Salleh Gregor Samsa – keliru dengan agamanya sendiri

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang - Tarikh diterbitkan: August 15, 2010 online

* Klik untuk besarkan imej

Salleh mencabar Allah dengan mewar-warkan bahawa dia ingin meletakkan tahun 2015 sebagai tarikh kiamat. Salleh lupa bahawa wujudnya dia di dunia ini pun atas izinNya.

Salleh lupa matanya yang melihat itu adalah kurniaan ALLAH. Salleh lupa bahawa jantung yang berdegup itu hanya berdegup atas kehendakNya. Jika hari ini ALLAH berkata pada Salleh yang DIA ingin merehatkan jantung Salleh yang telah lama berdegup itu barang sejam dua, adakah Salleh sudah bersedia?

Salleh anak orang kaya, semuanya di lihat pada keduniaan. Tapi mungkin Salleh tidak menyedari akan satu hakikat. Kadang-kadang Allah sengaja menarik semua kekayaan… semua kesenangan… dan semua kecintaan yang di miliki oleh kita.

Mengapa?
Kerana apabila kita sudah tidak punya apa-apa, selalunya barulah kita akan sedar bahawa Allah ada di sisi kita. Allah ingin memberikan kita peluang supaya rapat dan sayang padaNya.

Kasihan Salleh… dan juga kawan-kawannya yang keliru dengan agama Islam. Semoga Ramadhan Al Mubarak ini Salleh di kurniakan dengan cahaya yang diperlukan selama ini. Insya Allah… amin.


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 91 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. zairie said:

    manusia sekarang nie.. hm

    Azizeil Hameid Reply:

    ‘Hm’ je.?

    rohaizad Reply:

    Yup… tapi manusia itu tidak sempurna. Kita doakan sama -sama :)

    zam Reply:

    yup betul bualn Ramadhan nak bagus doakan sesama kita….insyaAllah….

    suci wardina Reply:

    Inilah petunjuk ALLAH.. dunia memang sudah benar benar di akhir zaman..

    Taufik Dato Mansor Reply:

    kes pasal benjamin yg murtad tu lagi teruk…. ish…

  2. mcphat said:

    budak ni kurg didikan agama kot…
    x beragak langsung..

    rohaizad Reply:

    Dia keliru dengan akidah.. itu sahaja :)

    Insya Allah dia akan pelajarinya suatu hari nanti. Kita doakan untuk dia dan untuk juga diri kita juga :)

    mcphat Reply:

    mudah-mudahan…

    rohaizad Reply:

    Iya.. mudah-mudahan :)

  3. Azizeil Hameid said:

    Dia dan kawan-kawannya ni lah yang patut dibuang dalam tong sampah selepas dilahirkan atau diberanakkan terus dalam lubang jamban atan lubang kubur (kalau mak bapak dia mewarnakannya dengan betul).
    Biarlah mak bapak dia je yang DIHUKUM SEMENTARA ‘DI SINI’ sebab BUNUH DIA SEORANG, *jangan sebab dia hidup*, 30,000 ORANG PULAK MEMBUNUH DIRI DAN TERHUKUM ‘DI SANA’ SELAMA-LAMANYA. (Dia cakap 30,000 orang tu pengikut je, tak termasuk dia dan konco-konconya tu.)
    Kecik-kecik taknak mampus, dah besar mengajak orang lain masuk neraka pulak.

    p/s: maaf jika terkasar bahasa.
    p/s/s: saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

    rohaizad Reply:

    Ramai yang di lahirkan sebagai Islam.. tapi kafir di hujung nyawa. Dan ada juga yang lahir sebagai kafir, Islam di hujung hidupnya. Tapi Allah Maha Pengampun… kalau Salleh bertaubat, pasti akan diterima Allah.. dan pada waktu itu, takut kita ini pula yang semakin menyimpang dari orang yang pernah menyimpang. Nau’zubillah..

    Nozi Reply:

    Assalam,

    Setuju dengan pendirian Ijad. Betul tu. Kita kena doakan baik2 utk sesiapa sahaja. Allah Maha Mengetahui dan ada sebab2 setiap apa yang berlaku.

    Mereka sekarang ditutupi hidayah Allah. Kita doakan banyak2 moga mereka dibukakan pintu hati untuk terima agama Allah.Kita juga kena beringat. Sekarang kita masih igt Allah,syukurlah.Jgn kita pula tergolong dari mereka yang tersimpang..Jgn sesekali mengadili makhluk yang lain,kita tiada hak. Di sisi Allah jualah tempat pengadilan yang sebenarnya yang mana hanya Allah Yang Mengetahui..

  4. Zaki said:

    Inilah di antara kesan daripada kurangnya didikan agama. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

    rohaizad Reply:

    Yup, betul Zaki.
    Dan yang lebih menakutkan ramai lagi di luar sana yang sedang mengalami masalah macam ni, tapi tidak di nyatakan… makin lama, makin menyimpang.

  5. samdaddycool said:

    Doakan dia kembali ke pangkal jalan.. tak pun doakan kita tak ikut dia masuk neraka..

    rohaizad Reply:

    HAaa.. itu adalah yang terbaek!

  6. khairolghani said:

    baru je terbaca tadi kat blog lain..tak sangka makin membiak orang2 macam ni..

    rohaizad Reply:

    Ramai sebenarnya cuma yang betul-betul visible tak ramai. Sebenarnya yang invisbile itulah yang bermasalah. Sebab kita tak tahu apa dalam hati mereka

  7. travelman said:

    emm..orang macam ni memang ramai..

    rohaizad Reply:

    Yup… kadang-kadang kat sebelah rumah kita jer… :)

  8. abemogi said:

    semoga salleh dan rakan2 dapat hidayah di bulan penuh keberkatan ini…amin

    rohaizad Reply:

    Amin… Insya Allah

  9. iskandar said:

    salam. nice post. saya dah baca status dan komen2 tuh.. dan pendapat saya kat sini ialah.. die tu sebenarnye baru sorg je drpd ramai lagi remaja atau umat2 islam yang mmg jiwa kosong dr ilmu2 tauhid.. saya pon tanak komen secara spesifik la.. sebab kite pon tak tau latar blakang die camne.. mungkin parent die suke blasah die ke.. tak pon parent die x penah aja psal agama.. bile jiwa da kosong camtu la..

    kite yg ramai2 puasa ni pon bukan sume kerana Allah.. ada yg puasa mmg hati kosong jek. rase terpaksa.. dan mmg dunia nak kiamat.. kite slalu nye lebih mengamalkan budaya.. nasib baik la puasa ni da jadi budaya melayu.. kalo tak lagi teruk kot.. haha..

    jadi skrg biarkan la mereka.. dorg marah tu pon mungkin sbb die rase org dok paksa die.. mmg org skrg camtu la.. baik yg alim atau yg jahil.. sume sama.. saya slalu nmpk depan mata.. makin byk ilmu tapi makin pendek akal.. bygkan.. brape ramai rebut2 nk jadi imam ngan bilal.. tapi dorg rebut tu sbb ada elaun jek.. kalo xde elaun teros merosot la imam kat malaysia ni kot.. huhu

    so skrg paling baik ialah sama2 lah kite doakan semoga kite semua kembali ke jalan yg btol.. termasuk diri sendiri..

    sekian. selamat berpuasa..
    (^^,)

    rohaizad Reply:

    Betul Is…
    KIta yang memaki hamun dia pun bukannya ada kesan. Doa lebih baik :)

  10. [...] Rohaizad [...]

  11. Kujie said:

    Baca kes ini semalam – doakan moga diberikan taufik dan hidayah

    rohaizad Reply:

    Setuju dengan Kak Jie… nak-nak di bulan puasa ni. Dan kita yang mendoakan itu lebih baik dari memaki hamun dia. :)

  12. Logam said:

    Sng citer bdk nit xde otak & bacul. Br lyn punk sthn 2 dah nak buat kitab sndr. Godfather punk pun x prnh ader kitab sndr. Bodo x bole diajar nie, f**cking poser. Nak bunuh dr ramai2, alhamdulillah… Krg skt makhluk2 yg xde otak dlm dunia nie. Kalau brani tnjk muka ler, stakat tnjk gmbr bdk yg innocent psl aper. X psl2 bdk tu lak yg jd mangsa nanti… Fb dier and the geng pun dah ilang, tu namanyer bacul xde pendirian…

    rohaizad Reply:

    Moga dia sedar apa yang dia dah tulis. Manusia ni kadang-kadang suka pada pertimbangan hati, bukan akal.

    roselin Reply:

    f**cking poser.
    x cukup la.

    there must be a better word to describe this person?

    rohaizad Reply:

    Better not… sebab kes macam ni adalah satu ujian untuk kita di bulan puasa. Kalau kita terlebih, kang kurang plak pahala pose… heh heh

    p/s: garangnya dia… :)

    Logam Reply:

    Ntah ler… aku pun x reti nak describe species mcm nie. Terlebih pth dr org pth tp kulit xde putih maner pun. Free thinker is bunch of loser who got no self esteem. Ingat semua kat pacific tu free thinker ker? Ader gak yg beragama kalau x xkan ler ader Helloween, X-mas etc…

    rohaizad Reply:

    Free thinker dan lost thinker ada bezanya … :)

  13. madlut said:

    huhu..terkejut aku tgk nieh..
    rupa-rupanya dah keruntuhan akidah dalam generasi muda sekarang nie dah tahap “nazak”..
    mintak2 aku dijauhkan dari semua benda nie..

    rohaizad Reply:

    Islam tidak dapat di warisi… tapi ia boleh di terapkan dari kecil. So pokok pangkalnya, didikan dari orang tua :)

  14. mijie said:

    baru semalam baca pasal ni, em kita doakan semoga dia dan rakan2nya kembali kepada jalan yang benar, sesunguhnya Islam itu agamaku

    rohaizad Reply:

    Yup…. kita mendoakan sahaja.. itu lebih baik di bulan puasa ni :)

  15. Hadi Rofiee said:

    Apa dah nak jadi? Semoga mereka sedar & kembali semula. :neutral:

    rohaizad Reply:

    Yup… semua orang melakukan kesilapan :)

  16. Ali ridha said:

    kekayaan membutakan mata hati si Salleh.
    lebih memandang kpd keduniaan.semoga salleh
    mendapat petunjuk di Bulan Ramadhan ini.

    rohaizad Reply:

    Bulan Ramadhan banyak rahsia dan keberkatannya. :)

  17. Faarihin said:

    salam singgah..

    mohon dijauhkan daripada perkara ni kepada kita semua..

    rohaizad Reply:

    Setuju… kita pun tak sempurna… moga di jauhkan.

  18. reezluv said:

    semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah kepada si polan supaya kembali ke jalan yang diredhai Allah..

    Siapalah kita hendak bercakap bongkak,sdangkan apabila kita sakit,hanya Allah yang mampu menyembuhkan..

    Hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani…

    rohaizad Reply:

    Dia kurang pendedahan… bila dia nampak semuanya, baru dia akan faham. Insya Allah

  19. Asy pete said:

    Saya doakan si salleh ne dpt petunjuk yang baik agar dia sempat bertaubat,mak saya kata la ne bulan baik semua jin setan iblis kena kurung tengah laut,so yang jahat tu diri dia sendirila,

    rohaizad Reply:

    Haaa.. itu memang betul. Thanks Asy :)

  20. Syuxx said:

    Salah saya lah ni. Kerana tak berdakwah di atas iman dan amal dengan dia ni. Tak luangkan masa menyebarkan kebenaran tentang Tuhan yang satu.

    Sedeh betul dgn saya sendiri :(

    rohaizad Reply:

    Salah kita-kita juga :)

  21. dah lama hal nie berlaku

    rohaizad Reply:

    Insya Allah… biarlah kita doakan… baru ke, lama ke…

  22. budak tu x layak nak bersuara cam tu….harap la budak tu kembali ke pangkal jalan…

    rohaizad Reply:

    Kita doakan ye :)

  23. salam, farah minta izin link kan entry ini di facebook.
    supaya kawan kawan semua sama baca dan tak jadi sesat macam ni.
    thanks. selamat menyambut Ramadhan al Mubarak.

    rohaizad Reply:

    Boleh… silakan Farah :)

  24. noreed said:

    semoga satu hari nanti salleh kembali ke pangkal jalan. dan semoga kita dan sedara mara kita semua tidak terpesong seperti dirinya.

    rohaizad Reply:

    Yup… ingatan untuk diri kita juga :)

  25. Cvt said:

    Lagi sorang melayu yang sangat-sangat melampau menghina Islam dan mencabar Allah di bulan Ramadhan. Sesiapa yang add dia, sila tag kawan2 anda di gambar yang dia post kan. Dia seorang Atheist. Dia juga menghina Rasulullah pada tahap yang sangat-sangat melampau.

    Profile : http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000779212924&ref=ts

    Gambar tersebut : http://www.facebook.com/?ref=home#!/photo.php?pid=169320&id=100000779212924&ref=fbx_album

    *p.s.: sekiranya anda seorang muslim jenis yang teruja pada club2 malam, artis, duniawi, jangan add sbb iman anda lemah.

    rohaizad Reply:

    Thanks for the link :)

  26. klcitizen said:

    sedangkan di zaman nabi masih hidup pun, ada muslim yang kembali kafir, apatah lagi zaman sekarang kan ijad.

    kita doakan iman kita terjaga, dan moga petunjuk dan hidayah Allah kembali dalam hidup mereka ini, kan.

    rohaizad Reply:

    Betul juga tu kak… zaman dulu lagi dah ada… cuma kita doakanlah supaya dia sedar :)

  27. nuaeman said:

    Sepertimana saranan diatas.. doakanlah dia kembali ke jalan yang lurus dan jangan lupa juga untuk doakan diri sendiri supaya kekal di jalan yang lurus.

    Umar al Khatab juga pernah menghina dan ingin membunuh baginda Nabi SAW tetapi lihatlah siapa Umar selepas menerima petunjuk.

    Moga hidup kita semua diberkahi Allah serta hati-hati kita tidak lalai ketika mengucup nikmat Tuhan.

    rohaizad Reply:

    Contoh yang bagus untuk di baca dan di fahamkan. Hidayah Allah boleh tiba bila-bila masa sahaja… kun fayakun…

  28. wanmus said:

    celaka..tu je perkataan paling sesuai..nauzubillah

    rohaizad Reply:

    Wallahu`alam… :)

  29. Fazli said:

    kesian dia. dia cuma fikirkan tentang hidup dia saja. apa yang dia nak bawa selepas mati?

    rohaizad Reply:

    Wallahu`alam… tapi hidayah Allah boleh sampai bila-bila masa… :)

  30. Khairul Anuar said:

    Celaka lah ke atasnya, itu je yg mampu aku ucapkan di atas F word yang dia berikan utk orang yang berpuasa. Bukan dia sorang je yang takde pendidikan agama tinggi, tapi kebangangannya terlalu terserlah, menonjolkan betapa dangkalnya pemikiran dia sebagai seorang manusia kerdil di bumi Allah ni.

    rohaizad Reply:

    Dia “lupa’ pada perkataan “manusia kerdil” tu barangkali… :)

  31. aimannajmy said:

    Apa2 pun kita berdoa dia kembali ke pangkal jalan..harap ada org yang bimbing dia..masih belum terlambat..

    Ada orang lahir Islam hidup Islam mati Islam
    Ada orang lahir Kafir hidup Kafir mati Islam
    Ada orang lahir Islam hidup Islam mati Kafir

    Semua adalah ketentuanNya…besama2 la kita bedoa2 yang baik2 untuk kesejahteraan semua umat islam

    rohaizad Reply:

    Satu point yang bagus untuk di renungi.

  32. nanahana said:

    semuanya dugaan untuk dia. nampak atau tidak hidayah , itu antara dia dgn Allah. kita doakan dia tidak jauh tersesat dan kita di pelihara iman dan akal. haih. macam-macam dah dunia kini.
    **mengucap panjang….

    rohaizad Reply:

    Betul… betul….

  33. sofian said:

    MasyaAllah…kesiannya..kenapa kalau sebut anak orang kaya je macam tu?mudah2an dibukakan pintu ati dia..amin..

    rohaizad Reply:

    Wallahu`alam… yang penting bukan semua macam tu :)

  34. paranoidandroid said:

    err..sebenarnye salleh ni membesar bersama-sama dengan saya di sebuah bandar kecil di selatan. walaupun tak pernah bertegur sapa, tapi saya kenal dia. kami berada di satu scene yang sama. kami dengar music dan sama. dan fahaman tentang music mungkin berbeza. jadi ke atas semua ini, saya tak faham kenapa ada pihak yang menyalahkan music yang kami dengar dengan apa yang terjadi dengan salleh. kalaupun salleh tersesat itu tiada kena mengena dengan mana-mana gerakkan ataupun music. pemikiran saya juga adalah punk. dan lagu yang saya dengar juga adalah punk. macamanapun cara hidup saya masih sebagai seorang muslim. bulan puasa saya puasa dan bila tiba masuk waktu solat saya solat.

    jadi ke atas semua ini saya nasihatkan jangan menyalahkan sesuatu tanpa kita mengetahui apa sebabnya. macam saya cakap tadi. kalaupun..kalaupun dia tersesat itu adalah kerana dia sendiri.

    p/s: oh ya..salleh tu bukan anak orang kaya pun.

    rohaizad Reply:

    1. Ramai yang tdidak salahkan muziknya, tapi kata-kata dan tulisannya. Itu boleh membawa kepada syirik.

    2. Salleh kaya dengan kata-kata dunianya.

    Betul, kalau sesat itu adalah kerana dia sendiri sebab bulan puasa ni, yang di katakan syaitan dan iblis itu memang sudah di rantai. Yang ada hanyalah diri sendiri. Sama-samalah kita doakan.

  35. whitebird said:

    berani mencabarNya, Allah tu tak dua,tiga, esok lusa tahula langit tu tinggi ke rendah.

    Semoga dapat hidayah.

    rohaizad Reply:

    Yup… Insya Allah…

  36. Emina said:

    great post. i like your opinion that salleh needs help instead of bashing him =)

  37. hanif said:

    Kesian..mak ayah tak antar sekolah agama,sbab tu jadi macamnni,

  38. PAK ABU said:

    SALAH KERAJAAN MALAYSIA KE ??? SALAH JAKIM KE ??? SALAH PEMIMPIN KE ??? RENUNG-RENUNGKAN

    rohaizad Reply:

    Salah ibu bapanya.
    Anak ibarat kain putih.

  39. hyprobulksms said:

    Kan baik manusia sesat macam tu tak dilahirkhan ke dunia. Mereka sangat bahaya kerana sesat lagi menyesatkan. Gunakan FB untuk menyesatkan lebih ramai orang.

  40. bujang3 said:

    Salam !!! Baru pertama kali menjejakkan kaki ke sini… dulu lagi dah teringin nak bersuara, tapi takut tak layak berbanding ngan saudara Rohaizad yang semua gelar “sifu” nie…

    MasyaAllah !!! Sesungguhnya aku tak sangka, ada orang yang begini dalam negara kita… bila dah terbaca sendiri ..baru percaya…

    Apa nak jadi dengan suasana kat negara kita nie !!!! Risau dibuatnya.. maklumlah ..anak-anak kita hidup dizaman yang macam nie…
    Semoga mereka tidak terjebak dengan pengaruh negatif yang telampau banyak disekeliling kita sekarang nie !!! InsyaAllah… Ya Allah !!! Kau selamatkan lah anak-anakku dan semua umat Islam dari anasir yang menyesatkan ini !!! AMIN !!!

  41. amer rezak said:

    apepon…didikan dan asuhan agama adalah faktor penting disamping pergaulan seharian yg mempengaruhi manusia sallah gregor samsa itu..sama2lh kita berdoa semoga manusia salleh gregor samsa ini mendapat petunjuk dan hidayat dariNya…amin~

  42. hadjie said:

    Dia ni hidup byk di sekeliling mereka yang tak amalkan Islam sepenuhnya. Tu yng dia terkeliru dan sengaja mengelirukan. Puncanya akidah tidak diterapkan dan difahami dengan sedalam-dalamnya. Makna Islam ,Iman, Ehsan kena semua memahaminya dengan betul2.

  43. miss mai said:

    Simpati betul dengan budak ni…. kaya dengan kata2 tapi miskin dari segi pegangan agama dan akidah… takut tak sempat bertaubat sebelum berhijrah ke alam barzakh….

  44. Mohd Irfan said:

    Astarafirullah’halazim.

    Kami di sini terdengar cerita, dan telah melihat sendiri gambar yang membuktikan yang Salleh telah dibantai, dan dari cerita yang kami dengar, dia telah pun kembali.

    Inikah sebenarnya, dakwah yang kalian cuba sampaikan? Saya dan rakan-rakan yang segelintir besarnya pernah mengaji di salah sebuah institusi pendidikan Islam terbesar dan terkenal di dunia, sememangnya kesal dengan apa yang berlaku.

    Kami di sini, pernah menghubunginya sebaik isu ini terbangkit dan kami boleh katakan bahawa mereka yang mengatakan Salleh ini tak menjawab mesej-mesej mereka adalah tipu. Kerana kebanyakkan kami di sini, menerima balasannya. Dan sesungguhnya, dia dengan hormat sekali, menjawab segala persoalan yang kami ajukan. Dia juga ada memberikan pendapatnya sendiri.

    Kali terakhir kami mendengar berita dan khabar darinya adalah sebelum dia berangkat ke salah satu madrasah yang kami cadangkan padanya kerana kami tahu, hal ini hanya boleh dibincangkan oleh orang-orang yang waras, dan bukannya di blog seperti ini.

    Sebagai seorang saudara Muslim, saya juga percaya kepada Allah s.w.t dan saya percaya akan Nabi Muhammad s.a.w dan kitab yang diturunkanNya. Dan, sesungguhnya untuk kami di sini Salleh hanyalah seorang manusia, yang mencari akan kebenaran tentang sesuatu.

    Tetapi, kalian (terutamanya, yang pertama sekali mengambil salinan kata-katanya) adalah sebenarnya orang dan golongan yang menghina Islam.

    Hal ini tidak perlu digembar-gemburkan di mana-mana. Cukuplah sekadar kita menasihatinya secara baik. Pada awalnya, dia tak menutup blog dan akaun FB nya tetapi, bila terlalu ramai yang datang menyerang dengan ayat-ayat bodoh, dia mengambil keputusan untuk menutupnya. Dan, dia ada fowardkan kepada kami kebanyakkan mesej yang diterimanya itu.

    Jujur, kami di sini sangat kecewa dengan tindakan kebanyakkan kalian yang menggunakan nama Islam untuk menjadi seperti hero. Sedangkan, ini adalah urusan antara dia dan Allah. Bukan tugas kita untuk menjatuhkan hukuman kepadanya.

    Sebelum pemergiannya ke Madrasah, dia ada menghantar pesanan kepada saya, dan beberapa rakan yang lain dan memberitahu bahawa jika benar Islam itu, dia sendiri tak akan malu untuk mengucapkan kalimah Syahadah. Alhamdulilah kerana dia sudah pun berniat. Tetapi, apa cara yang kami gunakan? Adakah kami terus menghentamnya di blog-blog dan menuduh yang macam-macam mengenainya?

    Salleh cuma inginkan kebenaran. Dia tak mahu menganuti sesuatu yang takj difahaminya. Dan, sesungguhnya bukan dia yang menghina Islam. Dia hanyalah manusia yang sedang belajar tetapi, kalian yang kebanyakkan. Kerana kalian dengan senang sekali mengajak orang lain untuk membuat umpatan tentang dirinya, tentang ibu bapanya. Dan kalian dengan jelas sekali adalah menghina imej Islam.

    Pada pendapat saya, lebih baik kiranya kita memahami Islam itu sendiri sebelum kita mengamalkannya, bukan? Kerana bila kita mengenalinya dengan jelas, maka kita akan sedar tentang realitinya.

    Bagi saya, saya setuju dengan Salleh yang ingin belajar. Dia bukanlah penganut yang membuta-tuli mengaku dirinya Islam tetapi, di dalam masa yang sama melakukan dosa-dosa yang mungkin lebih teruk dari Salleh.

    Sedih kami mendengarkan berita tentang pemergiannya. Jika benar, maka kalian telah menyedarkan kepada ramai manusia bahawa kalian bukanlah berdakwah sebenarnya. tetapi, hanyalah melepaskan ego.

    Saya mengharapkan yang saudara Salleh sempat mengucapkan kalimah Syahadah.

    mohd_irfan77@yahoo.com

  45. ultramanjahat said:

    Laa..dah meninggal ke???