Ingin beriklan? Sila klik di sini


Tajuk entri – “Blogger Yang Tersepit”

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: July 22, 2010 online

Okay, idea ini timbul setelah jiwa blogger mula menerjah ke satu kawasan yang tidak pernah di buka sebelum ini.

Idea ini mungkin nampak tidak kuat, tetapi amat seronok untuk dicuba sebab di Malaysia.. belum pernah ada seorang pun blogger yang pernah melakukannya (barangkali mungkin juga di dunia!)

Macam ni, projek ini senang jer.
Tema dan konsepnya hanya satu sahaja iaitu “CREATIVE dan HAPPY”. Setiap seorang blogger yang ingin menyertainya harus mengarang satu entri dan ianya mesti bertajuk “Blogger Yang Tersepit“…. haha

Tak kiralah apa cerita yang hendak dikarang, ia mesti kena dan bersangkut paut dengan tajuk tu. Mudah kan?

Kalau ada yang nak tulis dengan intonasi yang serious, dipersilakan. Kalau ada yang hendak tulis dengan nada yang tegas, juga dipersilakan. Bagi yang hendak menulis dalam bentuk lawak jenaka… kamu turut di alu-alukan.

Mungkin ada yang hendak menulis cerita blogger yang tersepit antara dua cinta atau seumpamanya. Bukan apa, projek ini di buat HANYA semata-mata hendak membaca apa yang ada di dalam fikiran kamu masing-masing.

Cuba bayangkan:
Tajuk yang SAMA tetapi cerita yang BERBEZA… mesti menarik`kan?

Dan yang membuatkan ia menarik lagi ialah ini BUKAN PERTANDINGAN. Ini adalah satu aktiviti yang SIHAT untuk semua blogger. Percayalah… mesti cerita yang ditulis nanti akan bervariasi.

Untuk menambahkan lagi thrill dan keseronokan cerita “Blogger Yang Tersepit” ini, semua entri tidak boleh di publish sesuka hati. Maknanya akan ada satu TARIKH dan HARI yang akan ditetapkan untuk diterbitkan. Barulah best… semua orang boleh baca cerita rakan blogger yang lain. Kalau tidak, mungkin kes plagiat ataupun meniru akan terjadi.. dan ini sangatlah tidak best.

Pasal tajuk blogger yang “tersepit” tu, datang secara spontan. No spesifik reason… hehe.

Dan yang pasti, semua entri akan di compilekan dan aku sendiri akan menerbitkan semua entri itu ke satu entri BARU dalam blog ini. Kemudian, aku akan letak satu banner di sidebar dan link’kan ke entri tersebut. Jadinya kamu nanti akan mendapat tempias traffik. Tidak banyak pun, sedikit jadilah kot.

Oh ya, kalau tak nak mention blog ini ke dalam blog kamu pun takper. Tiada apa-apa yang tersurat di sini… atau dengan kata lain, aku bukan ada agenda peribadi (takut ada orang sangka kata rohaizad nak backlinks pula)

Yang pasti, aku yang akan memberikan kamu backlinks. Seikhlas itu akan aku lakukan khas untuk pembaca blog ini.

Semua entri mesti diterbitkan pada 2hb Ogos 2010 sebelum 12 tengah hari :)

Thanks !!!

p/s: Kalau rasa diri itu blogger yang sempoi tetapi kental, marilah join! Ada berani?


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 91 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. mijie said:

    bagi tanda dulu

    mijie Reply:

    ok ni baru betul bagi maklumat

    nama : muhammad tarmizi (mijie)
    blog : http://www.muhammadtarmizi.com

    ok email aku tak mo dedah kat sini, ko pasti boleh tgk email aku kat dasboard blog ko

  2. nanahana said:

    errr cam nak juin tp segan pulak teman.. :P

    rohaizad Reply:

    Jangan segan… ini cerita masing-masing.. bukan contest pun.. :)

    nanahana Reply:

    haha. baik! okess i’m in!

    Nama: Nurul Farhana binti Husain (nana)
    Blog: http://fabulousnana.com/blog/
    Email: nurulfarhana79[at]gmail.com

  3. nak ngoyat gapo kat dalam cite tu??. terfikir plak idea gila kawe.

    rohaizad Reply:

    Apa-apa jer… janji ada cerita yang hendak diceritakan :) Ada berani?

    klcitizen Reply:

    nak cuba juga

    tapi tengah fikirkan isi entri… best ni
    dah karang nanti saya calling-calling di sini ya

    rohaizad Reply:

    Semua entri mesti diterbitkan pada 2hb Ogos 2010 sebelum 12 tengah hari :) hehe

    klcitizen Reply:

    oo.. sudah ada tarikh publishnya ya…
    ok ..roger and out

    klcitizen Reply:

    oops lupa

    nama: Normah bt Mispar
    blog: http://klctizen.blogspot.com/
    email: normahmispar@gmail.com

    MasterPakPandir Reply:

    waaa…bro ijad cabar laa. insyallah…ank jati johor akan sambut cabaran ni. hehehe

    rohaizad Reply:

    Silakan :)

  4. Hello zad,
    saya nak join…
    Nama: Ronald Mohoni
    Blog: naldblog.blogspot.com
    Email: nald84@gmail.com

    bilakah tarikh tutup penyertaan?

    rohaizad Reply:

    Semua entri mesti diterbitkan pada 2hb Ogos 2010 sebelum 12 tengah hari :) heke

    Ronald Mohoni Reply:

    Hentam saja lah..:)
    berapa patah perkataan?
    kalau dah siap kirim kat mana nih bro?

  5. Aqif said:

    Wah, ada pertandingan entri. Seronok! :)

    rohaizad Reply:

    MAsuk jangan tak masuk :)

  6. Eizil said:

    Harapnya tidak terlupa tarikh tersebut. Nampaknya nak kena jadualkan entri tajuk ni, untuk mengelakkan terlupa

    Nama: Mohd Hadihaizil Din (Eizil)
    Blog: http://www.eizil.com
    Email: eizil [at] eizil.com

    rohaizad Reply:

    Okay cun!

  7. reezluv said:

    nak join gak..semua keterangan tu dah ada aku isikan..ke kena letak gak kat ruangan komen ini?

    rohaizad Reply:

    Letak… letak.. jangan nak ngengada.

  8. reezluv said:

    Nama:reezluv
    Blog:http://reezluv.com
    Email:reezluvmedia[a]gmail.com

    rohaizad Reply:

    Cun … !

  9. shahrulfaizi said:

    wah… saya pun nak join.. hehe..

    Nama: Shahrul Faizi

    Blog: http://RemajaBlogger.com

    Email? dah bg dah.. hihi…

    Thanks bro Ijad.. Ada gak aktiviti untuk blogger.. hehe

    rohaizad Reply:

    Thanks… sama-sama kita nantikan cerita mengenai “Blogger Yang Tersepit”… haha :)

  10. aimannajmy said:

    Huhu nak join gak r..huhu idea pkiaq kemudian 2hb kan lambat lagi ahaks!

    Nama : Aiman Najmy
    Blog : http://www.aimannajmy.com
    Email : artichokies@gmail.com

    rohaizad Reply:

    Okay… bagus, sudah makin ramai… kasi mantap!

  11. zam said:

    hmmmmmm……..camno nih….

  12. Fazli said:

    Saya join. satu tawaran menarik.

    Nama:Fazli Izwan
    Blog:www.fazliizwan.com
    Email:fazbiz@gmail.com

    rohaizad Reply:

    Orait… cantik!

  13. BIZZNURSE said:

    Nak Join! Nak Join! ;) Mmg tgh tersepit lg dihimpit nih huhu…

    NAMA: NOOR AZLIN MOHAMAD
    BLOG: http://www.bizznurse.com
    Email: nursenoorazlin@gmail.com

    rohaizad Reply:

    Boleh… silakan.. silakan :)

  14. TintaLuhur said:

    Nama:TintaLuhur
    Blog: http://tintaluhur.blogspot.com/
    Email:firib5593@gmail.com

    rohaizad Reply:

    “Blogger Yang Tersepit”… baik punya tajuk. Mesti cerita dia best :)

  15. bluedianthus said:

    Belum tahu apa lagi nak tulis. Apapun, count me in.

    Nama: Bluedianthus
    Blog: http://www.bluedianthus.com
    Email: bluedianthus[a]gmail.com

    p/s: Nak tolong edit, perenggan ke-3 akhir, datu ditukar kepada satu..terperasan tadi. :)

    rohaizad Reply:

    Ok roger.. thanks :)

  16. roselin said:

    aiih.. ruginye xde blog lg :(
    anyway, gd luck to the others

    rohaizad Reply:

    Takper, nanti boleh baca kisah member yang “tersepit” tu ya :)

  17. sangilapi said:

    mijie,gua terus komen je tak payah letak tanda sebab gua pengomen yang berapa puluh dah…kahkahkah

    jad,kalau letak nama tiba-tiba tak buat entry tu macam mana? kena denda/saman ke ? :)

    nama:johari mokhtar[sangilapi]
    blog:http://rezekimurah.com
    email:bonneyan13@yahoo.com.sg

    rohaizad Reply:

    Tak buat entri tu takper.. tapi rugi…

  18. mus99 said:

    Woit…ramainya, teman pun nak join. Susah gak tajuk nie… tp try dulu tak jadi tak ape…

    rohaizad Reply:

    Takdehal punya.. ini bukan pertandingan.. ini just entri biasa je. Cuma tajuknya je yang sama.

  19. mus99 said:

    Nama: Mus
    Blog: http://rezekihalal.net
    Email: mus99@ymail.com

    Mula-mula dah kantoi… tak ikut format..

    rohaizad Reply:

    Bestlah Mus… sesekali buat benda seronok maca ni…best gak :)

    sangilapi Reply:

    woo…ada ‘kembar’ aku kat sini :) …hai mus99 !

    mus99 Reply:

    Salam, hai hari ni cari rezeki di mana..? wow…best dpt jumpa kembar… thank rohaizat pertemukan kami, dua rezeki..!
    Jauh pelayaran luas pemandangan, banyak pengalaman…penuhlah blog dengan coretan..

    samdaddycool Reply:

    wah ada kembar (tapi tak seiras ni.. gerenti!)

  20. Ladfe Amir said:

    nama: Ladfe Amir
    blog : http://ladfeamir.com

    email: ladfeamir@gmail.com

    rohaizad Reply:

    Ini macm baru best… lagi ramai lagi seronok.

  21. menj said:

    Aik apasal tukar balik ke theme lama?

    rohaizad Reply:

    Theme baru ada yang problem.

  22. cyza said:

    Dalam English boleh ke?

    Kena translate tak tajuk dia jadi lebih kurang “TRapped blogger”…?

    rohaizad Reply:

    Kali ni kita buat dalam Bahasa melayu :)

  23. madlut said:

    ku tidak mahu ketinggalan ;)

    Nama:madlut
    Blog:http://www.madlut.com
    Email:madlut@gmail.com

    rohaizad Reply:

    Cantek!

  24. miziology said:

    Miziology
    mizhaclan.com
    admin[a]mizhaclan.com

    rohaizad Reply:

    Sila.. sila… lebih ramai lebih best!

  25. Salam, bro. Peserta Smart Blogging mesti masuk punya kan.. hehe join jgn tak join.

    Nama:Zuraidi Zainol
    Blog:www.zuraidizainol.com
    Email:zuraidizainol[at]yahoo.com

    rohaizad Reply:

    Thanks bro… bestlah kalau lagi ramai yang ada.

  26. Kujie said:

    berderet2 orgn join
    kalau tak join…mana nk taruk muka..hehehe

    Nama : Kujie
    Blog : http://www.kujie2.com
    Email : sama seperti di atas :p

    rohaizad Reply:

    Yeee haaa… Kak Jie ada!

    p/s: tak sabar nak baca compilation cerita dari rakan blogger semua.. mesti best kan!

    Kujie Reply:

    memang tersepitlah………. malam tadi baru sampai rumah – pagi ni mamai lagi

    belum draft apa benda….huwaa…

  27. Ali ridha said:

    cerita tersepit saje…….

  28. ann said:

    Kental tak kental, nak join jugak!! haha

    Nama:Anastasia Ann
    Blog:http://www.anastasiaann.com
    Email:anastasiaann2208@gmail.com

    btw saya blogger bru belajar, kodek kodek blog tuan umah ek.. kalau sudi sila tunjuk ajar sekali. hahahehe :)

    rohaizad Reply:

    Wahhh….

    Thanks Anastasia sebab sudi join yea.. takper, ini bukan contest tapi cuma suka-suka share… best best! :)

  29. samdaddycool said:

    Nama: Samdaddycool
    Blog: http://adam-harith.blogspot.com
    Email: sama di atas.

    Kalo boleh Jad pada 1hb Ogos tu, kena bagi satu entry peringatan. Maklumlah, dah tua, kadang-kadang terlupa.

    rohaizad Reply:

    Orait.. aku akan inform pada hari Khamis ni :)

  30. ozzy said:

    salam..
    Saya newbe..ingin turut serta bagi meriahkan lagi dunia blog demi rakan2 blogger…

    nama – ozzy
    blog – http://ozzy2u.blogspot.com/
    email – ozzy2u@gmail.com

  31. [...] ingin dan telah berkecimpung dalam dunia blogging ini. Ini adalah antara kisah aku sebagai seorang blogger yang tersepit dengan wang ringgit mahupun maruah! Posted in Bersahaje 0 [...]

  32. Ijad, I’m in.

    Nama: boy_bersahaje
    Blog: rezamohyin.com
    Email: bersahaje15[@]gmail.com

    http://rezamohyin.com/bersahaje/blogger-yang-tersepit-apa-yang-menyepit-dia/#more-747

  33. [...] ini adalah untuk menyahut sahutan dari abg Rohaizad untuk menulis artikel dengan tajuk yang sama, tapi semestinya setiap cerita ada kisah yang berbeza. [...]

  34. ozzy said:

    Entry telah diterbitkan sila singgah ke blog saya
    http://ozzy2u.blogspot.com/2010/08/blogger-yang-tersepit.html

    rohaizad Reply:

    Thanks, sudah di masukkan :)

  35. [...] seperti yang telah di janjikan sebelum ini dalam entri Blogger Yang Tersepit, HARI INI adalah hari di mana kita boleh membaca semua artikel mengenai Blogger Yang [...]

  36. eyriqazz said:

    Aiseh,baruje tahu pasal ni..kalau tak ble gaks join skali..tajuk yang menarik…

    rohaizad Reply:

    Boleh… silakan

    p/s; dilanjutkan sehingga tengah malam ini :)

  37. Kie-yu said:

    alaaa..nk join dah terlepas dah
    buat la lagi ye bro

    rohaizad Reply:

    Boleh lagi… tarikh tutup di lanjutkan sehingga tengah malam ni :)

  38. [...] Mr. Rohaizad proposed the “Blogger yang Tersepit” entry, I was pretty surprised. How on earth does that idea got into his mind ! Its like he [...]

  39. Salam,
    Baru siap 1 minit y lepas….
    ni linknyer..

    http://www.bizznurse.com/2010/08/02/when-a-blogger-got-stuck/

    Tapi dlm English lah hehe…

    ann Reply:

    @ noor, laaaaaa.. asal nak baca tak dapat load ek??

    hohoho.. officially habis baca semua yang tersepit till 9pm. haha. bessssssssst!

    Noor Azlin @Bizznurse.com Reply:

    kena refresh hehe..

  40. denaihati said:

    Nama: Muhamad Ilham
    Blog: http://denaihati.com
    Email: denaihati [a] yahoo.com

  41. Azuan said:

    Alamak.. tak sempat dah nak mengarang.. idea ngah tak de..

  42. ala terlepas pulak… better subscribe rss kan…xde la missed benda best cam nie… :-)

  43. [...] yang merasa dirinya sempoi dan kental, sahutlah cabaran untuk menulis satu entri dengan tajuk Blogger Yang Tersepit dan mesti dipublishkan selewat-lewatnya jam 12 tenghari 2hb Ogos 2010. Rasa ego tercabar, saya pun [...]

  44. [...] walaupun idea sikit punyalah berlambak. Situasi yang memang menyedihkan. Memang ia membuatkan aku tersepit. Ada masanya keadaan yang membuatkan aku tersepit memang membuatkan aku marah. Jadi sebagai [...]

  45. [...] ini, projek Blogger Yang Tersepit telah berjaya membuka satu lembaran baru dalam sejarah blogging tanah air. Malah tidak keterlaluan [...]

  46. [...] ni en rohaizad de menganjurkan satu ‘acara’ mengenai penulisan blog yang bertajuk Blogger Yang Tersepit. Kali ni beliau tampil pula bersama single terbaru yang bertajuk Blogger Yang Terdesak. Jadi, saya [...]

  47. [...] tentang projek ni atau tidak tahu menahu tapi ingin turut serta, bolehla baca OBJEKTIFnya di sini. Yang pasti selepas entri itu di terbitkan di blog kamu, JANGAN LUPA untuk letakkan link itu di [...]