ini sebenarnya sudah lama ada di dalam minda aku. Cuma sebab sebenar mengapa aku tidak pernah kongsikannya di dalam blog ini ialah kerana aku tidak berapa pasti jika jawapannya adalah benar ataupun tidak. Juga aku takut jika di katakan riak pula oleh sesetengah orang.
Tetapi apabila soalan ini diterima semalam, aku rasa mungkin sesai untuk untuk aku keluarkan jawapannya. Bukan apa, aku kepingin sekali jawapan ini dilihat dari sudut yang berbeza. Perspektif yang subjektif.
Soalan:
Untuk membuat duit dari blog, adakah 1 blog memadai ataupun diwajibkan mempunyai banyak blog?
Baiklah.
Jika kita mempunyai banyak blog, maka lebih tinggilah kemungkinan untuk mendapat lebih banyak duit. Yup, itulah tanggapan secara logik yang ramai dari kita pernah fikirkan sebelum ini. Sebab utama tanggapan ini wujud ialah apabila kita terbaca cerita dari blogger yang berjaya dengan blognya sendiri.
Lebih malang lagi, cerita tu dibaca oleh mereka yang belum pernah ada blog. Disebabkan itu, minda mereka umpama telah di’doktrin’ dengan perkiraaan yang memang sungguh masuk akal (banyak blog, lebih banyak income). Konsep yang logik dan mudah.
Perlu dimengerti bahawa pada ketika konsep itu dicerna oleh minda sebagai pemahaman, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Pencernaan yang diterima itu sama sekali tidak berpijak pada fakta asas yang kukuh dan relevan. Pepatah “Rajin Berusaha Tangga Kejayaan” semakin pupus kerana cerita yang sampai kepadanya tidak lagi melalui tangga, tetapi LIF. So semuanya “nak cepat”.
Jadi untuk melihat kebenaran pepatah ini, bagi aku jawapannya cuma satu sahaja iaitu MESTI BERJAYA dulu. Tidak kiralah apa jua sekalipun, carilah kejayaan pertama dan nikmatilah kejayaan tersebut. Setkan “target” dan fokus padanya.
Untuk mengaitkan jawapan aku ini dengan soalan yang di tunjukkan di atas, kita sebenarnya boleh memulakannya. Carilah kunci kejayaan blogger yang sudah berjaya buat duit dengan blog itu. Cubalah selami sejarahnya dan lakukan kajian sendiri mengenai blog yang telah memberikan kejayaan pada blogger tersebut.
Antara persoalan yang mungkin membantu ialah:
1. Mengapa blognya berjaya?
2. Bagaimana blogger itu melakukannya?
3. Apakah perbezaan blogger itu dengan berjuta blogger yang lain?
4. Adakah blogger itu mula menulis atas dasar SEO atau adakah dia menulis dengan “rasa”?
5. Apakah keunikan ada pada diri sendiri sehingga pembaca rasa tidak rugi untuk bertandang ke blog yang bakal dibangunkan nanti?
Jika itu semua dapat memberikan sedikit info pun sudah memadai. Inilah yang di katakan sebagai asas. Jika asas kita kuat, kita akan jumpa banyak lagi jalan kejayaan. Dan setelah kita tetapkan matlamat itu, kita mestilah berusaha untuk mencapainya.
Kejayaan adalah satu perkara yang kita sendiri mahu. Katakanlah kita mahukan pendapatan sebanyak RM100 dari blog bahasa Melayu, cubalah sampai dapat untuk memegang RM100 itu. Cari kekuatan diri sendiri sebagai blogger dan isi kandungan yang ditulis.
Apabila kita boleh kekal pada RM100 sebulan, di situlah jawapan kepada persoalan mula terjawab. Iya, kita sudahpun BERJAYA. Matlamat telah tercapai (walaupun RM100) dan jika pada waktu itu kita rasa 2 blog boleh menambahkan lagi income, maka buatlah.
Nikmatilah kejayaan pertama yang di idamkan kemudian barulah beralih pada kejayaan yang kedua…. ketiga… keempat… dan seterusnya. “Berahikan” rasa kejayaan itu supaya ketagihan terhadapnya sentiasa ada.
Perasaan yang sama aku rasakan bila blog English pertama dan blog Melayu pertama yang usahakan hampir setahun membuahkan hasil. Masing masing memakan masa hampir setahun…. umpama mengayuh basikal di dalam hutan. Letih.
Eksperimen demi eksperimen aku lakukan tanpa ada profesor yang memantau. Dan apabila lahirnya kejayaan pertama, maka aku ketagih untuk kejayaan yang kedua. Sehinggalah aku mempunyai berpuluh-puluh blog sekarang.
Aku sudahpun merasai kejayaan blogging yang aku sendiri mahukan dan setiap kali kejayaan itu berulang, ianya sungguh manis. Lebih manis dari senyuman Hanis Zalikha, Fida Aishah mahupun Elly Mazlein.
Tapi itu tidak bermakna yang aku ini bagus. Seperti yang aku katakan di atas, pandanglah entri ini dari sudut dan perspektif yang berbeza. Aku sekadar berkongsi sahaja.





Jadi nya conclusion nya, mantapkan blog yang ada dulukan. barulah boleh menambahkan blog yang lain.
liza Reply:
July 13th, 2010 at 10:23 am
betul tu abang azhar..apa url ter baru blog? domain lama dah expire ek?
Azhar Reply:
July 13th, 2010 at 10:35 am
betul bro. domain lama dah expire sebab idea berkecamuk. so now nak focus pada niche blog. 2 dah setup and proses updating. another one waiting for shafik yg tengah sibuk sekarang pindah rumah. so tunggu dulu lah..
kalau ada buat sessi revision, inform yer.
Ayah Aiman Reply:
July 14th, 2010 at 12:42 am
lps nie kena lebih fokus…
hmm soalan lazim ni, mmg benar cuba dapatkan hasil dari blog itu dahulu rasakan kemanisannya dahulu. Kalau kita ada seberapa banyak blog pun jika tiada hasil, susah juga.
jika mahu betul2 serius, tak kisah kalau ada satu blog pun.. sahut cabaran diri sendiri untuk mendapatkat satu dollar pertama, rasakan ke”best”an nya. haa bila dah dapat, dah sedap.. confirm nak lagi..
zik Reply:
July 13th, 2010 at 11:16 am
macam pernah baca je dapatkan 1 dollar pertama nie..hehe
kalau belum ada apa2 hasil dan ada strategi yg baik, banyak blog pun tak kemana…mungkin jadi buang masa dan tenaga je..selalunya bila fikir nak duit cepat la, bukan menulis atas sebab minat (err..bukan orang lain, saya sendiri ni..)
anyway, thanks info ni…
rohaizad Reply:
July 13th, 2010 at 4:47 pm
Thanks Sufian atas nasihat yang diberikan
apsal fida aishah termasuk sama jugak ni?
lol
sayang org yg nak kaye di blog ni xbaca pon entry2 camni, buat sombrono je
hehe
Kujie Reply:
July 13th, 2010 at 3:49 pm
Joe…. ajak geng GB datang baca..ramai yang nak kaya kat sana
rohaizad Reply:
July 13th, 2010 at 4:32 pm
Betul juga tu ye Joe. Ramai yang nak kaya cepat sebenarnya
samdaddycool Reply:
July 14th, 2010 at 9:39 pm
Bak kata Ijad, senyumana manis… (tiada risiko diabetes)..
Bagus post ni. membuka dan memperbaiki minda orang2 baru macam akak. kalau baru nak melangkah tapi mindset tak betul, tak ke mana juga.
thanks
rohaizad Reply:
July 13th, 2010 at 4:35 pm
Thanks for the support
saya hanya mampu jaga satu blog saja..
alhamdulillah, mendatangkan hasil…
mungkin kalo jadi full time, boleh lebih kut..
rohaizad Reply:
July 13th, 2010 at 4:35 pm
Itu yang sebetul-betulnya… “mampu”.
p/s: hakikatnya ramai yang tidak mampu, buat-buat mampun. thanks for the clarification
hoho..kenapa bos aku ni dah berubah cara menulisnya..hehe
rohaizad Reply:
July 13th, 2010 at 4:39 pm
Berubah?
Mana ader… ko ni, perli aku ler tuh… haha
cyza Reply:
July 13th, 2010 at 8:59 pm
Aku sebenarnya bersependapat dengan wanmus.
Aku dah pantau tulisan ijad few days ni, malah maybe dari seminggu dua ni, macam dah lain sikit style nya. Aku tak nak lah tegur sebab takut aku sorang je yang rasa camtu…tapi bila dah ada yang tegus, aku pun terpaksa setuju.
Takleh lah nak komen banyak kat sini. Aku rasa boleh di bincangkan di Pinang.
Aone Reply:
July 13th, 2010 at 10:18 pm
sori mencelah coz xtau citer dari mula…aku rasa rohaizad sdg mencari ‘kelainan’ or ‘hijrah’..sori beb menyampuk.,sori.
sufian Reply:
July 14th, 2010 at 12:46 am
blog dah tukar theme baru, stail pun dah tukar ala2 terminator gitu, style penulisan pun sama ler..tapi dalam hati tetap ada taman!
wanmus Reply:
July 14th, 2010 at 9:25 am
ijad..haha..kan dah cakap lain..orang lain baca pun boleh nampak “taman” tu..haha
rohaizad Reply:
July 14th, 2010 at 11:09 am
Yelah tu.. mana ader… weyy
Kan bagus kalau Ijad boleh berkongsi cara dia utk dapatkan PR untuk Blog…
PR ni satu advantage
rohaizad Reply:
July 13th, 2010 at 4:58 pm
Backlinks… backlinks… do follow backlinks
Betul2 bermotivasi. Dapatkan kejayaan pertama dahulu, baru kejar kejayaan kedua, ketiga puluh, keempat belas dan kelima ratus..
rohaizad Reply:
July 13th, 2010 at 4:40 pm
Itu sudah pasti… tapi kita mesti “rindukan” kejayaan untuk terus berjaya
kalau nak rasa kemanisan hasil dari blog, kn ada satu benda iaitu SABAR dan tidak mudah putus asa
rohaizad Reply:
July 13th, 2010 at 4:47 pm
Absolutely right Mr Mijie!!!
Setuju dengan apa yang dituliskan, dan ianya merangkumi apa jua bidang yang ingin kita ceburi, kunci kejayaan adalah fokus dengan apa jua yang kita ceburi dan lakukan. Selepas berjaya barulah cuba melakukan benda yang lain atau mengembangkannya.
Pepatah menyebut “Dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”. Bertepatan dengan konsep fokus tadi.
rohaizad Reply:
July 13th, 2010 at 4:46 pm
Betul….memang betul. Pepatah itu tepat sekali untuk kes di atas.
Thanks
Assalamualaikum Tuan Rumah,
Seronok membaca komen wanmus “hoho..kenapa bos aku ni dah berubah cara menulisnya..hehe”
Ingatkan saya saja yang perasan…
Barangkali penangan ilham “pulau perhentian”
Betul ke Tuan Ijad…? Ehem…!
Salam ceriaf & inspirasi
“Pray hard, work smart & creative”
Assalamualaikum
Dan ini memang luar biasa “Sehinggalah aku mempunyai berpuluh-puluh blog sekarang.”
rohaizad Reply:
July 13th, 2010 at 4:41 pm
Biasa-biasa saja
fokus… fokus… fokus….
rohaizad Reply:
July 13th, 2010 at 4:41 pm
Hehe… kena ulangi selalu ayat itu
Yang penting, ada concentration.. Klu ada 1 blog tapi tak leh concentrate n maintain, membazir jugak kan? Klua ada banyak, lagi lah lintang pukang. So, elok concentrate pada yang satu dulu.
rohaizad Reply:
July 13th, 2010 at 4:42 pm
Yup, betul Zaki… sokong 200%!
Sabar dan fokus itulah benda yang susah untuk di amalkan..tp jika diri sentiasa diberi motivasi, insyaAllah..ianya menjadi lebih mudah
rohaizad Reply:
July 13th, 2010 at 4:48 pm
Motivasi juga adalah makanan MINDA
ya… menarik catatan ini…
bagi saya ada beberapa perkara yang win win….
kadang kadang… saya nak apply application cpa… tidak semestinya 1 blog sahaja…
kadang kadang mereka nak by niche… so itu yang kena ada banyak….
tapi kalu newbie kena mula 1 dah cukup…faham system dulu
X kisah ler 1 atau beribu pun blog yg ader yg pntg blog2 tu kena mantap dr segala aspek, traffik kena bertali arus dan yg pntg penulisan tu kena sentiasa segar (walaupun entry thn lps tp still mempunyai aura menggerakkan pembaca membuat sesuatu). Aku tertarik dgn soalan nie…
4. Adakah blogger itu mula menulis atas dasar SEO atau adakah dia menulis dengan “rasa”?
Bole kupaskan lg x En Ijad. Pd aku SEO nie berkait rapat dgn rasa. Tanpa rasa, SEO tu mungkin x menjadi. Org selalu menulis penuh perasaan tp terlupa pd kehendak SEO.
rohaizad Reply:
July 13th, 2010 at 4:45 pm
Kupas?
Insya Allah akan dikupas nanti Encik Logam
pelan-pelan kayuh kata orang..haha(ayat stereotype)..
roselin Reply:
July 13th, 2010 at 3:20 pm
a’ah. rose dah ada 2 website (minta tolong kawan buatkan, rose masukkkan content je) – 1 website dlm bhs melayu dan 1 dlm bhs inggeris. both websites still new – tgh dlm proses nak tambah content, backlinks dan naikkan ranking. perjalanan masih jauuuh..
pelan – pelan kayuh..
kalu dah ok nanti, lepas nih cadang nak buat blog pulak. 2 niche dah kenal pasti. tunggu masa nak tambah ilmu masa bengkel blogging nanti. (ilmu blogging masih cetek ler..)
Kesimpulan yang aku dapat:
1) Belajar ilmu blogging
2) Fokus kepada satu cara dahulu..bila dah mahir baru belajar yang lain
3)Mesti ada minat & kesungguhan yang tinggi
4)Kejayaan diukur berdasarkan apa yang disasarkan
rohaizad Reply:
July 13th, 2010 at 4:43 pm
Teruskan ulang perkara itu selalu, pasti akan ada kejayaan menunggu
cyza Reply:
July 13th, 2010 at 9:02 pm
Adamfaiz,
MEh aku tambah satu lagi….invest on knowledge to develop your business dan Invest for tapak kedai dan sign board business.
Kalau ko perlukan support aku, you have my number.
1 blog pun boleh dapat pendapatan yang tinggi. asalkan blog tu berkualiti.
bluedianthus Reply:
July 13th, 2010 at 3:33 pm
Setuju dengan pendapat miziology.
Buatlah blog yang bermanfaat..lebihkan positif, kurangkan negatif..
Yakin dan sabar..usaha..usaha..
puas kak jie dok senyum depan pc ni..tak cukup manis lagi
hehehe
menulis dengan ‘rasa’ lebih indah – kita dekat dgn blog sendiri dan kita menghargai tiap huruf yg kita taip dalam entri
rohaizad Reply:
July 13th, 2010 at 4:44 pm
“Feeling” itu penting, kan Kak Jie?
p/s: emak saya kata manis tersenyum depan PC takper, sebab lebih baik dari kencing manis… hehe
kejayaan yg berkekalan tidak datang dalam masa yang singkat.
tetapi sebelum nak kenal erti kejayaan itu, perlu berkenalan dulu dengan kejayaan dan sahabat baiknya iaitu kegagalan.
bergantung kepada individu tersebut, nak ada banyak blog atau tidak. yg pasti, setiap penulisan perlu ada daya tarikan bknnya menulis dengan kadar yg cincai.
satu blog boleh diperbagaikan niche nye melalui katagori.
banyak blog..kena ada banyak niche.
yg penting kena tulis artikel sendiri. bukannya copy n paste.
tu baru ROCK
rohaizad Reply:
July 13th, 2010 at 6:19 pm
Blogger mesti kental !
ramai yang tak paham tentang passion dalam blogging..seperti kita melakukan sesuatu yang kita minat…kita sentiasa buat yang terbaik..selalu orang akan tertarik untuk berblog bila ramai yang dah buktikan dengan blog, kita leh dapat income..tapi macam mana?
itu la persoalan yang kebanyakan blogger baru nak tahu,dan bile dalam masa yang singkat tak dapat..so cara selamat adalah buat blog percuma..then tak dapat hasil dalam 2,3 bulan…boleh delete atau biar macam tu je blog tu..itu la yang terjadi pada aku dulu…
tapi passionate aku terhadap blogging tak pernah luntur..aku beranikan diri dengan berblog dalam bahasa Melayu dan ada domain sendiri..setelah belajar dari kesilapan dulu,banyak yang aku improve dan aku inginkan sesuatu yang lain, dan Allah itu Maha Mengetahui..aku jumpa Rohaizad.com dan dengan nekad aku join seminar smartblogging..dan kini…Adsense aku dah boleh withdraw setelah 4 tahun akaun tu terpendam luka..chewah!
rohaizad Reply:
July 13th, 2010 at 6:19 pm
Damn… !!!
Cerita adsense ko ni betul-betul memotivasikan… best !!!
reezluv Reply:
July 13th, 2010 at 6:21 pm
hari2 aku senyum tengok akaun adsense aku..hihi
Logam Reply:
July 13th, 2010 at 7:18 pm
Huhuhuhuh… 4 thn tu. Aku pun mungkin akan mengikuti jejak ngko nie. Dah sthn lbh br USD20 s’thing jer.
reezluv Reply:
July 13th, 2010 at 7:24 pm
ok la tu setahun..aku tahun pertama…yillek!
Aone Reply:
July 13th, 2010 at 10:10 pm
adsence pun merupakan salah satu ‘focus’ aku..,disamping benda2 lain agi..doakan kejayaanku jua.
orang nak cepat sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini. kalau diletakkan lif/escalator bersebelahan dengan tangga, cuba kira berapa peratus yang akan naik tangga? sekarang ni ramai nak cepat dan juga selesa.
seperti biasa good post by saudara ijat. tq.
Bila aku baca entry kali ni terkena plak aku…aku leh katakan banyak jugak blog. tapi still update walaupun kadang-kadang. lepas ni, aku cuba untuk maintain kan…yang silap kena betul kan cepat. lagipun aku masih baru dalam blogging.
zaazz….btul2…yg pnting berblogging kena ikhlas..dan jgn kejar duit…bak kata pepatah sendiri,
“kita jgn mengejar kejayaan tetapi kejarlah kecemerlangan..bila kita cemerlang, kejayaan akn mengekori kita dr belakang.”….huahuahua
saya yang satu tu…pun belum berjaya lagi.
tak pe… orang tua cam saya ni biasanya penyabar.
buat ikut rasa, macam kujie cakap tu,
tapi saya percaya, blogger macam ijad ni mesti ada satu lagi kriteria, iaitu bijak…
Mula2 buat blog sebab $,tapi tak bleh P… sekarang ni focus pada traffic dulu.
Salam Rohaizad..,terima kasih memberi pendapat / pandangan yg membina..
“pandanglah entri ini dari sudut dan perspektif yang berbeza”..,seperti yg saudara nyatakan..,
merupakan jawapan yg dicari-cari sebelum ini dan juga tdk dpt dinafikan menjadi salah satu entri yg ‘meletup’ di blog saudara skrg.
Mana mungkin bayi lahir terus berlari…
betul jugak kata donnyien..=) hee…traffic di blog saya masih sket…camne nak jana pendapatan…huhu..tersipu2 malu…=) masih cetek sangat ilmu di dada, hati dan jari jemari yang menulis ni…=)
Betul kata bro tu. Satu blog pun dah mcm2 nak buat … make one work then only make another one work
ibnujusup Reply:
August 2nd, 2010 at 5:14 pm
klu yakin boleh, insyaalah, sekali byk blog pun boleh… yg penting sheduling…
macam bro ijad kate… berusaha tangga kejayaan
Dulu-dulu memang start 1 per 1 tapi sekarang boleh start sekali dua, sebab dah ada formula. cuma tak cukup tangan aje
ibnujusup Reply:
August 2nd, 2010 at 5:12 pm
slow2 slow bro… mule2 memang susah, lame2 rilex jer… selamat berusaha..:-)
byk blog, byk RM…. insyallah..
[...] awal pembabitan aku dalam dunia blogging, aku hanya mengfokuskan pada pagerank blog untuk buat duit dari blog. Ya, sebab aku adalah seorang penjual links yang [...]
Diulas pada August 18th, 2010 at 1:21 am