Jangan mencari terlalu sempurna

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Renungan Hari Jumaat - Tarikh diterbitkan: March 11, 2011 online

Mungkinkah perceraian yang terjadi dengan banyaknya di negara kita ini berpunca dari mereka yang terlalu inginkan kesempurnaan?

Apa kata kita membaca pesanan dari salah seorang pakar motivasi terulung negara. Fahamkan mesej yang disampaikan dalam entri ini….

********************

Jika kamu memancing ikan….
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga…
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang, sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…
Yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan dan berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain? Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Kerana apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya, akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan….. yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU… MENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain?

Terlalu mengejar kesempurnaan?
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.

Kamu juga yang akan MENYESAL….

*dari Dr Fadzilah Kamsah


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 20 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. kid said:

    motivasi yang bagus… thanks info..
    Lawak kena Prank Call dari Customer

  2. izan said:

    Terima kasih ats info ini..minta dishare pada kwan2 yg lain ye..:-)

  3. mengapa bisa memilih lagi jika di depan mata mampu buat kita tersenyum..nobody is perfect!

  4. tips-kurus said:

    bagus atikel Ruangan Pagi Jumaat ni.
    kita memang selalu kena bersyukur.. :-)

  5. HafizStudio said:

    Ini kira sama macam sifat qanaah la Ijad kan?

  6. mommy nana said:

    Sederhana lebih baik. Cukup dan mencukupi. Alhamdulillah….

  7. zam said:

    Si suami dan isteri kena banyak toleransi. tak semua yang kita nak akan dapat. Dan sebetulnya kita cari benda yang baik ada pada si suamai/isteri dan bukannya kelemahan masing2.

  8. Fazli said:

    ramai antara kita hari ni fikir isteri/suami bagaimana yang kita mahukan. cuba kalau kita reverse balik. fikirkan apa yang kita boleh berikan kepada suami/isteri kita.
    dgn cara ni tanggungjawab masing-masing akan terlaksana.

  9. Daus said:

    Jangan Cari Terlalu Sempurna, ! Hoho, karang menderita :)

  10. akubiomed said:

    Didalam hidup ada manusia memang dari sejak azali perfectionist. Segala-gala mahukan kesempurnaan dan sifat ini bukan dibuat-buat. Ada pasangan tidak dapat menerima sifat kesempurnaan pasangannya itu dan ia menjadikan tekanan kepada pasangan yang masih berusaha untuk mencapai piawaian kesempurnaan.

    Ada sesetengah perkara kesempurnaan itu menjadi wajib contoh kesempurnaan mengambil whuduk belum lagi solat. Saya bukan pakar motivasi tapi melihat kesempurnaan dari sudut lain menidak pun iya dan mengiya pun tidak terpulang untuk menafsirkan apa yang saya cuba sampaikan

  11. wandisini said:

    perkongsian ilmu yang menarik. kata-kata hikmah yang boleh aku pakai untuk menasihatkan kawan-kawan.

  12. Ome said:

    Nasihat yang tepat sekali :) macam contoh bas dan perhentian bas ;-)

  13. suatu tulisan yangg patut di baca kan dihadapan roslin hashim,jimmy sendy.dan dgn lain2 orang yang semasaalah dengan nya…mohon di share tampalan ini

  14. deCrewz said:

    Kata org, nobody is perfect dan itu adalah realiti.. Sempurna macamnapun seseorg tu pasti akan ada kekurangannya.. Better terima seadanya..

  15. Kimi Rekonen said:

    rohaizad dah kawin ke belum?

    zik Reply:

    belum lagi… on the way lah tuh… amin2x..

    Kimi Rekonen Reply:

    nape tak kawin lagi, sebab nak mencari yang sempurna ke..

    :-)

  16. EP said:

    pilihlah yang baik agamanya, nescaya akan SELAMAT, didunia dan akhirat…

  17. Hadi Rofiee said:

    Artikel ini benar2 memberi kesan kepadaku. Apa yang berlaku ada hikmahnya. Aku terima. :neutral:

  18. aimannajmy said:

    sedey nak baca entri ni smpai abih ish ish..teringt kisah dulu~