Jangan mencari terlalu sempurna

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Renungan Hari Jumaat - Tarikh diterbitkan: March 11, 2011 online

Mungkinkah perceraian yang terjadi dengan banyaknya di negara kita ini berpunca dari mereka yang terlalu inginkan kesempurnaan?

Apa kata kita membaca pesanan dari salah seorang pakar motivasi terulung negara. Fahamkan mesej yang disampaikan dalam entri ini….

********************

Jika kamu memancing ikan….
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga…
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang, sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.

Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Ce citer…. ce citer!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Hiburan - Tarikh diterbitkan: March 10, 2011 online

Aku tengok kebelakangan ini, makin banyak kes cerai-berai yang pada aku menyampah untuk di baca kat dada-dada akhbar. Kes cerai-berai ni dah macam kes banjir, kemarau, kebakaran, accident dan juga kedai VCD kena serbu dengan pihak penguatkuasa. Mudah dan senang untuk dijadikan bahan cerita.

Paling terbaru aku baca kes isteri Jimmy Shanley yang di katakan nusyuz (tak mendengar kata/derhaka). Aku bukan nak kata, tapi kalau aku jadi Jimmy… tak kuar paper pun takperlah.

Itu belum kes yang perkahwinan masuk majalah, 7 hari 7 malam… paling grand, bila kuar TV3 dalam rancangan Nona. Tapi ending dia, cerai juga.

Yang menyampahnya bila aku baca cerita macam ni ialah masa bab tuding-menuding. Satu Malaya tau… adehh. Pada aku, diaorang ni janganlah ikut rentak media… media memanglah suka gilerssss dengan cerita macam ni. Lagi power cerita dalam kain orang, lagilah laku macam goreng pisang panas.

Yang si lelaki hentam si perempuan, yang si perempuan hentam si lelaki… lepas tu report kat rancangan yang aku benci kat TV* tu ******, kasi panas lagi cerita. Dulu masa suka, bukan main lagi.

Perempuan tu kata lelaki tu haram tak guna. Kalau dah di katanya lelaki tu tak guna, then dah tentu-tentulah dia tu awek kepada lelaki yang tak berguna…. kan? So mana pergi maruah diri? Letak kat tumit kaki ke?

Kalau dah macam tu gayanya, cabut… blah je, tinggalkan lelaki tu. Ini dipukulnya gong… panggil wartawan, kasi meletup kisah cinta yang tak kesampaian. Kalau dah tak tau salah siapa, Allah kan ada… mengadu terus!

p/s: sebab tulah aku tak suka cerita pasal hiburan, artis dan selebriti nih… takut dapat “saham”…

Hey… itu aku!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku, Bahasa - Tarikh diterbitkan: March 9, 2011 online

“Renungan sayu dari hati, tatkala cinta bersemi bersama senandung puisi yang amat indah untuk dibiarkan berlalu sahaja….. tanpa sebarang erti… ~~~”

Lokasi – sebelah Bank Negara Negeri Johor.
Jam – 1.00 pagi

p/s: baca jelah, tak payah komen…. haha

New Ads to approve – dari TLA

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Buat duit - Tarikh diterbitkan: March 9, 2011 online

Beginilah email yang akan diterima apabila ada advertiser ingin membeli link di blog kita melalui program Text Link Ads. Sebenarnya ada 2 cara untuk kita melakukannya iaitu melalui sistem AUTO APPROVE dan juga MANUAL APPROVE.

AUTO APPROVE

Sistem auto ini sebenarnya memang mudah. Apa yang perlu kita lakukan ialah duduk diam-diam. Tunggu sahaja bayaran dari TLA setiap bulan kerana plugin yang diberi oleh TLA di blog kita akan melakukan semua kerja.

Walaubagaimanapun, terdapat kelemahan yang perlu diketahui oleh blogger mengenai sistem auto approve ini. Antaranya ialah kita susah nak tahu anchor text yang dibeli oleh advertiser. Bermakna kita susah nak detect anchor text yang mendapat permintaan semasa.

Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Ingin berniaga produk fizikal secara online?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet - Tarikh diterbitkan: March 8, 2011 online

Okay, ini ada satu lagi soalan yang selalu ditanyakan oleh mereka yang mempunyai minat berniaga barang fizikal secara online:

“Bagaimana saya hendak berniaga dan membuat keuntungan melalui penjualan barang fizikal secara online? Berapa lama masa (purata/hari/minggu/bulan) yang diperlukan untuk saya melihat hasilnya?”

Walaupun soalan ini agak cliche, tapi personally aku cukup suka untuk kongsikannya di sini sebab ramai sangat yang membuat “perhitungan yang salah” melalui perniagaan fizikal secara online yang mereka sendiri ingin ceburi.

Lebih malang lagi, mereka yang bertanyakan soalan ini selalu mengalami “information overload”. Banyak sangat benda yang tak patut ada, tapi ada dalam kepala otak mereka.

Okay, apakah antara perkara dan konsep asas yang perlu ada untuk berniaga barang fizikal secara online?

Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Manchester United – kalah lagi!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh diterbitkan: March 7, 2011 online


Adoyai…. kenapalah pasukan aku ni selalu kalah bila lawan Liverpool. Kat Old Trafford pun kalah, kat Anfield ni lagilah teruk. Nasib baik goal keeper Liverpool ni kasi lepas 1 gol tadi. Hebat betullah Liverpool nihhh…!!!

Masih ingat dengan pertemuan terakhir 2 pasukan ini?

Sebelum ni kalah 2-0 dengan Liverpool… then malam ni pun kalah 2-0 jugak. Nasib baik tadi ada gol kesian, kalau tak 3-0 tuhh…

Bukan apalah kan… Manchester United ni memang kalah BADI dengan Liverpool… tak boleh nak diubah…!
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Apa sebab saya perlu melawat blog kamu?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Tips - Tarikh diterbitkan: March 2, 2011 online

Ada orang pernah bertanya, ‘En Ijad selalu melawat blog siapa? Kenapa En Ijad suka melawat blog orang tu? Apa yang membuatkan En Ijad melawat blog orang tu? Kenapa En Ijad tidak melawat blog saya?”

Pheewww… ini soalan memang susah hendak di jawab. Sebab kalau salah jawab, nanti orang ingat lain pula.. tapi kalau tak jawab, lagi lain yang ada dalam fikirannya.

Sebenarnya terus terang, aku tak suka jawab soalan seperti ini. Sebab utama kenapa aku tak suka jawab ialah masing-masing mempunyai alasan yang bersifat privasi. Maknanya setiap manusia ada cara dan gaya pemikiran yang tersendiri.

Tapi oleh kerana hari ini hari jadi aku, aku nak jawab jugak… cuma dengan cara yang lain. At least, tulisan aku pada ulang tahun aku boleh membuatkan mereka yang membacanya berfikir sejenak sebelum membuat keputusan yang bukan-bukan.

Baiklah, blog yang seperti apakah yang boleh menambahkan minat aku untuk terus membacanya sampai ke akhir ayat yang terakhir?
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Senarai Blogger Yang Kecewa!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: March 1, 2011 online

Okay, seperti yang telah dijanjikan… semua blogger yang menghasilkan hasil tulisan masing-masing melalui projek kokurikulum akan dikumpulkan dalam satu entri yang istimewa.

Dalam entri ini, blogger yang mengambil bahagian akan mendapat tempias traffik dari pembaca blog ini secara amnya. Selain dari itu, blogger tersebut juga berpeluang untuk menambahkan backlinks dari blog ini sekaligus memberikan satu lagi peluang untuk menonjolkan kreativiti masing-masing.

Untuk projek Blogger Yang Kecewa ini, terdapat banyak giler cerita yang pelik, sadis dan juga sayu. So jangan membuang masa lagi, mari kita baca satu persatu!
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Catatan baru →