28 Most Wanted “Blogger Yang Tersepit” in MALAYSIA – Part 1

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging - Tarikh diterbitkan: August 3, 2010 online

Tiada kata secantik bahasa…
Tiada wajah seindah biasa…
Tiada ketahuan selagi tidak mencuba….
Tiada cerita jika tiada blognya…

Okay, rasanya itulah bait yang paling sesuai untuk di berikan kepada semua blogger kental yang sanggup menulis mengenai Blogger Yang Tersepit.

Macam yang telah di beritahu, tiada motif apa-apa di sini melainkan untuk menunjukkan daya kreativiti masing-masing. Tajuk yang sama, tetapi isi kandungan yang berbeza.

Walaupun ini bukan satu pertandingan, tetapi sifat “kekentalan kebloggeran” yang ada telah menjadikan projek ini berjalan dengan selambanya. Sedih ada, nak tergelak pun ada bila membacanya.

Dan di bawah adalah sinopsis yang aku sediakan khas untuk “26 Most Wanted “Blogger Yang Tersepit” in MALAYSIA!”:

1. Ladfe Amir

- Kisah yang Ladfe bawak memang cukup skandal. Skandal yang cukup menarik. Tapi aku rasa masih ada jalan keluar bagi masalah beliau. Kenalkan sahaja Ustazah cun itu dengan aku… habis cerita. Apa-apa pun, cerita pasal Gaban tu memang tak bleh blah. Nak baca dengan lebih lanjut, klik sini.

2. Boy Bersahaje

- Tersepit di antara rezeki halal dan haram…. duit dan agama. Selalunya bila tiba bab macam ni, memang tiada penyudahnya. Tetapi apabila kita mampu untuk meletakkan satu titik noktah, barulah kita sedar… rezeki Allah di muka bumi ini luas. Selanjutnya di sini.

3. Ozzy

- Ozzy mengupas semua sekali mengenai pandangannya. Ada banyak contoh di berikan tetapi yang menariknya dia menambah satu lagi terminologi akibat dari situasi blogger yang tersepit. Iya… dalam entrinya, dia memasukkan lagi satu lagi istilah “blogger yang tergolek”. Nak tau apa itu blogger yang tergolek, boleh bacanya di sini.

4. Eizil

- Cerita ini memang best sampai aku boleh rasa di sepit dan di hambat oleh imegresen. Tapi lagi best kalau Eizil cerita di negara mana dia tercampak. Mungkin juga itu adalah adalah satu dari teknik untuk dia membuat PART 2 bagi kisahnya itu. Tak puas aku membacanya.

5. Anastasia Ann

- Luahan hati seorang blogger yang merasakan dirinya adalah seorang newbie. Tersepit di antara keberanian dan kepastian. Anastasia mencuba dan terus mencuba nasib dalam dunia blogging. Dan hari ini, ramai yang suka dengan gaya serta corak penulisannya… fuhyoo!

6. Fabulous Nana

- Ini bukan Nana AF ya. Ini adalah blogger yang tersepit di antara impian, realiti dan fantasi. Bagi aku, tiada yang mustahil tetapi mungkin itulah yang sedang di fikirkan oleh this Fabulous Nana. Apa pun, tiada kisah yang panjang dari beliau, cuma satu madah yang mudah untuk di baca dari seorang ibu. Sempoi!

7. Brader Johari

- Ini bukan kisah tersepit lagi… ini dah kira masuk bab sudah jatuh di timpa tangga. Ceritanya berbaur-baur… kejap nampak macam serious, kejap aku sendiri yang tergelak. Tapi itulah brader Joe, semuanya original dari pengalaman. Baca lagi di sini.

8. SamDaddyCool

- Arrghhh… aku dapat rasa betapa tersepitnya dia. Dah kahwin… dah ada anak… dalam masa yang sama sudah lama berniaga. Ekonomi yang tidak menentu telah membuatkannya teringat kembali tentang kelulusan tinggi yang ada dan masih tersimpan dalam almari. Takkan hendak makan gaji setelah lama berniaga sendiri? Konfilk.. konflik…

9. Aiman Najmy

- Alaaa…. brader kita ni tersepit antara segan dan ego. Dia sedang tersepit untuk menjadikan video klipnya lebih menarik. Kalau nak buat ending itu sedih, keluarkan jelah air mata tu. Tak yah tahan-tahan. Inilah lelaki… ego untuk mengeluarkan air mata. Haha… baca kisah seterusnya di sini.

10. KL Citizen

- Puan Normah kita ni memang selamba. Dari kes pasal bibir tersepit sampailah ke kuih sepit…. habis di taramnya. Cuma pendek sangat, tak puas baca. Yang pasti, aku dapat rasa dia juga tersepit untuk menulis entri pasal tersepit. Sepit.. jangan tak sepit!

p/s: okay… nantikan Part 2 dan Part 3 ya. Sebab kalau buat sekaligus, takut panjang giler. :)


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 51 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Aqif said:

    Memang terbaiklah bro entri macam ni. Dapat satukan blogger-blogger Malaya.

    Congratulations!!! :D

    zam Reply:

    aduih..terlopeh den…. baru balik dari Terengganu..tak sompet den nak siapkan…camno bro leh join lagi ke???

    Hadi Rofiee Reply:

    Betul tu.

    we are brothers & sisters. ;-)

  2. mijie said:

    memang terbaik la projek kali ini

  3. Ladfe Amir said:

    pasal ustazah cun senang je nak cari kluenya. bro tgk kat profile FB saya, tgk status n picture sapa yang selalu saya komen.
    tak pun banyak backlink kat entri tu yg bersangkut paut ttg ustazah cun..ada juga namanya utk dipadankan kat Fb.. hoho.

    Ladfe Amir Reply:

    apa2 pun projek ni memang menarik. semua org dapat tgk satu tajuk tapi berlainan idea dan penampilan.

    tu maksudnya, rambut sama hitam..idea masing-masing punye hal.

  4. ann said:

    memang newbie lagi ni. join projek ni memang sangat best. Wooww ramai otai join ni. sambil sambil baca pengalaman leh kodek tips jugak. Sambil menyelam minum air, nasib baik tak lemas sebab tak reti berenang. haha

    lenkali buat lagi ek. hari ni duk membaca dan komen entri tersepit ni jer kerjaku.

    rohaizad Reply:

    NAti join for the next projek ya :)

  5. sangilapi said:

    khabarnya ada entry pasal “blogger yang_______ ” selepas ni pulak,betul ke jad ? :)

    link terima kasih :)

    aimannajmy Reply:

    wah betoi ka sangilapi ada tajuk len plak..ka spekulasi ja..apa2 tq bro jad atas ulasan hehe

    bluedianthus Reply:

    Wah..ada lagi ke sangilapi? Biar betul..hehe

    mijie Reply:

    nampaknya spekulasi sudah menjalar, tetapi menarik tu untuk dibuat

    sangilapi Reply:

    menjawab persoalan teman-teman di atas

    Nanti kita buat kisah blogger yang ________. Haaa… cuba teka apa kisah selanjutnya :)

    tu komen yang dibuat oleh ijad pada Ladfe Amir dalam entry sebelum ini[kisah blogger yang tersepit...yee haa!]

    Ladfe Amir Reply:

    dah hilang idea untuk meneka-neka.

  6. ibnujusup said:

    awesome betul setiap cerite2 depa ni.. :-) again, thanx 4 sharing bro ijad…

  7. Eizil said:

    Terima kasih diucapkan, kerana membuat ulasan setiap artikel, pasal negara tu, nanti kita sambung di lain cerita ;)

  8. Sya Isya said:

    wow! siap ada ulasan. mine will be in part 3..kui2..@_@,

  9. Sir Marcello said:

    oh patut lah ramai tulis entry macam nie…hehehe..baru tau =]

  10. miziology said:

    best mmg best..
    1 tajuk yg sama tp cerita yg berbeza..

  11. Kujie said:

    dah tak tersepit lagi..hehe

  12. donnyien said:

    idea mantap ni bro…lepas ni apa pula next..blogger yang terr………..fikir2

    rohaizad Reply:

    Ada… dirahsiakan :)

  13. wanmus said:

    hoho..terlepas pulak entri banyak2 yg best..takpe..lenkali..hohoho

    rohaizad Reply:

    Alaa.. orang sejak kahwin ni, blog aku pun dah tak singgah…

    wanmus Reply:

    nak wat macamana wei, jauh tu JB KL..hahahaha

  14. lizz said:

    ngehehehe! good idea gini woo. tajuk tu yang i tak boleh blah tuh.tersepit.ingatkan ape tadi.hehehe

    rohaizad Reply:

    Lizz ingatkan apa sebenarnya ya ? hehe

  15. ozzy said:

    Menarik dapat baca berbagai kisah dan pengalaman ..teruskan kreativiti anda

    rohaizad Reply:

    Thanks Ozzy , kamu juga :)

  16. Nozi said:

    Assalam,

    Wah…lama tk baca entri nih…huhu..terlps kapal..
    bagus2 buat mcm ni…syabas diucapkan..

    rohaizad Reply:

    Cabaran akan datang masih ada… join ya :)

    Azrul D'Carbo Reply:

    Confirm saya follow punya..

    Tapi lepas ni bagi la masa lame sikit.. baru banyak lagi cerita pelik2 yang akan keluar…

    Lagi best kalau ade hadiah…hehehe… ;)

  17. klcitizen said:

    macam2 tersepit punya situasi…kan, angkara cabaran ijad yang tak boleh dipandang sebelah mata.

    best…memang best.

    assignment baru pulak ijad?

    rohaizad Reply:

    Assignment baru akan menyusul tak lama lagi :)

  18. serol said:

    tercari2 jugak nama serol, rupa2nya jadi nizam..sat2 nak baca entri2 yg lain..tak sempat nak baca semalam.. :)

    rohaizad Reply:

    Hehehe.. boleh baca bila free nanti :)

  19. Salam…

    Alamak, terlepas la nak dapatkan trafik percuma. ;)

    Anyway, bila baca diorang punya entry tu, ada jugak yang lawak. Sampai member pun cakap saya ni tersampuk hantu senyum bila dok senyum, ketawa sorang2 depan laptop.

    Lepas ni, buat pulak tajuk “Blogger Terlampau” yer. Hehehe. Confirm saya follow punya. :D

    p/s – 1st comment kat blog ni. Sebelum ni just silent reader je.

    rohaizad Reply:

    Thanks Azrul, next projek join ya :)

    Azrul D'Carbo Reply:

    Confirm saya follow punya.. :D

    Tapi lepas ni, bagi la masa lame sikit.. baru senang nak cari idea.. hehe..

    Kalau ade hadiah, lagi sronok.. ;)

    rohaizad Reply:

    Azrul, tidak akan ada hadiah sebab kalau dah ada hadiah… semua tulisan dah tak original. Nak menang jer.

    Azrul D'Carbo Reply:

    Betul jugak tu…

    Kalau buat program camni, memang orang yg join tu just for fun… dan untuk dapatkan trafik percuma..

    hehehe… :D

  20. arrizz said:

    salam bro..mnarik btol projek yg bro buat nie..baru tau jer nie, bleh ikut g x?hehe

    rohaizad Reply:

    No problem… next projek boleh follow :)

  21. imran said:

    Ramai juga yang menyahut cabaran. Tahniah!

    rohaizad Reply:

    Dah namanya blogger kental.. iya, mereka semua kental :)

  22. samdaddycool said:

    Memang terbaik! Semuanya bersantai sambil dapat tempias trafik.. ngehehehe

    rohaizad Reply:

    Sket-sket lama-lama jadi bukit :)

  23. nanahana said:

    macih atas review ini..
    macih gak jmput kami berblog atas tajuk ni.. :D

    rohaizad Reply:

    Sama-sama :) No problem punya

  24. [...] 1. 28 Most Wanted “Blogger Yang Tersepit” in Malaysia – part 1 [...]

  25. Ali ridha said:

    ada kelulusan tinggi.tapi simpan dlm almari.
    tersepit dlm almari.huhuhu…