Apakah nama domain impian anda?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Domain - Tarikh diterbitkan: January 4, 2011 online

Okay…
Tetiba je hari ni nak tanya semua pembaca blog ini pasal domain. Iya… nama yang akan membezakan blog kita dengan blog orang lain… itulah domain namanya.

Macam ni, sebagai salah seorang blogger…aku nak sangat tau apakah domain impian kalian yang pernah terdetik di dalam hati untuk memilikinya. Tidak kiralah nama domain tu dah diambil oleh orang lain atau tidak, tak kisah. Impian itu tidak semestinya memiliki…

Biasalah.. sekadar mahu berkongsi apa yang ada dalam fikiran. So kalau rasa-rasa rajin untuk share… kongsikanlah kat sini… sebab aku ada satu domain yang agak mengancam juga untuk di beritahu kat sini.

Aku rasa domain tu cukup kuat untuk DIINGINI dan DIMILIKI oleh semua BLOGGER kat dunia ini. Benar… walaupun domain ini dalam bahasa Melayu, tapi ianya cukup KUAT untuk membuatkan kita BERKUASA.

Dan kalau katakanlah ada blogger yang nak beli domain tu, ia akan dijual HANYA jika blogger itu mampu untuk memikul tanggungjawab sepertimana domain itu diberikan namanya. Atau paling tidak pun, pemilik baru domain ini harus membuat satu web berbentuk direktori supaya semua blogger yang berdaftar di bawahnya boleh mendapat aura dari nama domain itu.

Power… memang cukup power nama domain ini (even aku sendiri pun tak berani nak pakai domain ni untuk personal blog sendiri…) :)

p/s: jangan tunggu lagi.. sila.. sila… tulis sahaja dalam kotak komen dan aku JANJI akan annoucekan nama domain tu di entri yang akan datang malam ini nanti :)


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 78 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Eizil said:

    Apa jer aa nama domain yang menjadi idaman tuh erk… aku stakat ni nak kata ada domain idaman tuh takder aa kot, cuma ada satu permalinks kat satu web ni yang aku nak guna, tapi tadapat guna sebab ada orang lain sambar dulu. apakan daya. :)

    rohaizad Reply:

    Yang mana satu tu?

    Eizil Reply:

    fb/eizil :D tetiba laks ada orang lain guna nickname sama plaks… dulu macam susah jer nak jumpa. huhuhu

    rohaizad Reply:

    Itulah pasal… makin ramai yang akan pakai nama yang tak pernah kita sangka. Sebab tu industri domain tak pernah merosot.

  2. mijie said:

    aku nak domain http://www.mijie.com tetapi dah ada orang rembat la domain tu…

    rohaizad Reply:

    Itu dah kira PREMIUM domain bos… impossible :)

    mijie Reply:

    itula pasal, dulu teringin nak beli tp website tu milik org german

    rohaizad Reply:

    Tinggal kenangan… :)

    mijie Reply:

    kalau dapat yang tu, fuhh mau tak tidur malam aku godeknya

    rohaizad Reply:

    Simpan domain tu… kasi pada cucu cicit.. haha

    mijie Reply:

    hahaha betul tu sifu ijad, sanggup renew untuk 5 tahun

  3. sangilapi said:

    rm.com :) [sebenar singkatan untuk rezekimurah]

    aku kelirulah pasal jumlah huruf dalam domain ni,sebenarnya kurang dari 4 huruf boleh dijadikan domain ke,jad ?

    *ebook domain tu bila nak keluar ? :) *

    rohaizad Reply:

    RM.com?

    Perghhh.. kalau adalah domain tu, harga dia boleh mencecah mora than USD1,000.000.00

    Sebab standard dia dah macam GM.com (General Motors)

    *lagi pendek domain, lagi mahal harganya :)

    sangilapi Reply:

    aku nak beli jugak !……kahkahkah

    RedBoys Reply:

    molek sangat tu. nanti boleh jual mahal. haha.

  4. Mommy Lyna said:

    saya mengimpikan fahry.com, tapi dah jadi kepunyaan internet marketer Indonesia. tapi saya akan tetap menunggu bila beliau lupa nak renew domain & saya akan cepat2 sambar.

    muahahahaha. impian yg gila.

    rohaizad Reply:

    Itu tidak mustahil… sebab ada yang pernah dapat. Nantikan cerita pasal ni di entri yang akan datang :)

  5. Azuan said:

    Agaknya apa domain tu yer??

    rohaizad Reply:

    Tungguuu… hehe

  6. reezluv said:

    kalau Malay aku takde pun terlintas..tapi kalau english tu ada le..

    kalau dapat FINANCE.COM memang best..:D

    rohaizad Reply:

    Banyak cantekkk!!!
    Impossible… laarr

  7. Shukor said:

    Hmmm…http://www.bloggerkental.com :)

    rohaizad Reply:

    Ahahahaha… nice one!

  8. menj said:

    Ummm….arrr…..emmmm……eeeee……ooooo….huhhhhh…..rasanya nak menj.com hehehe.

    rohaizad Reply:

    Bro.. that’s impossible :)

  9. Shahrul said:

    domainimpian.com boleh kot..

    rohaizad Reply:

    Cara gak tu… available lagi ke?

  10. Hadi Rofiee said:

    Nama domain impianku adalah namaku sendiri iaitu http://www.hadi.com

    Tetapi nama itu telah ada tuannya. :neutral:

    rohaizad Reply:

    Hadi.. domain tu dikategorikan sebagai CVCV domain. Kalau ada pun sekarang, domain tu boleh mencecah USD100.00.00
    Serious !

    RedBoys Reply:

    CVCV domain tu apa ye? harap dapat bgtahu detail.

  11. artoone said:

    nak domain twentyone.com =)

    rohaizad Reply:

    Boleh tahu kenapa nak domain tu?

  12. akuchey said:

    domain impian ku adalah google.com.agak2nya bila ler diorang terlupa nak renew domain google nih.boleh google .net, org pun tak per.apa-apa pun domain nickname sendiri dh dapat http://www.akuchey.com .

    Wan Haffiz Reply:

    Haha…setuju2..amik goggle.com je la..:)

    rohaizad Reply:

    Goggle.com dah tak available lagi … :)

    rohaizad Reply:

    Tak agak-agak wehhh… haha

    akuchey Reply:

    hahaa br acah jer…google gah bukan pada nama domain pon tp service.kalau dapat domain jer pastu takde service yg baik org kunjung jugak hahha..tak gitu bro?

  13. Fazli said:

    kebanyakan domain yang saya nak dah dapat. dulu gile beli domain. skrg dah kurang. nak jual balik domain2 tu. tak larat nak handle.

    rohaizad Reply:

    Memang…. bayangkan aku ada hampir 200 domain… darabkan dengan RM30.00… perghh

    RedBoys Reply:

    200 domain? gile banyak tu. tak tertanggung tu.

  14. zam said:

    hmm. tak terpikir plak.. domain nama sendiri plak dah ader org amik. so letak la mr kat depan…

    rohaizad Reply:

    Zamri.com.my still available lagi rasanya.. hehe

  15. pokjat said:

    Nk Rohaizad.com, tapi tak dapatla pasal ade orang dah amek hehe ;Peace!

    rohaizad Reply:

    Heh heh… lambat sangat beli dulu kot..

  16. kalau dpat facebook.com mmg best

    rohaizad Reply:

    Hahaha… dulu domain tu takde value langsung :)

    RedBoys Reply:

    skrg domain tu kalau nak beli berapalah agaknya. huhu. tak terjangkau dek akal harganya.

  17. Aku ada jugak domain impian aku. takut plak nak bagitau. kang..tak pasal-pasal domain yang aku nak kena rembat ngan orang. hehehe…

    rohaizad Reply:

    Haaa… better don’t reveal kalau rasa domain tu diperlukan sangat :)

  18. MuJE said:

    seriuly aku nak sangat domain http://mu.je

    macam ma.tt la tapi tula, mahal nak mampos! haha.. aku dah cek, 88 poundsterling untuk tahun pertama..

    tapi skang ni tgh target munzir.my pulak..

    rohaizad Reply:

    Munzir.my pun okay apa… senang untuk diingat :)

  19. wanmus said:

    bukan..jawapannya ialah http://www.wanmus.com

    hehehe

    rohaizad Reply:

    banyaklah ko… ceettt!

    wanmus Reply:

    ehh ko x tau lagi..cuba aku tawarkan untuk dijual, gerenati ramai syarikat besar nk beli..hahaha

    rohaizad Reply:

    Perasannn… haha

    RedBoys Reply:

    haha. yelah tu. tah2 takde yg nak beli.

  20. CypherHackz said:

    Domain pilihan aku adalah, hondacity.com. Boleh buat macam2 dengan domain tu.

    rohaizad Reply:

    Hondacity?
    Memang mantapppp domain tuh!

  21. [...] Pagi tadi, aku ada terbitkan cerita pasal domain. Memang agak lama tak cerita pasal domain kat blog ini. Walaupun aku memang dah bergiat dalam aktiviti menjual domain sejak 2007, tapi aku belum bersedia untuk bercerita pasal domain. [...]

  22. samdaddycool said:

    aku pernah juga berangan nak beli sate.com, sebagai ganti sebab tak dapat beli pizza.com tu dulu..

    rohaizad Reply:

    Sate tu domain CVCV bang… kalau ada pun, dah bernilai more than USD100,000.00 :)

    Kayo pakcik!

    samdaddycool Reply:

    ohh.. ye ke.. aku pun perasan situasi ‘CVCV’ ni masa belek2 domain tanjung.com, pulau.com harga tak bole blah nak keluar modal..

    sangilapi Reply:

    lu terbalikkan jadi etas.com,sam :)

    samdaddycool Reply:

    etas tu macam e-dagang la plak… (eTas.com).. apa makna tuh?

    sangilapi Reply:

    sate lah tapi diterbalikkan,sam :)

  23. Kalau aku, aku teringin http://www.johorbahru.com :)

    Adalah projek aku tu…huhu

    rohaizad Reply:

    Dah beli belum?

    sangilapi Reply:

    ownwer asal memang nak jual tu :)

    sangilapi Reply:

    *owner

  24. aimannajmy said:

    aku terign nak daftar nama domain ikut course aku time blajaq dulu le..skali check xde lagi huhu..errr berguna ke ek satu ari nnt kalo beli siap2 haha..mana nak tau satu hari nanti ada Universiti mana nak buat web khas pakai nama kos aku tuh haha

  25. mommy nana said:

    ada nama tu tapi belum dpt nk capai lagi. mungkin lg 5 thn ker? :P

  26. zamri said:

    dulu domain ni tak renew then jadi labu peram kt sedo. bila semangat nk blogging, tup2 takdpt direnew. satu hari aku cuba taip domain yg mohdzamri.com, tetiba tercatat ‘available’! terus sambar blk…. alhamdulillah..

    rohaizad Reply:

    Tuh dia…. dapat pun.

    p/s: memang hero selalu kalah dulu… haha

  27. RedBoys said:

    domain impian aku takde lg buat masa skrg. huhu.

  28. pilotHans said:

    aku teringin yohan.com tapi daa milik church kat south korea eversince 98….gile time haram tatau kat celah mane nak beli domain…..wakakkakak.. 2ndly aku teringin islands.com or island.com

    chow….

  29. Ibnu K said:

    Hahah… macam-macam komen saya dengar pasal blogging dan domain ni kan? Saya dah dpt domain idaman saya.. http://www.ibnukhusairy.com.. Nama sendiri sebab tengok jenama yang berjaya banyak guna nama mereka sendiri.. Sekarang tengah cuba membangunkan domain itu segigihnya.. Ada sapa nak beli?? Hehehe

  30. domain impian aku ialah taufik.com…

    tp dh ade org kebas daa…. :(

  31. nasslimdiet2 said:

    domain impian saya nazri.com tapi dah ada orang amik. huhuhu