Bicara tentang rezeki
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: July 14, 2010 onlineJam dah pukul menunjukkan pukul 3.30 petang. Aku baru je sampai rumah setelah menyelesaikan beberapa perkara. Dalam kepala ada 4 lagi job belum siap… revamp weblog client, new weblog order…. paid post job pun ada.
Hari ini juga aku tak breakfast, tapi aku brunch terus. Kalau dah breakfast pukul 11.30 pagi, dah kira breakfast+lunch` kan? Yang pasti, tadi aku makan soto lagi di kedai Nasrah. Sedap weyyy….
Sampai sahaja di kedai soto Nasrah tu mata aku melilau mencari mak -owner kedai soto- (aku panggil orang tua tu “mak” sebab dah pangkat mak pun) tapi dia takde. Mana pula perginya orang tua ni…
So aku tanya pada pembantunya, “Bibik, mana mak?”
“Mak ada di depan tu… tengok kereta”
“Haa… tengok kereta? Mak beli kereta baru lagi ke? Biar betul…” tanya aku.
“Tidak… itu haa, tadi ada orang datang, dia ajak mak tengok kereta barunya. Dia kata menang pertandingan. Tu kat depan tu je, pergilah tengok… ” balas pekerjanya.
“Ohh… ya ke? Takperlah kalau macam tu. Hari ini saya nak makan di sini, tak bungkus” kata aku.

Kemudian, aku terus duduk dan order pula air. Tak lama lepas tu soto pun dihidangkan. Sedang sibuk menghirup kuah soto, tiba-tiba mak sampai. Aku terus tegur, “pergi mana mak?”
Mak menjawab,
“Pergi tengok kereta orang tu haaa… besar betul, menang pertandingan katanya. Harga kereta tu RM140 ribu… untung betul dia”.
Aku tersenyum lihat wajah mak. Sama dengan wajah mak ketika aku nak beli kereta dulu. Kemudian, aku terus menjawab, “dah rezeki dia mak… Tuhan nak beri”.
Lepas tu mak terus menyambung,
“Memang bagus budak lelaki tu… tak pernah tinggal sembahyang, puasa sunat pun rajin. Selalu bawak orang tuanya pergi jalan bersama. Tapi dia tak kahwin lagi.. macam ko. Apa pun mak faham, nak cari perempuan nak dijadikan bini di JB ni bukannya mudah. Kita ni kahwin bukan sebab dia tu perempuan je, tapi sebagai teman hidup“
Kali ini aku tersenyum…. senyum kambing gurun… blushing. Adehh… mak ni kalau berbual satu kampung boleh dengar. Siapa tak kenal dengan suara mak, peniaga soto berjenama Soto Nasrah di Kg Melayu ni. Awek 2 orang yang tengah makan kat sebelah meja ni pun dengar, sambil tergelak. Cisss… tapi last part tu aku respek pada pendapat mak.
Haha…. aku terus tersenyum… dalam hati aku berkata, “makan dalam betul ayat mak tadi”. Tapi aku dan mak kalau berbual memang selamba sebab aku orang berniaga makanan, sama dengan dia. Niche yang sama, kepala boleh layan.
Sambil aku berbual dengan mak, aku perhatikan je riak mukanya. Sesekali aku tanya juga pasal rumah FREE baru mak yang berharga ratusan ribu tu. Dia kata biasalah… kekok sedikit, tak macam rumah lama… ada tanah, ada laman… ada pokok rambutan.
Iya… rumah mak dan rumah jiran-jiran mak yang lain semuanya di ambil oleh kerajaan untuk buat highway. Siapa yang duduk di Kampung Melayu mesti tahu dan nampak kawasan tersebut. Terletak sebelum traffik light Kampung Ubi. Semua dah clear, dah kena roboh… dan semua dapat pampasan. Bukan sikit… banyak. Rezeki lagi….
“Rezeki orang tu dapat kereta besar mak, tapi rezeki mak pula rumah baru dan pampasan tu…” aku mengusik. Emak tersenyum tapi jelas terbayang yang dia rindukan laman rumah lamanya. Hurrmmm.. rezeki masing-masing…
Tak lama lepas aku habiskan santapan, aku teringat pula duit motor belum bayar. So aku bergegas bayar duit soto pada mak, lepas tu terus ke kedai motor.
Sambil bayar tu aku tanya pada mak, “Bulan puasa nanti, mak berniaga?”
“Takkk…” laju je mak menjawab.
Then mak sambung lagi,
“Tahun ni mak tak nak beriaga, mak nak berehat… mak dah penat. Bibik 2 orang tu biarlah dia cari kerja lain untuk sebulan tu…taulah diaorang mencari rezeki nanti”.
“Betul juga tu mak ya, sesekali kena berehat” aku mengiyakan. Kemudian mak tanya aku lagi, “emak dengan ayah ko kat rumah sihat?”
Aku angguk dan berkata,
“Sihat mak. Ada kat rumah tu… berehat sambil bercinta… honeymoon je sepanjang hari, sambil melayan Astro”.
Mak tergelak dan terus berkata,
“Tunggu jap, mak nak bungkuskan lontong dan soto nasi. Nanti balik rumah bagi emak dan ayah. Alaa… takper, dah nak bulan puasa ni. Nanti bulan puasa mak dah tak meniaga. Rezeki jangan di tolak…”
Itulah perangai mak.
Kalau aku makan seorang diri kat kedai dia, mesti ada makanan yang dia bungkuskan untuk emak dan ayah di rumah. Itu pasal la aku lebih suka beli bungkus sotonya dan makan di rumah. Kadang-kadang aku pula yang naik segan. Apa pun, dah namanya rezeki kan?
p/s: Teringat kata-kata mak sewaktu makan soto kelmarin, “mak ini kalau ada anak perempuan, dah lama mak kahwinkan anak mak tu dengan kau… tapi bukan rezeki mak”









Nampak menarik gambar tu… kecur terus dibuatnya… kat kg melayu tu kat mana jer kedai “mak” ni bro?
rohaizad Reply:
July 14th, 2010 at 5:52 pm
Di bazaar medan selera depan Pejabat Pos, kedainya di bahagian tengah (dalam)
donnyien Reply:
July 14th, 2010 at 9:19 pm
aku tahu tempat ni..hehe
citer pasal kawin lagi..
bagus la tu, law of attraction. perbanyakkan keyword tu kt blog nih, cepat le jodohnye nanti.
Uisshhh.. berselera tengok gambo tu.. seronok dengar rezeki masing-masing, samadayang usaha sendiri ataupu yang ‘terpijak’. Allah punya kuasa tentukan rezeki. yang penting usaha kita juga sambil berdoa dan jalankan tanggungjawabnya.
sedapnya..lapar aku tengok..ops keluar tajuk pula..maaf
mak ko nak gak tengok cucu dari benih ko jad…jad ko makan kat roundabout tu eh? terbaik beb soto dia huhuhu rindu siot nak balik jb waaaaaa
aku tengah tenung soto tu dan membayangkan kelazatannya
rezeki? kerja kita cari je,jumpa tak jumpa bukan urusan kita,jad
….jodoh pun termasuk dalam kategori rezeki tapi RM.com memang aku punya…kahkahkah
orang pemurah, rezekinya pun murah
jangan takut untuk memberi…
mak ko tu best la.nanti aku gi JB jom p sana?hehehe..:D..cam sedap je tengok ko cite..hehe
Assalamualaikum Tuan Rumah,
Ayat terakhir “Mak” tadi memang melekat….”p/s: Teringat kata-kata mak sewaktu makan soto kelmarin, “mak ini kalau ada anak perempuan, dah lama mak kahwinkan anak mak tu dengan kau… tapi bukan rezeki mak”
Hai….ada sesiapa yang ada adik @ kakak perempuan di sini….? Ehem!
Ambo ada seorang adik ipar, kerja BSN , solat tak tinggal, orangnya putih, suka bergaya, cuma bukan blogger…sedang mencari-cari juga tuuuu..
Apa macam tuan rumah?…
Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard, work smart & creative”
Assalamualaikum
Jadi “orang tengah” / jadi tukang macthing banyak pahala…jom kawan2 kita pakat2 rekomen pada Tuan Ijad kita…Rasanya dah dekat jodohnya tu..
Salam… tapi tuan Ijad dia senyap jer 2? kalau perempuan senyap tandanya suka… kalau lelaki aku tak tau…
Haha…mcm dh ade tanda2 untuk hampir meninggalkan alam bujang je…
mudah-mudahan bertemulah dgn teman hidop abg ijad tu yer…hahaiii
rohaizad Reply:
July 15th, 2010 at 10:09 am
Ahahaha….. siot jer
Buny-bunyi ayat ‘mak’ cikgu ijad tu macam dah masanya seruan cari jodoh. Apa pun semoga bertemu dengan teman hidup yg solehah.
Tengok gambar soto tu, terliur dibuatnya
cerita yang menarik ni dan yg paling tertarik adalah awek 2 orang duk sebelah yg tergelak sakan hehe….apa2 pun moga para pembaca sekalian mendoakan bro rohaizad ditemukan jodoh…dan seakan-akan ini petanda zaman bujang bakal berakhir?haha
Mula-mula nampak sup soto, rasa lapar la pulak. Ni mesti sedaplah. Kalau bro Rohaizad belanja kan mesti best… hehehe gurau jer…
last ayat dlm article ni memang best… mungkin bukan rezki bro ijad kawin lagi kot.
x pun saje nk tunggu dulu..hmmm