Oiii Celcom… tekanan darah ini dah naik lerr..
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Semalam - Tarikh diterbitkan: July 24, 2010 onlineKelmarin aku ada terbitkan satu entri bertajuk “Ceritakan pada saya“. Diperhatikan entri itu telah berjaya menjadi satu POLL secara tidak sengaja… which is good cause at least, something that we can share.
Walaupun tiada syarat spesifik untuk sesiapapun mengeluarkan kemarahan dan kebengangan mengenai sesuatu topik, tetapi ramai yeng memberikan feedback pada masalah broadband iaitu Steamyx. Dan sebagai kesimpulannya, semua masalah yang di hadapi oleh blogger adalah sama…. hoho
Terus terang, masalah Streamyx untuk aku tidak lagi wujud sejak aku bertukar kepada P1 Wimax. Dan aku masih lagi bernasih baik sebab P1 Wimax yang aku pakai ni masih lagi bagus perfomance`nya.
So hari ini tibalah giliran aku untuk ceritakan pada kamu apa yang terbuku dalam hati. Sebenarnya… semenjak dua menjak ni, aku rasa Celcom ada masalah laaa…. semuanya serba tidak kena. Aku hangin tahap gaban dah nih!

Macam apa coverage yang diterima di kawasan aku. Ramai member yang komplen sebab call aku tapi tak dapat get through. Shaffik kata phone aku rosak… Ezad pun kata phone aku rosak. Setiap kali berbual je… mesti terputus.
Wahai kawan… itu bukan disebabkan phone aku sebenarnya. Lagipun, aku dah tak pakai handphone…. aku dah pakai smartphone. Aku tahan beli smartphone yang baru sebab ingatkan N95 8GB tu dah mula buat hal.

Semalam masa Reezluv telefon pun… masalah yang sama terjadi. Terputus selamba dog gitu jer… tension betul aku. Then masa lepak dengan Mater lepas sembahyang Jumaat, depan-depan aku problem yang sama happened.
Blackberry yang dia pakai nampak macam rosak, tapi sebenarnya line Celcom yang problem. Semua SMS dia takleh hantar… lepas tu selang few minutes, semua SMS seolah-seolah dihantar secara PUKAL…. macam lagu ROCK KAPAK yang dibuat compilation.
Hadoiii laa.. Celcom.
Kalau satu hari 5 orang prospek yang call aku tapi semuanya failed, apa macam bisnes mau jalan?!!
Dan sekarang aku rasa macam nak switch ke MAXIS jer.

p/s: Ada sesiapa tahu promotion terbaru MAXIS yang terbaru? Hati dah makin bengang ni….



Digi je beb…. senang hati.. org semua nak pakai maxis, celcom… last2 Digi tak ramai so takde la congested…hehehe
ibnujusup Reply:
August 1st, 2010 at 6:31 pm
pakai postpaid pelan digi..lagi murah bro
tukar r ke Digi.
Nanti dapat kawan.
salam
setakat ni akau guna maxis ok aje…digi ni kalau duk bandar ok..rate pun murah..masuk belukar memang sadis sikit..nak2 kawasan yg bernama..hulu..nanti nak makan kuih bahulu pun tak masuk tekak
saya pun masih lagi survey2 mobile broadband ni … ayah saya pakai Digi .. so far ok je katanya …
saya guna celcom ok jer, cuba pergi center buat troubleshoot, mungkin masalah simkad, saya pernah kena hari tu, lepas tukar sim ok jer
mungkin pencawang celcom kat situ ada masalah kot. wimax pun ikut tempat gak, ada tempat ok, ada tempat tak ok. tempat saya mmg masalah coverage celcom ni. tapi wimax coverage best.
ingat kan kawasan aku je kena macam tu. rupanya banyak tempat. bengang juga aku semalam. mesej lambat masuk. pastu sekali dapat mesej banyak giler. tiap kali ari jumaat je kena. dah 2 kali jumaat tu. apa hal laa dengan line celcom ni. kena boikot baru tau…
aku pakai 2 berokbank sekarang ni. maxis & celcom. P1 takde lagi.kat pekan ada lah.
aku pakai 2 sebab untuk download pakai maxis laju.celcom macam itik jalan bila download.
tapi kalau nak download torrent, kena pakai celcom sebab maxis block torrent.
untuk cite favourite aku macam smallvillle,supernatural.. celcom menjadi pilihan.
Kalau mana mana semput, tukar..
streamyx tak leh pakai kat umah sini sebab kabel dah kena curi kat mat pet. TM dah angin..tak pasang balik dah.
siap ibu sawat diorang wat larikan. nak tak nak semua orang kena pakai henfon cap ayam la.
ni dah memang darah naik kepala dah ni..aku rase baik bro tukar jerlah..sebenarnye..aku ade plan juge nk tukar ke celcom..alih2..bro cakap camni..kansel terus..hahaha..
sori bro..takde idea nk bg pasal ni ek..yg aku tahu..dan nampak..berketak-ketak tuh!!hehehe:D
Aku xmo komen byk2, nanti org kondem aku lak ckp x reti nak bersyukur. Tp mcm nie ler, duk M’sia nie guna aper pun sama jer. Hak pengguna tu jrg nak terbela. Tmbh2 lg kalau ader org yg semua nak bersyukur, biar ler byr servis utk 1bln tp connection dpt stgh bln, bersyukur jer ler…
Salam,
Ade call diernyer service center tak? dial 1111 and komplen kt diorg. 2-3 ari lepas ambo punya brooadband celcom buat hal, asik hanging jer,line penuh tp asik expired jer page nyer. Mula2 ambo diam jer, tp kalo dah nak bukak Blog Mr. Rohaizad y sket punya cepat pun xleh…bengang jgak.
Husband ambo suh call celcom, apa lg ambo call, komplen byk2, terus diorg baik line (xtau apa y diorg adjust) terus broadband ambo ok…
Apa lagi…call diorg tu…komplen kaw2 punya hehe… lepas ni mana tau lex fix
salam….iye ke…aku ingat hp aku yg rosak…tp bl pk blk betul jgak bro izad cakap…sbb aku pkai 2 no. cel…satu bil satu prepaid….n stiap kali nak gayut ngan awek je…mesti kurg jelas la n putus tb2…tensen btul…nyaris2 aku nk baling hp aku..nasib bek pk duit tarak…kalo x memg jd mcm bro izad la…tukar smartphone terus hahaha
isu ini sebenarnya isu lapuk dan berkulat[capaian internet]….rungutan pengguna nampaknya macam tidak dipandang berat
bengang camne pun Ijad,aku dah maleh nak amek port dah..aku pun pakai celcom pun cenggitu gak..paling haru kalau weekend la..memang menyampah..kalau time perayaan lagi la…pening2..sikit2 putus..hampeh..
nk wat video call apatah lagi la..network kejap ada kejap takde..hangin jek…
untung berjuta..tapi nak invest bagi coverage power dan network power hampeh jadinya…….
Logam Reply:
July 25th, 2010 at 1:57 pm
Aku sokong… pelik sgt2 duk M’sia nie. Untung juta2 tp service mmg tahap bangsat especially kalau service tu dr GLC. Air berkarat, letrik sbln 2-3x terputus, line internet slow nak mampos… Kalau nak list mmg berasap paler…
tengok kawasan gak kot bro ejad …. tapi servis memang menghambarkanla kat m’sia nie..huhu
masih setia dengan maxis sejak mula-mula ada handphone sejak 10 tahun dulu.
broadband juga under maxis walaupun ada masanya kelajuan siput lebih laju berbandingnya.
sebenarnya ni kira sebagai masalah jenama. kita dah biasa dengan jenama yg ‘ada nama’ , tak berani nak switch ke jenama ‘yang takde nama’ mcm digi ker.
disebabkan itu..maybe yang takde jenama lebih bagus liputannya tetapi kita yg tak berani.
jad, aku menggunakan postpaid maxis dari tahun 2007 sampai skrg, takder mslh dan memang terbaik berbanding dgn celcom
antara kelebihan yg aku rasa
1. coverage jarang2 sgt ada mslh dari 2007 hingga skrg, terputus call ada tapi sebulan skali mungkin, lagi satu kalau time raya harap maklum la, tp better than celcom yg tak dpt call langsung time raya
2. dari segi customer service memang terbaik, kalau complain cepat je respon. Dulu aku pernah hadapi mslh kualiti audio yg tak memuaskan, suruh diorang check, memang diorang follow up sampai kes selesai. dan mslh tu sbb phone aku problem, huhuhuh
3. Dari segi pakej, aku mula2 amik pakej value50 tu, pastu tukar ke value80 sebab banyak buat call, dan skrg ni aku buat satu akaun dgn bini aku, jadi 2 line dan masing2 memang suka bergayut ngan sedara mara….sbulan bill kami average 100-200
4. Dari segi customer service juga, katakan kita terlupa nak bayar bill, customer service akan call untuk remind kita, then kalau lah dia dah block…pernah terjadi sebab masa tu aku masa tu busy ngan kursus, so aku call maxis suruh dia releasekan line tepon aku, then aku ckp esok nak bayar…so after 20 minit aku nye phone dah boleh buat call, esok nya aku bayar….kalau celcom jgn harap nak dpt mcm ni….aku gerenti sbb aku pernah pakai celcom
5. dari segi bayaran juga, kalau buat transfer guna maybank2u or cimbclik or whatever, just call customer service updatekan pasal bayaran, then settle…tak perlu risau line kn block ke apa
6. Setiap 3 bulan, sbb maxis one club akan hantar satu buku voucher, macam2 ada kat situ, mcm diskaun untuk hotel, tempat makan, beli barang dan sebagainya…tp aku tak pernah pun guna
7. Yang paling penting kenapa aku masih pakai maxis sampai skrg ialah, CUSTOMER SERVICE dia memang terbaik setakat aku lalui skrg ni…..
Lain2 tambahan akan dibuat kemudian
bro saya pakai celcom dah 2 tahun okay la pulak..guna yg 384 kb ni download movie selamba jer…saya ingat dia ikut area, kalau coverage stable xdak maslah. tapi kalau dok hujan jer memang slow sikit ler…
aku still dengan streamyx..broadband ni bagi aku tengok tempat gak. Kena yang ok..ok sangat. Kena time part slow..memang sakit kepala la..
maxis?
alahai ijad… janganlah.
kat sekolah akak yang agak berbukit sikit tu… cikgu2 yang pakai line maxis memang selalu dapat menyorok dari kena panggil oleh pengetua.. sebab alasan, line maxis takde
coverage maxis, kalau bukit sikit dah tak boleh
Jgn sebut Wimax, aku dh ‘potong’ pastu aku ‘potong balik’ Wimax. Tempat aku Wimax dh crowded. Kembali ke Streamyx.
ee dah tukar balik theme lama rupanya..
Yap, saya still dengan Streamyx.
Tapi sejak akhir2 ni mcm ada problem jer…
Kalau part line, saya syorkan maxis sebab saya pernah pakai. Memang line sentiasa ok.
Baru2 ni jer gatal2 nak tukar celcom. Hmmm, kalau kat ofis line sekejap ada sekejap hilang…macam hampasss…
celcom tengah datang bulan tu jad. I think celcom is the best. walaupun aku pakai maxis, tapi aku tengok mak aku pakai celcom happy go laucky je. cam x pernah ade prob =)
Cuba gunakan DIgi ker atau umobile….
yap.. bro.. memang line celcom selalu terputus kalau time borak,… sial jerk..
Celcom lagi masalah…dah laa tak kasi celcom broadband user masuk blog aku…hantar komplain buat tak reti sahaja…perlu panggil aduan rakyat ker?
Cane dengan projek terbaru High Speed Broadband yang kononnya akan selesaikan masalah ni sumer..?
JGN GUNA DIGI.hahah,sbb sy guna DIGI,kalo makin ramai guna DIGI nanti congested plak.hahahaha..boradband DIGI kat kg sy yg agak hulu pon suprisingly baik drpd celcom/hurm,then again,kalo utk tepon maxis ok jer sbb sy guna prepaid.heh(membantu ke komen ni?)
Reyta,
Pening gak bila fikirkan pasal telco kat Malaysia ni. Kalau baca kat paper, semua nampak bagus. Siap boleh sponsor David Beckham lagi…
p/s: tapi perkhidmatan dalam arena tempatan yang sebenar, teruk giler.
AAA la. Celcom ni memang adakalanya menyesakkan jiwa. Tapi ku tetap setia kerna telah kugunakan sejak 2000 lagi. Kalau En Rohaizad nak tukar ke Maxis pun dialu-alukan. Guna la dua-dua line. Kalau satu down ada satu lagi.
rohaizad Reply:
July 28th, 2010 at 3:47 pm
Yup… yang sayangnya line ni dah dekat 9 tahun digunakan… tapi makin lama, makin hampeh.
salam jad…
aku mula2 pakai 017…pas tu 016…pas tu 019 (bill)rasenye dh 10 taun kot 014 (celcm prepaid)ni baru 2taun…servs aku rse bgantung pd area..kalu dr mula x dak problem mmg ok…KECUALI
Time darurat ..raya @ sbgnye mmg celcom ader prob… mgkn sbb seme nk htr sms/call sbb time promo n bonus. Mgkn jgk bgntg pd nasib…HUHUHU
senang2 tukar je air asia punye line telpon..:-)mane tau dapat pi bandung..