Kopi Kluang RailCoffee haram di minum – ada gelatin babi?
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: March 25, 2011 onlineSemalam ada perasan satu status di wall seorang sahabat kat FB. Di dakwanya Kluang RailCoffee disahkan haram kerana ada gelatin babi dalam kopinya. Ini screenshotnya:

Dalam hati ni, aku hampir percaya atau tidak je.
Sebab sebelum ini kedai ni dah keluar TV pun. Sekali imbas, memang tak sangka langsung yang perniagaan macam ni pun ada tidak sucinya. Tapi bila baca Harian Metro mengenai “Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi“, hati yang berdetak-detik sejak semalam mula berderau!
Memang Harian Metro tidak menyebut nama Kluang RailwayCoffee, tapi aku rasa memang inilah yang disebutkan di Facebook semalam. Kalau betullah apa yang di ceritakan di Facebook, Ya Allah…..
Berapa ramai orang Islam yang dah minum/makan gelatin babi selama ini?
Tu haaa.. dekat Plaza Kotaraya JB, bukan main besar lagi kedai dia… bukan main ramai lagi pelanggan Islam dia… sampai kat tepi escalator pun ada meja untuk orang duduk minum.
Memang pelik… kenapa boleh jadi sampai macam ni sekali. Cuma bila di baca balik statement di Facebook, barulah tersentak. Dulu memang takde gelatin babi ni dalam kopi mereka. Tapi bila perniagaan itu “bertukar tangan”, maka tak hairanlah….
*Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ. Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka, kata Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar
* Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal, kata Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman.
So untuk umat Islam semua, berhati-hatilah ketika makan dan minum di luar. Janganlah salahkan Jabatan Agama Islam sahaja.
TRIVIA:
Pendek kata, tak payah rasa susah untuk “makan dan minum” seolah-olah hidup merantau nun di luar negara sinun … sebab dalam negara sendiri dah cukup mencabar… banyak yang di ragui akan kesucian makanan dan minuman di hadapan mata sendiri.
Siapa yang suka dengan kopi Kluang RailCoffee tu, mesti kembang kuncup tekak sekarang bila dah tahu perkara sebenar. Semoga selepas ini, kita lebih berhati-hati. Tahniah kepada Jabatan Agama Islam Johor atas pembongkaran ini.
*pernah makan dan minum di Kluang RailCoffee di Plaza Kotaraya bulan Januari lepas dengan si dia.. tapi masa tu nasib baik order Ice Lemon Tea dengan roti bakar…. pheewww!



Pernah teringin nak merasa kalau singgah ke JB, tapi tak berkesempatan lagi. Nampaknya tak dapat langsung la lepas ni.
erm..sudah agak juga tpt ni. tak pernah mnum dan makan sane. tapi ape pun terima kasih pihak terlibat membongkar isu ini.
sebgi org islam kita kena berhati hati memilih tmp makan, klu tak silap saya di plaza kotaraya ada satu cawangannya..dimane silapnya pihak berkuasa dalam memberi lesen n sijil halal?????
Minum kopi kat umah juga yang lagi selamat
Mus Reply:
March 26th, 2011 at 8:33 pm
inilah yang terbaik..
kembang tekak di buatnya. tapi bila tengok kedai ni teringat masa kembara mahkota johor. singgah sini juga kan??
nasib baik berjaya dibongkarkan.. kalau masih berterusan.. oh tidak!! kita jadi mangsa keadaan.
Ni bukan ke kedai kopi yg sohor dgn cara traditional buat kopi di tepi stesen kereta api… pernah masuk majalah 3 raso nyo ???
rohaizad Reply:
March 27th, 2011 at 10:15 am
Yup.. pernah masuk Majalah 3 rasanya
kalau kedai kopi yg tak berapa banyak ni pun buat tahik mcm ni, macam mana plak dengan kedai kopi franchise yang melambak-lambak kat luar sana?
rohaizad Reply:
March 27th, 2011 at 10:14 am
Wallahu’alam.. sama-sama kita fikirkan dan berhati-hati selalu.
Sepatutnya Negara Islam Malaysia yang patut ada Logo Bukan halal….
rohaizad Reply:
March 27th, 2011 at 10:11 am
Wahhh… makan dalam ayatnya.. heh
kalau ada sijil halal pun boleh percaya ke kalau taukeh kedai tu orang cina..hati manusia ni mana boleh dilihat..
rohaizad Reply:
March 27th, 2011 at 10:08 am
Haaaa… satu persoalan yang subjektif…mengajak semua berfikir
ya Allah,ampunkan hambamu sbb dah beberapa kali minum kopi ni bila berkunjung kat kluang.tak sangka kedai tu kepunyaan org kafir…
rohaizad Reply:
March 27th, 2011 at 10:05 am
Huhu… kalau tak tau, tak perlah… cuma lenkali kena berhati-hati
popular kopi ni..member aku dok johor dulu salu promote singgah lepak2 minum kopi kedai ni..dok berhajat nak try jugak..tapi alamak dah kuaq berita camni..taktau la camana..
rohaizad Reply:
March 27th, 2011 at 9:58 am
Lupakan sahajalah.. beli kopi kisar kat pasar malam, then masak kat rumah
mana2 cafe yg sepadan dengannya pun aku try tidak kunjungi.
bukan tu aje..
kedai mamak pun sama.. tgklah kalu orner nya pure india ke atau mamak islam.
kalu ada ayat al-quran tu beranilah aku masuk. yg mmg takde serta nama kedai pun dah meragukan.mmg aku elakkan
gelatin…tanya la halagel sebab kami je yang supply yang halal kat malaysia ni….
[...] Bagi memulihkan keyakinan pelanggan Islam di negeri ini yang juga 80 peratus daripada pelanggan mereka, pengusaha Kluang Rail [...]
Diulas pada April 1st, 2011 at 9:47 amkalo dah tokey kafirrrr…apa lg yg ble dihidangkan…