Donation…. anyone?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: January 3, 2011 online

Petang tadi… masa aku on the way nak balik ke rumah di hadapan flat Larkin, kereta aku sliding cantik je mencium belakang kereta Persona.

Ceritanya macam ni:

Waktu tu baru lepas hujan dan semua pemandu sedang perlahankan kereta di traffic light. Bila bertukar je lampu merah tu ke lampu hijau, aku pun tekanlah minyak.

Tapi tetiba kereta depan berhenti sebab lampu dah merah balik. Waktu itu jugaklah aku tak sempat brek dan dengan selambanya, kereta aku dah pun menghentam belakang kereta Persona.

Skirting kereta Persona tu patah dua… terkulai layu sebab banyak pin dia yang patah. Lepas tengok semua kereta Persona tu, aku pun rasa okay sket kot… sebab tak kena boot belakang secara keseluruhannya. Tapi pemandu kereta tu dah mula lemah (sebab perempuan). Aku faham .. so aku tenangkan dia.

Kemudian, dia minta aku deal dengan husband dia. Aku pun tak tunggu lama, terus call husband pemandu kereta Persona tu, dan beritahu semua apa yang terjadi. Lepas deal kat phone, dia cakap dia akan claim kat aku nanti. Harap semuanya berjalan lancar. Lagipun, aku bukannya langgar lari… aku siap tenangkan lagi wife dia… adalah.

Tapi bila aku tengok kereta aku, hadoiii…. tak dapat nak cakap lagi dah. Habis sebelah kanan bahagian depan bumper kereta aku ternaik… then ada yang terperusuk ke dalam. Nasib baik radiator ngan lampu tak kena. Tapi sedih jugaklah bila tengok kereta aku tu dah mula nampak cacat. Arrghhhh….

Tak lama lepas tu, aku post pasal accident ni kat FB. Dalam masa reply semua post dari member yang caring tu, ada pulak sorang hamba Allah yang nak donate untuk claim kereta aku tu… syukur Alhamdulillah…. :)

INI SCREENSHOT dari DONATION yang di hantar oleh hamba Allah tu. Dia tak bagi aku beritahu nama dia… tapi dia kata, kalau nak letak nama… just letak sahaja nama blog dia —> www.jbcool.com

So ada sesiapa yang nak buat pahala awal tahun ni tak?
Kalau ada, aku dengan besar hati ingin mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan donation kalian. Ini Paypal ID aku… haha!

weirdoux@gmail.com

p/s: ini derma IKHLAS ya… bukan ada hidden agenda… terima kasih :)


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 20 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Kalau kita ada harta, bila kita sedekah atau dermakan dengan ikhlas, insyaAllah, akan datang rezeki dari sumber yang tak disangka2…

    So, kalau ada peluang bersedekah, rebut-rebutlah…hoho

    rohaizad Reply:

    Jazaakallahu Khaer (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan)….

    Johor Bahru Guy Reply:

    Aku pun harapkan begitu, InsyaAllah dan ameen…

  2. Dila.13 said:

    astaga.. mood tahun baru tak sudah lagi, datang pulak pilu.. en rohaizad berangan ape ye masa memandu td.. huhu..

    rohaizad Reply:

    Mengantuk kot… sebab tak cukup tidur…

    zam Reply:

    lenkali kalau ngantuk berhenti tepi tido.. ingat org tersayang ijad… hehehehe

    rohaizad Reply:

    Makan dalam tuh… hehe

  3. Richie said:

    nasib baik bukan kreta persona aku bro..hehehe.. sabar2.. nanti ada durian runtuh tuu

  4. aimannajmy said:

    pergh teruk gak..ooh area flat larkin tuh ek..aku dulu kena kat highway pasir gudang..owner keta tu pi buat report pulak..panjang ceritanya jadi pastu..

  5. wanmus said:

    nampaknya jbcool mengenang kembali time bini dia langgar kete org..seksa kan bile time camni..dahlah dekat nk kawen

    Johor Bahru Guy Reply:

    Tokey hosting,

    Ohoh…ko ingat lagi ye time tu….dah setahun lebih sikit dah tu…sebelum pegi fuyoo fm…kalau tak kita dah pi sana bersama-sama…

    Memang dlm RM1000 aku habis time tu repair vios dan MPV aku…

    wanmus Reply:

    tu ar..mesti ingat woo

  6. lankapo said:

    salam jat,

    byk bersabar. dugaan di awal tahun. musim hujan ni memang jalan licin.
    semoga kereta anda cepat sembuh :0

  7. samdaddycool said:

    sabor je la bro .. setiap ujian ada hikmahnya.

  8. mommy nana said:

    kete sy baru je beli thn 2009. dan 2 tahun berturut-turut eksiden thn 2010 dan thn 2009. sib la tak makan ribu. sabau je la.

  9. menj said:

    Asyik accident ni tandanya nak kena beli kereta BARU….

    rohaizad Reply:

    Banyaklah ko.. ingat tu keta kontrol ke?
    Haha

    menj Reply:

    Ye lah….maklumlah dah ada orang BARU, jadi kereta BARU pun kena belilah gak kan? Kekekeke.

  10. RedBoys said:

    alhamdulillah. ada juga yg sudi menderma.

  11. azwan said:

    Ni sudah boleh dijadikan alasan untuk menukar kereta baru :)