Ingin berniaga produk fizikal secara online?
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet - Tarikh diterbitkan: March 8, 2011 online
Okay, ini ada satu lagi soalan yang selalu ditanyakan oleh mereka yang mempunyai minat berniaga barang fizikal secara online:
“Bagaimana saya hendak berniaga dan membuat keuntungan melalui penjualan barang fizikal secara online? Berapa lama masa (purata/hari/minggu/bulan) yang diperlukan untuk saya melihat hasilnya?”
Walaupun soalan ini agak cliche, tapi personally aku cukup suka untuk kongsikannya di sini sebab ramai sangat yang membuat “perhitungan yang salah” melalui perniagaan fizikal secara online yang mereka sendiri ingin ceburi.
Lebih malang lagi, mereka yang bertanyakan soalan ini selalu mengalami “information overload”. Banyak sangat benda yang tak patut ada, tapi ada dalam kepala otak mereka.
Okay, apakah antara perkara dan konsep asas yang perlu ada untuk berniaga barang fizikal secara online?
1. Beza antara produk fizikal dan bukan fizikal (tangible product dan intangible product).
Dalam perniagaan, apa yang perlu ada adalah PRODUK. Produk pula akan terbahagi kepada 2 jenis iaitu tangible dan intangible produk.
i) Tangible produk – benda yang boleh disentuh (contohnya tudung, buku, aksesori komputer dan sebagainya)
ii) Intangible produk – benda yang tidak dapat disentuh (contohnya polisi insurans, khidmat rundingan, ebook dan sebagainya)
2 jenis produk di atas harus diketahui dan disedari akan sifatnya. Bermakna, kalau kita ingin berniaga produk fizikal, terang-terang kita tahu yang kita kenalah bekerja lebih sedikit. Sebab ianya melibatkan tenaga, tulang empat kerat dan juga masa.
Berniaga barang fizikal memerlukan satu lagi skop kerja tambahan iaitu bahagian penghantaran/pengeposan. Di sinilah maksud tenaga dan tulang empat kerat di atas tadi ditekankan.
Kesimpulannya, jika kita nak berniaga barang fizikal janganlah suka membandingkan usaha kita yang penat itu dengan mereka yang berniaga ebook. Ini tidak… ramai yang berniaga barang fizikal berhenti sekerat jalan sebab jeles/cemburu/tidak puas hati dengan mereka-mereka yang menjual ebook.
Janganlah macam tu kawan, bila bercerita pasal rezeki ni… kita harus yakin dengan rukun Iman iaitu qada’ dan qadar. Dia punya rezeki, dia makan… kita punya rezeki… kita makan, apa salah kita makan sama-sama?
Lagipun, kalau semua berniaga ebook.. siapa pulak yang nak berniaga tudung nanti? So jadilah seorang yang opportunist!!
2. Bezakan maksud perniagaan offline dan juga perniagaan online.
Ini adalah perkara paling basic yang ramai dari kita dah lupa. Perniagaan semuanya sama.. takde yang beza pun. Yang berbeza adalah platform dan juga peniaga itu sendiri.
Perlu ditekankan di sini bahawa internet itu hanyalah sekadar platform sahaja. Pengertian sebenar perniagaan terletak pada cara peniaga itu berniaga dan juga kesabaran yang dimiliki oleh peniaga tersebut.
Ramai yang ingat berniaga di internet ini “mudah”. Tapi perkataan mudah itu selalunya di singkap tanpa mengetahui perjalanan perniagaan itu sendiri.
Senang cerita, apabila peniaga yang tidak pernah menjual barang fizikal secara online mendengar cerita yang kononnya “berniaga di internet” itu mudah, apa yang ada dalam kepala masing-masing adalah “cepat untung”.
Aiseymen…. kadang-kadang dia lupa yang berniaga barang fizikal seperti tudung itu sebenarnya sama dengan dia berniaga tudung di kedai. Cuma bezanya, satu di kedai betul dan satu di kedai maya. Jadinya, peniaga itu perlulah SET di dalam kepalanya akan logik yang mungkin terhasil.
Logik?
Iyalah… kalau ada kedai tudung, dan jualan setiap hari hanyalah 5 helai sahaja… cubalah cari logiknya bila berniaga secara online. Berniaga produk sebegitu secara online sebenarnya memerlukan promosi, offer dan juga grabber yang power. Sama juga kalau berniaga kuih muih, baju, kasut, dan sebagainya. Ini semua memerlukan masa. Bukan sehari dua, tapi mungkin berbulan-bulan… tapi untungnya perniagaan secara online ini, kita boleh kurangkan kos seperti sewa kedai.. bil api kedai, bil telefon kedai… dan seumpamanya.
Kalau setakat dengan slogan “berniaga internet itu mudah” dan terus berharap keuntungan yang tinggi sebaik sahaja ada website, itu karut. Mana boleh camtu… ingat berniaga secara online ini MAGIK ke?
Sebab itulah ramai dari peniaga yang ingin berniaga produk fizikal secara online akan terhenti di tengah jalan… ataupun perniagaannya lumpuh dek disebabkan tidak faham selok belok dan susun atur atau corak berniaga secara online.
Maaflah kalau ada bahasa yang aku gunakan di atas tidak disenangi oleh kalian. Hakikatnya itulah yang berlaku pada usahawan-usahawan internet yang baru. Tapi janganlah kita katakan mereka itu tidak pandai, cuma mereka belum tahu. Itu sahaja.

*rohaizad dot com ada menyediakan khidmat mini seminar untuk orang-perseorangan, persatuan, organisasi dan juga badan-badan NGO untuk perkongsian perniagaan internet. Jika berminat bolehlah menghubungi beliau untuk keterangan lanjut



suka ayat ni “ingat berniaga secara online ini MAGIK ke?
sama juga dgn kes yang nk cari duit dgn berblog, dorang ingat setup blog, register nuff, dan pasang banner pastu goyang kaki boleh dapat duit? Orang kita tak paham apa itu marketing dan malas utk belajar cara sebenar melakukan bisnes…
rohaizad Reply:
March 8th, 2011 at 11:33 am
Kadang kadang tu dah malas, ehh di SPAM nya kita pulak…. cehhh
zam Reply:
March 8th, 2011 at 12:21 pm
semua nak cari jalan senang sebab tuh.. ingat setup blog tampal code ads. dah leh tunggug hasill… kalau tanam padi leh la tunggu hasil.. hehehe.. itupun lepas hasil dah dapat nak kono plak membanting, nak market… hehehe
Fazreen Reply:
March 8th, 2011 at 3:46 pm
nak tanam padi pun bukan senang..kekeke…silap tanam mau anak padi mati
orang dah terpengaruh ngan skim cepat kaya dulu..duduk goyang kaki je le maknanya..
cam tikam nombor plak..tikam nombor kena gi beli tiketnya..:D
rohaizad Reply:
March 8th, 2011 at 11:33 am
Tikam ehhh….
teringat masa kecik-kecik dulu main tikam tikam
Saya sudah setahun berniaga produk fizikal di internet secara full time.Memang hakikatnya berniaga secara online memerlukan tenaga,masa yang banyak untuk uruskan semua,dari mengambil stok,ambil gambar,upload,buat promosi,terima order,bungkus dan pos serta update tracking number.
Tapi sebagai peniaga online yang baru,kita harus berusaha menjadikan ianya outomatik dimana,kerja diagih2kan kepada pekerja untuk buat promosi,bungkus barang.So kita akan ada masa untuk dihabiskan untuk benda lain
rohaizad Reply:
March 8th, 2011 at 11:32 am
Tuh dia.. taukey tudung dah mai….
*sharelah sket pengalaman dengan pembaca blog ini… saya jemput dengan rasmi untuk jadi Penulis Undangan di blog rohaizad dot com yang tidak seberapa ini.
Faizul Reply:
March 8th, 2011 at 11:46 am
Menyentuh tentang pengalaman tu,macam2 ada.Pelbagai jenis ragam customer kena layan.
Untuk permulaan tu,kena kuat semangat dan tekad.Jualan masa mula-mula berniaga memang sikit gila.Yang penting markerting itu.Penting sangat2.lepas buat marketing,jualan meningkat.Hari2 ada sale.
Alhamdullillah boleh bertahan sampai sekarang.
Boleh ke jadi penulis undangan ni..Ada syarat-syaratnya ke..hehe
betul tu. bukan senang nak jadi senang.
segala usaha kena betul dan betulkan nawaitu berniaga.
apa jua kita lakukan, wajib dengan usaha kita dan doa kpd Nya. takkan letak barang terus ade org beli? ilmu bniaga zmn la ni tak sama dengan zmn dahulu kala…
rohaizad Reply:
March 8th, 2011 at 11:31 am
bestlah komen nih.. I LIKE!
zam Reply:
March 8th, 2011 at 12:22 pm
.. sambung sket lagik.. bukan susah nak jadi susah… hehehe
fuuuhh.. meniaga fizikal secara online ni banyak saingan.. kena tau strategi, marketing semua2 tu laahh.. baru success!!
lapar tak? jom ke Makan Minum Pembuka Selera | Blog Makan Minum Anda…
Dia punya rezeki, dia makan… kita punya rezeki… kita makan, apa salah kita makan sama-sama?
singh tu memang pandai bahasakan orang. orang ingat dia kayu agaknya. hehehe…
i like…
Beza jual produk fizikal secara online / offline:
offline- target terhad kepada orang persekitaran sahaja.
online – boleh jual satu dunia!
Cuma usaha dan skill kena mantap, pelbagai aspek dan faktor perlu diambil kira…. sebab persaingan tetap wujud.
banyak benda kena lakukan kalau mahukan MAGIC tu berhasil. Tak leh tunggu aje. Promosi kena mahu buat hari-hari kalau mahu hasilnya untuk bertahun-tahun.
susah jugak ek juai fizikal produk ni..kadang2 dengar orang cerita gedebung gedebang untung riban2 macam senang..hakikatnya sendiri buat baru tahu peritnya
Setuju ape dengan bro ceritakan di atas. Masuk tahun 2011 ni, dah genap 3 tahun saya berniaga barang fizikal di internet. Memang betul, produk fizikal ni memerlukan kesungguhan, fokus dan juga kena konsisten.
Sesetengah orang yg berhenti ni mungkin juga sebab margin produk fizikal ni kecil. Tapi jangan lupa, marketing produk fizikal ni dah pecah kepada dua iaitu offline dan juga online. Maknanya, kita boleh lakukan promosi pada offline dan juga online.
Dan kalau kita bersunguh-sunguh lakukan marketing pada kedua-dua platform, insyaallah kesan tu kita sendiri tak jangkakan!
Produk fizikal atau digital itu terpulang kepada minat dan kecerdikan. Zaman sekarang nak jual produk fizikal pun dah boleh buat automation. Banyak perkara yang masih kita belum terokai sepenuhnya, dropship, turnkey dan sebagainya…
Yang penting ada minat, fokus dan usaha…insyaAllah =)
[...] masih ingat lagi entri Ingin berniaga produk fizikal secara online yang telah diterbitkan [...]
Diulas pada March 14th, 2011 at 8:38 am