Buat blog untuk menjana wang dari adsense

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Buat duit - Tarikh diterbitkan: November 18, 2010 online

Sejak akhir-akhir ni, aku rasakan adsense sudah kembali stabil. Dan akhir-akhir ini juga aku tengok semakin ramai blogger Malaysia yang sudah sukses buat duit dari program yang satu ni.

Sebenarnya buat duit dengan Google Adsense ini memang SUSAH. Iya… SUSAH untuk mereka yang tidak dapat melihat KONSEP Adsense yang sebenar tetapi TIDAK bagi mereka yang faham. Percaya atau tidak, kalau ditanya kepada 10 orang blogger di Malaysia ni, 8 dari mereka akan cakap macam ni:

“Oooo… Adsense, itu saya tau. Adsense tu memang best.. orang klik iklan je, kita dapat duit!”

Tapi tahukah kita bahawa itu hanyalah 10% dari apa yang sepatutnya kita tahu?

10% itu kalau hendak dibandingkan dengan apa yang kita perlu tahu sebenarnya terlalu sedikit. Sebab itulah bila orang dah buat USD100.00, kita masih lagi belum mencapai USD10.00… betul?

Tapi itu bukan alasan untuk kita terus pergi berjumpa dengan mereka yang dah berjaya dan meminta semua ilmu mereka. Kita harus belajar dari bawah… dari mula. Orang lain punyalah susah bagai nak rak, tapi kita datang senang-senang mintak macam tu jer. Tak baguslah macam tu… kan?

Aku bercakap ni dari pengalaman… sebab aku pernah berfikir macam tu suatu ketika dulu. Dan akhirnya aku malu dengan diri sendiri sebab usaha aku sedikit, tapi nak hasil yang banyak. So sekarang ni, apa sebenarnya KONSEP yang perlu kita fahamkan dari Adsense?

Sebenarnya Adsense ni KONSEPnya mudah.
Buat apa yang pengunjung NAK dan sediakan apa yang mereka PERLUKAN di blog kita, BUKAN SYOK SENDIRI dan buat apa yang kita suka. Di situlah segalanya bermula….

*Faham tak?


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 44 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. eyriqazz said:

    tapi blog berbahasa melayu google adsense tak terima kan?indon n english ok?

    iezat Reply:

    utk apply adsense menggunakan blog bahasa melayu mmg susah tp klu dah ada akaun blh masukkan dlm blog bahasa melayu.

    mcphat Reply:

    yer ker??
    aku pnah masukkan kod google adsense dlm blog bahasa melayu..tp yg kuar hanya la “iklan layanan masyarakat oleh Google”..tp ada jugak blog bahasa melayu ug aku tgok o.k jer google ads dier..konpius…

    donnyien Reply:

    sama ngan mcphat.aku pun kompius..mcmanan ni?boleh xplain more :)

    donnyien Reply:

    harap tuan blog jawab soalan ni ye :)

    Bent Reply:

    Iklan adsense sedemikian keluar kerana blog anda berbahasa melayu dan target iklan adsense dlm keyword untuk bahasa melayu agak kurang..sama juga jadinya jika anda mempunyai blog berbahasa Inggeris tetapi post anda hanya 2 atau 3 sahaja..masalah ini akan selesai bila blog anda sudah mencapai berpuluh-puluh post. Sebab itulah kenapa blog dalam berbahasa melayu tidak digalakkan untuk meletakkan adsense. Harap membantu

    Kod Adsense Nurul Aswani Reply:

    oh..kalau ikut tak boleh letak adsense dekat blog melayu…setahu saya laaaa.:)

  2. iezat said:

    Aku mula merasa usd100 dr adsense selepas 1 tahun menyertai program itu.Nampak mcm senang tp tidak semudah yg difikirkan.

    rohaizad Reply:

    Pelan-pelan kayuh :)

    samdaddycool Reply:

    aku amik masa 3 tahun untuk merasa yang pertama… lama banget. Tapi Alhamdulillah, lepas yang pertama, masa tu makin pendek untuk yang seterusnya. Cuma belum jadi hardcore adsense player.

    Jombelionline.net Reply:

    aku dalam sebulan dapat USD200.00, tapi sebulan lepas tu akaun kena banned..damn..huhu

  3. bluedianthus said:

    Faham, faham tuan..hehe..

    rohaizad Reply:

    Hehe… great!

    Kod Adsense Nurul Aswani Reply:

    hehe…sis pun ada kat sini…ni subscriber adsense saya ni ..hihi :)

  4. azwan said:

    Faham

    Tapi org lain faham ke, ada sesetengah tu, belum cuba lagi dah risau pasal nak cari niche. sibuk search for high paying keywords.

    tapi kan, satu click bayar seribu pun, kalau tak ada traffic? googlebots bukan nak click pun :)

    rohaizad Reply:

    Kalau rujuk pada adsense, memanng SEO adalah segalanya sebab ia akan mendatangkan traffik. Tapi kalau mengikut kepentingan pengiklanan di blog, Pagerank adalah satu kemestian. Sebab itu ramai di kalangan adsense player seringkali tidak bersetuju dengan kepentingan pagerank, sebab 2 dunia ini memang berbeza…

    zach Reply:

    setuju

  5. nanahana said:

    betul tu. Insya Allah usaha tangga kejayaan. :) ilmu mesti ada.

    rohaizad Reply:

    Pembelajaran tidak akan pernah berhenti :”)

  6. Khairul said:

    Yeap betul tue bro ejad :) usaha tangga kejayaan…nak sebulan USD100..usaha kena mcm USD100..nak USD1K…usaha mesti mcm USD1K

    rohaizad Reply:

    I like that statement!

  7. Dila.13 said:

    saya kerap kongsi tips kat blog tentang menulis untuk pembaca, bukan untuk diri sendiri. dan memang untuk niche blog, kita tak ada masa untuk fikir pasal diri sendiri sebab pasaran info blog yg dibuat pasti targetnya besar dan bukan pemilik blog tu sorang (bercakap melalui pengalaman jadi staff blogger client dan pernah supply sebanyak 80 artikel untuk satu niche blog). hehe :)

    rohaizad Reply:

    Sebab itulah ada bezanya antara menulis secara personal dan menulis secara professional :)

    Dila.13 Reply:

    kesimpulan yg boleh saya buat ialah.. kalau nak jadi blogger tegar, kena juga menulis secara professional. bilalah nak sampai giliran saya nak ada niche blog yg hasil tangan sendiri ni). huhu..

  8. farid said:

    macam mana nak tahu apa yang pengunjung mahu dan kita tak buat ikut syok sendiri?

    rohaizad Reply:

    Maksud buat apa yang pengunjung mahu bermakna:

    “apa yang dicari oleh pengguna di internet”

    Kod Adsense Nurul Aswani Reply:

    ooh..kalau pengunjung puji blog kita tanda dia suka…kalu dia tak suka dia akan cakap directlu suck!

    dan boleh lihat pada pelawt kita gak..kalau blog kita sediakan kandungan berkualiti so utk kumpul pelawat setia tu lebih senang sebab pelwat akan datang secara berulang..

    dgn cara cm ni kita tak penat masa promosi…sebab mula2 je letih bila dah stabil kita boleh rehat….trafik still masuk..duit adsense pun still tak putus2 ;)

  9. Nasrul Hanis said:

    huhu. bukan senang nak senang :D

  10. Cyza said:

    Income adsense = Niche blog + Traffic power

    Tu je…

    rohaizad Reply:

    Correction:

    Income adsense = Any kind of blog + Traffic power :)

  11. Shaffik said:

    bila bercerita pasal adsense..aku hanya tersenyum..kenapa? sebab aku sudah pun merasainya 3 kali. Alhamdullilah ini semua di kecapi pada tahun 2010. Yang penting mula dah bawah…pada aku tiada jalan yang singkat. Kita akan dapat income adsense dari usaha yang kita buat. Sikit usaha siktlah hasilnya. This is Fact. Sebab inilah yang aku lalui….:)

    Kod Adsense Nurul Aswani Reply:

    100% setuju! ;)

  12. Hadi Rofiee said:

    Mendalam juga maksud tu. Bila baca komen pengunjung semua, nampaklah sikit2.

    Maknanya, semuanya adalah pengunjung. Hmm.. :neutral:

  13. hafizmd said:

    adsense…inilah benda pertama yg aku kenal..tapi masih belum memberi apa2 pulangan utk aku..bukan salah adsense..tapi salah aku tak belajar habis2..

    moralnya, kalau nk sesuatu, buat betul2…jgn main2..hehe

  14. GreenLava said:

    Bab adsense nih kena banyak belajar dan bereksperimen. Content mau bagus…

  15. drinspirasi said:

    pengalman menjana melalui adsense sangatlah mengecewakan..hahaha tak jejak 10 usd..bersemngt untuk jejak 100 usd selepas tengok post ni..thanks sifu!

  16. Mader said:

    haha…dah 3 tahun aku kene ban ngan adsense… lepas tu terus give up… cari alternatif lain..

  17. faisalhanim said:

    Iye ker adsense tak terima blog bahasa Melayu? Blog sy ok jer.

    Masalahnya bukan adsense tak terima blog Melayu, cuma pengiklan dari Malaysia yg target bahasa Melayu / org melayu kurang dan sedikit sangat. Bila dah habis rotate, tu yg kuar iklan khidmat masyarakat tue!

    Ni kira masalah marketnya yg terlalu ciput tuk dikongsi oleh beribu-ribu blog bahasa Melayu kat Malaysia nie.

  18. cikgu zaki said:

    adsense ni la income pasif aku. not as easy as people said . Tpi Bolehlah bayar bill.. ke beli barang..bulan-buln Tapi masih belum tahap nak berenti kerja makan gaji lagi. Perjalanan masih jauh

  19. AkuLaNS said:

    betul tu bro…aku stuju..dgn perenggan akhir tulisn ko tu…

  20. AkuLaNS said:

    sesuatu yg besar brmula dgn langkah pertama…

  21. [...] siapa masih ingat pada entri yang satu ini? Dan siapa yang dah beli ebook Kod Adsense ni? Kalau ada yang dah beli, mesti kalian sudah nampak [...]

  22. sohowomen said:

    Faham..Boss…:))
    last sy cash out hasil adsense bulan 5 tahun lepas..
    la nie tgh tunggu akaun cecah usd 100 smula….
    maybe 2-3 bln lagi kot…huhuhu

    w’pun lambat..saya tidak akan berputus asa untuk sentiasa menimba ilmu tentang Adsense…

    Tunggu ye wana..minggu ni insyallah sy akan dptkan Kod Adsense….

    x sabar rasenye…moga2 dapat meningkatkan lagi income adsense…

    Terima kasih Bro Rohaizad berkongsi Tips2 yg berguna..

  23. MDHAFiZ.NET said:

    alhamdulillah..setelah setahun saya dlm adsense..dh boleh merasa income stiap bulan walaupun hanya USD100. Adsense bukan sekadar PPC.