3 hari lepas masa berbual dengan Dj Senja di telefon, aku dapat rasakan sibuknya dia kebelakangan ini. Sekejap ke sekolah itu.. sekejap ke sekolah ini dan sekejap ke Pejabat Pendidikan.

Tahniah aku ucapkan kerana setelah bertahun di bangunkan, program dan bengkel radio internet sekolah FuhyooFM ini semakin mendapat feedback yang baik di kalangan guru-guru, ibu bapa dan juga pihak dalam industri pendidikan sendiri. Dan trkini FuhyooFM mungkin akan menggegarkan UTM… kita nantikan.

Aku sebenarnya suka kalau FuhyooFM semakin sibuk, sebab itulah yang di ingini suatu ketika dulu. Tapi dalam masa yang sama, teringat juga pada rakan blogger dan IM yang pernah bersama memenuhi konti radio internet FuhyooFm ini. Terima kasih di ucapkan…

Sekarang semuanya semakin sibuk. Ada yang terikat dengan komitmen dan keluarga (sebab ada yang telah berkahwin) dan ada yang sudah berpindah jauh. Pendek kata, agak susah untuk duduk bersama dalam satu konti lagi. Mungkin satu-satunya masa yang boleh duduk bersama adalah open house selepas raya nanti.

Apa pun, esok aku akan meluangkan masa dari pukul 10.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari. Bukan untuk segmen Dunia IM seperti yang di lakukan sebelum ini, tetapi hanya sekadar borak santai. Nanti dah tiba bulan puasa, lagi sibuk pula.

So untuk semua pendengar radio internet di Malaysia, kamu bolehlah dedikasikan lagu yang bakal diputarkan nanti kepada sesiapapun.

Cara paling mudah, hantarkan dedikasi lagu itu di ruangan komen di bawah dan aku akan bacakannya. Jika ada yang ingin menghantar dedikasi melalui email pun boleh. Sila gunakan format ini:

Nama:
Dari mana:
URL blog (jika ada):
Ucapan:

Request lagu pilihan?
Maaf… buat masa ini pihak admin Fuhyoofm masih sedang buat inventory senarai lagu di server. Tapi dun wori, pelbagai genre lagu akan aku putarkan… I know your song’lah my dear/listener/reader/sayang….

p/s: ada sesiapa yang nak join aku dalam konti esok? :)


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 29 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. mijie said:

    kalau lah aku kat johor, nak juga glamerkan diri untuk masuk konti :)

    rohaizad Reply:

    Dalam konti tak glamerlah sayang.. bukan orang nampak muka kita pun…

    mijie Reply:

    hahaah nanti org dpt dgr suara pun boleh glamer apa,hahahaa

    rohaizad Reply:

    Ko giler glamer la Mijie.. haha

    mijie Reply:

    hahaha memang pun, siot je ngko ijad….

    tapi aku ni suka low profile la, tak mau kecoh2

    zam Reply:

    camno la suara aku dalam konti yer??? hehehe

    mhnizam Reply:

    haha ramai gak nak jadi DJ ni gamaknye ya….

    BIZZNURSE Reply:

    Cam suara dlm konti lah hehe! ;)

    ibnujusup Reply:

    i believe in angle… layan lagu dlm fuyooh…..:-)
    lame dh takbukaq blog bro ijad… byk dah ketingalan..:-(

    sangilapi Reply:

    mijie,tu lah siapa suruh kutuk gua dalam blog lu :)

    ooo…lu cakap gua gila glamer ye ! sekarang amek lu…kahkahkah

    *sekadar gurauan*

    mijie Reply:

    sudah timbul nampaknya, heheehh

  2. dellkamarul said:

    lepas ni bolehlah masuk konti Era.fm ke Sinar.fm tentang usahawan internet berjaya lak…

    bro izad, dalam konti tu terang sangat ke pakai cermin mata gelap tu..

    rohaizad Reply:

    Silau laaa… haha

    dellkamarul Reply:

    la ingat tadi terang sangat dalam konti…haha

  3. klcitizen said:

    Nama: cikgu normah
    Dari mana: kuala lumpur
    URL blog (jika ada):http://klcitizen.blogspot.com/
    Ucapan: hidup untuk berkongsi cerita suka dan duka, jangan berkongsi dendam dan benci. khas untuk ijad…. hidup kalau boleh berzuriat, segerakan yang baik semoga mendapat berkat.

    rohaizad Reply:

    Haha… nice one!

    p/s: ucapan untuk orang lain? sedara mara? kawan sepejabat?

    klcitizen Reply:

    kawan sepejabat? ok…

    bila lagi nak buat potluck , puasa dah dekat…

  4. nanahana said:

    nak nak gak beri ucapan.

    Nama: farhana
    Dari mana: tasik biru kundang selangor
    URL blog (jika ada): fabulousnana.com/blog
    Ucapan: “saya saaayaang mak ayah adik suami anak dan semua rakan2 yg mengenali saya!”

    hehe

    rohaizad Reply:

    Ok thanks
    Akan di bacakan :)

  5. dellkamarul said:

    bro ijad, ruang komen ni dah jadi tujukan ucapan pulak…lepas siapa nak tujukan ucapan..?

    rohaizad Reply:

    Memang di suruh beri ucapan melalui ruangan komen.. ada disebut di atas :)

    klcitizen Reply:

    tak baca entri lah tu

  6. Aqif said:

    Mahu beri ucapan! :D

    Nama: Aqif
    Dari mana: Bandar Baru Selayang, Selangor
    URL blog (jika ada): http://www.aqifstrategi.com
    Ucapan: “Buat Adly, Zhafran dan Rizal Razak yang berada di Kelantan. Cepat-cepatlah balik sini, sunyi ofis Flarebiz dan kasihanilah saudara Ramzy keseorangan. Buat mentor bloggerku, Rohaizad Jumat, bila-bila masa saya datang ke JB nanti. Tolong jangan lupa belanja nasi ayam penyet dan race kereta control ya. :D

    mhnizam Reply:

    ucapan terbaik ni haha siap suh blanja tu….huhu

    ibnujusup Reply:

    tu baru fuyooh..haha

  7. djsenja said:

    Salam…
    Tksh Jad sediakan platform ni..
    Tksh gak tolong promotekn fuhyoofm…
    Dalam kesibukan.. akan ku cuba luangkan waktu
    esok..demi menemani Dj Ijad di konti..

  8. cyza said:

    Hehe…dah lama betul tak menjenguk konti…aku bukanlah regular…tapi pernah tercakap sikit je kat situ…

  9. wanmus said:

    hoho..teringat zaman dulu2 di konti..

  10. ibnujusup said:

    Nama: Brother D
    Dari mana: Greenwood, Gombak bukan US
    URL blog (jika ada): http://geniusreality.com
    Ucapan: Semoga cukup duit ku untuk buat masjid