Apakah nama domain impian anda?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Domain - Tarikh diterbitkan: January 4, 2011 online

Okay…
Tetiba je hari ni nak tanya semua pembaca blog ini pasal domain. Iya… nama yang akan membezakan blog kita dengan blog orang lain… itulah domain namanya.

Macam ni, sebagai salah seorang blogger…aku nak sangat tau apakah domain impian kalian yang pernah terdetik di dalam hati untuk memilikinya. Tidak kiralah nama domain tu dah diambil oleh orang lain atau tidak, tak kisah. Impian itu tidak semestinya memiliki…

Biasalah.. sekadar mahu berkongsi apa yang ada dalam fikiran. So kalau rasa-rasa rajin untuk share… kongsikanlah kat sini… sebab aku ada satu domain yang agak mengancam juga untuk di beritahu kat sini.

Aku rasa domain tu cukup kuat untuk DIINGINI dan DIMILIKI oleh semua BLOGGER kat dunia ini. Benar… walaupun domain ini dalam bahasa Melayu, tapi ianya cukup KUAT untuk membuatkan kita BERKUASA.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Donation…. anyone?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: January 3, 2011 online

Petang tadi… masa aku on the way nak balik ke rumah di hadapan flat Larkin, kereta aku sliding cantik je mencium belakang kereta Persona.

Ceritanya macam ni:

Waktu tu baru lepas hujan dan semua pemandu sedang perlahankan kereta di traffic light. Bila bertukar je lampu merah tu ke lampu hijau, aku pun tekanlah minyak.

Tapi tetiba kereta depan berhenti sebab lampu dah merah balik. Waktu itu jugaklah aku tak sempat brek dan dengan selambanya, kereta aku dah pun menghentam belakang kereta Persona.

Skirting kereta Persona tu patah dua… terkulai layu sebab banyak pin dia yang patah. Lepas tengok semua kereta Persona tu, aku pun rasa okay sket kot… sebab tak kena boot belakang secara keseluruhannya. Tapi pemandu kereta tu dah mula lemah (sebab perempuan). Aku faham .. so aku tenangkan dia.

Kemudian, dia minta aku deal dengan husband dia. Aku pun tak tunggu lama, terus call husband pemandu kereta Persona tu, dan beritahu semua apa yang terjadi. Lepas deal kat phone, dia cakap dia akan claim kat aku nanti. Harap semuanya berjalan lancar. Lagipun, aku bukannya langgar lari… aku siap tenangkan lagi wife dia… adalah.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Ini jumlah komen saya… bagaimana dengan jumlah komen anda?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging - Tarikh diterbitkan: January 3, 2011 online

Pagi-pagi buta lagi aku dah nampak status wall Boss Hujanbatu kat FB. Walaupun mata agak mengantuk sebab lambat tidur… tapi sempat jugak aku jeling kat wall FB sebelum pergi ke bangunan TJB di Wisma Persekutuan untuk tandatangan penubuhan syarikat sendirian berhad dengan 3 lagi orang rakan kongsi.

Sebenarnya aku tertarik dengan apa yang Boss terbitkan di blognya. Oleh kerana kita masih lagi di awal tahun 2011, jadi aku rasa amatlah berbaloi untuk membuat flashback sepertimana yang dibuat oleh Boss.

Tapi apa yang Boss buat?
Haaa… kalau nak tau, klik di sini untuk melihat jumlah komen selama blog Melayunya itu dibangunkan.

Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Catatan baru →