Cara-cara untuk meningkatkan traffik blog – bahagian 1.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Tips - Tarikh diterbitkan: January 7, 2011 online

Dalam entri yang lepas, aku ada menyatakan keinginan aku untuk berkongsi sedikit dari apa yang boleh aku katakan sebagai menjana traffik untuk blog. Mungkin ada yang akan melihat entri ini sebagai “tips” atau mungkin juga ada yang akan melihat entri ini sebagai “another tips” yang memualkan.

Tapi antara mual atau tidak mual, itulah bezanya kita dengan blogger yang lain. Maksud aku, di sinilah terletaknya konsisten kita dengan mereka yang betul-betul inginkan result. Iya… result oriented.

Blogger macam aku ni, tak banyak yang seronok untuk dikongsikan. Kalau entri aku tu membosankan, maka kuranglah komen yang akan diterima. Kalau entri tu dapat menyentuh hati atau jiwa mahupun minda pembacanya, maka banyaklah komen yang akan diperolehi.

Dipendekkkan cerita aku ni cuma blogger Melayu yang mempunyai pembaca yang sporting. Dari mana aku dapat pembaca seperti ini pun, aku tidak tahu. Yang pasti mereka ni (kalian semua) terdiri dari pelbagai latarbelakang yang berbeza.

Tapi bagaimana info dan cerita dalam blog ini boleh membuatkan mereka tetap datang ke blog ini.. dan lagi.. dan lagi… dan lagi? Atau bagaimana blog ini boleh menyentuh hati pembaca baru yang entah dari mana asal usulnya?

Itu pun aku tak tahu, tapi berdasarkan pada apa yang aku tulis… ini semua sangat berkait rapat dengan hati. Iya… dan aku rasa itu juga adalah salah satu dari cara untuk meningkatkan traffik.

Dalam memperkatakan mengenai traffik, ramai yang ingat pada “promotion” ataupun teknik untuk “menarik traffik”. Itu memang betul… tapi ramai juga yang terlupa untuk melihat dengan lebih dalam lagi.

Ertinya, ramai yang lupa untuk “menyentuh hati” pembaca yang datang berkunjung ke blog mereka. Frasa “menyentuh hati” ini tidak bermaksud kita harus menulis entri yang sedih-sedih atau entri yang mampu membuatkan pembaca menagis teresak-esak.

Tapi entri yang kita boleh tulis adalah suatu cerita yang mampu untuk membuatkan pembaca kita “terasa” dengan apa yang kita tulis. Sama ada entri itu bersifat motivasi, poyo, panassss, perli, sayu, kelakar, jiwa, provokasi mahupun ‘sound direct‘… itu semua boleh dipertimbangkan.

Yang penting sekali, kita mempunyai cara menulis yang tersendiri.. jangan tiru cara orang lain menulis (walaupun idola sendiri!)

Kalau ada yang bertanya kenapa aku kata macam tu, dengan mudahnya aku akan menjawab:

kita tidak perlukan seorang lagi rohaizad.com, kita tidak perlukan seorang lagi Kujie2.com, kita tidak perlukan seorang lagi Hanis Zalikha.com, kita tidak perlukan seorang lagi Lizarazak.com, kita tidak perlukan seorang lagi Sinaganaga.blogspot.com… bla.. bla… bla….

Yang kita perlukan ialah seorang lagi penulis yang ada style tersendiri… cara menulis tersendiri… jalan cerita tersendiri… pengalaman sendiri.. dan dunia bloggingnya sendiri, contohnya seperti Brader Johari kita. Tak pun, cuba tanya Mijie apa perasaan dia masa mula-mula blog Melayunya dibangunkan. Haram sorang pun tak tau. Dulu blog kedua-dua blog ini cuma menerima komen bawah 10 setiap hari… sekarang nahhh … hambik!

Opss… jangan kata aku bias ataupun pilih kasih yea pada 2 orang blogger ni ya. Ini cuma contoh blog yang aku sempat lihat perkembangannya sejak dari hari pertama blognya dilahirkan. Sebenarnya ramai lagi blogger di luar sana yang semakin maju dan semakin berkembang skill penulisannya, cuma tak larat nak di listkan di sini sahaja (you know who you are :) )

Bila seorang silent reader (pembaca yang tidak akan memberikan komen) sudah mula memberikan komennya di blog kita, itu adalah antara kejayaan yang paling manis kerana dah sah-sah entri kita tu telah menyentuh hatinya. Sudah terang lagi bersuluh…

Apabila kita melihat pattern seperti itu sudah mula wujud, barulah kita mengorak langkah yang lebih jauh lagi.. iaitu PROMOSI. Naahhh… disinilah datangnya perasaan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Kita mencuba untuk mendapatkan pembaca yang baru.. hari demi hari.

Dan bila tiba bab promosi, macam-macam cara yang kita boleh lakukan. Tapi kena ingat… promosi, promosi jugak… tapi CONTENT dan X-Factor yang yang perlu ada dalam blog, mesti diteruskan. Traffik bukan hanya pada teknikal, tapi juga pada “tarikan”. Ramai di kalangan blogger kita yang keliru dengan hukum traffik dan tarikan.

Mereka ingat bila dah buat teknikal untuk tarik traffik, miracle can be happened. Banyak cantik… semuanya nak disuap, semuanya nak di hidang. Kita kena smart… barulah ada improvement. Baca entri Kak Jie ni untuk pemahaman yang lebih lanjut.

Nak cerita bab traffik ni, sampai kiamat pun tak habis. Sebab setiap hari, ada sahaja cara baru untuk kita buat promosi bagi menaikkan traffik. Kalau dulu sebelum ada Facebook, orang tetap promosikan blog masing-masing. Dah ada Facebook pun, still orang akan cuba untuk menaikkan traffik. Betul tak?

Blog ini pun pernah dengan panjang lebarnya memberikan tips dalam menarik traffik dengan menggunakan Facebook. Tapi masih ramai lagi yang bertanyakan “macam mana nak tarik traffik menggunakan Facebook”. Hurmm…. sebab itulah aku kata tadi, bacalah entri yang Kak Jie tulis, sebab apa yang Kak Jie rasa… itu jugalah yang aku rasa.

Nak cerita bab CONTENT?
Hurmm.. kalau nak diceritakan, mesti ada yang akan bosan. Sebab blogger Malaysia ni terdiri dari pelbagai jenis. Tapi dalam banyak-banyak jenis tu.. biarlah aku kategorikan kepada 2 bahagian.. lebih mudah (nak details? sila baca entri ini).

Yang pertama.

Blogger yang suka buat laporan.
Blogger ini akan ambil dan cedok cerita hangat di akhbar-akhbar dan ajak pembacanya berdiskusi mengenainya.

Yang kedua.

Blogger yang suka pada idea sendiri.
Blogger ini lebih suka mengajak pembacanya berdiskusi dengan apa yang dia rasakan seronok untuk dikongsikan bersama. Blogger ini tidak memerlukan cerita hangat di akhbar untuk menulis, sebaliknya dia lebih suka menulis dengan penuh perhatian… untuk menyentuh hati pembacanya.

Untuk jangka masa panjang, memang ada kesan antara dua jenis blog di atas. Sebab bila tiba bab promosi… blogger yang pertama tadi akan mengalami satu simptom iaitu “content yang sama”.

Benar, kalau semua blog dah melaporkan cerita yang sama, apehal pulak`kan? Esok-esok jangan haraplah pengunjung tu nak datang ke blog kita. Itu belum lagi dicampur dengan entri yang menggunakan ayat pendek-pendek yang entah apa-apa tu lagi.

Sebenarnya bukan tak boleh menulis topik yang sama.. tapi janganlah terlalu kerap. Ini tidak… setiap hari semua cerita yang sama dipaparkan kepada pembaca. Kalau macam tu, baik pembaca tu beli akhbar terus.

Kalau nak tulis topik yang hangat.. make sure diolah dengan cara yang lebih dramatik. If not, buatlah promosi macam mana pun … lain yang di harap, lain yang akan jadi. Sebab pengunjung baru sentiasa mencari kelainan antara blog kita dengan blog orang lain.

So make sure pada “pandangan pertama” ataupun “first impression” itu, kita MAMPU untuk membuatkan mereka datang lagi … esok.. esok.. esok… dan selamanya.

X – Factor?
Kita sambunglah pada bahagian ke-2 nanti pulak yea… heh heh


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 66 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. sangilapi said:

    macam biasa bagi tanda dulu….kehkehkeh

    rohaizad Reply:

    dah agak dah… haha

    mijie Reply:

    hahhaa siot je ko bro joe, dah mula letak tanda…memang tak leh kejar la jawapnya aku dah 2 malam tak online..kepenatan….blog pun dah 2 hari tak update…

    takper aku akan cari peluang selepas ni, hahah aku tak mau kalah ngan ko

    sangilapi Reply:

    orang selalu ingat yang nombor satu mijie :)

    mijie Reply:

    yer la nanti pasni aku pun nak letak tanda juga, kah kah kah

    rohaizad Reply:

    Oiii… dah pukul 3.30 pagi laaa… pergilah tidor…

    haha

    mijie Reply:

    alamak bang, esok kan public holiday, hahah actually aku baru bangun je ni..tengok blog sekejap pastu nak usik niche blog skit, dah usang dah tu, haha

  2. sangilapi said:

    ok baru boleh kasi komen.

    terima kasih link tu,jad :)
    dan terima kasih jugak bagi aku idea supaya menulis kisah aku sebagai si tukang kasut tu,aku rasa kalau aku tak ikut nasihat tersebut dah lama blog aku tu berkubur !

    promosi ? kalau ada rezeki lebih,nak jugak pasang iklan kat sini :)

    rohaizad Reply:

    Itu baru kisah kasut… belum lagi cerita pasal tempat yang menarik di Muar :)

    samdaddycool Reply:

    Blog si tukang kasut… 1 dalam sejuta. Memang entry menarik, gaya penceritaan pun menarik, isi lagilah tertarik nak nak baca.

    rohaizad Reply:

    Tertarik da bomb!

    mijie Reply:

    banyak kisah dia ijad….kalau berborak pun sampai subuh tak habis…kalau kat blog aku rasa makan tahun pun belum habis cerita dia

    rohaizad Reply:

    Tau… memang betul :)

    sangilapi Reply:

    bagus jugak idea ko tu,ijad tapi kena PC dengan shaffik dululah sebab nak kena amek gambar :)

    tapi aku rasa nak buat tempat-tempat berhantu di muar :)

    rohaizad Reply:

    Haaa… itu satu idea yang RARE…bagus, bagus!

    Pendekar Reply:

    hehehe~…

    kasi tanda dulu~…pastu baru komen..

    bro johari berselindung di sebalik sangilapi yea~!

    baru tahu ni..hehe~!

    sangilapi Reply:

    hahaha….lepas ada blog melayu aku guna sangilapi sebagai nickname :)
    macam tak pernah jumpa masa layan blogwalking.
    kuda sihat?….kehkehkeh

  3. ohcikgu said:

    setuju. kena ada keunikan sendiri. ada cara tersendiri..yang penting. kena usaha jugak.

    rohaizad Reply:

    Usaha itu memang perlu.. thanks Cikgu :)

    muhammad fakhruddin Reply:

    Saya sangat suka membaca pelbagai jenis blog.Saya sangat ‘cemburu’ dengan gaya penulisan mereka yang menambat hati. ;)

  4. [...] tak berbalas,itulah tajuk entry aku kali ini.Lagi sekali aku ulang,komen tak berbalas bukan cinta tak berbalas ye ![kahkahkah].Bagi yang sedar akan kewujudan sebuah entry [...]

  5. ali said:

    simpel tapi amat berkesan. setuju sangat. orang singgah ramai tak jadi singgah balik sebab ‘tak ada apa2′ yang dia dapat dariapda blog orang tu…

    rohaizad Reply:

    Itu yang kita katakan sebagai “identiti” :)

  6. 1. Panjang nya blog post ni…berapa lama ko pikir dan karang bro?

    2. Betul lah kronologi perkembangan penubuhan dan kejayaan sebuah blog. Setuju-setuju…

    3. Cuma kalau blog kita ada byk sgt…kena pikir juga cara nak manage…huhu

    rohaizad Reply:

    1. Pukul 4 pagi tadi.. taip sekali jalan.
    2. Thanks :)
    3. Maintain satu je dulu… setakat yang termampu

  7. mijie said:

    pertamanya aku ucapkan terima kasih ijad sbb kasi link tu…

    sebenarnya aku start blogging masa tahun 2005 lagi…lepas tu masa tu tergilakan trafik je, asyik kejar nak trafik nak pembaca tapi lepas bertungkus lumus haram semua tak dpt..

    lepas tu aku mula menjadi pembaca dulu, blog pun dibiarkan..aku baca blog ijad, blog kakjie dan tengok style penulisan 2 org ni

    lepas tu mulalah nak menjadi seperti mereka berdua ni, tapi mcm ijad kata ” kita tidak boleh menjadi rohaizad.com yang kedua:”

    dan masa tu aku mula sedar, kita perlu ada style kita yang sendiri…so semenjak itu aku mula menulis menggunakan hati, kdg2 dah siap entry lepas tu baca balik mcm tak best aku delete je….

    teringat akan satu benda iaitu kuantiti bukan yg dikejar, kualiti yang harus dijaga…

    rohaizad Reply:

    Kan?
    Dulu macam tak jumpa je arah, sekarang dah sedap dahhhh

  8. RedBoys said:

    wah. bagus2. akan take note. banyak cara boleh tingkatkan trafik, cuma kita perlu rajin mencari terutama di google. ilmu ni luas. carilah ia. terbaik bro!

    rohaizad Reply:

    Teruskan menggali.. dan mencari :)

  9. Kujie said:

    Jumaat yang ceria – sungguh!

    Rasa bersemangat saja pagi tadi, siap edit blog yang comot seminggu dah tu…rupa2nya malam tadi ada orang dok mengarang tentang kak jie…

    phewwit – perasan di situ!

    terus terang kak jie pernah dapat email ‘ saya baru buat blog 1 bulan,macam mana nak dapat trafik macam kak jie ye”

    rasa nak pengsan di situ – ramai yang menulis blog dan mendapat tips & tutorial yang salah . Ramai hanya membaca tips mengenai trafik tetapi tak mahu membaca tips bagaimana menjadi blogger.

    Menjadi blogger mesti membaca! Banyak info kalau kita mahu – kadang² melompat dari satu blog ke satu blog mengikut link yang dirujuk.

    Tak perlu buang masa kat fb main game dua tiga papan ( erk , mcm main dam je )

    Uruskan masa dengan baik – bina hubungan dengan komuniti blogger untuk mendapakan ‘penjenamaan’

    eh..cukuplah komen ni, macam nak buat entri pula.

    rohaizad Reply:

    1. Kak Jie, saya karang entri ni sekali jalan pukul 4 pagi. Sekali jalan…
    2. Email macam tu memang boleh buat kita kena “heart attack”… haha
    3. Ramai yang lupanak menjadi blogger, dia kena rajin membaca dulu… at least, baca entri yang dikarang berklali-kali sebelum dipublish… kan? kan? kan?
    4. Itu yang malam nak kasi Kak Jie komen… sebab dah boleh jadi entri tuh….!

    p/s: Nanti boleh “overshadow”… hahaha (Thanks KaK Jie untuk tips :) )

  10. akubiomed said:

    X-factor itu yang membeza kita dengan orang lain. Bukan senang hendak ada pengayaan sendiri. Apabila orang baca kandungan blog tersebut dah boleh agak. Hah inilah dia sepolan dan sepolan :-)

    rohaizad Reply:

    Haaa.. betul.. betul. Tapi ramai yang nampak X Factor orang lain, manakala X Factor sendiri dia tak keluarkan :)

  11. Hadi Rofiee said:

    Salam Ijad.

    Sungguh bermakna. Terima kasih banyak2.

    Tak sabar menanti bahagian kedua pula. :-)

    p.s: aku mahu terus belajar.

    rohaizad Reply:

    Nantikan bahagian yang ke 2 nanti :)

  12. aimannajmy said:

    wahh mencanak-canak komen naik terutama dari mijie haha…bab blogger yg bagi laporan tu ramai gak yg buat camtu huhu..copy paste sekali ngan gambar pastu di akhir ayat..”apa kata anda tentang isu di atas..” kalo blogwalking katakan 20 blog sekali jalan.. hampir 4-5 orang content sama huhu

    rohaizad Reply:

    Kan?
    Lama-lama kita yang jadi bosan :(

  13. Atok said:

    Salam ziarah~~
    =)

    rohaizad Reply:

    Salam Tok… saya mohon tumpang lalu :)

  14. azwan said:

    Aku suka pada cara the content is presented aje. Kekadang tu, kalau blog hopping 10 blog benda yg sama bosan jugak, tapi kalau cara disampaikan tu menarik, then aku terberhentilah di situ :)

    Kod Adsense Nurul Aswani Reply:

    kalau blogspot xpe ah.
    kalau utk blog berbayar nanti ramai trafik
    siapla!

    kena sediakn bandwidth banyak2.
    adoiii.

    P/S:abang ijad..tolong cek emel boleh tak?
    saya ada minta testimoni abang utk dimuatkan di laman web jualan saya.atau sya copy dari review abang di laman ni boleh?

  15. menj said:

    Aku tak kisah pun kalau blog BM aku takde traffic….aku buat utk kepuasan diri sahaja huhuhu.

    rohaizad Reply:

    That’s mean this entry is not for you lah boss…

    menj Reply:

    Boleh apply utk blog2 lain…hehe.

  16. roselin said:

    rose pun dah lama x tersentuh ngan blog nih. da tukar jadi silent reader cam awal2 dlu.

    ni cam dah bes lagi balik nih. i’ll keep on following :)

    rohaizad Reply:

    Thanks Cik Rose…. really appreciate it :)

  17. betul2… sangat setuju dgn kau…

    aku start blogging dari tahun 2006, masa tu entry syok sendiri jerk… tak ambil tau langsung pasal dunia blog, tak tau pasal nuffnang, tak tau pasal traffic, entry pon ntah apa2 jer… bayangkan sehari cuma 3-4 orang je yg masuk baca… tu pon dari kalangan member2 yg tau aku ada blog. selama hampir 4 tahun jugalah aku ni dungu tentang dunia blog.

    barulah start pertengahan tahun lepas, baru aku mula buka mata tentang dunia blog ni… dan barulah start cari ilmu sikit2… huhuhu…. dah terlambat… memang betul, bukan senang nak naik… kene mula dari bawah semula, mula dari 0…

    dan antara blog yg aku selalu cedok ilmu adalah blog ko… ekekeke… thanks ijad… (sila jgn kembang idung)

    rohaizad Reply:

    Haha…. nak cedok ilmu, silakan… sebab itulah gunanya blog (tempat kita berkongsi info) :)

  18. lizz said:

    sifu oh sifu ku!!!!!hehehehehe. thanks mention nama blog cap ayam saya tu.hahaha! honestly, blog rohaizad.com ni banyak sangat beri saya motivation untuk terus berblogging. thanks a lot bro Ijad!!!! weeeee ;)

    rohaizad Reply:

    Mana pergi ..?
    Lama giler tak nampak… blog ini dah rindu pada blogger LizaRazak tu wehhh..

    lizz Reply:

    busy abiskan study.hehehe.baru je selesai.ni baru nak menggedik active balik tulis entry sampai orang bosan.wahahaha :P

    selalu je bace entry2 cume tak sempat nak komen. sambung2 entry ni,nak baca lagi -.-

    rohaizad Reply:

    Ooo… ok ok.

    *wahhh…. dah habis study ehh?

  19. CypherHackz said:

    Nice! Apa yang dapat aku simpulkan di atas adalah, content adalah better hasil daripada idea sendiri… ;)

    rohaizad Reply:

    Yup… absolutely right!!!

    :)

  20. denaihati said:

    Bro banyak aku belajar dari entri ini untuk meningkatkan skill blogging ditahun 2011 ni…syukran.

    rohaizad Reply:

    Thanks bro… share untuk suka-suki je :)

  21. Rammel said:

    nak mencari identiti… lost… siapa ada lampu suluh, tolong suluh kedepan…

    rohaizad Reply:

    Guna lampu henpon boleh jugak bro… :)

  22. Ranger said:

    tak terfikir pun kan, memang ramai yang mencari2 cara nak meningkatkan traffic, tapi lupa kepada permulaannya iaitu mencari identiti. Identiti, cara dan gaya penulisan adalah traffic sebenar. TQ brader, ilmu yang cukup berguna, ramai yang tak sedar akan perkara ini.

  23. zik said:

    biasa kalau baca entri bro ijad nie.. kena baca semua comment sekali, sebabnya.. ada point2 yang penting2x.. insyallah akan teruskan perjuangan blogging ini,..yeahhaa..

    hafizmd Reply:

    setuju sgt zik…dari atas smpai bawah…kena baca betul2..mesti ada isi penting walaupun ada jugak yg terbabas…hehehe

  24. hafizmd said:

    terima kasih bro ijad..

    bagi aku, tak perlu cakap banyak…contoh yg cukup bagus ialah entri ini sendiri…ada x-factornya yg tersendiri…

    baca, mmg dah tahu, sah ini garapan bro ijad…

    tapi, bagaimana cara mencari x-factor itu juga suatu yg tak begitu senangkan bro ijad?atau bagaimana pendapat bro?

    ooo…ada dalam part 2 yer…hehehe…tunggu dulu daa.. :D

    rohaizad Reply:

    Part 2 tu kena ada surprise… takleh dipublishkan esok lusa… haha

  25. Ladfe Amir said:

    a’salam Ijad
    lama dah aku tak jenguk kat sini. Part traffik tu mmg aku akui mmg betul.
    Mmg blog bro Joe n Mijie, aku tgk pada permulaannya hmp tiada pengomen, samalah mcm blog aku.
    Tp bila dah bersahabat n melawat,sertai contest n mengejar kepantasan mengomen..aku mula nampak perbezaan trafik pd blog aku.
    Masih mencari faktor x yg dicari oleh semua blogger, tp makin seronok rasanya bila kita tau entri yg ditulis sudah nampak pembacanya

  26. mommy nana said:

    i like this entry! kdg tu ramai tanye macam mana nk berblog? huhu pjg cerite tuuu… adus.. tp sy de kasi dorg rujukan di sini oke kan? hehe

  27. [...] adalah artikel dari kesinambungan entri dari bahagian 1. So untuk sesiapa yang belum membacanya, it is better untuk kalian baca dulu bahagian 1 sebelum [...]