Ce citer…. ce citer!
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Hiburan - Tarikh diterbitkan: March 10, 2011 online
Aku tengok kebelakangan ini, makin banyak kes cerai-berai yang pada aku menyampah untuk di baca kat dada-dada akhbar. Kes cerai-berai ni dah macam kes banjir, kemarau, kebakaran, accident dan juga kedai VCD kena serbu dengan pihak penguatkuasa. Mudah dan senang untuk dijadikan bahan cerita.
Paling terbaru aku baca kes isteri Jimmy Shanley yang di katakan nusyuz (tak mendengar kata/derhaka). Aku bukan nak kata, tapi kalau aku jadi Jimmy… tak kuar paper pun takperlah.
Itu belum kes yang perkahwinan masuk majalah, 7 hari 7 malam… paling grand, bila kuar TV3 dalam rancangan Nona. Tapi ending dia, cerai juga.
Yang menyampahnya bila aku baca cerita macam ni ialah masa bab tuding-menuding. Satu Malaya tau… adehh. Pada aku, diaorang ni janganlah ikut rentak media… media memanglah suka gilerssss dengan cerita macam ni. Lagi power cerita dalam kain orang, lagilah laku macam goreng pisang panas.
Yang si lelaki hentam si perempuan, yang si perempuan hentam si lelaki… lepas tu report kat rancangan yang aku benci kat TV* tu ******, kasi panas lagi cerita. Dulu masa suka, bukan main lagi.
Perempuan tu kata lelaki tu haram tak guna. Kalau dah di katanya lelaki tu tak guna, then dah tentu-tentulah dia tu awek kepada lelaki yang tak berguna…. kan? So mana pergi maruah diri? Letak kat tumit kaki ke?
Kalau dah macam tu gayanya, cabut… blah je, tinggalkan lelaki tu. Ini dipukulnya gong… panggil wartawan, kasi meletup kisah cinta yang tak kesampaian. Kalau dah tak tau salah siapa, Allah kan ada… mengadu terus!
p/s: sebab tulah aku tak suka cerita pasal hiburan, artis dan selebriti nih… takut dapat “saham”…



tulaaa pasal.. glemer artis dan juga glemer pasal personal.. huhuhuu
Resipi Hotdog Roll Chef Shakiddo, Putrajaya
Sedih, mentaliti masyarakat kita masih di takuk lama..
nampak je seronok dgn kawen grand2. pastu tah ape jadik, tak menjadik dan cerai. kawen ni yg penting akad.. selain tu ikut mampu.. tak payah nk over sgt.. lagi satu pentingnye berkat majlis.. kot la buat kat hotel besau2 tu nk jaga nama plus nk nunjuk..mm sorile.. mana nk dtg berkat tu… so sad ler..macam memain lak pasal kawen ni kan? ape pun harap time anak2 kt jgn la kt wat dok lagu tu.. maap le over emosi..
wandisini Reply:
March 10th, 2011 at 3:59 pm
akus setuju dengan pendapat ini
Kau tak nak kahwin ke bila asyik dgr cerita-cerita macam ni?
siapa yang dah datang seru untuk berkahwin tu saya doakan berkekalan hingga ke akhir hayat. setakat tak sama pendapat atau terkecilkan hati sesama suami isteri tu biasalah. sedangkan lidah lagi tergigit, ye tak? jangan itu dijadikan alasan nak bergaduh sampai nak ‘berbunuh’ padahal sebelum kawin dok janjikan yang indah-indah bagai. bila dah tak indah, terus nak give up tp sebenarnya hanya helah nak cari yang baru. keh keh keh.. pesanan ini dibawakan khas oleh saya yang belum kawin. hehe
cari berita pasal sukan lagi best dari cerita pasal artis ini
memang gitulah. Dah orang popular..mesti menjadi bahan wartawan kan. Lagi satu, nampak gayanya cerai berai artis ni dah macam budaya pulak. Tapi budaya yang tak elok di ikut laa.
mentaliti yg memakan diri.
Salam Ijad.
Setuju. Aku pun tak suka cerita pasal hiburan, artis dan selebriti. Semua itu lebih diutamakan daripada yang sepatutnya diutamakan seperti para ulama contohnya. Hmmm….
Orang memang suka benda-benda yang kontroversi. Tapi macam kes baru-baru ni ada blog yang tulis pasal artis buat pembedahan besarkan ***tutt*** sampai masuk surat khabar. Memanglah dapat traffic surge, tapi hasilnya tuh… Hurm…
emm..suka betul diorang cerai-cerai nih..
Berjanji sehidup semati masa bercinta.. berjanji bulan dan bintang, langit bulan, DLSR tup tup…cerai..haishhh fobia tui bila pikiaq pasai kawen ni…
[...] perceraian yang terjadi dengan banyaknya di negara kita ini berpunca dari mereka yang terlalu inginkan [...]
Diulas pada March 11th, 2011 at 7:44 amPublisiti murah.. standard.. tak popular.. kasi keluar M*****, toptop terus popular sekejap.. huhu.. manusia akhir zaman.. kejar dunia lebih…
tu yg saya tidak berapa gemar baca cerita perkahwinan, perceraian artis di media massa, esp media online, tpi, that is what sells la bro …
apapun, rugi tak kawin wo..
banyak fadilatnya
Saya rasa, tak semua artis suka nak war warkan perceraian diorang, tapi paparazzi ni punya deria bau amatlah tajam. Bila artis ke mahkamah syariah, tup tup dah ada paparazi ngan kameranya. Tah mana tau, tak tau le. Tu yang tokleh elak tu.