Tips blogging – monetize diri sendiri, bukan monetize blog

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Tips - Tarikh diterbitkan: August 18, 2010 online

Apa yang melanda dunia blogging tanah air kebelakangan ini sungguh skeptikal. Ingatkan bila dunia blogging kita semakin maju, kes seperti ini tidak lagi berlaku tapi sebaliknya. So aku rasa masanya dah tiba untuk aku mengulas lanjut akan hal ini.

Walau apa pun yang kamu baca sebentar nanti, ini hanyalah pendapat aku sahaja. So no offense and no heart feeling. Blogging adalah hak milik peribadi tetapi janganlah sampai kita menurunkan nilai peribadi kita sebagai seorang blogger.

Sebenarnya ada di kalangan kita yang masih tidak mahu mengambil kesempatan untuk memberikan yang terbaik. Maksudnya di sini kita sudah ada blog, tetapi kenapa kita tak nak memberikan yang terbaik dengan blog yang kita ada?

Minggu-minggu yang sudah muncul lagi kes yang mengatakan dunia blogging Malaysia semakin sempit. Ada yang komplen susah sangat nak buat duit dengan company advertising itu… company ini. Yang marah sangat sebab traffik susah nak naik pun ada.

Bukan itu je, ada juga blogger yang fed up sebab artikelnya di plagiat (ini tidak boleh dielak.. redha sahajalah) dan ada juga yang bengang bila orang lain menjual servis lebih murah dari apa yang mereka tawarkan. Pendek kata, mereka dah rasa tension sebab tidak boleh buat sesuatu mengenai blog yang mereka ada.

Okay,
Sekarang permasalahan yang sebenar ialah kegagalan BLOG mereka sendiri… betul? Kalau jawapannya YA, bagaimana pula untuk mengatasi masalah ini?

Mudah sahaja.
Bila kita pandang pada kegagalan sesebuah BLOG, cubalah lihat semula kepada fitrah alam. Blog itu cuma platform sahaja. Yang menghidupkan atau yang mematikan itu ialah kita sendiri, TUAN PUNYA blog.

Sebagai tuan punya blog, kita mesti kenali potensi diri sendiri. Bila kita dah kenal potensi diri sendiri, barulah:

1. Pembaca akan kenal siapa kita.
2. Pembaca nampak perbezaan antara kita dengan blogger lain.
3. Pembaca selesa cara kita berinteraksi dengan mereka.
4. Pembaca tahu expertise yang ada pada kita.
5. Pembaca yakin dengan apa yang kita tulis/tawarkan.

Kita nak pembaca datang ke blog kita, tapi gaya tulisan kita sama seperti budak sekolah darjah 3. Tiada pembuka, tiada isi penting, tiada kesimpulan dan tiada penutup. Itu belum di campur dengan tulisan shortform yang entah apa-apa entah. Bukankah itu semua perkara asas dalam karangan?

Kita nak traffik meningkat macam blog orang lain, tapi blogwalking je memanjang pun tak boleh. Sebab apa? Sebab blog sendiri tak update-update. Tambahan lagi, masih ramai yang kurang sedar skill blogwalking yang betul.

Kita marah dengan syarikat itu dan syarikat ini yang kononnya menipu dari segi earnings. Sebenarnya kita bukan boleh buat apa-apa pun. Macam Kak Long aku tu cakap, dulu satu kek makan berlima… semua dapat makan sampai kenyang.

Sekarang kek dah di bahagikan dengan 100 orang. Jangan kata krim kat tepi kek tu, silap haribulan yang tak dapat makan langsung pun ada. So terima sahajalah, dah bukan rezeki kita kan?

Kita menyampah dengan certain blogger yang menjual/memberikan khidmat yang sama seperti kita tawarkan. Tapi bila ada permainan harga, kita akan mengutuk dan menghentam pesaing. Ini pun masalah juga sebab kalau tidak boleh terima persaingan, janganlah berniaga.

Kalau bab kasi taruk, memang blogger kita handal. Habis semua orang di bahasakannya, sampai ke blog orang pun dia bagi komen yang sebegitu rupa. Lebih sadis, bila di katanya blogger yang dah lama dalam dunia blogging tak betul dan hanya gila duit.

Adoi…. aku sendiri tak pernah kata Darren Rowse, John Chow, Thilak Rao, Lorelei dan Amit Agarwal tu gila duit. Mereka tu semua dah sampai satu tahap untuk buat macam tu. Kita ni sebenarnya yang perlu berusaha lebih kuat.

Baru berblogging tak sampai 2 tahun dah berani keluarkan statement yang macam bagus. Tapi tak tahulah pulak kalau entri seperti itu dapat membuatkan dia mendapat exposure melalui blognya itu. Bagi aku, itu semua publisiti murahan dan sifat cemburu yang tidak berasas.

Okay sekarang cerita pasal bisnes melalui blog.
Sebenarnya dalam bab bisnes melalui blog, ini bukanlah perkara main-main. Apa pun bisnes yang ada di dunia ini, ia memerlukan credibility dan style tersendiri. Bukan menyalahkan pihak itu pihak ini atas kegagalan yang diterima. Yang menyedihkan, mereka yang bising-bising ni langsung tidak mahu berubah dan menaiktaraf kelemahan yang ada.

Sedarkah mereka bahawa bisnes di blog mesti menjurus kepada online portfolio dan bukan HANYA daily rant blog semata-mata?
Sedarkah mereka bahawa “About Me” atau “Tentang Saya” merupakan perkara pertama yang harus di beri keutamaan?

Benar.
Kalau hendak berbisnes melalui blog, terangkanlah dan providekanlah semua yang boleh di jual dengan transparent. Ia penting untuk membina kepercayaan prospek. Ini tidak…. semua main tibai hentam keromo je, mana boleh bai.

Laman “About Me” atau “Tentang Saya” adalah MATA KAIL yang paling mudah untuk di pasang sebab di situlah prospek akan kenal siapa kita dan kebolehan/produk/servis yang kita ada.

Aku bagi satu contoh yang baik.
Kalau aku hendak mencari programmer atau designer untuk web, laman “About Me” seperti yang di sediakan oleh Eizil atau Mohd HadiHaizil Din sudah pasti boleh membuatkan aku tersenyum untuk menghubunginya.

Banyak lagi contoh yang aku boleh beri tapi aku rasa baiklah kamu yang mencarinya sendiri. Sebab kalau kita mencari, kita akan lebih cepat belajar dari semuanya diberi mudah begitu sahaja di hadapan mata.

Okay, itu sahaja kot buat hari ini. Selamat berpuasa :)


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 35 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Dayat said:

    Bagus tips ni. Apa-apa pun kita kena sentiasa berusaha untuk jadikan diri lebih baik :)

    rohaizad Reply:

    Yup… dalam semua hal pun usaha kena ada.

  2. ain illiyana said:

    salam ziarah.

    Artikel yg sgt menarik dan berguna utk para bloggers.
    kesimpulannya, kenali diri sendiri dan do the best even in posting one simple entry!

    rohaizad Reply:

    Keep blogging Yana :)

  3. aisha said:

    tenxx fro the info!
    erkk, tetiba rasa cuak.
    belog aku ok ke tak ehh??

    tapi aku tak gila duit bah! JOKE.
    newayy yeah blogging for kepuasan diri, that is more important!

    rohaizad Reply:

    Isshhh… Tak perlu cuak. Blog Aisha okay, no problem :)

  4. emilia emira said:

    not all blogging for money…(^_~)

  5. GreenLava said:

    Saya percaya kalau kita berblog dengan ikhlas, pulangannya akan datang sendiri. Mengutuk blog/blogger lain untuk menutup kelemahan kita adalah sangat tidak profesional. Cheap publicity, gets cheap results.
    Great entry!

    rohaizad Reply:

    Haaa… kan?
    Tapi selamba je diaorang ni… walhal blog tak semenggah mana pun. Biasalah … manusia.

  6. Norizwan said:

    bro…kadang-kadang aku tacing giler apa bro sampaikan hehe…aku buat suka-suka jer…takder lah giler duit…nak cantik-cantik kan blog aku jer huhu…

    rohaizad Reply:

    Wan, nak buat blog untuk duit boleh.. tapi ada caranya.

    p/s: buat duit dari blog sebenarnya syok Wan. :)

  7. very inspired entry jad! sound direct yang berhemah. entri yang mengajar dan juga mengingatkan aku point penting perniagaan melalui blog, penjenamaan, dan etika.

    aku pun kurang puas hati dengan blogger yang mengutuk bloggers lain. be professional and gentle. nampak sangat kelemahan datang dari bangsa sendiri yang terlalu kejarkan without ethics. macam budak2 yang gaduh pasal kalah main pemadam time rehat muahahaha

    Eizil Reply:

    @boy_bersahaje: Apabila sudah tiada perasaan hormat-menghormati, sebab tu yang ramai sesuka hati mengutuk antara satu sama lain. Aktiviti di talian di jadikan medan untuk mengutuk orang lain.

    @rohaizad: artikel yang sangat berguna, semoga memberi manfaat kepada semua, terima kasih menggunakan Eizil.com sebagai contoh :)

    Ladfe Amir Reply:

    @Ijad
    terima kasih atas teguran itu. saya masih newbie, baru je belajar letak nuffang punye iklan. masih bertatih2 dlm dunia blogger ni. Tp, saya akan buat yg terbaik untuk diri sendiri n pembaca.

    @Boy_bersahaje
    kutuk mengutuk bukan agenda dalam blog saya. kalu entri kita bagus, sure Allah akan bagi rezeki dan pahala kepada kita. InsyaAllah.
    Maybe ramai yg fikir sudah ada blog, boleh buat mcm2 smp lupa siapalah diri sebenarnya di sisi Allah

    @Eizil.
    contoh page me yg bagus.
    saya mesti pilih.
    terkedu juga bila tgk page me mcmtu, tp itulah yg bagus sebenarnya

    rohaizad Reply:

    Biasa je… aku tegur untuk diri aku juga sebenarnya :)

    Eizil Reply:

    @ladfe: terima kasih bro…

    rohaizad Reply:

    Benda baik aku akan rekomenkan… harus. :)

  8. Kujie said:

    suka…suka…suka entri ni

    sekarang banyak betul blogger yang hilang punca…. salah pihak situ dan sini tetapi lupa perkara asas. Blog lahir dari jari dan jiwa kita sebagai tuan punya. Kemahiran dan skill kita yang menjual produk blog kita itulah yang memungkinkan kita mendapat trafik, pembaca setia dan semua. Kita tak boleh marah kalau orang tak suka blog kit……….. tak komen entri kita..tak jengok blog kita.

    Kadang2 ada blogger yang meletak dirinya terlalu rendah – merendah diri elok tetapi kalau sendiri tak hargai dan letak blog ditempat yang sepatutnya…macam mana.

    ada ke tampal iklan blog bersepah2 kt chatroom mcm iklan pinjaman along kat tiang elektrik..mana ada harga mcm tu!

    p/s – Page ‘Bidota’ Kak Jie jadi hit topik 2 hari lepas, kenapa ye?

    rohaizad Reply:

    Jadi hit?
    Huuurrmmm… ini kena port mortem sebab kalau kena pada caranya, boleh membantu naikkan traffik lagi :)

    p/s: apa rahsia tu kak long sampai page biodata naik viewsnya?

    Shaffik Reply:

    Sebabnya kak jie seorang yang unik. Niche yang di sampaikan pada blognyer sempoi, tetapi mampu manrik ramai pengunjung. Sebab tu pengunjung sibuk nak tahu akan profilnya.

    samdaddycool Reply:

    oooo.. kat sini rupanya pintu orang mencari biodata K. Jie hehhehee..

  9. good tips, saya ada niat gak nak bisnes online ni..satu2nya yg saya nak jual kalau boleh dvd hehe

    tapi buat masa sekarang saya cuma enjoy blogging :)

  10. Kujie said:

    Dulu sangat keliru nak tulis “About Me’ macam mana..kemudian terfikir nak ikut cara Saad Kamal.

  11. Fazreen said:

    orang kita mmg macam tu. Diri sendiri tak nak jaga yang dia nampak hal orang lain. Dunia blogging ni bukan milik siapa-siapa. Yang berusaha pasti dapat ganjaran..

  12. A-Y-I-E said:

    Erkkk… tak sampai 5 minit, aku boleh baca keseluruhan entri bro rohaizad ini, walaupun panjangnya seperti panjang ferry di danga bay :) :) .

    Btw, memang betul kata-kata anda itu.. sokong bulat-bulat seperti bulan di pagar bintang.

  13. emmm….ruang & masa…

  14. rashid said:

    Internet kena jual diri, bukan jual barang…hehe…

  15. samdaddycool said:

    Uish… kena upgrade about me page camni.. :)

  16. Apsal la ada org yang perasan dirinya bagus dan suka suki je mengutuk org lain…bukan sahaja berlaku dalam blog..tetapi juga dimana-mana je dlm dunia maya ni…

    Tambah yg pengkritik dan pengkomen maha hebat itu seorang yg menyembunyikan identiti… kononya low profile… pigidahhh… dah la letak nick name super bodoh plak tu…

  17. zuls said:

    suka dengan tips ni, ya.. monetize diri sendiri dan bukannya blog..

  18. mijie said:

    tetiba rasa hidung dah kemek sebab terkena pada batang hidung sendiri, page about me yang aku buat memang simple giler

    pastu tambah pula kadang2 post dalam blog pun lintang pukang,

    nice entri ijad

  19. [...] sebagainya perlu banyak membaca dan rajin selongkar entri² blogger lain yang berkaitan. Bak kata Blogger yang terdesak nak kurus tu, blog itu cuma platform sahaja. Yang menghidupkan atau yang mematikan itu ialah kita sendiri, [...]

  20. reezluv said:

    apa yang manis jika advertiser sendiri mencari blogger dan blogger tersebut tak payah susah hati dengan company tu, sebab confirm die akan kasi duit dulu kan? hehe

  21. Izul said:

    People want to know who you are, what you wanna convey and share with the rest of the world, About Me is the closest way to tell people who u r. Yang nie, I agree :)

  22. [...] sebagainya perlu banyak membaca dan rajin selongkar entri² blogger lain yang berkaitan. Bak kata Blogger yang terdesak nak kurus tu, blog itu cuma platform sahaja. Yang menghidupkan atau yang mematikan itu ialah kita sendiri, [...]