Keadaan WanMus di KL sekarang semakin kritikal

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: July 15, 2010 online

Beliau tidak mampu untuk menulis alamat rumah barunya di KL… kasihan sungguh :(

Video dari Diana Danielle untuk rohaizad dot com… yayyy!!!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Video - Tarikh diterbitkan: July 15, 2010 online

Tidak sangka Diana Danielle pun jadi salah seorang pembaca blog ini….
Tidak sangka Diana Danielle sanggup meluangkan masanya untuk bertandang ke blog yang cabuk ini…
Tidak sangka dan tidak pernah menduga seorang aktress yang glamer sudi menaip URL blog ini di browser laptopnya untuk melawat blog yang entah apa-apa ini….

Dan yang paling memeranjatkan, apabila Diana Danielle sudi menyebut nama rohaizad dot com di dalam video yang dia tujukan pada Mia….
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Bicara tentang rezeki

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: July 14, 2010 online

Jam dah pukul menunjukkan pukul 3.30 petang. Aku baru je sampai rumah setelah menyelesaikan beberapa perkara. Dalam kepala ada 4 lagi job belum siap… revamp weblog client, new weblog order…. paid post job pun ada.

Hari ini juga aku tak breakfast, tapi aku brunch terus. Kalau dah breakfast pukul 11.30 pagi, dah kira breakfast+lunch` kan? Yang pasti, tadi aku makan soto lagi di kedai Nasrah. Sedap weyyy….

Sampai sahaja di kedai soto Nasrah tu mata aku melilau mencari mak -owner kedai soto- (aku panggil orang tua tu “mak” sebab dah pangkat mak pun) tapi dia takde. Mana pula perginya orang tua ni…

So aku tanya pada pembantunya, “Bibik, mana mak?”
“Mak ada di depan tu… tengok kereta”
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Nikmat diri dan takdir

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: July 14, 2010 online

Apabila melihat insan lain berniaga makanan, fikiran aku terus melayang kepada zaman lampau ketika berniaga dahulu. Terlalu banyak yang dipelajari dan pastinya tiada sekelumit pun pengalaman yang akan dibuang. Ianya sungguh bermakna.

Di Kampung Melayu ini, aku suka sangat makan mee soto di kedai Nasrah. Sejak dari dulu lagi aku suka dengan sotonya. Kuahnya tidak berminyak, tidak muak dan memang sedap. Masa berniaga dulu pun, aku selalu beli soto Nasrah sebagai sarapan pagi (sekarang ini pun sedang bersiap untuk makan pagi di sana)

Pernah juga apabila aku datang dan kedai soto itu tutup… aku rasa sungguh marah dan bengang. Tapi dalam masa yang sama, itu juga yang di rasakan oleh pelanggan aku apabila aku tutup kedai dek kerana penat. Mana tidaknya, ramai dari pelanggan aku itu ada datang dari jauh. Hasilnya, hampa yang amat sangat kerana mereka membawa kawan-kawan… sampai tiga … empat buah kereta tapi kedai tutup!
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Buat duit dari blog – 1 blog atau banyak blog?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Tips - Tarikh diterbitkan: July 13, 2010 online

Buat duit dari blog atau make money from blog merupakan keyword yang sentiasa panas dan malar segar. Ia sentiasa mendapat perhatian dari seluruh dunia tidak kiralah musim apa pun. Malah kalau di bandingkan dengan Piala Dunia yang baru lepas ini, keyword ini masih lagi berada di tangga teratas setiap dari pengguna internet.

Sejak dari kecil lagi kita selalu mendengar pepatah ini “Rajin Berusaha Tangga Kejayaan”. Dari dalam kelas, pada waktu perhimpunan sehinggalah Hari Terbuka… pepatah yang sama juga digunakan lebih-lebih lagi dari mulut insan yang bernama cikgu.

Persoalannya sekarang, mengapa sesetengah dari kita seolah-olah tidak faham maksud pepatah itu sehinggalah habis belajar tingkatan 5?

Jawapan bagi soalan ini sebenarnya sudah lama ada di dalam minda aku. Cuma sebab sebenar mengapa aku tidak pernah kongsikannya di dalam blog ini ialah kerana aku tidak berapa pasti jika jawapannya adalah benar ataupun tidak. Juga aku takut jika di katakan riak pula oleh sesetengah orang.

Tetapi apabila soalan ini diterima semalam, aku rasa mungkin sesai untuk untuk aku keluarkan jawapannya. Bukan apa, aku kepingin sekali jawapan ini dilihat dari sudut yang berbeza. Perspektif yang subjektif.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Jiwa kacau seorang blogger

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Bahasa, Blogging - Tarikh diterbitkan: July 13, 2010 online

Dalam merentasi batas-batas dunia blogging, selalunya kita terlupa dengan asal dan juga tujuan berblogging. Berblogging yang dulunya dihiasi dengan rasa ingin tahu seringkali membuatkan dunia ini indah. Indahnya rasa itu seolah menjumpai sebuah jalan yang baru dalam hutan belantara… jalan yang belum orang lain lalu.

Apabila sampainya kita di sebuah kawasan dalam hutan yang mempunyai peluang untuk dibangunkan, rasanya memang cukup seronok. Seronoknya seperti seorang peneroka yang menjumpai sebuah tanah yang subur. Sesuai untuk bercucuk tanam.

Dialah hero dan dialah ketua.
Cuma di dalam berblogging, itu tidak lari dari terjumpa sebuah blog yang seronok untuk di baca hasil dari “blog walkingnya”
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Tolong saya

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Tips - Tarikh diterbitkan: July 12, 2010 online

Baru menerima satu komen untuk entri ini dan aku rasa aku perlukan bantuan kamu semua.

Sebenarnya bukan tidak mahu tolong, tapi aku rasa terpanggil untuk share masalah ini bersama kalian semua. Manalah tahu kalau-kalau ada di kalangan kita yang mengalami masalah yang sama. Jadi untuk meringankan lagi beban dan masalah yang ada, di bawah adalah salinan kepada komen tersebut yang diterima dari IP adress 115.133.248.194 , 133.115.static.in-addr.arpa.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan maaf banyak-banyak jika ada email dan sms yang tidak sempat dibalas. Sebenarnya agak sibuk kebelakangan ini dan rasanya entri ini dapat menjelaskan dengan lebih terperinci akan seminar yang bakal di adakan.

Di dalam kotak email saya ini, ada banyak email diterima dari bakal peserta yang tinggal di KL/Selangor, begitu juga dengan email yang diterima dari negeri Johor sendiri. Walaubagaimanapun atas sebab yang tidak dapat dielakkan, seminar kali ini masih lagi bertempat di Hotel Seri Malaysia, JB (belum confirm lagi).
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Catatan baru →← Catatan sebelumnya