Aku anak jati Johor – salam kemerdekaan untuk semua
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: August 8, 2010 online
Kelmarin, heboh satu dunia Facebook Malaysia mengenai seorang penggunanya yang menghina dan mengutuk Johor Bahru. Dalam kenyataannya yang mengatakan Johor Bahru hina kerana SUSAH hendak dapat biskut yang di gemarinya (walhal berlambak dan mudah di dapati), aku rasa itu agak keterlaluan.
Dan setelah aku publishkannya, aku sendiri terperanjat kerana dalam masa tidak sampai 2 jam, lebih dari 300 reply yang diterima. Usaha aku itu tidak sia-sia kerana dia telahpun membuat kenyataan maaf secara terbuka. Walaupun dia claim Johor sebegitu rupa, aku masih lagi berpendapat sebaliknya.
Pada aku, Johor tetap di hati.
Johor tetap negeri yang aku sayangi dan Johor masih mempunyai nilai sentimentalnya yang tersendiri. Secara peribadi, Johor tetap negeri yang unik kerana inilah satu-satu negeri di Malaysia yang mempunyai pantai di bahagian Timur dan Barat daratannya.
Dan bersempena dengan bulan Ramadhan dan bulan Kemerdekaan ini, aku ingin sekali memberikan pujian kepada negeri tanah tumpah darah aku sendiri. Tahniah dan terima kasih untuk negeri Johor Darul Takzim yang menjadi tempat aku dan keluarga aku berteduh.
Aku tidak kira apa pendapat orang lain. Walaupun aku pernah membaca di Facebook akan statement yang berbunyi “rakyat negeri Johor buta hati sebab tak undi parti sekian… sekian…” aku peduli apa. Dah mulut orang, bukan aku boleh buat apa pun. Lagipun aku bukan ekstremis politik…. PERIOD.
Yang penting, aku sayang negeri aku dan kalau ada yang kata taraf hidup di Johor Bahru ni tinggi, susah laa… itu laa… ini laa… itu bukanlah satu pilihan kerana bagi aku, HIDUP perlu di teruskan. Setiap rakyat Johor Bahru adalah SURVIVOR and I am proud of that.

Hari Sabtu minggu yang lepas, Reezluv ada turun ke JB. Sambil menyiapkan assignment kat sini, sempat juga dia ajak aku dan Shaffik untuk outing bersama… street photoshoot. Dan seperti yang aku katakan, Johor Bahru masih lagi indah di pandangan mata aku:







Yup, aku anak jati Johor dan akan tetap dengan dengan cara hidup orang Johor Bahru. Bukan melawak tetapi itulah yang aku lalui selama lebih 30 tahun di sini…. that’s it.
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan bulan Kemerdekaan




ijad “hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri”
skrg rakyat malaysia terlalu alpa, tidak menjaga tatatusila dan sopan serta adat dalam menggunakan kecanggihan teknologi yg wujud.
Mereka tidak sedar setiap apa yang mereka tuturkan itu ada orang yang memerhatikan dan jangan sesekali menyalakan api, kelak nanti membakar diri
rohaizad Reply:
August 8th, 2010 at 9:10 pm
Yup… dulu orang kata “terlajak kata”.. sekarang terlajak menulis pun boleh masuk penjara.
mijie Reply:
August 8th, 2010 at 9:11 pm
mereka tidak pernah belajar tentang sejarah yang terdahulu, mereka dah lupa kisah namawee, kisah aduka taruna dan ramai lagi
rohaizad Reply:
August 8th, 2010 at 9:13 pm
Tau takper… huhu
sedapnya reedluv makan .makan pun masih senyum lagi tu..
rohaizad Reply:
August 8th, 2010 at 9:13 pm
Dia kata gambar tu berjaya menampakkan kehenseman dia… cehhh
reezluv Reply:
August 9th, 2010 at 1:16 am
Ijad..ko jeles la tu..ada orang lagi ensem..hahaha
rohaizad Reply:
August 9th, 2010 at 1:18 am
Bukan… dah tentu photographer kita yang jeles… sebab dia tak qualify untuk team bujang…
p/s: dah kahwin kalau hensem pun lain sahamnya… tak macam kita.. haha
reezluv Reply:
August 9th, 2010 at 1:20 am
a’a..ya betul..tu sebab gambar kita je ada kan?hahaha
dia dah delete akaun FB dia kan? aku baca jugak..kureng punya orang..tak malu ke nak…nk kutuk tu agak2 lah..hoho..
rohaizad Reply:
August 8th, 2010 at 9:16 pm
Dia bukan kutuk, tapi dia menghina. Pheewww..
wanmus Reply:
August 8th, 2010 at 9:21 pm
oo..baru aku tahu yg kutuk n hina tu benda lain2..hehehe..tu ar, dia ingat org johor ni senang2 nk dihina
rohaizad Reply:
August 8th, 2010 at 9:22 pm
Yup… tapi kalau dia kutuk juga nasi ayam penyek, aku lagi marah.
wanmus Reply:
August 8th, 2010 at 9:42 pm
tu bukan ko saja, aku lagi marah..
rohaizad Reply:
August 8th, 2010 at 9:50 pm
Aku pung!
reezluv Reply:
August 9th, 2010 at 1:21 am
siap msuk paper Sinar kan?ada orang report polis ke?
rohaizad Reply:
August 9th, 2010 at 1:24 am
Aku tak sure plak…aku tak beli Sinar.
Lawo gamba bro
tunjuk ajar ku sifu!
rohaizad Reply:
August 8th, 2010 at 9:37 pm
Shah… alamak, aku pun baru belajar pegang kamera dengan editing nih…
p/s: tak geti nak ajar orang… baru lagi la boss.
reezluv Reply:
August 9th, 2010 at 1:20 am
shah:ilmu die dah tahap dasat dah..sampai kekadang die sembang aku sendiri pun tak paham beb..advance..
rohaizad Reply:
August 9th, 2010 at 1:24 am
Cehhh… banyaklah ko… ayat power plak tu
owh! ijad juga johorean eh? me too. memang sayang sangat johor ni. lahir di johor. dibearkan di johor. menuntut pun di johor. kerja pun di johor. Sya memang sayang sangat johor. Taraf hidup tinggi? Agaga..KL lagi tinggi kot.
rohaizad Reply:
August 8th, 2010 at 9:41 pm
Sya….
Sayang orang Johor tak?
*wink!
Sya Isya Reply:
August 9th, 2010 at 9:20 pm
sayang..Sya memang sayang orang johor..orang2 yg tertentulah..hak2..
Nice! ape2 pun Encik Rohaizad punye ucapan memang sangat menyentuh hati. tapi kalau pasal hal biskut pun si polan tu boleh sesedap hati nak hina-menghina, jangan salahkan dia entirely. mungkin didikan agama atau ibu bapa tak cukup tersemat kat hati dia..
rohaizad Reply:
August 8th, 2010 at 9:42 pm
Dia terlupa pada peribahasa Melayu lama… “dimana bumi di pijak, di situ langit di junjung…”
takpe bro lame2 pandai la tuh
nanti bleh fotoshut adn Azian ^_^
rohaizad Reply:
August 8th, 2010 at 9:44 pm
Azian nak ke photoshoot dengan amatur macam aku ni Shah?
Rasa macam tak layak jer amik gamabr orang cantik macam Azian …
ececece
JB best bukan sbb nasi ayam penyet ka?
rohaizad Reply:
August 8th, 2010 at 9:49 pm
Sebab tu kat atas Wan Mus pun dah ngamuk kalau ada yang usik Nasi Ayam Penyek… heh heh
Ya, Johor tetap dihati..sebab aku asal dan bersekolah di johor
Allah peliharakan Sultan
‘Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan…
rohaizad Reply:
August 8th, 2010 at 11:38 pm
Hidup Johor!
rindu kat JB. setahun duk sana. tak sempat nak singgah ke Singapore.
rohaizad Reply:
August 8th, 2010 at 11:39 pm
Heh heh… ada masa, turunler ke JB
Fazli Reply:
August 8th, 2010 at 11:43 pm
mmg teringin nak turun ke sana. byk kenangan. teringat bazar ramadhan kat bandar baru uda. kalau datang masa nak dekat berbuka, biasanya mesti dapat air free. hehehe…
rohaizad Reply:
August 9th, 2010 at 1:22 am
Yang FREE mesti selalu kita ingat…kan?
i love johor!!!!!hehehe. even ramai yang cakap johor dah cam fanatik sangat ke ape..ah,tak kisah.johor tempat tumpah darahku, lancang mana pun mulut kami warga johor tapi inilah true color kami.hehehe.
love u johor!!!! love to tuan blog ini jugak yg bikin gue sayang gila2 kat Johor lagi
rohaizad Reply:
August 8th, 2010 at 11:40 pm
sebut je Johor teringat zaman pikul kotak ikan dulu. Johor banyak nama tempat “ai” kan. antaranya: Masai
Kulai
Gunung Pulai
best ape gi Johor walaupun sambil bekerja, tapi sekarang susah dah nak sampai sana, dulu seminggu 2x siap boleh balik hari je dari Kuantan.
rohaizad Reply:
August 9th, 2010 at 1:21 am
Ada masa sampailah tu nanti
Best tgk snapshot tu. tiba-tiba rasa mau terbang balik johor. mau makan makanan pior Johor. Mau ronda-ronda kotaraya, jalan di atas sungai ‘seget’ yang dah tutup tu, mau lepak di ‘Singgah Slalu’. Oh! I miss Johor so much.
rohaizad Reply:
August 9th, 2010 at 1:18 am
Hoho….. betul betul…
walaupun aku orang perak..aku sayang johor gak..tempat makannya banyak best2..:D
rohaizad Reply:
August 9th, 2010 at 1:18 am
Elehhh…. makanannya pulak…. bukan orang tu ke? haha
reezluv Reply:
August 9th, 2010 at 1:19 am
tak kenal maka tak cinta Ijad..hehe
rohaizad Reply:
August 9th, 2010 at 1:24 am
haha… kan aku dah agak dah …
aku rasa johor best..sbb orang johor ramah2 kot…tak susah nak bersembang..n bahasa johor universal sket, xde slank..heh
rohaizad Reply:
August 9th, 2010 at 1:42 am
Hisshh… main rasa-rasa plak… dah memang confirm betul apa yang ko cakap tu. Haha
Johor memang indah. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran nasi ayam penyet. Ho ho.
Sebagai seorang yang pernah merantau di seluruh negeri menjalankan tugas sebagai seorang pegawai bank, abang merasakan kesemua negeri mempunyai keunikan tersendiri. Setiap kali apabila hendak bertukar ke negeri lain, hati terasa sangat hiba.
Abang pasti si minah tu sebenarnya bukan tidak selesa dengan negeri ini tetapi dia tidak selesa dengan tugas nya , lantas menjadikan isu kenegerian sebagai alasan untuk luahkan perasaan tidak puas hati nya… Ada setuju tak….
wah menarik gambar tu. yg nombor 7 tu (err sila kira sendiri yer hehe) mmg tersirat. isu negeri tu saya rasa mereka tidak patut kata begitu. apa pun i love malaysia!
besh-besh pic kali nih! :thumbs up:
[...] juga yang tanya kenapa aku beli DSLR ni. Aku selalu cakap… aku nak belajar dunia photography. Buat duit tak masuk lagi dalam kepala… bukan tak nak, tapi not ready yet. Dan ada juga yang [...]
Diulas pada August 12th, 2010 at 2:09 pm[...] sangat, aku akan start enjin dan pergi berjalan-jalan… Melaka sepertinya layak untuk dipilih. Nikon D5000 kesayangan aku tu confirm [...]
Diulas pada September 9th, 2010 at 8:31 am