Blogging: Tulisan kamu adalah segalanya!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Penulis undangan - Tarikh diterbitkan: August 18, 2010 online

Sebut sahaja blogging, perkara pertama yang aku terfikir ialah mengenai tulisan dan menulis. Sedarkah kamu, bahawa, blogging mempunyai cabang yang luas untuk diterokai. Dunia blogging mempunyai rentak mengikut penulis itu sendiri; blogger. Hidup seorang blogger memerlukan ia mencari sesuatu yang terbaik untuk pembacanya.

Di awal pembabitan aku dalam dunia blogging, aku hanya mengfokuskan pada pagerank blog untuk buat duit dari blog. Ya, sebab aku adalah seorang penjual links yang tegar!

Tetapi, pemikiran yang terlalu narrow terhadap itu, boleh membunuh jiwa seseorang blogger.

Sebab itulah, aku perlukan medium lain untuk mempamer dan meluaskan lagi networking serta skill dalam blogging. Tapi, apakah keperluan ini semua dalam dunia blogging? Teruskan membaca entri ini dengan santai.

Tahukah kamu, blogging yang dianggap enteng ini perlukan latihan?
Latihan untuk mempertajamkan skill kita dalam menulis, berinteraksi dengan pembaca dan membina pengikut yang setia. Pengikut, bukan pembaca.

Mengapa?
Kerana pengikut sesuatu blog adalah antara mereka yang boleh dikategorikan sebagai addicts. Addicts membaca tulisan blogger itu sendiri.

Naaaa….
Kamu orang nampak apa yang ingin aku sampaikan di sini?

Proses mengajar dan mendidik pembaca dapat di lakukan dengan sangat bersahaje! Bagi aku, itulah matlamat utama blogging selain mencari kenalan baru dalam minat yang tersendiri.

Ingat, inilah antara salah satu tugas dan tanggungjawab kita sebagai seorang blogger. Mendidik masyarakat. “Tapi, aku sendiri tak tahu apa yang aku nak ajarkan kepada pembaca.” Ya, sebab itu kita perlukan latihan menulis berkesan.

Bacalah tulisan-tulisan bloggers yang mengajar cara menulis seperti Update Cabaran 80 Artikel dan Hari bertemu pelanggan Vol9.

Blogging bermakna membaca dan menulis. Kita baca dan kita tulis. Tulis apa yang kita tahu. Tahu dari pembacaan blogs lain.

Atau lagi bagus, dengan membaca sumber-sumber bacaan konvensional seperti majalah, buku dan juga artikel di internet. Ada juga bloggers yang menulis berdasarkan pengalaman dan disisipkan dengan pengajaran seperti Abang Joe yang terkenal dengan kisah pelayaranya!

Atau kamu boleh sahaja berimiginasi untuk menulis sesuatu yang unik! Janganlah disebabkan hanya tiada idea kamu sudah dikategorikan sebagai blogger sengal yang tidak tahu untuk menulis.

Oleh itu, teruskan usaha murni kamu menulis dan tetapkan target. Target dari segi keindahan tulisan dan keunikan penjenamaan diri kamu sendiri. Ingat, blogger itu dikenali bukan pada wajahnya, tetapi pada tulisan.

Jadinya, kamu tidak perlulah ke Saloon rambut, SPA, atau ke pusat dandanan terkemuka semata-mata untuk menjadi seorang blogger. Cukuplah dengan hanya tulisan yang menaikkan nama kamu sebagai seorang blogger yang mempunyai skill tulisan yang terbaik!

Kamu pula bagaimana?
Kongsilah cara kamu menulis entri. Mungkin boleh dijadikan rujukan untuk kawan-kawan kita yang lain yang mempunyai masalah dalam menulis.

——————

Entri ini ditulis dengan menggunakan pen kilometriko oleh boy_bersahaje. boy_bersahaje adalah empunya RezaMohyinDotCom (Perjuangan seorang blogger bersahaje). Blog yang mengisahkan kehidupan dan pengalaman beliau dalam arena blogging dan juga arena percintaan bersama fuirheart nya.


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 48 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. rohaizad said:

    Terima kasih kepada saudara Reza Mohyin yang sudi menjadi penulis undangan. Jika kamu ingin menjadi penulis undangan, sila hantarkan artikel ke email yang telah kamu sendiri maklum. :)

    (Oleh kerana entri ini adalah hasil sumbangan pembaca blog ini (bukan tulisan sendiri), maka aku ingin sekali mengambil kesempatan untuk menjadi komentator yang PERTAMA. Yes….! yes….!)

    p/s: seumur hidup tak pernah lagi menjadi komentator pertama di blog sendiri… so kali ini mesti jadik. hehehe…

    sangilapi Reply:

    tu pasal hati aku berat je nak letak tanda tadi….kahkahkah

    Kujie Reply:

    giler kentang!

    Dila.13 Reply:

    satu luahan hati yang sangat jujur. baru saya tahu. haha!

    khairolghani Reply:

    seronok sangat nampak..haha..

  2. ozzy said:

    saya jadi komentar ke-2 kot hehe..terlepas plak kisah sebelum ni..

    rohaizad Reply:

    Takper, next time ada lagi. Jangan lupa subscribe supaya tidak terlepas lagi nanti ya :)

  3. A-Y-I-E said:

    Yuo betul kata penulis :) Jikalau kita fokus sahaja terhadap sesuatu perkara iaitu membuat duit dalam blog, satu hari nanti, kita tidak akan mempunyai idea untuk menulis sesuatu entri itu. Selepas berpindah blog, kini gaya penulisan saya semakin berkualiti.

    rohaizad Reply:

    Semoga maju lagi :)

  4. ShahrulFaizi said:

    Dah lama tak komen kat sni.. Bro Ijad: Excited nampak.. hihi

    rohaizad Reply:

    Haha

  5. sangilapi said:

    link tu terima kasih banyak :)

  6. aimannajmy said:

    Hoho masa mula2 baca ingatkan bro ijad ni yang tulis…tapi bila sekali tgk word “bersahaje” tuh cam kenai ja sapa punya trademark tuh…aish dh mula rasa pelik…rupanya boy punya artikel hoho

    rohaizad Reply:

    Boy ni banyak lagi skill dia …

  7. samdaddycool said:

    Gaya penulisan boy memang bersahaje.. aku ingat Ijad yang tulis… leka baca sampai part hujung baru tahu..

    Kujie Reply:

    Betul² – tak sangka

    inilah kelainan yang perlu untuk memberi rencah kepada pembaca.

  8. Nasrul Hanis said:

    Blogging is cool. Bersahaja. Kreatif. dan memberi inspirasi pada orang lain :D

    rohaizad Reply:

    Macam kamu jugak Nasrul. Cool je memanjang :)

  9. hafizarshad said:

    ingatkan dah dewasa tak perlu belajar menulis sebab dah tahu menulis, bila tgk2 balik..huhu..kompom tak pandai menulkis lagi…hehe..kena byk belajar lagi ni….

    rohaizad Reply:

    Sama… aku pun still belajar lagi nih.

  10. Kujie said:

    Masalahnya………… ramai orang malas membaca! Dia fokus nak buat blog dan menulis tetapi tak suka membaca.

    rohaizad Reply:

    Malas membaca tu memang tak boleh nak dinafikan lagi Kak Jie… sedih.

  11. Dila.13 said:

    *mode gediks ON* waaaahhhh.. terharunye disebut sekali dengan blogger2 kental Malaysia dalam satu artikel! thank you, boy :)

    *mode serious ON* perasan jugak macam ade something yang off sikit bila baca sampai part “Proses mengajar dan mendidik pembaca dapat di lakukan dengan sangat bersahaje!”.

    boy_bersahaje Reply:

    Huhuhu, entri yang bagus mesti dikongsi untuk tatpan ramai ka =)

    samdaddycool Reply:

    mode gediks ON.. ahaks.. :D

  12. Ho ho yeah! dah keluar pun. Thanks jad cos sudi mengeluarkanya. Ho ho yeah!

  13. huhu menarik entri nie… memang bersahaja.

    huhu nk kena cari gaya penulisan sendiri…. menulis pun kena ada latihan kat…

    hari ni ada dgr mp3 motivasi, dlm tu pun ada tekan kan pasal latihan…

    “Practice man, practice”

    tiba2 je aku suka ayat tu… bergema gema rasanya…

    sebab terkena dgn keadaan sendiri yg perlu lebih practice :-)

    rohaizad Reply:

    Keep blogging bebeh :)

  14. madlut said:

    thanks boy…
    tulisan ko dan ijad nie lah yang mendidik aku..
    dan aku setuju dengan pandangan ko yang mengatakan kalau kita terlalu narrowkan dunia blogging, ia boleh membunuh…huhu
    ia membenunuh aku bila aku takde idea untuk menulis apa yang aku limitkan untuk ditulis..

    rohaizad Reply:

    Jangan membunuh orang bang…

  15. mijie said:

    mantap tulisan boy, sampai aku dibuai lena, berayun keasyikkan dengan tulisan ko nih, bila sampai part bersahaje tu aku terfikir apa buang tabiat ke ijad ni guna perkataan bersahaje

    dan yg last baru la aku sedar rupanya boy yg menulis, aku bagi tabik lima ringgit kat kamu berdua, mantap semantapnya, salute….

    rohaizad Reply:

    Aku nak berhenti menulislah macam ni… heh heh

  16. nanahana said:

    haha. tu la. ingat en rohaizad yg tulis. gaya ada dah tu. tibe tang bersahaje tu aik peliks. haha. timerkasih boy. i like the way u written it here. all the best!! ;)

    rohaizad Reply:

    Kalau macam ni, tak maulah kasi Boy tulis lagi … boleh kacau daun. haha

    nanahana Reply:

    haha. syian boy. tp skali skala baca hasil tgn org lain pun seronokkan. ;)

  17. roselin said:

    off topic jap.

    wat a nice pic. similar to my wallpaper.

    rohaizad Reply:

    Elehhh.. mentang-mentang gambar “rose”… heh heh heh

  18. [...] Malaysia Top 1000 senaraikan Denaihati sebagai ranking no 1 blog Berbahasa Melayu yang Top di ikuti Rohaizad.com, Myjazmanie.com, Ariffshah.com dan Kujie2.com. Secara peribadi rasanya tersalah ranking ni [...]

  19. afiq aiman said:

    saya pun baru nak berjinak-jinak dlm dunia penulisan blog ni…tu je cara nak kongsi ilmu sebab kita tak layak lagi nak keluar tv…ekeke…tapi perlu ke kita tulis baku bagi setiap entri

  20. Hadi Rofiee said:

    Salam.

    Yes!.. dapat maklumat yg sangat berguna. :-)

  21. adamfaiz said:

    Aku menulis bukan kerana nama..eh samdaddycool dah pakai kalau tak silap

    aku memang tak pandai menulis, apa lagi menaip

  22. ladfe amir said:

    @Boy_bersahaje @Ijad

    Terima kasih kerana artikel ini.
    Saya ingat masa tgh blur nak pilih niche IM mana yg aku nak buat.. last2 saya buat solat istikharah utk buat pilihan.

    so..pilihan jatuh kat blogging. no wonder la, rasa tak bersemangat nak buat part lain.
    walaupun baru dgn blogging,saya happy bila ada yg komen teruskan blogging, org putih lak tu. bersemangat..dan bersemangat.

  23. Fazli said:

    satu entri menarik untuk tatapan seorang blogger yang baru sepertiku… terima kasih…

  24. Mula-mula menulis mmg susah, lama2 tu baru lah ketagih menulis blog. Banyak perkara yang nak kita kongsikan bersama dengan pembaca blog kita…

    Malahan post entry yang baik, dapat juga kita sedikit pahala..

  25. syahrilhafiz said:

    entri yang menarik..
    boleh sedut untuk kegunaan nanti..
    tq

  26. trigyy said:

    thank you. nice tips

  27. apisv2 said:

    nice;)

  28. pensilmagik said:

    mula-mula menulis memang malas tapi lama-lama kita rasa puas .. :D