Ustaz Pol Pot dari zaman Khmer Rouge.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: July 23, 2010 online

SIMUNJAN: Lima murid lelaki tahun tiga di sebuah sekolah di sini terpaksa menahan kesakitan di dubur masing-masing selepas mendakwa dicucuk lidi penyapu oleh ustaz mereka disebabkan gagal menghafaz surah al-Quran seperti diarahkan.

Selain itu, seorang lagi murid lelaki mendakwa dikasari apabila lehernya dijerut dengan wayar, manakala seorang murid perempuan yang turut dihukum, mengaku kemaluannya diraba ustaz terbabit selepas diarahkan berbogel.

Menurut sumber, enam murid lelaki terbabit juga diarahkan berbogel dalam kelas dengan disaksikan rakan, manakala murid perempuan itu dibogelkan dalam bilik berasingan sebelum dia mendakwa dicabul ustaz berusia 30-an itu.

“Lima murid lelaki dihukum dengan duburnya dimasukkan lidi penyapu selepas diarahkan berbogel, manakala seorang lagi dikasari dengan lehernya dijerut menggunakan wayar. Seorang murid perempuan pula dibogelkan dalam bilik berasingan sebelum kemaluannya diraba ustaz itu,” katanya.

Menurutnya, kejadian menjijikkan itu berlaku pada minggu lalu dan laporan sudah dibuat kepada guru besar sekolah berkenaan, namun tiada tindakan diambil. Bagaimanapun, kes kemudian dibawa ke Pejabat Pelajaran Daerah.

*****************************

Ustaz ni mungkin dah kena sampuk dengan semangat Pol Pot, Ieng Sary, Son Sen, Khieu Samphan dan pengikut Khmer Rouge`nya kepada rakyat jelata Cambodia sekitar tahun 1974-1979:

1. Duburnya dimasukkan lidi penyapu.
2. Lehernya dijerut menggunakan wayar.
3. Dibogelkan dalam bilik berasingan sebelum kemaluannya diraba.

Itu kezaliman yang dilaporkan… belum campur yang belum. Dan yang perlu disedari… mereka itu hanyalah kanak-kanak, bukan tentera atau orang dewasa.

p/s: nasib baik takde kes yang membawa mati, kalau tak.. memang sah sebijik macam Pol Pot. Rasanya apa hukuman yang setimpal untuk Ustaz yang dah naik setan ini ya?


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 62 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. cik syazni said:

    kurang ajar kan ustaz tu? eeeei!!!

    rohaizad Reply:

    Apa hukuman yang sesuai untuk Ustaz ni ya ?

  2. titan said:

    mak aii. camnih sekali..

    rohaizad Reply:

    Yup…. sebab tu aku katakan macam Pol Pot.

  3. mijie said:

    pelik betul sekarang ni, tapi bagi saya perlu diteliti dan disahihkan berita tersebut, kadang2 laporan berita ini hanya untuk menambahkan perisa dalam berita mereka

    apa2 pun kn siasatan secara menyeluruh

    rohaizad Reply:

    Halo bang… dah sahlah berita ni. Polis tinggal nak mengambil tindakan jer…

    mijie Reply:

    orait bang, sbb aku pun tgk dkt tv je pagi td..dia ulas mcm tu, jadi aku pun ulas mcm tu, hehehe

    rohaizad Reply:

    Haha… berita ini betul. Sebab dah buat laporan polis.. (budak-budak selalunya tak geti membohong)

    mijie Reply:

    yer bang, ampunkan daku…ustaz tu dah memang kn cabut gelaran tu, buat malu je

    rohaizad Reply:

    Betul.. buat malu je. Tapi dah namanya manusia biasa, tidak Maksum.

    * Reply:

    kalau tak sungguh orang tak kata….memang betul .

  4. omecool20 said:

    isk isk .. astagfirullah.. :( mcm2 boleh saya fikirkan bro Ijad .. cuma tidak manis kalau saya tulis sini .. cukup kalau saya katakan, ustaz itu pasti menyesal seumur hidupnya atas perbuatannya. Satu contoh sahaja, perbuatan ala2 apa yg Chow Yuen Fatt sepatutnya buat dalam filem ‘Replacement Killers’.

    rohaizad Reply:

    Peliklah Ustaz macam ni… apa yang ada dalam kepala dia pun tak tau…

    ibnujusup Reply:

    ni mungkin psl tak kawin2 lagi kot…mcm2 jadi

  5. Anak Akhirat said:

    Salam~
    Tumpang lalu..

    Tak terkejut dengan berita macam ni. Yang sangat penting adalah kesahihan berita tersebut. Kalau betul, maka Ustaz tu mesti dikenakan tindakan..

    Kalau berita ni tak betul, bukankah Islam dan penganut Islam itu sendiri terfitnah sudah tanpa kebenaran?

    Ngaaaa~

    Kalau betul, rasanya Ustaz itu mengalami tekanan jiwa. Macam tak logik je budak-budak gagal hafal surah dah dibuat macam tu..

    (“-___-)

    rohaizad Reply:

    Semua emak bapak budak ni dah ke hadapan… (budak-budak tidak akan buat konspirasi besar-besaran macam tu… jiwa mereka suci)

    p/s: tapi masih dalam siasatan…

    Anak Akhirat Reply:

    Nah, kalau betul.. Undang-undang akan memberi ‘ganjaran’.

    Astaghfirullah~ Apalah nak dikata. Isk3.

    Sah beliau ada tekanan jiwa. (-__-)

    rohaizad Reply:

    Kalau betul seperti yang di dakwan, cerita ini akan menjadi satu titik tolak kepada piawaian yang lebih tinggi untuk Ustaz yang hendak mengajar.

    Ustaz ajar pelajar lelaki…
    Ustazah ajar pelajar perempuan…

  6. nanahana said:

    adoi ape nak jadik? tah la dunia nih. makin kejam dan makin tidak ade perikemanusiaan. makin susut nilai budi pekerti! hishh!

    rohaizad Reply:

    Kan?

    nanahana Reply:

    very disappointed with this kind of ustaz. baru2 ni ade kene tgkp dgn wife org! huwaa! erm sooner or later, tade org layak jadi ustaz, then who we can refer to? tau msh ade lagi yg baik dan masih landasan Islam. cuma.. mm payah nk kata le. isk.

    rohaizad Reply:

    Lagi haru biru… adehh

  7. iskandar said:

    gile btol la.. sebab tu skrg ni xleh menilai dari pendidikan semata2..

    tak pon mesti ustaz tu xde pendidikan tapi skola tu amik sbb sblom ni ustaz tu rajin dok surau dok.. hahaha.. menilai dari fizikal je…

    tu la.. malaysia ni aja anak2 jadi pengikut bukan jadi diri sendiri… tgk la subjek skola smpai berbelas2…. hahahaha (^^,)

  8. lankapo said:

    Ini bukan ustaz nihh

    ni binatangggg

    apa punya method lah dia ajar

    matlamat tk menghalal kan cara

    rohaizad Reply:

    Marah nampak bang… haha

  9. Ezad said:

    Tapak kaki dihulurkan utk Ustaz nih..hehe

    rohaizad Reply:

    Haha… sakit kalau kena tuh…

  10. takoottttt…i dulu (when i were 6-7) ada experience ustaz ngajar ngaji (org indon) raba (suke suh duduk atas riba dia),sekali kena terus i tak nak gngaji,tp alhamdulillah khatam sudey. tts i mmg tak percaya pd penampilan semata.

    rohaizad Reply:

    Is that so?
    Hoho…bahaya.. bahaya…

  11. Shahrul said:

    Mak aih, ustaz gini pun ada ka. Dia kene kursus dgn Rohaizad.com dulu ni, hehe

    rohaizad Reply:

    Oiitt… aku takde kena mengena dalam ini cerita.. haha

  12. madlut said:

    hmm..mengajar jenis ape ustaz nie..terok betullahh..

    rohaizad Reply:

    Mengajar songsang namanya

  13. Shaffik said:

    Itu bukan ustaz..itu Syaitan…….

  14. aimannajmy said:

    Tudiaaaa awat kojaq sangat…jum kita sula balik diaa apa dia rasa

    rohaizad Reply:

    Apa perasaan mak bapak budak-budak tu agaknya

  15. Ustaz ni patut kena hukum dengan cara yang sama dia buat kat murid-murid dia. tp kalau yang raba tu baik sebat je punggung dia depan org ramai. biar orang ramai sedar jangan fikir kalau buat perangai macam tu boleh lepas macam tu je.

    rohaizad Reply:

    Ngeri la ustaz macam ni..

  16. wanmus said:

    tunjuk muka dia kat surat khabar..biar malu..

    * Reply:

    sayab setuju….padan muka, buat apa nak sembunyi2 biar jadi pengajaran kepada orang lain.Jika hukuman lemah…sebab tu lah perkara buruk macam ni makin menjadi-jadi.

  17. klcitizen said:

    harap2 anak2 murid tersebut Allah lindungkan dari kesan trauma yang akan timbul bila mereka besar nanti

    takut juga, sebab baru ni, Kaunselor Hushim beritau, anak2 lelaki yang gay dalam kes2 yang dikendalikan, adalah di sebabkan semasa bersekolah di asrama kena liwat dek abg senior. Kesannya timbul bila mereka dewasa pulak nanti.

    Kena hantar kaunseling bebudak tu dan ibu bapanya perlu diajar untuk mengembalikan kekuatan dalaman jiwa anak

    Yang ustaz tu, moga Allah balas dengan balasan yang setimpal di dunia ini dan akhirat nanti… ameen

  18. Bina said:

    Jatuhkan hukuman yang sama dia buat kat anak murid tu.

    Songsang la ustaz ni

  19. Eizil said:

    Sedih melihat kualiti seorang Ustaz pada masa kini, bukan nak salahkan semua Ustaz, tapi bila seorang Ustaz yang sepatutnya mengajar adab sopan sendiri tidak beradab, bagaimana untuk mempercayai institusi pendidikan?

  20. reezluv said:

    elok ustaz tu bawak gi penjara la..baru die rasa kot…

  21. jack said:

    ajaran sesat mana dia dok pakai tuh…penerajang mau

  22. Edyanie said:

    golongan perosak camni boleh wujud mana2…kalau dah betul dibuat, hukum je orang camnih…walau camne pun, para ustaz lain,teruskan usaha menerapkan pendidikan agama pada anak murid yang semakin di asak dengan budaya luar yang kureng…anda tak buat,so abaikan perkara camni walaupun mungkin ada yang akan suara sumbang pada anda disebabkan nila setitik nih…hope perkara camni x jadi pelemah semangat untuk mereka2 yang betul2 laksanakan tanggungjawab dengan cara yang betul…

  23. adamfaiz said:

    Sula dia balik ngan batang penyapu..!!$$#$@&^(&)+_+(T^#@%$R

  24. zakeri said:

    best nyer kalau aku dapat join sekali pijak ustaz ni… mesti dah teruk kena belasah ngan org kampung… tak pun polis….

    dan kalau ikut member aku, kalau masuk penjara sebab kes cabul, sampai sana CONFIRM kau akan dicabul jugak…. siaplah….

  25. Munir said:

    Huhh!! mmg disapointed dngr bnde nie..tp x trkezut pon coz dh bnyk dngr similar story cmnie…lagi-lagi masa kes ayah Pin dulu…klu x silap ada sorg org kanan dia tu seorang ustaz (x ingt nama die),ilmu tinggi, blaja dh bertahun-tahun siap kat Al-Azhar, Mesir lagi…tp akhir hayatnya x diduga bgtu…sanjungnya kpd ayah Pin..fuhh :(
    apa sbnrnya dlm otak n akal dorg tu? hish!!

    mmg bnde2 cmnie umpama nila dan arang yg mencacatkan standard mereka yg bgelar ustaz…nnt mulalah ada pihak yg mempertikaikan kredibiliti seseorang ustaz itu dri plbgai sudut…haish!

    ntahlah nk ckp ape…sedar-sedarlah mereka yg spt nie kerana x secara langsung profession mereka nie menjadikn diri mereka model dlm mata masyarakat sekalipun bukan seorang model terkenal yg digembar-gembur oleh media…..

    kalau ye pon nk jd terkenal, jgnlah jd kan benda-benda mcm nie sbg batu loncatan…ko yg loncat naik, org len pulak tenggelam timbul susah payah cuba bernafas…Heh!!

    Salam takziah ler utk mereka nie..Hmphh!!

  26. mus99 said:

    Dalam binatang tak ada ustaz….tapi dalam ustaz ada binatang….sifatnyalah.

    Kalau betul… ustaz ni kena jalani ujian kesihatan mental, kalau orang waras dan beriman, sekali-kali takkan buat perkara macam tu.

  27. sangilapi said:

    antara pangkat/gelaran dan peribadi adalah dua perkara yang berbeza…jadi jangan keliru atau tertipu :)

  28. Nasrul Hanis said:

    memang keji!

  29. Fazli said:

    ni ustaz ke jin ni?

  30. Ali ridha said:

    ishhh Ustaz jenis ape ni.

  31. Mus said:

    menjatuhkan maruah ustaz lain

  32. samdaddycool said:

    Ini ustaz bikin panas dan bikin malu. Membusukan imej guru, apatah lagi ustaz.

    Aku rasa masuk penjara je, biar dia rasa camna kena masuk lidi (dsb) pada dubur.

  33. sufian said:

    ustaz sesat!!!

  34. ibnujusup said:

    dunia dah nak kiamat bro…mcm2 kes berlaku, tak tgk lagi yg kes bang bayi…adus2

  35. ibnujusup said:

    dunia dah nak kiamat bro…mcm2 kes berlaku, tak tgk lagi yg kes buang bayi…adus2

  36. amries said:

    mengapa orang bergelar ustaz macamni? walaupun bukan semua..tetapi sorang dua macam ni buat orang pandang serong kepada uztaz! Di sekolah isteri aku…orang paling lambat sampai sekolah ialah uztaz..yang paling awal balik uztaz…..melawan guru besar ialah uztaz…..tahle…lawan guru besar sebab guru besar tegor datang lambat lalu dia naik berang….

    rohaizad Reply:

    Pelik laaa… nama Ustaz, tapi tak macam Ustaz…