Aku copy bulat-bulat enteri ini di blog seorang blogger ini bukan kerana nama aku yang lebih kurang sama dengan dia, tapi semua ayat yang dia gunakan dalam blog ni memang power.

Bukan power disebabkan dia seorang yang mempunyai kuasa tapi aku sendiri terkesan dengan mesej yang hendak di sampaikan. Iya… aku baca dari mula sampailah habis, dan mesejnya sampai!!

Rasa suka ada, geram pun ada… kiranya macam semua yang aku nak kongsikan dengan pembaca blog pasal syarikat -syarikat seperti ni dah dilunaskan oleh blogger ini. TAHNIAH !

Kalau kalian tak percaya, cubalah baca entri ini satu persatu dan aku pasti di akhirnya nanti… kalian akan mengeluarkan pendapat yang sama seperti aku.

Satu lagi percubaan syarikat untuk menipu duit anda semua. Sila berhati-hati dengan orang perseorangan atau agen yang kononnya mendapat pendapatan sehari RM1500+.

Terdapat juga egen yang menggunakan nama syarikat lain untuk mengaburi masyarakat. Diharap jangan ada yang terperdaya dengan taktik atau strategi yang tidak dimasuk akal yang diberitahu atau diauta oleh mereka ini.

Disini akan dipaparkan contoh penipuan atau scammer yang cuba menarik perhatian prospek:

Peluang anda buat duit tanpa downline terbuka luas pada anda.
Anda tak taja sponsor orang pun masih boleh untung dan buat duit (Komen: ini dah memang sah tipu la)

Syarikat Beroperasi di:

http://www.clubautocash.com/

(Komen: biasa la guna website, senang buka dan tutup)

Web syarikat

http://www.1autocash.com/

ONE AUTOCASH
No. 1-3, Jalan Solaris 2,
Solaris Mont Kiara,
50480, Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Phone : +603-6209 9930 (Komen: entah berapa lama syarikat ini akan bertahan menipu orang?)

Apa yang best adalah duit anda akan dibank in
ke bank anda 2 hari sekali selepas 6 hari anda join. (Komen: perghh.. goyang kaki ja dapat duit)

Berikut adalah pakej yang ditawarkan syarikat (Komen: ini pakej2 bakal anda kena tipu dan menipu orang lain)

1).Pakej 1 lot rm250 dpt rm22.50 setiap 2 hari selama 30 kali.
RM250 lepas 2 bulan dapat RM675

2).Pakej 3 lot = rm750 dpt rm67.50 setiap 2 hari selama 30 kali.
RM750 lepas 2 bulan dapat RM2,025
3).Pakej 7 lot = rm1750 dpt rm157.50 setiap 2 hari selama 30 kali.
RM1750 lepas 2 bulan dapat RM4,725

Jika anda mahu menjadi leader pakej minimum RM1,750
dan anda akan dapat insentif hebat dari syarikat juga
sesiapa join pakej dari RM1,750
Peluang anda buat duit puluhan ribu amat cerah
disebabkan anda terawal juga saya akan bimbing anda promosi

4).Pakej 15 lot = rm3750 dpt rm337.50 setiap 2 hari selama 30 kali.
RM3750 lepas 2 bulan dapat RM10,125

5). Pakej 31 lot = rm7750 dpt rm697.5 setiap 2 hari selama 30 kali.
RM7750 lepas 2 bulan dapat RM20,925

Bonus tajaan 1 lot RM250 dapat RM30

Bonus pairing matching 1 pair RM20 maksimum 100 lot sehari

SYARIKAT 1AUTOCASH.COM BAYAR
SETIAP 2 HARI KE AKAUN BANK KITA
bermula selepas 6 hari anda join( AUTO WITHDRAWAL ).

KENAPA NAK TUNGGU YANG LAMBAT BAYAR..
SAYA DAH DAPAT DUIT SETIAP 2 HARI…HEBAT….HEBAT…..

p/s: ya! hebat sungguh penipuan anda..mahukah anda join skim tidak berguna ini?

Sebelum anda join syarikat atau egen yang terlibat, saya ada soalan untuk anda. Dari mana duit ini jana pendapatan? Dari sumber manakah  mereka memberi anda pulangan? Mahukah anda ditipu lagi skim cepat kaya jenis ini? Anda masih percaya spesis skim cepat kaya yang masih berleluasa? Adakah anda turut berminat untuk menipu ahli keluarga, rakan-rakan rapat, kenalan dan masyarkat? :)

Sumber boleh dirujuk: http://www.clubautocash.com/

Cuba baca DISCLAIMER syarikat ini:

Disclaimer:

This refferal website is belongs to clubautocash.com Group. It is not an official website of the MLM company we join. The estimation income is just a simulation based on the marketing plan. The real figure is depends on personal effort as well. We are not promise any kind of figures that you might get. All persons reproducing, redistributing, or making commercial use of this information are expected to adhere to the terms and conditions asserted by the copyright holder. Transmission or reproduction of protected items beyond that allowed by fair use as defined in the copyright laws requires the written permission of the copyright owners. (Komen: anda semua bijak menilainya tapi sayang, masih ada yang tertipu dengan skim cepat kaya ini)

Okay sekarang aku pulak nak share. Cuba tengok pelan yang satu ini:

Pakej 31 lot = rm7750 dpt rm697.5 setiap 2 hari selama 30 kali.
RM7750 lepas 2 bulan dapat RM20,925.

Kalau ada 100 orang sahaja di Malaysia ni yang join, bermakna RM7750 x 100 = RM775,000.00 berjaya di kutip. Dan pembayaran akan mula di lakukan selepas 6 hari after join.

Sekarang cuba bayangkan lepas 6 hari, semuanya hilang… tadak… yilekkk… dan senyap sunyi. Amacam? Mereka dah kaya dengan hanya menulis statement itu di laman web je. Hampir RM1 juta berjaya dihasilkan. Hebat… hebat!

p/s: Tunggu jelah, lepas ni CONFIRM akan ada lagi yang kena tipu dengan syarikat ni. Masa tu baru semuanya nak menyesal. Mula menangis kata “saya guna duit gaji, gadai harta pusaka, cagar rumah, cagar kereta… duit KWSP dan macam-macam lagi. Nak best lagi, panggil wartawan… keluarkan dalam TV. WELL DONE!!!

About the Author:

.

 

45 Comments

  1. Master Pak Pandir / March 26, 2011 at 6:58 pm /Reply

    dahsyat juga duit nya. tapi lagi dahsyat yang join program ni. huhuhu…

    tapi yang peliknya tak payah cari downline. Lepas tu duit boleh beranak pinak dengan banyak.

    siapa yang baca ni baik hati-hatilah. dulu pun aku pernah terkena juga. konsepnya hampir sama. tapi kaedah je yang lain.

    • rohaizad / March 26, 2011 at 6:59 pm /Reply

      Yup… jadikan pengajaran sama-sama :)

      p/s: 1st komen nampaknya kali ni !!!! heh

      • Master Pak Pandir / March 26, 2011 at 7:05 pm /Reply

        hehehe…berjaya juga jadi first komen. takut juga nak pacak awal-awal. takut lepas submit komen tiba-tiba ada orang lain komen dulu.

        malu sendiri jer. tu yang bagi komen macam biasa je. hehehe…

      • reezluv / March 28, 2011 at 10:39 pm /Reply

        bila tah aku dapat 1st..tak penah dapat kot..huhu..

        p/s:aku nak gi srwk next week..jom?hahhaa

  2. zam / March 26, 2011 at 7:14 pm /Reply

    berlambak skim mcam nih… dalam post box aku … aku amik aku terus renyukkan masuk dalam tong sampah… selagi orang kita tak sedar selagi tuh la skim macam nih berlambak…. huhu…

    • rohaizad / March 27, 2011 at 10:04 am /Reply

      Apalagi.. kasi up sket syarikat camni dalam blog.. baru mantap!

      • zam / March 27, 2011 at 3:44 pm /Reply

        aku ingt kita ..blogger kena tulis artikel nih utk kesedaran semua la.. atleast sebagai blogger bole kita tolong serba sedikit…

  3. pedagangIT / March 26, 2011 at 7:47 pm /Reply

    mmmm…. memang sengal … dan syarikat nie… mesti lepas nie tukar alamat kot…. hihi

    • rohaizad / March 27, 2011 at 10:03 am /Reply

      Confirm…. esok lusa, another new web will be published again… and again.. :)

  4. Dila.13 / March 26, 2011 at 8:09 pm /Reply

    Adoi.. dah lali dah dengar berita orang kena tipu. dah siap dibuatkan drama lagi untuk masyarakat ambil iktibar tapi bila dah terkena batang hidung sendiri baru nak teresak-esak buat laporan polis katanya dah bergadai harta benda dan pusaka. Mari share entri ini di facebook! hehe..

  5. Mus / March 26, 2011 at 8:46 pm /Reply

    mudahnya mengambil kesempatan dalam ketamakkan manusia yang mahu kaya cepat..

    • rohaizad / March 27, 2011 at 10:02 am /Reply

      Manusia… tamak haloba dah makin sebati…

  6. Nasrul Hanis / March 26, 2011 at 8:49 pm /Reply

    dahsyat.

    yang tertipu akan menipu orang lain pula. adus.

    • rohaizad / March 27, 2011 at 10:01 am /Reply

      Yes… that’s right!

      *kalau cenggini, sampai bila pun takkan habis. so kita blogger kenalah war-warkan perkara camni selalu kat blog :)

  7. klcitizen / March 26, 2011 at 10:58 pm /Reply

    semoga ramai yang sedar tentang perkara ini.

    • rohaizad / March 27, 2011 at 10:00 am /Reply

      Ramai yang sedar.. tapi ramai lagi yang still tak nak sedar….. huhu

  8. Donny / March 26, 2011 at 11:11 pm /Reply

    jangan layan benda mcm ni……..

  9. Ome / March 26, 2011 at 11:52 pm /Reply

    Bagi saya yang sedihnya …mangsa kebanyakannya saudara seagama dengan tukang buat skim macam ni.

    • rohaizad / March 27, 2011 at 9:59 am /Reply

      Orang kita kan ke hebat!

      *tapi lagi hebat Encik “KayaHebat” kita… heh

  10. akucheydotcom / March 27, 2011 at 1:05 am /Reply

    ya Allah jauh la dari skim2 cepat kaya ni.biar tak kaya wang ringgi tapi kaya budi bahasa.skim ni kalau letak hukum gantung pun ramai akan joint.

  11. haru / March 27, 2011 at 2:09 am /Reply

    ade 1 lg skim apatah member aku duk prmote kt aku..die kate bwh tm(telekom msia)..die kate cari org 4 tanpa perlu mngeluarkan duet sebaliknye kite dpt duet (aku lupe bape ribu) pastu dpt hp rumah mudah alih n line hp…aku pn pelik asal lak tm nie baek sgt nak bg duet mudah2 jer..internet pn slow cm sipot sedot baek g baiki line intnt tu dulu)..bile aku siasat2 (lepas mmber aku bg plan pmasaran dlm bntuk ebbok) rupenyer bukan under tm..tp syarikat line..kalo nak jom pm aku bro…aku share detail :D

    • rohaizad / March 27, 2011 at 9:59 am /Reply

      Kasi reveal pun bagus jugak tuh… biar org ramai tau :)

  12. aimannajmy / March 27, 2011 at 3:38 am /Reply

    senang gila hidup kalo ada skim camni.. camtu2 je leh dapat duit senang2.. hype yang melampau2..agak2 r nak menipu pun.. tu belum scammer versi sms lagi..belambak2!

    • rohaizad / March 27, 2011 at 9:56 am /Reply

      Kata nak cepat, inilah caranya… heh heh

  13. Hadi Rofiee / March 27, 2011 at 11:40 am /Reply

    Salam.

    Terima kasih Ijad kerana berkongsi. Kadang2 bila diperhatikan beberapa penipuan ini, cara mereka hampir sama walaupun ada sedikit perubahan.

  14. freak tips / March 27, 2011 at 5:28 pm /Reply

    macam manalah ramai yang terpedaya.. ish2.. ramai dah join tu. tengoklah sendiri

  15. syahrilhafiz / March 27, 2011 at 9:04 pm /Reply

    hurmm ramai yang terpedaya dengan cara ni, nak jadi apa entah la..

  16. Nuzul / March 27, 2011 at 9:30 pm /Reply

    Biasanya mangsa yang mudah tertipu ialah mereka yang baru habis belajar dan baru dapat kerja…Mereka memang teruja melabur sana-sini…ada yang siap buat pinjaman…akhirnya semua lebur…

  17. mommy nana / March 27, 2011 at 9:56 pm /Reply

    Tak serik. itu ayat paling sesuai untuk org yg suka buat duit dari skim mcm di atas. Udah-udah le. Celik mata tu. Keje guna tulang 4 kerat yg Allah beri. Insya Allah cukup.
    *komen via handphone – mobile view yg ringan dan mudah di baca. almaklum tidokan ank smbil wifi dgn hp. =D

  18. azwan / March 28, 2011 at 9:11 am /Reply

    Aku nak masuk .. aku nak masuk .. nak cepat kaya ..

    :P mana ada cara cepat nak kaya kalau tanpa usaha

    • Johor Bahru Guy / March 28, 2011 at 7:17 pm /Reply

      Masuk je…dpt duit..then jatuh terduduk!!! BAru padan muka…haha

  19. kid / March 28, 2011 at 7:28 pm /Reply

    ni namanya skim cekat kayap + lesap!
    hahahaha
    Bahaya Beli TV LCD Murah!

  20. hanani / March 28, 2011 at 9:01 pm /Reply

    wah..skim ni memang cepat kaya sangat lah.. Mana laaaa ada orang nak bagi duit sesuka je cam tu.. Kalo ada pun, memula je. Nak kaburkan mata. Pas tu…ilang.

    Jom baca ni: Discover Your Miracle with Lancôme Maqui Miracle..

  21. planet_emas / March 28, 2011 at 9:01 pm /Reply

    Tahniah bro, post kali ini agak macho!!
    welldone!!!

  22. reezluv / March 28, 2011 at 10:38 pm /Reply

    ayat standard yang depa akan cakap bila nak defend benda-benda ni…”Jgn la rosakkan periuk nasi orang..saya tak kacau awak pun!Macam ni ke nak tolong bangsa sendiri?”

    Selalu macam tu la..:D

    • rohaizad / March 28, 2011 at 10:40 pm /Reply

      Hoho…. aku suker giler dengan ayat ko ni.. makan dalam sesangattt!!!

      BEST!

      • reezluv / March 28, 2011 at 10:41 pm /Reply

        selalu sangat aku tengok..hahaha..dah lali dah..melenting tak pasal2..:P

  23. sang pemimpi / March 31, 2011 at 5:17 pm /Reply

    fuhh..nasib baik..aku nyaris tertipu bro..

    • zik / April 3, 2011 at 10:53 pm /Reply

      kena berhati-hati lepas nih…

  24. iznan / March 31, 2011 at 11:05 pm /Reply

    mesti ada akan terkena punyalah!

  25. secret / April 2, 2011 at 7:46 am /Reply

    benda2 mcmni, mmg guna ayt power. wlopun da tau psl skim cpat kaya ni, fuhh…kadang2 goyah jugak iman. duit kan…. sedap tu dengar 4-5 angka. aishhh….. tp yg penting, iman yg kna jaga. akal utk berfikir. pernah jd trainee agen insuran. 2minggu je tahan. sbb digula2 kn oleh ketua. cish…duit… mcm2 leh jadi. pusing ayt skit, pn jadi.

  26. lily / May 15, 2012 at 11:55 am /Reply

    biasaklah,penipu skrg dh mkin advance nk sapu duit org.tu xde lain bangsa Melayu yg dok buat keje menipu nih.hmm,apa nak jd le dgn bgsa Melayu Islam skrg ni.

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>