Penghargaan dari advertiser yang beriklan di blog ini

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet, Tips - Tarikh diterbitkan: August 8, 2010 online

Blog ini memang menyediakan slot pengiklanannya yang tersendiri. Ada yang memilih untuk meletakkan iklan meraka di kawasan HI-RISE, di kawasan sidebar dan ada juga yang memilih untuk slot di bahagian single page.

Tidak kiralah di mana kawasan atau slot iklan yang hendak di pilih, aku sebagai tuan tanah hanya boleh memberikan yang terbaik mengikut budget mereka masing-masing.

Dalam menyediakan ruang slot pengiklanan, kita juga harus tahu target reader di mana iklan kita itu di letakkan. Untuk mereka yang ingin meletakkan iklan masing-masing di blog ini, mungkin kamu boleh mendapatkan beberapa tips yang tidak seberapa di sini.

Oh ya, ada juga yang bertanya berkesan ke kalau beriklan di blog rohaizad dot com ini?
Jawapannya: Wallahu`alam.

Mengapa?
Sebab pengiklanan merupakan salah satu dari cabang PELABURAN. Bukan semua iklan mendatangkan pulangan yang lumayan tetapi CONVERSION itu adalah sesuatu yang pasti dalam melihat keberkesanan pelaburan tersebut.

Penjualan yang berlaku juga bukanlah disebabkan faktor di mana lokasi iklan itu diletakkan, tetapi banyak lagi faktor yang perlu di titiberatkan seperti landing page yang menarik, sales letter yang membunuh dan juga “HONESTY” penjual itu sendiri.

Tetapi kalaulah itu semua ada… still ia masih belum cukup untuk melayakkan sebarang penjualan berlaku. Terus terang aku katakan, semua orang BOLEH MENJUAL, tetapi pernahkan mereka meletakkan diri mereka sendiri sebagai PEMBELI?

Di sinilah HARGA memainkan peranan yang penting. Di sinilah juga penentu apa yang di katakan sebagai CONVERSION wujud. Lagi murah, maka lebih ringanlah beban pembeli untuk membelinya. Simple je.

Tetapi tidak semua produk perlu di jual murah sebab kalau kena pada gaya marketing dan “how we put the value to the product”, orang akan beli juga. Macam kereta BMW dan Mercedes.

Secara jujur, ada juga pengiklan di blog ini yang memberikan respons apabila berlakunya jualan melalui iklan yang mereka letakkan di sini. Kalau mereka beritahu, maka tahulah aku… tetapi kalau tiada sebarang informasi diberi, maka aku pun tidaklah tahu.

Dan di bawah ini adalah antara email yang membuatkan aku bersemangat untuk menulis dalam blog ini:

p/s: Terima kasih yang tidak terhinga kepada semua pengiklan blog ini. Aku hanya mampu berdoa supaya semua pelaburan mendapat respon yang baik dari bakal pembeli :)


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 22 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. DaHLia said:

    itulah bro,
    bila ada yg berminat nak beriklan, rasa risau andai mereka tidak mendapat pulangan..
    hendak ditolak, takut kata sombong
    bila membaca entry ni, saya akan lebih yakin utk beri mereka terus beriklan..

    rohaizad Reply:

    Yup… teruskan, dan lihat hasilnya nanti :)

  2. Dila.13 said:

    sangat benar.. bagi yang ada produk atau servis, kalau tak melabur untuk ruang iklan memang tak ke mana.. dan tak boleh kedekut untuk labur lebih. kalau kedekut labur, rezeki pun kedekut nak datang kat kita :)

    rohaizad Reply:

    Yup, ramai yang lupa bahawa pengiklanan adalah satu pelaburan. Dan jika dia takut untuk melabur pada tempat yang betul, dia tidak akan dapat eksposure yang mencukupi.

    Dila.13 Reply:

    saya pun dah dapat “calling” untuk melabur dalam pengiklanan service ‘yang lagi satu’. insyaAllah akan bersepah2 iklan tu kat hotspot2 macam blog rohaizad.com ni. hehe :)

    rohaizad Reply:

    Yup, you are always welcome Miss WordPress.
    My pleasure :)

  3. As said:

    Dengan Alexa rangking 82XXX, Rohaizad.Com mmg tempat menarik untuk buat iklan…Berdasarkan kepada record PPL yang saya jalankan dulu, blog ini duduk dlm top-5 sumber traffic terbanyak…Mmg care abis!

    rohaizad Reply:

    Thanks for the support As :)

    p/s: Asmidar….! (Ali Setan… heh heh )

    As Reply:

    Haha…dah lame bertahun xde org panggil aku asmida..ko mengingatkan kembali zaman persekolahan aku jad… : )

  4. samdaddycool said:

    Traffik mantap & iklan limited (tak terlampau banyak) .. berbaloi utk melabur. Apatah lagi jika conversion rate tinggi

    rohaizad Reply:

    Abang Sam kita kalau dah mengayat, memang dahsyat. Habis besok penuhlah spot iklan kat blog nih… :)

    samdaddycool Reply:

    berbaloi-baloi.. ;)

  5. mijie said:

    kadang2 kita beriklan bukan untuk mendapatkan sales, tetapi untuk mendapatkan trafik, backlink, dan juga orang kata untuk dikenali

    kalau dah tiap2 hari tgk iklan tu, lama2 pasti ada perasaan ingin tahu tentang iklan tersebut, tak gitu ijad

    rohaizad Reply:

    Yup… betul betul. Memang betul

  6. Shukor said:

    Betul tu, beriklan merupakan satu pelaburan. Kita kena banyak trial and error dan dari situ kita boleh lihat keberkesanan sesuatu iklan yang kita buat.

    Saya pernah tempah satu ruang iklan pada blog owner produk. Saya sebagai affiliate produk tersebut. Dalam tak sampai 2 minggu saya dapat lebih RM200 hanya bermodalkan RM50.

    rohaizad Reply:

    Wahh…. that’s good!

  7. Fazli said:

    yang penting keje blogger tarik trafik. iklan berkesan atau tidak, bergantung kepada visitor. nice job rohaizad.

  8. EP said:

    iklan banyak la bagus, lagi2 iklan gambar yang blink2, baru la blog meriah..hahaha

    tp jgn lupa trackads tu..

  9. ibnujusup said:

    heabt2… bleh consider nak iklan ni

  10. Sya Isya said:

    iklan, iklan, jangan tak iklan. huhu..tak tahu nak letak iklan apa kat reezluv.com sebab menang contest reezluv, iklan percuma 3 bulan. any idea, jad?

  11. Ali ridha said:

    sebelum aku pernah gak beriklan.
    trafik ok naik.utk produk jual
    ebook blom try lgi.

    rohaizad Reply:

    Boleh cuba lagi :)