Harapan Ramadhan
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: August 11, 2010 online
Setiap kali Ramadhan tiba, semua orang ada misi masing-masing. Ramadhan kadang-kadang saling tak tumpah seperti tahun baru di mana semua orang ada azam dan juga angan-angan.
Sebagai seorang Islam, Ramadhan adalah bulan yang paling istimewa. Hendak di tulis di sini memang banyak tapi bagi aku, Ramadhan adalah masa yang terbaik untuk merasai kesusahan dan juga kelaparan fakir miskin di luar sana. Sedekah dan zakat, itulah intipatinya.
Tapi dalam masa yang sama, setiap individu juga ada targetnya yang tersendiri. Dibawah adalah antara misi sesetengah dari kita berkenaan Ramadhan:
1. Hendak berhenti merokok.
Haaa.. ini adalah satu statement yang sungguh cliche sebab beribu perokok akan melafazkannya setiap kali Ramadhan tiba. Kalau ikutkan apa yang berlaku di sekitar aku selama 30 tahun hidup, memang susahlah untuk melihat misi ini tercapai. Bukan negatif ataupun bersikap skeptikal, tapi itulah kenyataannya.
Tak susah, tanya je perokok tu masa sahur dia bedal berapa batang rokok. Nak qada’ rokok sampai petang katanya… heh heh.
2. Hendak menurunkan berat badan.
Tang ni memang kena pada batang hidung aku sendiri. Dah cuba bagai nak rak, tapi bila habis Ramadhan…. badan ini bukan semakin susut… tapi makin bertambah plak. Manakan tidak, masa berbuka tu membedal bagai nak arak.
Terawikh pun selalu tertanya-tanya… “boleh rukuk ke malam ni ehhh?”
Tak cukup dengan itu, ehhhh di layannya satu round lagi makan lepas balik terawikh!
3. Ingin berniaga untuk income dan rezeki lebih di bulan yang mulia ini.
Dari tahun 2003-2006 dulu memang aku berniaga makanan (masa tu blogging still part time lagi). Bila tiba bulan puasa, bazaar Ramadhan tu dah macam rumah kedua. Niat di hati hendak cari income lebih… tapi yang selalu jadi mangsa, solat Asar dan solat Maghrib.
Sampai bazaar buka kedai pukul 3.00 petang. Then siapkan lot dan pada waktu itu orang dah mula datang beli lauk. Pukul 5.00 petang dan ke atas, lagilah sibuk cari duit.
Kedai takleh tinggal sebab tak percaya pada pekerja yang boleh kelepet duit bila-bila masa je. Last-last aku terus ambik keputusan tak nak berniaga di bulan puasa lagi. Memang itu satu alasan, tapi majoriti (aku boleh katakan 90%) yang berniaga sama senarionya dengan apa aku ceritakan ini.
4. Nak cukupkan terawikh di masjid selama sebulan.
Ini juga satu azam yang aku mengaku gagal untuk di lakukan. Selalunya bila tiba di hujung-hujung Ramadhan, lepas Maghrib je dah keluar rumah untuk cari kelengkapan hari raya. Siang dah kerja (masa tu kerja office hour), so malam jelah masa yang ada.
Tapi lepas berhenti kerja (office hour time), dapat pulak kerja shift di pasaraya. Paham-pahamlah kalau dah kerja shift.
5. Hal peribadi.
Ini terlalu subjektif untuk di terangkan. Hanya diri sendiri yang tahu apa yang ada dalam jiwa. Bukan nak berahsia tetapi personal thing biarlah kita sendiri sahaja yang simpan.
3-4 bulan yang lepas (sebelum tibanya Ramadhan), aku pernah beritahu hal peribadi aku pada seorang member. Dia ni pun blogger JB. Kira kalau aku boring dan dia boring, memang kita orang akan hang out.
Kadang-kadang bawak gitar, main malam-malam kat depan Pantai Stulang Laut. Nonton wayang dan main bowling pun ada. Kalau setakat ngeteh kat Restoran Aliff tu, jangan citerlah…. naik bosan pun ada.
Blogger ni namanya Zairizad . Nama seakan sama dengan nama aku… sampai tiap kali nak berbual dengan dia, rasa macam menyebut nama sendiri.
Yup, 3-4 bulan dulu.. aku pernah mention perkara ni dengan dia. Dia seorang je yang tahu pasal ni sebab aku tak pernah cerita hal ni dengan orang lain.
Di pendekkan cerita, apa yang aku harapkan untuk Ramadhan tahun ini tidak tercapai. No komen…. Allah jua yang Maha Mengetahui….




Aku kalau boleh nk no 4. Yang lain aku xnk pandang. leh x jad? hahahahaha
rohaizad Reply:
August 12th, 2010 at 12:53 am
Boleh… cuma aku je yang fail selalu.. huhu
boy_bersahaje Reply:
August 12th, 2010 at 12:54 am
haa itu pasal la kene target sampai dapat hahahaha
rohaizad Reply:
August 12th, 2010 at 12:55 am
Betul.. betul..kena kental.
zam Reply:
August 12th, 2010 at 1:09 am
insyaAllah…boleh… tp hari ke 2 je dah rasa lemau …sib baik last minute ubah pikiran..dengan pantas bersiap…. hopefully besok ader soul yg akan gerak aku utk bertahan hingga ke ahkir Ramadhan…insyaAllah….
Aqif Reply:
August 12th, 2010 at 1:58 am
Kena konsisten dan persisten. Tetapi itulah… Tetap mencabar sebab kita mahu mendapat keredhaan dari-Nya.
samdaddycool Reply:
August 12th, 2010 at 8:42 am
memang liat wooo
rohaizad Reply:
August 12th, 2010 at 1:00 pm
Yup… maintain tu yang susah. Tapi tidak mustahil untuk di buat
rohaizad Reply:
August 12th, 2010 at 1:02 pm
Buleh…. jangan ingat ayam percik kat rumah masa terawikh tu, sudah ler… he heh
Aqif Reply:
August 12th, 2010 at 7:07 pm
Ayam percik? Ayam penyet la bro. Haha!
rohaizad Reply:
August 12th, 2010 at 8:23 pm
Jangan disebut ayam penyek… bahaya
No 2 paling susah nk follow huhu…perut kosong bila time berbuka makk aiih…bedal x hingat…perut jadi terkejut nk proses mknan yg bnyk jadi tenaga…so tenaga yang terlebih jd la lemak so x juga kurus2 hoho
ejoncb Reply:
August 12th, 2010 at 10:12 am
hehe..cuba g bukak kt masjid yg sedia juadah berbuka free….konfirm tak kan berbelanja lebih. mkn pun tak lebih..sekadar yg disediakan jer.ajak family skali..haha
rohaizad Reply:
August 12th, 2010 at 12:56 pm
Jimat… jimat…
p/s: ejon, kahwin laa cepat… tak yah nak berbuka kat mesjid…
rohaizad Reply:
August 12th, 2010 at 1:01 pm
Haha.. betul.. betul… siap kata makan tu untuk standby esok punya lapar…
Saya pilih nombor 3 dan 4. Jika boleh, selepas graduasi sahaja mahu bergelar full time blogger.
rohaizad Reply:
August 12th, 2010 at 1:01 pm
Abang doakan Aqif lulus dengan cemerlang. TERBAEK!
Aqif Reply:
August 12th, 2010 at 7:10 pm
Terima kasih abang Ijad. TERBAEK!
rohaizad Reply:
August 12th, 2010 at 8:23 pm
Sama-sama
nak turunkan berat badan macam mana saudara ijad? dah habis puasa nanti, bedal lemang ketupat nasi impit rendang dan macam-macam lagi masa raya nanti. cuma ayam penyek je takde rasanya. hehehe
roselin Reply:
August 12th, 2010 at 9:45 am
a’ah, 1 bulan pose turun 5 kilo. 1 minggu raya naik 6 kilo. ekeke..
rohaizad Reply:
August 12th, 2010 at 12:57 pm
Ahahaha… itu makan dalam punya statement. Pedih membacanya
rohaizad Reply:
August 12th, 2010 at 1:00 pm
Itu lah masalahnya. Aku pun dah takut dengan menu pagi raya… hoho
selalu berazam nak puasa penuh, tapi tak dapat2 lagi….
rohaizad Reply:
August 12th, 2010 at 12:59 pm
Cehh…. mana buleh puasa penuh kak oii…. heh heh
1. Berhenti merokok – pada mereka yg patut berenti tu baik berenti ler. jimat duit hangpa.
2. Hendak menurunkan berat badan – tah la tak bole nak kata lagu nih makan cam apa ja. turun kemende?
3. Ingin berniaga untuk income dan rezeki lebih di bulan yang mulia ini – niaga coklat je dr member ke member. tp pun tak de la byk dapat masyukk.
4. Nak cukupkan terawikh di masjid selama sebulan – terawih dah ade anak pinak ni, kalu dpt wat sendirian je kat rumah. complete set 1 bulan tu tade la dpt.
5. Hal peribadi – ini pun macam-macam ade dlm kepala otak. tinggal tak terluah ja. aduiyai…
rohaizad Reply:
August 12th, 2010 at 12:58 pm
Santapan berbuka lebih dari 3 kali makan di hari biasa.
Salam saudara Rohaizad.
rohaizad Reply:
August 12th, 2010 at 12:58 pm
Betul… tapi nak realisasikannya tu .. perghh
Semua tu betul…aku nak fokus beribadat sikit lah…tu je…
mula2 ingat nak cari duit lebih, tapi…rasa2 takyah lah…
rohaizad Reply:
August 12th, 2010 at 12:56 pm
Yup… man man….
Nak tambah pahala yang berganda Allah berikan di bulan mulia ni…
rohaizad Reply:
August 12th, 2010 at 1:03 pm
Keep it up. Boleh di lakukan tapi memang banyak dugaan.
no.1 -azam aku ramadhan ni cukup tinggi, 3 hari sebelum puasa aku dah stop hisap rokok, sampai hari ni aku dah tak hisap rokok dunhill, tapi pas buka aku cuma layan rokok daun sebatang, heheheh
no.2 – harap2 berat badan aku dpt turun bulan puasa ni
no.3 tak nak ulas
no.4 – nak cukupkan tarawikh sebulan, 2 hari ni pun dah rasa tercabar, hohoho
no.5 – peribadi? biar kongsi dgn wife je la
rohaizad Reply:
August 12th, 2010 at 12:56 pm
Semoga sukses bro
haha..jujur giler statement kali ni..tapi tulah, setakat duk tengok kat kebanyakkan peniaga makan ni, tak tahu diorang solat kat mana..ada lagi best, diorang rileks je walaupun dah dengar azan waktu sembahyang baru..hoho
rohaizad Reply:
August 12th, 2010 at 12:55 pm
Betul… apa yang di ceritakan itu adalah hakikat. Tak caya, cuba perhatikan…
Good luck to you Bro Ijad.. semoga tercapai semua hajat dan hasrat..
rohaizad Reply:
August 13th, 2010 at 2:44 pm
Thanks Dila
[...] Misi peribadi – selain dari fadhilat Ramadhan, aku juga mempunyai misi untuk menurunkan berat badan. Dan ini telah membuatkan aku dengan Muaz Hadi tertekan sebab tak tahu apakah [...]
Diulas pada September 8th, 2010 at 1:14 pm