Ingin beriklan? Sila klik di sini


Porsche, Toyota Caldina, Nissan Fairlady, BMW dan MyVi

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: July 23, 2010 online

Tengah hari tadi di bus top depan Masjid Kg Melayu sebelum sembahyang Jumaat, aku sempat lepak dengan salah seorang member Smart Blogging. Sambil berbual-bual, tiba-tiba datang satu kereta PORSCHE CARRERA baru. Warna PUTIH… mak aiii, cun giler (sebijik macam gambar di bawah)

Kemudian, keluar sorang brader ni… smart orangnya.  Aku tengok kereta Porsche tu, member kita yang lagi sorang ni pun tengok gak. Senyum je dia.

Yang pasti, bawak Porsche dan terus menunaikan solat Jumaat lebih bagus dari bawak motor tapi memekak depan masjid. Bukan apa, aku cuma nak kata yang aku respek la dengan brader ni. Dunia dia kejar, tuntutan waktu pun dia kejar.

Tapi kalau nak tau, member Smart Blogging kita ni pun boleh tahan juga.. dia pakai Toyota Caldina, warna SILVER :)

Kalau dalam Forum Dunia Blogging… member kita ni dikenali dengan nama “Mater”. Dia jugalah orang yang pernah di cerita berkenaan kisah “flush” duit dari Paypal… (pernah diterbitkan sebelum ini di sini… ) haha

Menariknya sewaktu berbual tadi, dia semakin eager untuk menambah blog. Sehingga hari ini -month to date- (1hb – 23hb Julai) dia telah menjana lebih dari RM1500 HANYA secara part time sahaja. Semuanya melalui 2 blog English`nya yang berniche TECH.

Aku nampak keyakinan yang ada, sebab aku pernah merasainya juga. Been there and done that… sebab itulah kalau ada yang mengatakan ianya susah, aku yakin dia kurang bersetuju sebab dia sendiri semakin “galak” menjana wang dari aktiviti bloggingnya. Yang kata tidak itu KITA, bukan ADVERTISER.

Pelik?
Tidak sama sekali sebab bila di tanya, dia hanya fokus pada blog advertising. Bukan pada Adsense, bukan pada affiliate… dan bukan pada program rasmi make money blogging.

Yang ada, hanyalah email dari advertiser yang ingin membayar supaya disediakan space untuk iklan mereka di blognya. Nanti kalau ada rezeki untuk gathering besar-besaran Seminar Advance, Insya Allah dia akan berkongsi pengalaman…

Petang tu, habis solat Jumaat aku chatting pula dengan Boy. Banyak perkembangan yang baik untuk servis Killer Backlink Building yang di jalankan.

Sesiapa yang nak dapatkan ranking dan Pagerank yang baik, bolehlah lihat pakej yang ditawarkan. Walaubagaimanapun, yang seronok dan yang best untuk di kongsikan mengenai Boy ini ialah mengenai kereta idamannya… Nissan Fairlady.

Tak lama lagi, memang dapatlah merasa duduk dalam kereta ini.. hoho

Kemudian aku singgah di blog Boss, owner HujanBatu.com tu. Seperti biasa, dia akan berkongsi cerita gembira hidup seorang blogger. Aku suka.

Paling baru, dia berkongsi tips bagaimana hendak membuat monthly payment subscription. Dengan adanya sistem automation, kita tidak akan terlepas sebarang payment dari advertiser setiap bulan. Satu tips yang baik sebab sebelum ini, ramai yang buat secara konvensional.. iaitu keep emailing for the payment.

Tapi yang hairan, komen pertama di entri tersebut itu amat mengelirukan. Macam mana gravatar aku di guna pakai oleh “aliking”? Adoyai….

Hurrmmm, jika di gunakan untuk tujuan LEGAL aku tak kisah kot. Cuma aku tergelak sakan kat sini… sebab belum beri komen, muka  dah ada…

Boss ni memang suka dengan kereta BMW. Ini kereta idamannya (BMW E36 328i – power 2.8 liter top speed 240km/h):

Kalau ada yang masih ingat lagi, dia pernah cerita mengenai kereta tersebut dalam blognya. Pergilah korek cerita tu sendiri ya :)

Hebat`kan?
Dun wori, ini bukan cerita hendak menunjuk-nunjuk. Ini hanyalah sekelumit kisah di dalam kehidupan seharian. Di pendekkan cerita, kalau kita hendakkan sesuatu… kita mestilah berusaha. No pain, no gain… jangan asyik berteori sahaja. Yang penting, TINDAKAN.

Aku?
Biasalah…. MyVi SE sahaja. Tapi dalam hati memang ada niat nak upgrade… cuma tak nak beritahu sekarang. Dah ada nanti baru bley cerita… hehe

p/s: Oh ya… sesiapa yang hendak join Bengkel Blogging pada minggu hadapan, sila buat tempahan dengan segera. Takde blog, susah nak cerita… dah ada blog, lain pula ceritanya… :)


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 29 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. klcitizen said:

    cantik2 kereta tu semua… apasal semua warna putih… yang last warna hitam.

    tertunggu juga kereta baru ijad… tumpang tengok boleh lah

    rohaizad Reply:

    Sebab hitam itu “menawan” kak…. hehe

    klcitizen Reply:

    ya… tepat sekali

    klcitizen Reply:

    sori … dua tu warna silver ye… buta warna, mintak maap

  2. toyota caldina kan?

    Aku pun ada target gak,alphard seketul…senang ank2 aku lari lari dlm kete,hoho

    rohaizad Reply:

    Alphard?
    Fuhh.. best giler keta tuh.

  3. Hebat jugak…dengan blogging je dah dapat pakai keta mahal-mahal.keta lepat, toyota caldina, foshe…masyukkk…hehehe

  4. shahrulfaizi said:

    tapi saya berkenan MyVi SE warna oren bro Ijad.. hehe..

  5. Shahrul said:

    Bro, Honda Type R kan ada, hehe
    Aku Ferrari simpan dalam almari je.

    rohaizad Reply:

    Orang Johor kata dalam “gerobok”

  6. Aqif said:

    Sikit hari mesti tukar punya bro.

    Hari tu bukan dah tukar ke? Eh. X muat kan? (Video kereta mainan)

    Haha!

    rohaizad Reply:

    Ahahaha… makan dalam betul

  7. madlut said:

    petang tadi pun aku nampak porshe sebijik macam tu, tapi kaler biru, masa aku nak gi semayang asar kat masjid..smart gila, rendah je…respek sama dia punya tuan lah!!

    rohaizad Reply:

    Best betul kan?

  8. zuzila said:

    salam

    Nanti marah toyota pulak..bila masih caldina tukar pada nissan :)

    wow semua power2 kete…bagus bagi motivasi ni.

    rohaizad Reply:

    Haha… thanks bro.. tak perasan plak tadi. Correction has been done :)

  9. aimannajmy said:

    perghh terbaek..bersemangat baca entry ni…dan lg bersemangat nk mengupdate blog daily huhu

    rohaizad Reply:

    Yup… this is a motivation.

  10. shah said:

    Sy tk nk kereta bt mase ni
    sy nk nikon d3s 2 biji lengkap dgn aksesorinye
    nanti bleh tangkap azian yg menjd pujaan hati bro izad cantik2 hehehe

  11. sangilapi said:

    mudah-mudahan tercapai segala apa yang diimpikan :) …mater,boy,boss dan ijad kalau nampak aku tengah tunggu bas,sudi-sudilah tumpangkan aku :)

  12. reezluv said:

    aku dapat ER6 750cc jadi le..tak minat sngat kat keter…

    rasanya keter tu pilihan ketiga kot selepas ER6 dan juga D3s..hihih..

    mijie Reply:

    ER6, fuh tengok member aku pakai pun dah meleleh…bila la aku nye turn

    reezluv Reply:

    ada la tu nanti kot..:D

  13. boss said:

    alahai.. segan la pulak.. anyway thanks, hmm aku rasa ko jad kereta toyota wish hitam.. sesuai dengan ko yang lebih kepada family oriented.. boleh angkut anak buah ramai2.. senang..

    p/s: aku pun pelik apsal muka rohaizad.. nama aliking.. ha ha.. :P

  14. insyaAllah dapat ler tu nnt bro rohaizad.. yg penting, jangan berhenti berusaha. heheh :p

    nway, salams :p lama tak jenjalan ke blog nie. huhhu..

  15. Ali ridha said:

    hehe MyVi SE pun kira ok dah tu.
    nnt dpt juga beli kereta cam tu.janji
    rohaizad terus berusaha.

  16. titan said:

    aku pakai Saga aje. Itupun dah cukup best..hehe :D

    rohaizad Reply:

    Syukur… dah pakai kereta… dulu motor je.

  17. ibnujusup said:

    harap berjaya dapat kereta idaman bro ijad… tak lame dah tu..