Pengajaran untuk peniaga lain mengenai logo halal.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: April 1, 2011 online
KLUANG: Bagi memulihkan keyakinan pelanggan Islam di negeri ini yang juga 80 peratus daripada pelanggan mereka, pengusaha Kluang Rail Coffee mendapatkan khidmat Jabatan Agama Johor (JAJ) menyamak peralatan di gunakan di tiga premisnya di sini, serta sebuah lagi di Johor Bahru, semalam.
Premis terbabit sebelum ini didakwa menjual minuman kopi bercampur gelatin babi hasil ujian makmal dijalankan Jabatan Kimia Johor. Pengarah Kluang Rail Coffee, Lim Jit Tong berkata, kerja menyamak itu antara inisiatif yang diambil selepas pihaknya mendapatkan nasihat JAJ.
“Kami menghormati pelanggan tanpa mengira agama serta bangsa dan kami memohon sijil halal untuk memulihkan keyakinan pengguna yang sebahagian besarnya terdiri daripada masyarakat Islam”.
“Sebelum ini perusahaan kami tidak memiliki pengesahan halal, tapi kami sentiasa berusaha meningkatkan mutu makanan supaya ia selamat, malah tidak mengandungi bahan terlarang yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya ketika ditemui, semalam.
Menurut Lim, pihaknya mula menggunakan serbuk kopi dan teh daripada pekilang baru yang memiliki sijil pengesahan halal di Muar berkuat kuasa 20 Mac lalu. Nak baca dengan lebih lanjut? Klik sini.
p/s: Pengajaran untuk peniaga lain, dapatkanlah pengesahan halal dari Jabatan Agama Islam. Jangan tunggu-tunggu sampai pelanggan yang menerima akibatnya… disebabkan persediaan perniagaan kita yang tidak lengkap.



semoga pengusaha makanan lain pun turut sama mengambil langkah sebegini. jangan tunggu kena serbu baru nak apply halal la. itu ini. tp kita sebagai pengguna patut berhati-hati.
huhuhu. nak mkn pun kena selektif dah..
Pizza Hut BIG SHOT CHEESY POPS
old town white coffee pun sama jugak tu…ada premis mereka yang jual hamburger.
jutawansenyap Reply:
April 1st, 2011 at 4:59 pm
kalo cam nih nak suruh rohaizat gi terjah nih ! baru tau kuasa org islam
mereka pun masih tak apply sijil halal lepas isu katak dalam mee dulu. Sebabnya mungkin tiada tindakan yang boleh diambil jika mereka tidak mempamerkan sijil halal di premis mereka.
yezzaa …. kita orang Muslim ada kuasa membeli
Bila kita gunakan kuasa yang kita ada, InsyaAllah, logo halal akan lebih dihormati !
Orang islam dok tutuh minum makan kat tempat2 cam ni buat ape.. Kan banyak lagi tempat lagi boleh mencekik..
minum kat umah je la, bancuh sendiri..
tahniah para2 media yang menghebohkan bende nih kalo tak kedai makna minum nih buat tak tau jerkkk isu halal haram nih
pengajaran pada yang lain… mulakan tugas anda…
kia pengguna ada kuasa.seharusnya menggunakan kuasa tersebut utk tidak pergi ke kedai2 yang meragukan. simplekan.disebabkan peka ni la peniaga ambil kesempatan.betul tak bro?
ni antara yang direveal..yang belum direveal kita belum tahu.. maybe kita tak sedar tersinggah ke.. mintak simpang le harap dari termakan benda haram
Kekadang, byk peniaga memalsukan logo halal….atau create logo halal design lain… Tu yang selalu aku tak confident
ramai lagi nih..cuma tak semua kita tahu..
Eh eh.. tapi mereka tak nafikanlah ye hidangkan kopi yang ada kandungan gelatin b*bi tu? hurmm…
aih..susah juga ye..napelah nak letak juga gelatin babi..
Johor Bahru Guy Reply:
April 2nd, 2011 at 1:46 pm
Sebab boleh jadi lagi sedap le…
Bayangkan 80% peratus pelanggan adalah orang Melayu tentu terjejas perniagaan gara-gara isu gelatin khinzir didalam serbuk kopi
awak. 29 mac aritu, sy g kluang mall. dari terminal bas kluang, wajib dan mesti dan nk tak nak kna lalu dpan kluang railcafe.hehe…. PREMIS TERSEBUT DITUTUP!! haha.. ade la 2 org kot girl, tengok dan jengah2 smbil tersengih2 mcm sy tgok premis tersebut. kebetulan pula ade apek ngah bercakap kt talipon di depan premis yg tutup tu.hahah kdai dia kot.heheh padan muka.
banyak premis perniagaan yang takda logo halal terutamanya di bandar2 utama nih… apepun kena berhati-hati.. kalau was2 tak payah pergi..
kasi bako bako… eh eh.. kasi tutup ja yg mane menipu tuh
isu betul..memg feymes kedai ni kat kluan..