Masih ingat lagi dengan entri yang pernah diwar-warkan suatu ketika dulu?
Kalau ada yang masih ingat, baguslah.

Tetapi kalau ada yang sudah lupa, bolehlah klik di sini.

Ini bukanlah HYPE ataupun gimmick, ini betul-betul. Segala usaha yang pernah di lakukan kini sudahpun membuahkan hasil. Kesusahan dek kerana pembayaran komisyen tidak dapat di lakukan melalui Paypal akhirnya mendesak aku untuk mencari alternatif lain.

Alhamdulillah… rezeki di bulan Ramadhan (dan ini juga adalah duit raya :) )
Aku berjaya mencari satu lagi alternatif yang aku tidak pernah cuba sebelum ini. Alternatif ini menggunakan agen sebagai orang tengah.

Menggunakan agen sebagai orang tengah dalam membawa masuk US Dollar ke dalam Maybank memang buat aku cuak. Yelah… tidak pernah jumpa, tidak pernah berbual… terus nak pegang duit kita. Kenal pun secara online (chatting je).

Walaupun keraguan tinggi kerana takut di tipu, tetapi aku cukup percaya dengan nama company agen tu. Tambahan lagi company agen ini memang di rekomen oleh program yang akan membayar aku.

Untuk memberikan agen tu kepercayaan supaya RMXXXX sampai ke Maybank aku, memang 50-50. Tapi biasalah… tak kenal maka tak cinta. Lagipun ni first time aku guna payment system macam ni.

Petang tadi aku contact agen ini, dan baru 2 jam lepas pembayaran telah di settlekan dari US dollar ke Ringgit Malaysia. Sangkaan aku meleset sama sekali bila email confirmation di hantar. Dan untuk melegakan hati aku, aku cek juga Maybank. Memang terbukti duit itu masuk.

Iya, dollar yang dulunya “floating” sebagai US dollar akhirnya berjaya di bank-in kan DIRECT terus ke Maybank!!

Lepas ni, aku dah tahu cara hendak cash out kan USD dari program ini. Tiada masalah lagi dah. Nanti aku akan letak screenshot Maybank sebab sekarang dah pukul 12.30 tengah malam (maintenance time).

Bukan mudah tetapi tidak mustahil untuk dilakukan.
Aku bangga kerana usaha ‘integrasi’ pembayaran ke Maybank telah di cuba melalu pelbagai cara dan akhirnya berjaya. Maknanya SAH program ini bukanlah SCAM. Dan ianya akan kekal menjadi satu program yang akan aku SAYANGI sampai bila-bila.

Mengapa?
Kalau sebelum ini ramai yang tidak percaya “duduk diam boleh dapat duit”, tetapi kini tidak lagi. Program ini memang lebih kurang macam tu. Tapi janganlah pemahaman itu diangkat sampai ke tahap yang boleh disangkal. Paling tidak pun kenalah ada blog dan pagerank dulu, baru boleh cerita.

Pagerank lagi?
Elehhh… janganlah nak gebang… sebab aku tengok rata-rata semua dah ada pagerank.

Goyang kaki dapat duit… memang itulah yang aku buat selama beberapa bulan dengan program ini.

Kesimpulannya, laporan yang akan aku jual ini memang cukup NOSTALGIA sebab silap haribulan, mungkin aku satu-satunya rakyat Malaysia yang menjana wang daripada program ini kot.

Aku tak pernah lagi baca kat mana-mana mainstream blogging tanahair mengenainya sehingga ke hari ini. Bukan itu sahaja, aku juga dah Google… still tak ada lagi blogger Malaysia yang buat. So maybe laporan boleh di manfaatkan oleh blogger Malaysia yang lainnya.

Benar, program ini TIDAK melibatkan apa-apa jualan. Wonderful, isn’t it?

p/s: Malaysia sudah kekurangan ebook mengenai “buat duit dari blog” sejak sekian lamanya… betul? :)


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 71 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Pagerank? 1 je.. Tak usaha dapat 1. Dulu kosong. Menarik a bro. Nanti ada rezeki lebih boleh la join seminar bro. Ebook tanpa usaha tak de erti. Tapi ok la nak kongsi ilmu dalam bentuk ebook. Tapi tak nak try buat real book ke? Lagi meletup trafik bila online dan offline bergabung.

    rohaizad Reply:

    Ebook dulu ok kot… :)

    fahmi ibrahim Reply:

    All the best ye!

    rohaizad Reply:

    :)

    samdaddycool Reply:

    Wahh.. kalau buat buku betul, nama Rohaizad dot com boleh duduk sebaris dengan Irfan Khairi neh..

  2. mijie said:

    bro bila tu nak keluar laporan tersebut dah teruja ni

    rohaizad Reply:

    Insya Allah… kalau boleh mingu depan :)

    reezluv Reply:

    kot aku nak booking dulu leh tak Ijad?hehe

    rohaizad Reply:

    Boleh… :)

  3. madlut said:

    peserta smart blogging boleh dapat diskaun kot..hahaha

    rohaizad Reply:

    Itu sudah pasti :)

    mijie Reply:

    aku sangat setuju

    rohaizad Reply:

    Heh heh

    hafizmd Reply:

    aku pun setuju! :D

    sangilapi Reply:

    diskaun? kalau nak bagi apa salahnya :) tapi pada aku,kalau laporan ni terhad,diharap peserta ssb diberi keutamaan….kehkehkeh

    rohaizad Reply:

    Macam yang Madlut cakap kat atas, peserta ADVANCE SSB pasti akan di beri special price :)

  4. Aqif said:

    p/s: Malaysia sudah kekurangan ebook mengenai “buat duit dari blog” sejak sekian lamanya… betul?

    Setuju!!! :D

    rohaizad Reply:

    Insya Allah… dah nak siap :)

  5. Razif Yusof said:

    Mungkinkah rahsia ini akan melibatkan saya pula
    untuk menyertai dunia blogging? :)

    rohaizad Reply:

    Mungkin juga :)

  6. wanmus said:

    dari dulu lagi kata nak jual ebook ni..bile nak launch? tak sabar nak promote ni

    rohaizad Reply:

    Boleh… aku ingat nak cari 5 rakan JV.

  7. Mantra said:

    Wah, makin bersemangat blogger malaysia pas ni :)

    rohaizad Reply:

    Ini laporan… so tak pasti semua akan follow. Setakat pendedahan tu oklah kot. :)

    Dila.13 Reply:

    laporan pun mesti ramai yang nak dapatkan sebab masih kategori ilmu :)

    p.s: bile nak ON SSB lagi, En Rohaizad?? ada beberapa orang yang saya kenal tengah tunggu giliran nak join ni :)

    rohaizad Reply:

    Kalau ikutkan, hujung minggu ni pun boleh.. tapi takut ada yang kata leceh sebab bulan puasa…

    Dila.13 Reply:

    hmm.. bulan puasa memang agak leceh pun lagi-lagi nak buat dekat2 nak raya ni. kena set lepas raya ni :D insyaAllah kalau takde aral, memang akan join ssb tu :)

  8. Salam bro Ijad. Selamat berpuasa :-)

    Pertama, tahniah bro dan syukur dengan kurniaan rezeki dari-NYA. Boleh buat open house kat JB nanti kan?

    Kedua, saya berminat dengan laporan yang dimaksudkan. Saya cukup yakin dengan produk terbaru yang akan dikeluarkan oleh bro Ijad. Konpem terbaik. Nanti boleh direview di blog saya. Berapa RM bro? Dah bersedia nak melabur ni..

    Terima kasih ya..

    rohaizad Reply:

    Akan di update dalam jangka masa terdekat :)

  9. omecool20 said:

    Bila ia keluar saya pasti akan mendapatkannya :D

    rohaizad Reply:

    Dun wori… SSB team akan dapat special price :)

  10. Nasrul Hanis said:

    menanti2 laporan itu!

    * yela.. dah lama tak tengok panduan buat duit dari blog.. atau mungkin terlepas pandang..

    rohaizad Reply:

    Insya Allah :)

  11. mazuki said:

    ROhaizad GEBANG

    p/s: nak free buleh..LOL

    rohaizad Reply:

    Buleh….. buleh blah… haha

    mazuki Reply:

    ok2…diskaun2…xnak kalah

    rohaizad Reply:

    Haha

  12. wan_kedah said:

    salam,sya wan asal dri kdah… Dan skg menetap di k.l ingn mgubh kehidupan… Sya bukn dri fmly yg senang,dok k.l ni pon kdg2 mkn,kdg x.. Pa yg sya bc dri blog ni sya x brminat pon,tp trpksa mncuba,untk mdpatkn duit,klu awk kesenangn plz sya ingn brjmpa.. Sya nk thu bsnes pa ni…ni no fon:0134421810

    rohaizad Reply:

    Wan,

    Jangan salah faham.
    Ini bukan bisnes seperti mana yang ramai sangkakan. Ini adalah satu program yang melibatkan aktiviti blogging di dalamnya. Maknanya mereka yang ada blog dan tahu dunia blogging sahaja yang dapat memahaminya. Kalau Wan seorang blogger yang mempunyai domain dan ada pagerank sendiri, maka laporan ini mungkin boleh membantu :)

  13. ShahrulFaizi said:

    Aduh.. bila la saya nak merasa duit dari blog plak ni.. Nak kena berusaha dengan bro Ijad dlu.. Insyallah.. Tahun depan.. Azam 2011.. Buat duit dengan blog.. hehe

    rohaizad Reply:

    Pelan-pelan… boleh punya :)

  14. Fazli said:

    sesuai ke untuk blog berbahasa melayu?

  15. Syed Akmal said:

    Nanti dah jual, kalau ada affiliate roger2 bro. Or JV ke. confirm orang nak beli ebook ko ni. :D

    rohaizad Reply:

    Insya Allah… akan di usahakan :)

  16. cookdong said:

    jad,,harap ada option bayar guna pp

    tapi xsure la beli ke x..k good luck

    rohaizad Reply:

    Boleh… no problem :)

  17. Wah ijad, nak kluar produk baru yer…Tahniah!

    rohaizad Reply:

    Haha… kelakor betul. Macam tak caya aku nak release ebook…

  18. Tak sabar tunggu e-book ijad…;)

    rohaizad Reply:

    Sabar ya…. tangan ni menggeletar nak siapkan… heh heh

    hafizmd Reply:

    ketar tak pe..tp jgn lame sgt ketar..yg tunggu kat luaq ni pun terketaq2 gak..hehehe

  19. sufian said:

    err..ni ebook pasal transfer duit dari US ke Malaysia atau teknik buat duit, ke combine?

    bulan ramadhan launch ke?

  20. nanahana said:

    yeay! tunggu gak ni macm durian jatuh. haha. :P

  21. Azhar said:

    Pagerank.. oh pagerank…..di mana kah dikau…..

    Bro…ebook…. penantian penuh kesabaran….

  22. Wahhh Tahniah bro…
    1 langkah lg kejayaan..
    Aku jugak berminat utk memiliki laporan tersebut…

  23. titan said:

    kekurang? memang pun. Berapa kerat aje ebook buat duit yang masih maintain dijual sekarang..yang masih run affiliate pun berapa kerat aje..

    Yang banyak ebook motivasi dan ebook informasi.

  24. Khairul said:

    Salam bro ejat,

    Bila nak kuarkan ebook tue?:)

    rohaizad Reply:

    Insya Allah sebelum raya :)

  25. akuchey said:

    tahniah bro..akhirnya nk kluar juga ebook bro tu.harap2 dpt kumpulkan material yg mantap hasil pengalaman bro.

    p/s- berblogging terus ke bank.

    rohaizad Reply:

    Yup.. berblogging terus ke Maybank :)

  26. musi said:

    Yang best kena war war n shere=join. Yang bad kena saling pesan n saling mengingat. Pe maksud pagerank tu camne boleh gitu? Teman masih buta blog ni. Tq.

    rohaizad Reply:

    Boleh google untuk dapatkan info pagerank tu :)

  27. musi said:

    Salam Hormat Tuan Rohaizad;
    Yang teman lebih rasa gumbira nye, pasal transaksi maybank2u boleh direct ke USA ini satu perkembangan yang sihat. Ada ke sama ngan jika nak beli produk di Malaysia ni guna maybank2u cam la? Tq.

    rohaizad Reply:

    Tak sure plak.. tak explore bab tu lagi :)

  28. eCoswaybiz said:

    best la camtu tu bro.. duit masuk senang2 je..

    rohaizad Reply:

    Senang tu bila dah berpenat lelah… bukan terus senang :)

  29. Cyza said:

    Cun, boleh aku beli ebook ko tu… ;)
    Harapnya ada benda baru yang aku tak tau lagi…

  30. mhnizam said:

    tak sabar nak tunggu ni…..saya mesti pilih

  31. helmi said:

    hiskk..

    Ini first time sy masuk blog ni..

    tu pun Bro JaMaL yang bagitau..

    tak sangka plak dapat kenal pro blogger
    walaupun ‘maya’ je.

    jangan lupa, TAG sy utk laporan tu bro..

    sy nak satu! tHx..

  32. [...] ini adalah payment yang diterima dari program ‘rahsia’ yang aku terangkan semalam. Program yang pasif di mana lepas semua perkara yang harus di lakukan di buat dengan betul, maka [...]

  33. emme said:

    Confirm kena ada blog berbahasa Inggeris ni…